29

Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 2: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

  Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.

          Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.

          Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan  antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.

PENDAHULUAN:

Page 3: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 4: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 5: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 6: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 7: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 8: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 9: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 10: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 11: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 12: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 13: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 14: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 15: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 16: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 17: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 18: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 19: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Page 20: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan ASEAN

ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.

Page 21: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Matlamat utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.

Page 22: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan Malaysia dalam OIC

Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.Sumbangan Malysia seperti memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.

Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

Page 23: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan KOMENWEL

Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)

Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.

Page 24: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan NAM

Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.

Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Page 25: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan Malaysia Dalam NAM

Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Page 26: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Peranan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.

Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agens antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Neg

Page 27: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar Pencemaran dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabakan kesan yang negative bukan sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaa demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.

Page 28: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Sistem pendidikandi Negara ini telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka pada abad ke-15, pendidikan zaman ini adalah berteraskan ajaran Islam. Perkara asas yang telah diajar ialah membaca Al-Quran dan kitab-kitab tentang agama Islam. Pendidikan agama ini dilaksanakan di surau-surau dan juga di madrasah. Bertitik tolak dari pendidikan awal ini maka lahirlah sistem pendidikan pondok di mana para pelajar yang mendalami ilmu agama tinggal di pondok (rumah kecil). Guru agama atau para ulama akan datang ke pondok-pondok ini untuk mengajar murid-murid mereka. Mata pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama ini adalah ilmu Tauhid, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf dan Tasauf. Bahasa Arab dan juga menulis jawi telah diajar di sekolah pondok. Pada tahun 1511, selepas Portugis menawan Melaka, pendidikan berasaskan agam Kristian mazhab Roman Katholik telah diperkenalkan oleh Pihak Portugis.

Page 29: Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7

Isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek luar malaysia,isu alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan perkara-perkara yang diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negara ini.Memandangkab aspek-aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa ini.jika negara gagal dalam dasar luar,ekonomi negara menjadi tidak stabil,keselamatan negara turut terjejas.Jika alam sekitar tidak dipelihara,aset negara akan musnah sekiranya tiada usaha membangunkan modal insan negara akan hilang kedudukannya.

KESIMPULAN: