15

Slaid ppt g improvisasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slaid ppt g    improvisasi
Page 2: Slaid ppt g    improvisasi

Menurut Kamus Dewan:

• perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu secara sembarangan atau dengan tergesa-gesa (dengan menggunakan bahan yang ada sahaja)

• Sesuatu yang dihasilkan secara sembarangan atau tergesa (bukan yang telah dirancangkan dengan teliti)

Page 3: Slaid ppt g    improvisasi

•Aktiviti lakonan spontan

•Aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon

•Mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti pelakon/pelajar

•Boleh berdasarkan objek, idea atau tokoh/watak dan perwatakan

•Menuntut imaginasi dan kreativiti yang tinggi

Page 4: Slaid ppt g    improvisasi

SIMULASI Aktiviti lakonan yang dilaksanakan oleh

pelajar secara berkumpulan berdasarkan sesuatu situasi yang ditentukan oleh guru atau pelajar. Situasi ini biasanya berdasarkan situasi sebenar yang dialami oleh pelajar di luar bilik darjah. Dalam KOMSAS situasi boleh diambil daripada skrip yang dikaji. Dalam aktiviti simulasi pelajar dilatih menggunakan bahasa dengan tepat melalui watak serta situasi yang disediakan, untuk berbincang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan serta melakonkan peranan sebaik mungkin.

Page 5: Slaid ppt g    improvisasi

Pendekatan Pembimbing

• Perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan – struktur yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a – z, tiba-tiba terhenti “itu sahaja”, kanak-kanak bercakap serentak: apa yang penting ialah bagaimana kanak-kanak dapat menggabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh pembimbing secara spontan.

Page 6: Slaid ppt g    improvisasi

• Tidak perlu dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta pelajar mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea

• Menyediakan saranan / rangsangan untuk menjana idea dalam improvisasi

Page 7: Slaid ppt g    improvisasi

• Tidak perlu menyedarkan kanak-kanak tentang kehadiran penonton yang formal – ini untuk membentuk keyakinan diri

• Setelah kanak-kanak benar-benar merasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai (untuk tujuan membaiki improvisasi)

Page 8: Slaid ppt g    improvisasi

• Galakkan kanak-kanak berkerja secara kumpulan dengan natural – ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial lebih luas.

• Pembimbing perlu bersedia melayani permintaan kumpulan dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka.

Page 9: Slaid ppt g    improvisasi

Peranan Improvisasi dalam pendidikan B.Melayu;

• Meningkatkan daya imaginasi dan mencerna idea (menggalakkan KBKK)

• Merangsang kemahiran berbahasa• Menggunakan bahasa secara

pragmatik, spontan (lebih bermakna & mengikut situasi) – interpersonal

• Pembelajaran kolaboratif• Meningkatkan keyakinan diri

Page 10: Slaid ppt g    improvisasi

• Improvisasi berdasarkan objek : surat khabar, kayu dan kostum

• Improvisasi berdasarkan watak : binatang (membuat justifikasi watak – pilih satu binatang yang diminati) dan tokoh

• Improvisasi berdasarkan bunyi (lagu instrumental – bayangan minda, lagu dengan lirik dan mestamu).

• Improvisasi berdasarkan kesan bunyi (gendang atau tamborin) susunan bunyi pelbagai dicipta oleh kanak-kanak

Page 11: Slaid ppt g    improvisasi

• Improvisasi berdasarkan situasi / idea: pengukir, robot dan bahan sastera rakyat seperti Singapura dilanggar Todak

• Improvisasi bagi menghasilkan karya – puisi secara kolaboratif

Page 12: Slaid ppt g    improvisasi

• Improvisasi berdasarkan gambar• Improvisasi berdasarkan petikan

cerita atau insiden tertentu dalam cerita (aksi kaku)

Matlamat : kefahaman membaca (penghayatan isi kandungan petikan)

Page 13: Slaid ppt g    improvisasi

Peranan Improvisasi dalam mata pelajaran lain:

• Menjelaskan fakta secara terperinci dan lebih mudah

• Pembelajaran secara pengalaman sebenar

• Penghayatan mendalam dan mudah memahami isi kandungan pelajaran

• Mewujudkan suasana yang menyoronokkan

dan pembelajaran secara bersahaja

Page 14: Slaid ppt g    improvisasi

• Meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritis

• Menggalakkan kerjasama dan kolaborasi idea

• Menggalakkan pendidikan kendiri

• Meningkatkan keyakinan diri dan pembinaan sahsiah yang positif

• Mengajar kanak-kanak pengurusan

masa

Page 15: Slaid ppt g    improvisasi