104
NAMA MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) KOD MATA PELAJARAN: ULT 1022 TAJUK TUGASAN: INTERAKSI DIANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA DI MALAYSIA NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS NO. KAD PENGENALAN KURSUS SEKSYEN KHAIRULNIZAM BIN ABDUL MOKMIN SX055666HDD01 751211-06- 5101 SHD 01 VOON CHI CHIAN SX041397PHJ12 831207-13- 5293 SPH 01 RIDI ANAK JURI SX040997PHJ12 620107-13- 5659 SPH 01 NORFAZLINDA BT ABDUL MAJID SX085753HRD01 811009-04- 5248 SHR 01 NUR ANATI BT SHAMSUL - HANA SX085755HRD01 881129-01- 6082 SHR 01 RAFIDAH BT RAHMAT SX085759HRD01 800313-01- 5592 SHR 01 ZAITON BT OTHMAN SX085763HRD01 710513-01- SHR 01

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

berkongsi dgn rakan2 yang lain

Citation preview

Page 1: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

NAMA MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

KOD MATA PELAJARAN: ULT 1022

TAJUK TUGASAN: INTERAKSI DIANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN

CHINA DI MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS NO. KAD PENGENALAN

KURSUS SEKSYEN

KHAIRULNIZAM BIN ABDUL MOKMIN

SX055666HDD01 751211-06-5101 SHD 01

VOON CHI CHIAN SX041397PHJ12 831207-13-5293 SPH 01

RIDI ANAK JURI SX040997PHJ12 620107-13-5659 SPH 01

NORFAZLINDA BT ABDUL MAJID SX085753HRD01 811009-04-5248 SHR 01

NUR ANATI BT SHAMSUL - HANA SX085755HRD01 881129-01-6082 SHR 01

RAFIDAH BT RAHMAT SX085759HRD01 800313-01-5592 SHR 01

ZAITON BT OTHMAN SX085763HRD01 710513-01-5352 SHR 01

NAMA PENSYARAH: USTAZ ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 2: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Prakata 1

Bab 1: Pendahuluan Sejarah Tamadun Melayu di Malaysia Sejarah Tamadun China di Malaysia

2 – 6

Bab 2: Ciri-ciri Tamadun Melayu Ekonomi Politik Sosial

7810

Bab 3: Ciri-ciri Tamadun China Ekonomi Politik Sosial

132029

Bab 4: Interaksi Positif Tamadun Melayu dan Tamadun China Teknologi Integrasi / Integriti Tulisan Sosial Perayaan Pendidikan Bahasa Budaya Ekonomi Politik Asimilasi Kaum

717375788384

Bab 5: Cadangan Interaksi Positif Tamadun China dan Tamadun Melayu Dialog Peradaban Integrasi Pendidikan Asimilasi Penempatan

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Page 3: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

PRAKATA

Terlebih dahulu kami mengucapkan rasa kesyukuran dan berbanyak terimza kasih kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus TITAS ini.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz

Abdul Hafiz Bin Abdullah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar langkah-langkah

menyediakan tugasan yang dapat memenuhi keperluan kerja kursus. Penerangan dan nota yang

dibekalkan membolehkan kami mencari maklumat dengan lebih tepat.

Kepada keluarga kami terutamanya isteri/suami dan anak, telah banyak memberi

sokongan dan dorongan serta pengorbanan yang tidak ternilai sepanjang kami menyiapkan

tugasan TITAS. Begitu juga dengan rakan-rakan yang banyak membantu dengan berkongsi

bahan ilmiah, maklumat dan sokongan bagi menjayakan penulisan kerja kursus ini.

Tugasan TITAS ini banyak membantu kami dalam menambah pengetahuan dan

kemahiran mengenai penulisan laporan tugasan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung di dalam menyempurnakan tugasan TITAS kami. Jasa dan sumbangan sekalian

tetap dikenang.

Page 4: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

DEFINISI TAMADUN

Tamadun berasal daripada perkataan arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan

kesopanan tingkah laku. Ada pendapat mengatakan ianya juga berpunca daripada kata kerja

“maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku juga membawa

erti membuka bandar. Terbit juga perkataan ‘madinah” yang bermaksud Bandar dan juga

“madani” iaitu orang yang berkelaukuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi

bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

Kesimpulannya, istilah “Tamadun” boleh ditakrifkan sebagai jumlah pencapaian dan

pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun

bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan

juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara dan bangsa.

Secara ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai satu pencapaian bentuk budaya yang tinggi.

Elemen –elemen asas bagi pembentukan tamadun boleh dibahagikan kepada enam aspek

yang penting iaitu :

1) Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.

2) Hayat penghidupan stabil yang panjang.

3) Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan

pendidikan yang teratur dan sistematik.

4) Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri

yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris

khazanah ilmunya.

5) Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan

tindak tanduk anggota masyarakatnya.

6) Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah, dan lain-

lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

Page 5: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

TAMADUN CINA

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China merupakan

salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri.

Dinasti pertama menurut sejarah Cina merupakan Dinasti Xia, akan tetapi tidak terdapat

bukti arkeologi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasti pertama yang dapat disahkan

merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He sejak kurun ke-18

sehinggalah kurun ke-12 sebelum masihi. Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou

yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke-12 sehingga ke kurun ke-5 sebelum

masihi. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhapus dengan pemberian secara bebas

tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat

pada musim bunga dan luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada

kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu

maharaja China ( 221 sebelum masihi) iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada

penubuhan Dinasti Qin, iaitu penyatuan semua tanah jajahan pertama di bawah China.

