Upload
saravana-sundari-k
View
336
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
SULIT*
JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JABATAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
STPM 2012
Arahan kepada calon :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab empat soalan.
Jika anda memilih soalan 3, jawab bahagian (a) atau (b) sahaja.
Penggunaan peta lakar atau gambar rajah yann sesuai adalah digalakkan.
Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Sekiranya bahan-bahan yang perlu diperiksa dibuat pada rajah dan peta-peta,
helaian-helaian itu hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan
bersama dengan jawapan anda.
NOTA
Gunakan kertas graf metrik yang disediakan
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak
942/2 STPM 2012 GEOGRAFI
KERTAS 2
(ALAM SEKITAR MANUSIA
(Tiga Jam)
2
STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
1 Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah penduduk Negara Malaysia pada tahun 1980, 2000
dan 2010.
TAHUN JUMLAH PENDUDUK
1980 13 ,136,109
2000 22 ,198,276
2010 27, 565,276
SUMBER: www.statistics.gov.my/portal
(a) Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1 , hitung kadar pertumbuhan tahunan
penduduk Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2010.
[5]
(b) Jelaskan enam faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk bandar
yang pesat di Malaysia.
[10]
(c) Huraikan lima kesan pertumbuhan penduduk bandar terhadap ciri demografi
dan status sosioekonomi Malaysia.
[10]
2 (a) Nyatakan satu contoh sumber alam yang terdapat dalam setiap komponen
alam sekitar biosfera , litosfera , hidrosfera dan atmosfera ?
[5]
(b) Jelaskan bagaimana aktiviti penduduk boleh mempengaruhi perubahan alam
sekitar fizikal ?
[10]
(c) Jelaskan kesan ke atas sumber alam akibat tumpuan penduduk di sesebuah
kawasan di Malaysia ?
[10]
3(a) Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah kawasan pelancongan tanah
tinggi
i) namakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang dikaji; [1]
ii) nyatakan dua tujuan kajian anda; [2]
iii) nyatakan dua kaedah kajian anda gunakan untuk mendapatkan data tentang
ciri-ciri aktiviti pelancongan tanah tinggi tersebut;
[2]
iv) jelaskan empat faktor yang menpengaruhi perkembangan aktiviti
pelancongan tanah tinggi kawasan kajian anda;
[8]
v) huraikan tiga kesan aktiviti pelancongan tanah tinggi terhadap alam sekitar
fizikal setempat;
[6]
vi) huraikan tiga langkah perundangan dan langkah bukan perundangan yang
boleh diambil bagi mengatasi kesan tersebut;
[6]
3
STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
ATAU
3(b) i) Berdasarkan sebuah negara yang anda kaji, jelaskan mengapa aktiviti
pembalakan dijalankan dengan giat di negara berkenaan?
[9]
ii) Jelaskan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara
teersebut.
[8]
iii) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk
mengurangkan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar.
[8]
4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan? [5]
Jadual 2: Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita (KDNK per kapita)
negeri-negeri di Malaysia dan Malaysia pada tahun 2006
Negeri KDNK per kapita(RM)
2005 2006
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
WP Kuala Lumpur
WP Labuan
15 520
9 600
5 635
19 108
20 820
16 157
26 457
11 859
12 297
21 238
13 773
10 687
24 224
40 289
25 387
16 074
10 386
6 012
20 597
22 849
17 489
26 457
12 769
14 232
22 928
14 558
10 921
26 912
44 341
26 184
Malaysia 19 996 21 563
(b) Berdasarkan Jadual 2 di atas, lukis gambarajah yang sesuai untuk
menunjukkan perbezaan KDNK per kapita antara negeri-negeri di Malaysia
dengan KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2006.
[10]
(c) Jelaskan lima penunjuk pembangunan yang boleh digunakan untuk
mengukur tahap pembangunan sesebuah negara.
[10]
4
STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
5 (a) Berikan takrif transformasi desa. [5]
(b) Huraikan empat proses perubahan desa di Malaysia. [8]
(c) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap pembangunan sosioekonomi
penduduk desa di Malaysia.
[12]
6 (a) Takrifkan maksud proses pembandaran. [5]
(b) Huraikan lima peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara. [10]
(c) Jelaskan lima kesan aktiviti pembandaran terhadap alam sekitar. [10]
7 (a) Takrifkan maksud segitiga pertumbuhan. [5]
(b) Jelaskan tiga pakatan segitiga pertumbuhan yang diwujudkan di dalam
ASEAN.
[10]
(c) Huraikan peranan pakatan segitiga pertumbuhan ini dalam memajukan
wilayah.
[10]
8 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar [5]
(b) Jelaskan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang
telah dilaksanakan di Malaysia
[10]
(c) Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh masyarakat dalam penjagaan
alam sekitar
[10]
KERTAS SOALAN TAMAT