23
TAKSONOMI BLOOM

taksonomi bloom dan domain krathwohl

  • Upload
    nsmm

  • View
    11.078

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: taksonomi bloom dan domain krathwohl

TAKSONOMI BLOOM

Page 2: taksonomi bloom dan domain krathwohl

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM

DOMAIN KRATHWOHL

Page 3: taksonomi bloom dan domain krathwohl

APA ITU TAKSONOMI ???• Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan

amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].

• Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

• Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: I Domain Kognitif II Domain Afektif III Domain Psikomotor

Page 4: taksonomi bloom dan domain krathwohl

Domain Kognitif- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. - Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Page 5: taksonomi bloom dan domain krathwohl

Domain Afektif

- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.

- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.

- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

Page 6: taksonomi bloom dan domain krathwohl

Domain Psikomotor

- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.

- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Page 7: taksonomi bloom dan domain krathwohl

KESIMPULAN

- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.

- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.

- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Page 8: taksonomi bloom dan domain krathwohl

KONSEP TAKSONOMI BLOOM

Menitikberatka

n

aspek kognitif a

tau

pengetahuan.

Bercorak hierarki (tahap rendah ke

tahap tinggi).Membuat soalan

pelbagai aras untuk

menguji tahap

berfikir pelajar

Page 9: taksonomi bloom dan domain krathwohl

ARAS TAKSONOMI BLOOM

Page 10: taksonomi bloom dan domain krathwohl

PENGETAHUAN (KNOWLEDGE)

- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

- Contoh soalan :-

- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari. A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemur

Page 11: taksonomi bloom dan domain krathwohl

KEFAHAMAN (COMPREHENSION)

- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai. - Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?

Page 12: taksonomi bloom dan domain krathwohl

APLIKASI (APPLICATION)- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. - Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahajaD. iii dan iv sahaja

Page 13: taksonomi bloom dan domain krathwohl

ANALISIS (ANALYSIS)

- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

Page 14: taksonomi bloom dan domain krathwohl

SINTESIS (SYNTHESIS)- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. - Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya. - Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 15: taksonomi bloom dan domain krathwohl

PENILAIAN (EVALUATION)

- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 16: taksonomi bloom dan domain krathwohl

TAKSONOMI KRATHWOHL

• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.- Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Page 17: taksonomi bloom dan domain krathwohl

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

Page 18: taksonomi bloom dan domain krathwohl

PENERIMAAN- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

Page 19: taksonomi bloom dan domain krathwohl

GERAK BALAS

- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Page 20: taksonomi bloom dan domain krathwohl

PENILAIAN

- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Page 21: taksonomi bloom dan domain krathwohl

ORGANISASI

• Organisasi- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya

Page 22: taksonomi bloom dan domain krathwohl

PERWATAKAN

- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Page 23: taksonomi bloom dan domain krathwohl