Dinasti Qin tidak dapat bertahan lama kerana disebabkan pemerintahan kuku besinya ,

dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada

pemerintahannya iaitu para cendekiawan dan golongan terpelajar. Sumber-sumber ini dikatakan

boleh membantu kerajaan dalam pentadbirannya, meskipun itulah satu-satunya kegunaan

mereka.

Selepas kejatuhan kerajaan Qin,muncul pula Dinasti han yang bertahan sehingga tahun

220 Masihi. Daripada dinasti inilah orang Cina memnaggil mereka Bangsa Han. Selepas dinasti

ini, era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula Dinasti Sui,

Dinasti Tong Dan Dinasti Song. Pada masa inilah China mengalami zaman emasnya. Daripada

kurun ke-7 Masihi sehinggalah kurun ke-14 masihi, China merupakan salah satu tamadun yang

paling maju dari segi teknologi, sastera, dan seni lukis.

3

Page 6: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Dinasti Song tumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279

yang diketuai oleh Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan iaitu satu dinasti yang tidak disukai

oleh orang cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan

dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap

Negara China. Akan tetapi China sekali lagi dijajah oleh orang asing di bawah Dinasti Qing yang

ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644.

Dinasti qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran

maharaja terakhir mereka Puyi daripada takhta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan

pengambilan semula China ke dalam tangan mereka.

Proses penukaran pemerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adlah sesuatu

yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. Oleh

sebab itu, para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan

penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka ke dalam jiwa

rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu,

disebabkan rasa sangsi mereka terhadap Bangsa Han,mereka mengambil sikap berhati-hati dalam

perhubungan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi

kerajaan menggunakan bahasa Manchu di samping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan- tindakan

preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila orang Manchu telah melupakan bahasa dan budaya

mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan Orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daipada para

musuhnya dikawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah

selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun china berada di

belakang Eropah dari segi kemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada

kurun ke-19, dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan barat pada

masa yang sama ia menjajah kawasan asia tengah.

4

Page 7: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

TAMADUN MELAYU

Tamadun melayu merupakan sebahagian daripada Tamadun Islam. Ini dapat dilihat di

mana Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang

mencakupi kemajuan rohani dan jasmani. Tamadun Islam juga mewujudkan keseimbanagn

dalam hubungan manusia,Allah dan alam sekitar.

Pakar-pakar Antropolgi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan

pelaut kebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di

sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehinggalah ke Laut China Selatan dan akhirnya

mendiami empat-tempat yang berbeza-beza.

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan yang telah disokong oleh ahli pengkaji iaitu R.H

Geldern, J.H.C Kern, J. R Foster,Jr Logen, Slametmuljana dan Asmah Hj omar. Melayu proto

merupakan melayu asli yang pertama sekali datang ke tanah melayu dan mempunyai kemahiran

dalam bidang pertanian sementara golongan kedua iaitu Melayu deutro ( 1500 sm) dan mendiami

pesisiran pantai pula mempunyai kemahiran menagkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya

migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau selatan

seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Ausralasia dan Negrito.

Terdapat bukti-bukti yang menyokong perkara ini. Antaranya ialah,

1) Alatan batu yang dijumpai di kepulauan.

2) Persamaan adat resam Melayu dan Assam.

3) Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang

Kemboja adalah berasal dari Sungai Mekong.

Terdapat teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 682

masihi yang mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006. Inskripsi batu Bersurat

Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisonal masyarakat minority Dai

adalah berasal dari bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal

Wilayah Yunnan China.

5

Page 8: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama-nama tempat

seperti Kampung Cham, Kambujadesa, Kampung Chhnang dan sebagainya. Sejarah melayu

dengan jelas menyebut terdapat komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan

tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh

dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa telah memeluk Agama Islam. Pada sekitar tahun 1700,

raja muslim terakhir Champa Po Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan

kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan

ada yang ke Kelantan.

Pada masa kini, kita dapat lihat masih ada lagi wanita Yunnan yang memakai kain batik

dan sarung. Perkara ini adalah bersamaan dengan wanita melayu.

6

Page 9: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

EKONOMI

Kepintaran penjajah menyekat dan menguasai terusan perdagangan di Alam Melayu,

ekonomi orang Melayu yang pada suatu masa dahulu berasaskan ekonomi maritim ( maritime

economy ) seperti di Langkasuka, Srivijaya, Samudra-Pasai, Temasik, Melaka, Acheh, Johor-

Riau, telah berusaha mengubah strategi kehidupan kepada ekonomi pertanian

( agrarian economy ).

Pada zaman penjajahan, ekonomi orang Melayu terikat kepada system ekonomi dualism.

Di satu segi, mereka harus hidup secara sara diri dan terlibat dengan ekonomi sara diri

( subsistence economy ), dan terpaksa pula masuk ke sistem ekonomi wang ( cash economy )

dengan menghasilkan tanaman-tanaman berasaskan wang seperti getah. Sistem ekonomi ini juga

disebut sebagai ekonomi pertanian ( peasantry economy ) yang terdapat di kawasan luar bandar.

