Upload
kama-barhan
View
551
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN KEPADA TAMADUN CINA
Sebagai mana tamadun mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria
(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan Tamadun
Yunani (Eropah), tamadun Cina juga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan
berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat
terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integrative dan dinamik walaupun
pernah di cabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan-perubahan dalam proses
perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun cina
mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
Tamadun Cina pada dasarnya merupakan sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian
yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan
perkembangan. Bagaimanapun, sebagaimana yang telah di bincangkan dalam bab tamadun, proses
pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan
perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan
institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak
kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu sebagai sumber rujukan, kesenian, konfusianisme,
globalisasi, sains dan teknologi.
Peta China yang dilukis oleh ROC dan PRC.
1
KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN
Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya system nilainya dengan Malaysia dan
dunia dalam konteks pembentukan semula system etika, perlu ditekankan di sini bahawa terdapat tiga
kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.
Pertama dari sudut kesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sebuah Negara beretika
bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama mengenai
kepercayaan, ideal dan nilai.
Khususnya keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang seharusnya dipelihara
dandipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara-bangsa moden amat komited terhadap
pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan kepada perkembangan sepenuh potensi manusia
peringkat perseorangan. Dalam hal ini, ideology Konfusianisme yang
berteraskanhumanisme,humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalosme, adalah secocok dengan
fikiran pendidikan moden di Malaysia dan di dunia.
Kedua, dari sudut skop yang komprehensif. Sungguhpun Konfusianisme, nilai, sifat moral dan
prinsip etika yang berkisar kepada lima perhubungan social adalah penting dan cukup sesuai untuk
member ilham kepada mereka yang memikirkan satu system nilai yang sewajarnya.
Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan Konfusian
mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand Unity amat berkaitan dengan
masyarakat global. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat ramai sarjana yang telibat dalam
perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang termasuk
politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan,
perubatan dan kesihatan. Pebagai pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan juga kelemahan-
kelemahan dalam tamadun Cina yang wujud dan berlansung beribu-ribu tahun itu mempunyai unsure-
unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya
bahawa tamadun Cina mempunyai unsure positif dan kebijaksanaann seperti telah dibincangkan.
Tegasnya, seperti tamaduntamadun lain yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang
kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi satu sumber inspirasi yang releven bagi
amnesia pada kurun ke-21.
2
KESENIAN CINA
Muzik Klasik
Muzik cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam
dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya
dan aktiviti penciptaan muzik cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan
peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih
dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan jumlahnya sudah sama
dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik cina dikategorikan
mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-
bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu
jenis alat muzik ini dimainkan muzik cina dapat di klasifikasikan kepada kategori meniup, gendering,
memetik dan menggesek.
Mengenai asal usul muzik cina, rekod cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697
SM, Maharaja Huang Di (maharaja lagenda yang di katakana salah satu maharaja terawal yang wujud
di dalam sejarah cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Paip buluh yang di cari ini
dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan
muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat
dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2 SM dan Shi jing.
Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik
yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam
lagenda. Dalam bab “Yue ji” (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Li ji telah direkodkan
komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang
bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik
dalam dunia manusia. Konfusius member pendapat yang sama mengatakan bahawa muzik teragung
3
adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar dan melalui harmoni ini dapat memulihkan
keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf
peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia
yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling
membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang
berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam
jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat
mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat
berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi
menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.
Kedatangan muzik india melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan
muzik yang berlainan. Muzik yang bercorak asia tengah dan asia barat, misalnya muzik dari iran juga
banyak mempengaruhi muzik cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam ke china
pada abad ke-8. Selain itu, muzik cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari
seluruh Negara China.
Pengaruh muzik china pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik
korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik cina tersebar ke korea sejak zaman
pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik
sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik cina klasik banyak dipelajari dan
sebahagian dari peralatan muzik berasal dari Negara china. Cerita yang terkandung dalam muzik
Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan lagenda Cina.
Kaligrafi
Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di
Negara china. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi,
untuk menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitivity
estetik yang luar biasa. Berbanding dengan seni lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam
sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam
bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi yang terkenal di buat dalam bentuk batu bersurat
4
yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-
rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hamper dapat dilihat di
seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi
(321-379).
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera.
Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan di gosok pada batu dakwat bersama sedikit
air sehingga mendapat kekonsistenan yang betul sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu
kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang di guna ialah sejenis kertas xuan
yang mudah menyerap dakwat.
Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stail tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat
eman jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya
digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stail tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah
pertama, stail biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas;
kedua, lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya
lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berusdan garis bendatar lebih panjang sedikit daripada
pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu
tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan
tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat caoshu atau stail rumput yang telah mendapat
namanya berdasarkan rupa bentukiaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal
adalah teratur. Jenis kaishu ialah stail yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya
dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stail yang sesuai
untuk kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang
pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu mengubah struktur yang cantik
berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini harus dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk
memperelokkan atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar
kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang
hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
Inspirasi asas bagi keligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semulajadi.