Disebalik sistem ekonomi sedemikian, orang Melayu juga menghadapi masalah kemiskinan

disebabkan saiz pemilikan tanah kecil, malahan ada yang tidak bertanah, menghasilkan

pengeluaran yang kecil dan menyebabkan kadar simpanan yang rendah. Orang Melayu

terperangkap di dalam lingkaran kemiskinan.

Pihak kerajaan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan

memberikan tanah kepada mereka melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( LKTP ) atau

yang dikenali sekarang sebagai FELDA yang ditubuhkan pada tahun 1956. Rancangan

pembangunan tanah merupakan tumpuan utama kerajaan untuk berusaha memodenkan orang

Melayu di luar bandar. Usaha ini untuk mengimbangi rancangan pembukaan tanah oleh

pemerintah colonial British kepada syarikat-syarikat gergasi seperti Guthrie, Dunlop, Sime

Darby, Socfin, dan lain-lain yang dimiliki oleh golongan mereka dan kaum pendatang.

7

Page 10: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

POLITIK

Cabaran dalam Aspek Pemerintahan dan Perundangan

Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tonggak sebuah masyarakat dan memainkan

peranan penting dalam pembinaan tamadun. Banyak kerajaan Melayu yang dibina oleh

masyarakat Melayu dalam siri kegemilangan tamadun Melayu. Setiap kerajaan mempunyai

sistem pemerintahan masing-masing yang berasaskan undang-undang Islam. Contohnya,

Undang-Undang Laut Melaka.

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, isu kewarganegaraan adalah isu yang

cukup mencabar. Perlembagaan mengiktiraf faktor jus sanguinis (by birth) atau menjadi

warganegara kerana faktor kelahiran, tetapi dengan kematangan politik pemimpin negara, faktor

jus soli atau pengiktirafan warganegara secara undang-undang (by act of law) juga dapat

diterima. Kematangan politik melalui musyawarah dan perundingan telah dapat menyelesaikan

pelbagai isu di dalam negara berdaulat Malaysia.

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu jati diri

kebangsaan bagi warganegaranya. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia ada seperti yang

termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967). Namun, selepas Tragedi

13 Mei 1969, satu dasar ekonomi diperkenalkan dengan nama Dasar Ekonomi Baru (1971) untuk

digunakan sebagai instrumen atau wahana perpaduan kaum dan negara. Dasar Kebudayaan

Kebangsaan (1971) juga antara wahana untuk mencapai perpaduan kaum.

8

Page 11: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) sudah diterima sebagai dasar negara untuk

mewujudkan jati diri tersebut. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan negara

hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini. Islam sebagai agama universal

ialah teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-nilai yang baik dari budaya lain akan diambil kira.

Dasar ini telah mengambil kira bahawa imej atau cita kebangsaan mestilah cita kemelayuan, iaitu

citra yang sudah sebati dengan wilayah budaya rantau ini. Dasar ini tidak pula melarang budaya-

budaya lain untuk berkembang atau dipertontonkan kepada orang luar.

Rukun Negara (1971) telah dirangka sebagai ideologi negara agar rakyat Malaysia

memiliki sistem nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama. Prinsip-prinsip

tersebut ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran

perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan, dan kesusilaan. Prinsip-prinsip tersebut

dilihat universal, tetapi memiliki unsur setempat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai

kaum dan agama. Kepelbagaian tersebut merupakan suatu kekuatan dan bukannya sesuatu

kelemahan. Lantaran itu, setiap kepelbagaian perlu diikat dengan prinsip-prinsip yang dapat

diterima oleh semua pihak untuk menyatupadukan mereka.

9

Page 12: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

SOSIAL

Proses Sosialisasi dan Pembudayaan dalam Masyarakat Melayu

Proses sosialisasi (socialization process) ialah proses seseorang itu mempelajari perkara-

perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan beliau berfungsi di dalam

masyarakat tersebut. Pembudayaannya pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya (culture

traits) bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma, dan nilai

(budaya) masyarakat yang dianggotainya. Kedua-dua proses ini dijalankan pada semua tahap

dalam kitaran hidup (life cycle), tetapi yang terpenting pada masa seseorang itu masih kecil, iaitu

tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan

mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat seterusnya tamadun.

Proses sosialisasi dilengkapi dengan kawalan sosial (social control) dan tekanan sosial

(social sanction). Kawalan sosial sama ada berbentuk prima seperti adat resam, amalan

masyarakat atau berbentuk sekunder seperti undang-undang tindakan badan formal seperti

mahkamah, polis, dan sebagainya. Bertujuan untuk memastikan agar anggota masyarakat akur

kepada segala peraturan dan bertindak dalam lingkungan yang dibenarkan oleh masyarakat dan

budaya. Sekiranya terdapat penyelewengan, maka akan dikenakan tekanan oleh masyarakat

dalam bentuk cacian, cemuhan ataupun denda.

10

Page 13: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Pembentukan Peibadi Melayu Islam

Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik,

beragama, berakhlak, dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan

pembudayaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan

tanggungjawab ini dan turut dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan

sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi

anggota masyarakat fungsional atau menjadi ’orang’.

Oleh sebab budaya Melayu berteraskan Islam dan adat, maka kedua-dua aspek ini menjadi

asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Beberapa upacara ”rites de pasage”

gabungan unsur agama dan adat diadakan pada hampir setiap tahap dalam kitaran hidup.

Malahan sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang

mengandung, malahan bapa pun dikehendaki supaya tidak melakukan perbuatan yang buruk dan

keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak akan

mewarisi perangai buruk kedua-dua ibu bapanya (yang dilakukan semasa ibu

mengandungkannya). Pada peringkat ibu mengandung juga, ibu bapa dikehendaki melakukan

perkara yang baik-baik, termasuk tidak meninggalkan suruhan agama.

Sebaik sahaja dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi itu lelaki, atau

mengikamatkan jika ia perempuan. Tujuannya adalah untuk memperdengarkan buat pertama

kalinya kepada bayi tersebut. Selain itu, beberapa upacara lain diamalkan oleh masyarakat

Melayu (tradisi) dari peringkat kelahiran hingga seseorang itu meningkat remaja. Contohnya

seperti upacara mencukur jambul ketika bayi.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur

Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep pahala,

dosa, haram, dan sebagainya. Setelah meningkat umur 5 tahun ke atas, kanak-kanak juga diajar

bersembahyang, berpuasa, dan lain-lain. Dalam perkampungan Melayu, lazim kelihatan ibu bapa

membawa anak mereka ke masjid atau surau, terutama pada hari Jumaat dan pada sepanjang

bulan puasa. Ibu bapa juga melatih anak mereka berpuasa separuh hari atau beberapa hari penuh

berselang seli disepanjang bulan Ramadan.

11

Page 14: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Kaedah dalam Proses Sosialisasi

Dalam konteks mengajar seseorang anak ke arah pembentukan peribadi yang baik, di

samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak tersebut, ibu bapa Melayu

menggunakan kaedah termasuk menegur, memberi nasihat, menakut-nakutkan anak-anak atau

dengan merotan, tetapi tidak sampai mencederakan. Apabila anak-anak meningkat remaja,

kaedah tegas dan nasihat lebih banyak digunakan. Bagi orang Melayu teguran ini dilakukan

sepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah dewasa, malahan selepas mereka

mendirikan rumah tangga.

Orang Melayu mempunyai daya kreativiti intelektual yang tinggi dari segi memerhati dan

menghayati faktor-faktor alam secara rasional dan saintifik. Kemudiannya, mereka menggubal

peribahasa dan pelbagai kata perbilangan yang lain sebagai analogi kepada perkara-perkara yang

mereka perhatikan, alami, dan hayati tersebut. Peribahasa ini digunakan sebagai panduan,

teladan, dan sempadan dalam menjalani hidup bermasyarakat termasuk digunakan dalam proses

sosialisasi dan pembudayaan.

12

Page 15: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Ciri-Ciri Tamadun Cina Di Malaysia

Sistem Ekonomi

Salah satu aspek orang Cina dalam sektor ekonomi tempatan adalah nilai pelaburan dan

hasil-hasil yang diperoleh daripadanya. Selain itu, ialah bilangan orang-orang Cina sebagai

tenaga buruh dalam sektor perindustrian. Mengenal hal tersebut, jumlah sebenarnya jarang

diperoleh.

Secara keseluruhannya, orang-orang Melayu adalah merupakan petani-petani dan banyak

menanam padi walaupun hasilnya kecil berbanding dengan penggunaan negara dan orang-orang

Cina dan India menyediakan tenaga buruh bagi perindustrian asas.

Kita mulakan dengan kegiatan penanaman padi dan padi. Di negeri-negeri Melayu

Bersekutu, menurut bancian yang diadakan pada tahun 1931, jumlah orang-orang Melayu yang

terlibat dalam penanaman padi adalah 78009 orang (44421 lelaki dan 33588 perempuan).

Penanam padi : orang India pula adalah 1892 orang, 1689 lelaki dan 203 perempuan), manakala

orang-orang Cina hanya melebihi seribu orang (1038 orang termasuk 77 perempuan).

Penglibatan orang-orang bukan Melayu yang kecil dalam bidang ini kerana dasar Tanah

Simpanan Melayu dan tidak dibenarkan pemindahan milik tanah padi kepada orang-orang Cina

dan India. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, kadar perbandingan adalah sama iaitu

159861 orang Melayu, 5888 orang Cina manakala orang India tidak dikira berasingan. Di

Negeri-negeri Selat, kawasan penanaman padi adalah kecil dengan 2877 orang Melayu, 84 orang

India dan 322 orang Cina.

Jabatan Pertanian sering melaporkan bahawa penanam padi Cina mendapat hasil

pulangan setiap ekar yang lebih tinggi berbanding dengan penanam lain.

13

Page 16: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Perikanan pula adalah merupakan kegiatan perindustrian kecil. Pada tahun 1931, di

negeri-negeri Selat terdapat 9159 orang Melayu termasuk 125 perempuan, 335 India termasuk 4

perempuan dan 6092 orang Cina termasuk 47 perempuan. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

pula, terdapat 5717 orang Melayu, 56 India dan 7291 Cina manakala di Johor terdapat 2552

orang Melayu, tiada nelayan India dan 2257 orang Cina. Di Kedah dan Perlis, terdapat 2185

orang Melayu, tidak ada nelayan India dan 15 orang Cina dan di Terengganu, terdapat 10204

orang Melayu, tidak ada nelayan India dan 171 orang Cina.