Sebagaimana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang
5
halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis huruf yang
terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina, terutamanya pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah
kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh
disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran,
dengan impul, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk
menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan
demi perkataan tetapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.
Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi
antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan
dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap ‘kesatuan di antara
puisi, kaligrafi dan lukisan’. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan
dan juga seni ukir cap. (seal engraving).
Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gongbi (menggunakan garis halus
dan teliti dengan member perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina.
Teori estetik xieyi menitikberatkan sentiment dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan
cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis
udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat
yang paling penting (essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri.
Apabila melukis lanskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka
hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sunagi, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan
dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan diri member gambaran tepat, mereka perlumembuat
lukisan lanskap yang digemari mereka sebagai lanskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam
semulajadi serta bersatu dengannya.
6
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli
kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.
Seorang pelukis mesti memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukis supaya
tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan
dengan penuh keyakinan, kalajuan serta kemahiran menguasai teknil lukis. Keyakinan dan kemahiran
ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan
biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang
berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah bentuk kipas dan
lembaran album.
Kreteria menilai lukisan berdasarkan kreteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi.
Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus dengan penuh tenaga (vitality) dan
perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seorang
peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian
komposisi yang juga diperlukan.
Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui
namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal. Bagaimanapun selepas dinasti Han (206SM-
220SM) konsep seni halus (fine art) mulai wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan
atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelikus pujangga amatur ini kian
terpisah dengan tukang lukis istana dan tukang lukis professional yang menjual lukisan mereka untuk
tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih cenderung kepada
sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian ketetapan dari segi visual (visual accuracy).
Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan secara tersembunyi kerana bukan semua maksud
dapat disampaikan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi. Percubaan
untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan menyebabkan sesuatu lukisan itu
dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada konsep seni.
Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap
menyeluruh. Subjek seperti kekerasan, peperangan, kematian,kawasan Bandar, sudut gelap dalam
kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan
dihasilkan dengan maksud untuk mengambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang
dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak
7
dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat
kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan
manfaat dari segi keimanan dan akhlak.
Lukisan lanskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan
binatang-binatang juga digemari. Selain itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam konteks ini,
perhubungan antara manusia sangat penting dalam Negara China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan
figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau
berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawai kerajaan.
Boleh dikatakan kebanyakan likisan Cina berbentuk simbolik. Buluh menandakan semangat
seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatahkan;
burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjukkan
kepada kesetiaan suami-isteri. Symbol yang paling popular yang di ambil dari tumbuh-tumbuhan ialah
orkid, symbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk
yang berbunga juga dalam cuaca salji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan
tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewaliki sifat bertuhan
dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik
ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personality,
perasaan dan jiwa seorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada
menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba mengambarkan objek sebenar
atau menyampaikan rasa reality (sense of reality) atau objek bertiga demensi.
Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam
semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmonis dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan
lanskap, penekanan diberi kepada gambaran kefahaman manusia terhadap alam semulajadi. Pelukis
juga suka melukis objek kecil dalam alam semula jadi seperti buluh,burung, tumbuhan, bunga, ikan,
dan sebagainya. Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua
lukisan Cina berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai
fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang. Tukang
lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat
dilupakan. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan Cina.
8
Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud
sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar dari bahan-bahan yang digunakan
iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat
dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni
dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia
tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus
berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam
kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susulan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya
ditetapkan dengan panduan teori fengshui. Lokasi dan susunan yang mempunyai fengshui yang buruk,
iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjelaskan masa depan sesebuah keluarga.
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota
mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan
desa, kadang-kadang benteng dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok
kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh
kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan
suatu yang biasa dan di sesetengah Bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi
kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar
dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tingginya beberapa tingkat. Tembok
kota biasanya dikelilingi oleh parit penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di
Negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China ( The Great Wall of China). Tembok juga
dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-
rumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai
rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak
melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan
kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak
berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur curam bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin
9
menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar yang berwarna
kilat misalnya, Bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan juga merupakan satu cirri seni bina Cina.
Cirri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhi oleh agama Budha. Pagoda hilang hubungannya
dengan agama Budha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tujuan
fengshui. Pailou atau paifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang
berdasarkan merit, misalnya seseorang balu muda yang hidup muliahingga ke usia tua; atau sebuah
keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan
ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah cirri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman-taman Cina bahkan taman-
taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi prinsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan
untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer
Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan
susunan binaan yang bersesuaian dengan lanskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina
bertepatan sengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan Bandar yang paling
mengagumkan.