Bijih timah merupakan hasil Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi tumpuan orang-

orang Cina sejak perhubungan dagangan yang awal. Dalam sesetengah kes, mereka

menguruskan perlombongan bijih timah dan orang Cina diambil sebagai buruh. Kebanyakan

tenaga buruh terdiri daripada orang-orang Melayu sehingga abad kesembilan belas. Menjelang

akhir abad kelapan belas, hasil pengeluaran tahunan dari Perak dianggarkan sebanyak 5000 pikul

(16.8 pikul=1 tan). Sebahagian besar bijih timah dilombong oleh orang-orang Melayu di Kinta

dan Batang Padang. Intan yang terletak di Perak Utara telah menghasilkan bijih timah sejak 300

tahun yang lalu. Newbold mengganggarkan bilangan orang Cina di beberapa kawasan

perlombongan pada tahun 1830an, tetapi menjelang 1850an hasil penemuan kawasan bijih timah

yang kaya di Larut barulah ramai pelombong Cina menumpukan perhatian dalam sektor tersebut.

Sebahagian besar bijih timah di Semenanjung adalah hasil daripada lanar, tetapi satu

daripada lombong telerang bijih timah terbesar di dunia adalah Sungai Lembing, Pahang.

14

Page 17: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Pertambahan penggunaan mesin secara beransur-ansur dan kadar kecekapan yang

sentiasa meningkat, telah membolehkan longgokan-longgokan bijih timah dikerjakan.

Berbanding dengan masa lepas, kerja-kerja ini tidak menguntungkan kerana dalamnya timbunan

tanah, kandungannya yang sedikit dan kadar kelembapannya. Pada tahun 1939, kuasa elektrik

telah menggantikan stim dan minyak di lombong-lombong. Kesan daripada kepentingan

penggunaan teknologi dapat dilihat melalui kadar bijih timah yang dilombong mengikut kaedah

orang-orang Eropah adalah tinggi berbanding dengan orang-orang Cina. Walau bagaimanapun,

pertambahan ini sebahagian besarnya sejak tahun 1931 disebabkan oleh pengenalan rancangan

kawalan bijih timah. Pengenalan kapal korek pada tahun-tahun awal abad ini menandakan satu

revolusi dalam sejarah perindustrian ini. Walaupun kapal-kapal korek ini kepunyaan syarikat

Eropah tetapi orang-orang dan lain-lain bebas untuk melabur dalam saham-saham syarikat dan

menggunakan kapal korek tersebut.

Kaedah-kaedah perlombongan di Tanah Melayu pada masa kini dibahagikan kepada

kapal korek, pam kerikil, hidraulik, lombong dedah, lombong syaf, lombong telerang dan

mendulang. Kaedah yang paling popular di kalangan orang-orang Cina adalah melalui pam

kerikil. Melalui pam kerikil ini, pam tekanan digunakan kepada monitor yang akan

mengeluarkan pancutan air yang kuat yang akan menghancurkan tanah. Bahan-bahan yang

hancur dalam tanah liat tersebut akan dibawa melalui saluran dan air akan disalurkan oleh pam

kerikil ke dalam palung yang terletak lebih kurang 40 hingga 120 kaki ke atas. Bijih timah yang

berat ini disekat dalam palung oleh batang kayu yang diletakkan bersilang di bahagian bawah di

palung tersebut. Kebanyakan pasir dan tanah liat yang ringan keluar bersama dengan air dari

palung dan ditimbunkan di ruang pembuangan.

Orang-orang Cina menunjukkan kebijaksanaan dalam usaha membuang kotoran ini dari

lombong pam kerikil.

Dalam mengkaji peranan orang Cina dalam bidang perlombongan di Tanah Melayu, kita

harus membezakan di antara hak milik, kaedah-kaedah dan tenaga buruh. Orang-orang Cina

menyumbang sebahagian besar daripada tenaga buruh. Oleh itu, mereka telah menjalankan

kegiatan carigali secara intensif di lombong-lombong dedah. Lombong yang tertua ialah di

Sungai Besi, Selangor yang panjangnya 3000 kaki dan lebar 1200 kaki dengan 125 kaki dalam,

yang meliputi 16000000 ela kubik tanah. Kesemuanya digali oleh tenaga tangan dengan

Page 18: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

menggunakan cangkul. Lubang yang terbesar ialah Lombong Hong Fatt yang berdekatan yang

dalamnya 310 kaki dan 30000000 ela kubik tanah yang dialihkan.

Lombong dedah yang menggunakan tangan manusia adalah satu kaedah Cina yang asli.

Tanah diletakkan dalam raga-raga yang leper yang digantung di hujung sebatang kayu dan

diletakkan di atas bahu kuli-kuli. Beberapa tahun lalu, lombong-lombong jenis ini disaliri air

oleh satu kaedah Cina iaitu pam berantai yang berfungsi melalui satu kincir pam jenis ini biasa

dijumpai di sawah-sawah padi di Selatan China. Sebahagian daripada pam berantai ini berfungsi

melalui satu roda air.

Lombong telerang yang terbesar terletak di Sungai Lembing yang mula dikerjakan oleh

orang-orang Cina tetapi tidak ada sebarang usaha yang dilakukan di bawah paras air. Orang-

orang Eropah mula melombong di sini pada tahun 1887.

Mendulang merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memperoleh bijih timah di

negara ini. Kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita Cina, biasanya daripada keturunan

Hakka. Sesetengah daripada mereka diambil bekerja oleh pelombong-pelombong untuk

melombong bijik timah dalam terusan-terusan, manakala yang lain bekerja sendiri di anak

sungai.

Satu dulang kayu yang garis pusatnya berukuran 30 inci dan 3 ½ inci dalam di bahagian

pusat. Dulang dimasukkan ke dalam pasir terusan atau dasar anak sungai dan mengaut tanah dan

air. Dulang ini diayak untuk membuang sisa bahan-bahan dan bijih ditinggalkan. Kerja

mendulang ini merupakan satu perkara biasa di Tanah Melayu yang menggambarkan ketabahan

orang-orang Cina. Kaum wanita Cina tunduk berjam-jam lamanya di bawah panas matahari dan

air di paras lutut serta bayi yang diikat di belakang mereka.

Kegiatan perlombongan yang lain di Tanah Melayu sebahagian besarnya bergantung

kepada buruh Cina. Arang batu dilombong di dalam dasar-dasar bertingkat di Batu Arang,

Selangor. Sebanyak 661500 tan arang batu tidak berasap merupakan keluaran maksimum pada

tahun 1929. Emas dilombong di Raub 700000 oz. dalam masa 50 tahun di lombong telerang

kepunyaan Syarikat Raub Australian Gold Mining. Kegiatan tersebut juga dijalankan secara

kecil-kecilan melalui perlombongan lanar di tempat-tempat lain.. Wolferam dan Sheelite juga

Page 19: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

dilombong di Tanah Melayu. Lombong-lombong besi Jepun di Terengganu dan Johor juga

menggunakan tenaga buruh Cina.

Kerja shafting kebanyakannya dilakukan oleh suku kaum Hakka. Keturunan Hailam

biasanya menjadi buruh di lading getah atau sebahagian kecil menjadi pembantu rumah atau

penternak babi. Mereka hanya akan menjadi pelombong sekirannya mendatangkan keuntungan.

Suku kaum Hokkien pula menjadi pekedai-pekedai di lombong-lombong dan hanya sebahagian

kecil kaum Teochiu menjadi pelombong. Sebahagian besar pelombong terdiri daripada suku

kaum Kantonis atau Hakka.

Peleburan bijih timah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dilakukan oleh orang-orang

Cina, terutamanya kawasan perlombongan yang utama seperti Larut, Kinta, dan Kuala Lumpur.

Relau berbentuk silinder kecil digunakan dan arang sebagai bahan api. Pada tahun 1940, hanya

seorang pelebur Cina yang masih ada di Tanah Melayu di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Selain

daripada itu, semua kegiatan peleburan timah di negara ini dilakukan oleh dua syarikat Eropah

iaitu Syarikat Eastern Smelting dan Syarikat Straits Trading. Ini merupakan contoh yang

membuktikan teknologi moden membolehkan bangsa Eropah bersaing dengan orang-orang

Cina.

Berbanding dengan bangsa Asia yang lain, orang-orang Cina lebih ramai menjadi

pemilik-pemilik dan pengurus dalam perindustrian timah. Walau bagaimanapun, bilangannya

tidaklah begitu besar iaitu 209 orang termasuk 5 orang perempuan di Negeri-negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1931. Pada tahun 1931, terdapat seramai 61992 orang lelaki Cina dan 8712

orang perempuan yang bekerja di lombong bijih di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ini

merupakan jumlah tenaga buruh yang paling besar. Orang-orang India pula seramai 4622 orang

termasuk 546 perempuan dan orang-orang Melayu seramai 478 lelaki dan 65 perempuan. Di

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu jumlahnya seperti berikut : orang Cina 1481 orang,

Melayu 39 orang manakala orang-orang India tidak kira berasingan.

Sementara orang Cina menguasai industri bijih, buruh India merupakan yang paling

ramai dalam perusahaan getah. Orang Cina selalu menjalankan kerja-kerja yang sukar seperti

membersihkan hutan untuk penanaman dan lain-lain kerja yang berkaitan pembukaan ladang

getah. Ramai di kalangan mereka yang digajikan sebagai penoreh getah dan kaum perempuan

Page 20: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

bekerja membersih rumput. Kerajinan mereka lebih tekun berbanding dengan orang India tetapi

mereka lebih sukar dikendalikan. Mereka merupakan individu yang tekun dan hanya akan

bekerja sebagai penoreh sekiranya dibayar mengikut jumlah kerja.

Pemilik estet Cina mempunyai perbelanjaan asas yang rendah berbanding dengan estet

Eropah yang menjalankan pekerjaan berdasarkan kaedah saintifik. Pada tahun 1931, di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu terdapat seramai 84342 orang lelaki Cina dan 16447 orang perempuan

Cina yang bekerja dalam industri getah berbanding dengan jumlah orang India seramai 131099

orang dan orang Melayu seramai 27618 orang. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,

jumlahnya terdiri daripada 61374 orang Cina, 34776 orang Melayu, manakala orang India tidak

dikira berasingan.

Perlombongan bijih timah telah dijalankan di Tanah Melayu sejak dahulu kala dan lebih

kurang satu abad yang lalu oleh orang-orang Cina, manakala perindustrian getah merupakan

ciptaan British. Satu pemerihalan mengenai asal-usul dan perkembangan industri getah tidak

perlu dimasukkan dalam sektor ini, tetapi disebabkan orang-orang Cina melibatkan diri dengan

meluas dalam kegiatan ini, maka perkara-perkara penting dijelaskan secara ringkas.