Tembok Besar China Kedudukan Tembok Besar China
10
Seni Cina yang Lain
Hasil arca di Negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan
istiadat, agama atau pengebumian. Hasil arca yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama
Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.
Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, seni logam, seni lakuer, perabot
dan tekstail. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan
pada kurun ke-6 lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap
seni tembikar Eropah adalah sangat besar.
11
KONFUSIANISME - FALSAFAH DAN AGAMA CINA
Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut
kamus, agama bermaksud "segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-
kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan
ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama
mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan
serta kebaikan.
Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan
agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya seperti
Konfusianisme.
Konfusianisme - Kehidupan Konfusius
Konfusius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal
dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Konfusius dilahirkan
dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3
tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Konfusius
masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.
Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun
keluarganya dalam kesusahan, Konfusius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki
perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan
dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab
pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan
cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Konfusius. Beliau cuba
memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi
peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Konfusius berhenti daripada
perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.
Kemudian, Konfusius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru,
beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun
sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Konfusius telah merantau dan menyebarkan
12
ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau
kembali ke Lu pada tahun 484 SM.
Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian
dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau
meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.
Ajaran Konfusius
Konfusianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi
merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Konfusianisme berasaskan ajaran Konfusius dapat
dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan
harga diri. Apabila Konfusius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab
"kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi
bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Ajaran Konfusius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk
Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze
(Mencius). Konfusius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan
lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou.
Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of
Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).
Ajaran Konfusius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama
Hindu dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China. Ajaran-
ajaran Konfusius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Konfusius ialah
bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Konfusius,
terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu
pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan
dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak
lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan
harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga
harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa
kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan
13
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang
besar.
Dari segi politik pula, Konfusius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang
dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Konfusius menegaskan bahawa
raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan
teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan
rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan
dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Konfusius mengatakan bahawa raja harus melindungi
rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.
Bagi masyarakat China. mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil
daripada ajaran Konfusius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk
mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Konfusianisme, juga
memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.
Meng Tze, pengikut Konfusius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang
zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng
Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja
bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan
hukuman keras kepada pesalah.
Sebagai satu kesimpulan, Konfusianisme yang berasaskan ajaran Konfusius memetingkan
kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik,
terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada
penganut ajaran Konfusius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil
daripada pengaruh Konfusianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan
bukan kerana keturunannya.
Konfusius
14
PROSPEK GLOBALISASI –
MASALAH DAN CABARAN TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA
Berdasarkan masyarakat ideal Malaysia yang digambarkan, Wawasan 2020 terus menyatakan
pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan staregi untuk merealisasikannya. Nilai-nilai
yang harus diberikan tumpuan dapat dikenali daripada kenyataan ini. Bahagian ini akan mengenalpasti
dan membandingkan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan dan kaitannya antara
kedua-dua set nilai ini. Perbandingan ini dilakukan dengan merujuk kepada wawasan atau strategi
dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik, sosial, psikologi, ekonomi, pendidikan dan
pemeliharaan alam sekitar.
Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah intergrasi nasionall (perpaduan
nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi ( khasnya
kematangan,kemaufakatan, komoniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharrmonian, keadilan dan
dedikasi terhadap Negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanism dan moralisme memang
menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan, dan ideal-ideal demokrasi seperti yang
terkandung dalam The Grand Unity.
Dalam bidang social, yang diidamlan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika,
berkebudayaan penyanyang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi
budaya dan ajaran agama,bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh.
Tamadun Cina dalam proses perkembangannay telah menerima banyak penagruh agama dan
kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat
terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, system etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga
semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang
entity (indivitu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin member banyak implkasi
bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas
dari segi agama dan budaya.
Dalam bidang psikologi, dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme, pemupukan
kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima
kebaikan dan member manfaat. Lanjutan dariapda premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang
tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam
15
tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, Negara dan dunia dan bukan untuk diri sendiri
semata-mata. Nyatalah bentuk-bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya
releven sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang
diingini.
Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting.
Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dan
pekerjaan tidak dikenalpasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu
ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut
ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya kerajinin, berjimat-cermat, tanggungjawab, intergriti dan
ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perbiagaan secara lansung; nilai etika seperti keharmonian,
kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, displin diri, semangat kerjasama dan
sebagainya mungkin member implikasi yang positif bagi teori organisasi, pengurusan perniagaan dan
psikologi perindustrian.
Dalam bidang pendidikan, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah
pertama, kepercayaan optimistic pada potensi manusia untuk mencapai kecermelangan individu atau
berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu
harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral adan etika diberikan
keutamaan; kelima, guru harus diharmati dan diberi status social yang tinggi. Nyatalah warisan-warisan
ini adalah berpunca daripada humanism,personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun
Cina.
Dalam bidang pemuliharaan alam sekitar,secara asasnyamanusia perlu merujuk kepada
tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam
semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu sama lain supaya mencapai satu
konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajiban manusia bagi
mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran samada Konfusianisme, Daoisme dan
Budahisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus
berusaha untuk memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) sepaya tercapai satu keadaan yang
dikenali sebagai “kesatuan tian dengan manusia”. Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini
adalah bersifat transendensi dan bukan empiric. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya
harus diusahakan dalam hubungan antara manusia dan alan semesta.
16
SAINS DAN TEKNOLOGI CINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 hingga
kurun ke-11SM. Di peringkat awal pada permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran
dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada
kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya,
teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (cating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan
kertas dan Loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan
perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan.
Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang
segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara lansung kepada
seluruh birokrasi.
Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang teserlah sehinggalah kemunculan
zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali-sekala berlansung antaranya pengambaran
Marco Polo pada tahun 1275-1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan
teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu
mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari Negara
China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau
perniagaan dan perindusterian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar.
Kesannya, Negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan social telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang
kepentingan sains dan teknologi moden.
Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou(kurun ke-11 sehingga ke-3 SM), orang Cina telah
mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan
terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan alatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi
yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalender Cina juga
adalah salah satu system yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
17
Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa
(abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat
itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina
terkandung dalam karya agung Jiuzhang suanshu (Sembilan Ban Matematik) oleh Zhang Cang (kurun
ke-2 SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negative. Ahli matematik
Cina juga mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam
bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Sempoa (abacus)
Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing.
Mengikut lagenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953 SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh
Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598 SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan
juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbang secara harmoni kedua-dua
kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam
badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh
dikawal dan ini merupakan tumpuan yang paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima
elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman
seperti hati, jantung dan limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalamalam
semesta. Misalnya paru-paru dianggap mempunyai kuantiti kayu yang boleh dinyalakan oleh api. Oleh
18
sebab itu, seseorang yang menghidapi ganguan paru-paru mudah jadi marah. Berdasarkan dua teori ini
doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan
harmonis badan seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teori jing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas
bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan maxisbustion (membakar daun moxa). Mengikut teori
ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di
mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabila jing atau lou tersekat,darah dan qi tidak dapat
mengalir lancer dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir
lancer perupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan maxisbustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan
teori jing dan lou, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkann atau mencucuk jarum logam yang
telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah
satu tujuannya dalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan lou supaya gangguan
peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500
SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan
maxisbustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu
dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba),
binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlahlebih kurang 1,000 jenis.
Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya merupakan suatu perkara yang amat rumit. Ini
menyebabkan cara mempreskripsi (menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat
ubat yang telah digunakan oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur
barus(champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di
Negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penykit lelah
(asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam
memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang
dipercayai dihasilkan oleg sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221
SM), merupakan kesimpulan sempurna yeng pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu
19
(Farmakopedia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopedia Cina teragung
dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
Simbol ying dan yang
Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah member perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kemera lubang jarum (pinhole camera), dan begitu juga pelbagai
imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.
Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari atu cara yang dapat membuat manusia hidup
selama-lamanya telah menghasilkan sejenis “eliksir kehidupan” (elixir of life). “Eleksir kehidupan” ini
mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan
adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden,
penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang
dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan,
termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
20
Empat Penciptaan Agung
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dari segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat peciptaan agung iaitu
teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah disipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiaannya
telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba
di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Lima langkah utama dalam buatan kertas, digaris bentuk oleh Cai Lun pada 105 AM
Kertas pertama di dunia
Teori teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemeritahan dinasti Tang
(618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah Jingang jing
21
(Kitab Sutera Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di
Muzium British di England. Buku ini di anggap mewaliki hasil daripada pengalaman lama orang Cina
dalam teknik penciptaan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik pencetakan
bergerak (mobile-types printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah
400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-
15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yeng menemui
formulanya dalam ujikaji mencampurkan salpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7,
orang Cina sudahpun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai
digunakan dalam bidang militeri pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan
dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari situ
diperkenalkan ke Negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat ciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han
(206-220SM) sifat-sifat magnetsudah diketahui di Negara China. Antara kurun pertama dengan kurun
ke-6, orang Cina sudahpun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced
magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban
magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas,
yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.
Kompas Diagram kompas pelaut Dinasti Ming
22
BIBLIOGRAFI
1. Lok Chong Hoe(1998). Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek
Kesenian, Pulau Pinang. USM.
2. Joseph Needham (1954). Science and Civilization in China, Cambridge. Cambridge University.
3. Khasnor Johan, Mahayudin Haji Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad, Rohana Zubir (2001).
Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4,Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Penerbit Universiti Malaya (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_China
6. http://ms.wikipedia.org/wiki/China
23