Selain daripada itu, orang Cina juga memiliki banyak kebun kecil. Kebun-kebun kecil

getah meliputi keluasan 1215522 ekar di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1931 berbanding

dengan 1855797 ekar estet getah yang melebihi 100 ekar. Perangkaan ini tidak menunjukkan

bilangan pemilik Cina, tetapi disebabkan sebahagian besar daripada kebun kecil getah yang

dipunyai oleh orang Melayu disewakan kepada orang Cina untuk ditorehkan, maka pemilikan

tersebut tidak mempunyai sebarang makna. Pada tahun 1931, pengeluaran estet getah yang

melebihi 100 ekar ialah 239435 tan dan kebun kecil getah menghasilkan sebanyak 195422 tan di

seluruh Tanah Melayu.

Pemilikan lombong bijih timah dan estet getah oleh orang-orang Cina bukan merupakan

petunjuk sebenar kekayaan mereka di negara ini. Contohnya, orang-orang Cina mempunyai

saham yang banyak dalam syarikat getah Eropah. Kebanyakan industri sampingan yang penting

dan sedang berkembang di Tanah Melayu dikuasai oleh orang Cina. Industri nanas yang diasas

sejak dua dekad yang lalu adalah perusahaan orang-orang Cina. Nanas yang ditinkan merupakan

1.2 peratus daripada eksport dagangan Tanah Melayu pada tahun 1938. Di Singapura, Pulau

Page 21: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Pinang, Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan lain-lain tempat, orang-orang Cina memiliki perusahaan

minyak, kilang biskut, kerja-kerja getah bagi pengeluaran kasut, tayar dan lain-lain, tempat

pelebur besi, kilang kayu dan kilang sos. Terdapat juga syarikat perkapalan Cina, agensi motor

dan bengkel. Kebanyakan daripada perniagaan runcit di merata-rata tempat dimiliki oleh orang

Cina. Satu petunjuk membuktikan kekayaan komuniti ini ialah orang-orang Cina di Tanah

Melayu telah menghantar lebih daripada $110000000 (£833000) ke China pada tahun 1941.

Penanaman sayur-sayuran, penternakan ayam dan babi juga dimonopoli oleh orang Cina.

Orang Melayu turut membekalkan telur dan ayam kepada penawaran negara dan mereka

menjualkan hasil keluaran kepada orang tengah Cina. Orang Cina juga memonopoli bidang

pembinaan dan kemahiran pertukangan, walaupun terdapat orang-orang India utara dan selatan

yang mengusahakannya.

Kebanyakan orang Cina juga menjadi tukang jahit dan tukang kasut. Menjelang 1937,

mereka mula menandingi orang-orang India utara yang sebelum ini menguasai bidang

pembuatan fesyen wanita. Bidang dobi pula diusahakan oleh orang Cina dan India selatan.

Pembantu-pembantu rumah selalunya terdiri daripada orang Cina terutamanya berketurunan

Hailam dan sebahagian kecil orang India selatan. Kadang kala orang Melayu dan Jawa

bekerja sebagai pembantu rumah dan pemandu kenderaan.

Kebanyakan orang Cina juga melibatkan diri dalam perusahaan balak, penarik beca dan

kegiatan penerokaan dan pembersihan hutan untuk sektor pertanian.

Page 22: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Sistem Politik

Pertubuhan politik yang pertama diasaskan dengan objektifnya melancarkan revolusi di

China ialah Hsing Chung Hui. Ia diasaskan oleh Dr.Sun Yat-Sen di Honolulu pada tahun 1984.

Beliau cuba mendapatkan sokongan orang-orang Cina untuk menjatuhkan Dinasti Macau.

Dr.Sun mula-mula sekali melawat Singapura pada tahun 1900. Dari tahun 1900-1905, Hsing

Chung Hui bertanggungjawab ke atas setiap pemberontakan bersenjata di China. Pada tahun

berikutnya, Hsing Chung Hui telah bergabung dengan beberapa pertubuhan revolusioner yang

lain menjadi Tung Meng Hui dengan Dr.Sun dilantik sebagai Presiden.

Cawangan Tung Meng Hui di Singapura telah ditubuhkan pada bulan Ferbruari 1906.

Sebelum ini sudah terdapat parti politik yang dikenali Chung Hui Tang, yang diasaskan oleh Yau

Lit, ahli pertubuhan Hsing Chung Hui di Hong Kong. Pada tahun 1906, Dr. Sun datang semula

ke Singapura dan meneruskan usaha untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur. Walau

bagaimanapun, beliau gagal untuk menubuhkan cawangan di Ipoh kerana mendapat tentangan

kuat daripada penyokong parti di raja Pro Macau. Selepas itu, cawangan di Pulau Pinang,

Seremban, Melaka dan Kuala Pilah ditubuhkan.

Dari tahun 1905-1099, Singapura menjadi tempat pertemuan pelarian politik China. Di

antara yang terkenal termasuklah Sun Yat-Sen, Wang Ching Wei dan Hu Han Min. Pada tahun

1907, akhbar Cina iaitu Chung Hing Yat Pao telah diterbitkan dengan objektif utama untuk

menganjur revolusi di China. Pada waktu ini, banyak lagi akhbar revolusioner diterbitkan dan ini

menyebabkan persaingan hebat dengan akhbar yang menyokong Manchu terutama sekali Union

Times dan Yat-Pau Press. Dr.Sun Yat-Sen telah menulis banyak artikel di dalam akhbar

revolusioner. Akibatnya beliau mendapat surat amaran dari Pegawai Hal Ehwal Orang Cina

kerana sikapnya menentang Kerajaan Manchu sedangkan Great Britain menjalinkan

persahabatan dengan kerajaan Manchu.

Selepas melancarkan pemberontakan di China pada tahun 1908 yang dirancang oleh

Dr.Sun. 700 orang pemberontak terpaksa berundur ke Tonkin. Sebahagian daripada mereka telah

dihantar ke Singapura oleh Perancis sebagai mewakili Dr.Sun. Kemudiannya, mereka dikaitkan

dengan kumpulan perompak di Jurong. Adalah menarik untuk dicatatkan bahawa di antara tahun

Page 23: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

1909 dan 1911, Persatuan Triad di Melaka telah melakukan beberapa rompakan dan hasil

daripada rompakan tersebut dihantar ke China untuk membantu perjuangan revolusioner.

Pada tahap ini memperlihatkan kewujudan banyak persatuan, kelab dan pertubuhan

bacaan untuk mengembangkan propaganda revolusioner. Di antara yang terkenal ialah Kesatuan

Philomathic Orang Cina di Pulau Pinang yang didaftarkan di bawah Ordinan Pertubuhan pada

bulan November 1908. Pada tahun 1910, Kwang Wah Yat Pao ditubuhkan di Pulau Pinang oleh

ahli-ahli Tung Meng Hui.

Dr.Sun berada di Pulau Pinang dari tahun 1910 dan sebahagian tahun 1911. Beliau

membuat rayuan agar menubuhkan tabung untuk membantu gerakan pemberontakan di Canton.

Kegiatannya di Pulau Pinang menyebabkan beliau mendapat surat amaran dari Pegawai Hal

Ehwal Orang Cina yang mengarahkannya supaya meninggalkan negara ini. Beliau telah pergi ke

Eropah dan kemudiannya berada di Amerika sehinggalah revolusi yang dilancarkan berjaya.

Hasil kejayaan revolusi tersebut, maka tertubuhlah parti Kuomintang di China pada tahun

13 Ogos 1912 yang merupakan gabungan lima buah persatuan termasuklah Tung Meng Hui.

Selepas penubuhan parti Kuomintang di China, Lu Chih telah dihantar untuk

menubuhkan cawangan-cawangan parti di Tanah Melayu. Pada tahun 1912, kerajaan Negeri-

negeri Selat memutuskan untuk mendaftarkan pertubuhan itu di bawah Ordinan Pertubuhan.

Kerajaan berpendapat Tung Meng Hui tidak pernah melakukan penentangan terhadap

kewibawaan kerajaan Tanah Melayu. Tambahan pula, kejayaan revolusi sebelum ini telah

memperkukuhkan kedudukan parti. Cawangan parti Kuomintang yang pertama didaftarkan di

Singapura pada 18 Disember 1912, di atas nama Pusat Perhubungan Kuomintang Peking di

Singapura. Pada tahun 1913, tujuh orang daripada lapan orang ahli jawatankuasa yang utama

adalah rakyat British. Seorang daripada mereka ialah Dr. Lim Boon Keng. Pada tahun 1914,

pusat tersebut terpaksa tertutup. Penutupan ini disebabkan terbongkarnya satu rancangan bahawa

pusat itu akan dibubarkan dan digantikan dengan sebuah syarikat bernama Syarikat Industri Laut

Selatan Berhad. Terdapat juga tekanan daripada Pendaftar Pertubuhan ke atas pusat tersebut

yang mahukan nama dan alamat ahli. Selepas ini, pusat ini bergerak secara sulit. Cawangan sulit

di Pulau Pinang masih wujud. Semua cawangan lain telah didaftarkan di bawah Enakmen

Pertubuhan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 tetapi telah hilang atau bergerak

Page 24: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

secara bawah tanah. Notis Gazette tahun 1922 telah mengisytiharkan pertubuhan tersebut tidak

wujud lagi. Cawangan-cawangan lain juga didaftarkan di Negeri-negeri Melayu secara serentak

atau pada masa lain juga telah dibubarkan.

Berikut adalah secara ringkas Kuomintang di negeri China telah berkonflik dengan Yuan

Shih Kai. Kuomintang telah menganjurkan pemberontakan tetapi dapat dipatahkan oleh tentera

Yuan dan Kuomintang telah diharamkan. Walau bagaimanapun, usaha Yuan Shih Kai untuk

menjadi Maharaja telah digagalkan oleh Kuomintang apabila penduduk di wilayah selatan

dirangsang supaya melakukan pemberontakan. Semasa Kuomintang di bawah Li Yuan Huang,

yang memerintah dalam tempoh yang singkat, tercetus pula penentangan oleh tentera-tentera di

wilayah utara. Kerajaan telah dibubarkan pada tahun 1917. Manakala Dr.Sun Yat-Sen telah

menubuhkan cawangan Kuomintang di Canton dengan bantuan ketua-ketua tentera dari

Kwangsi, Yunnsn dan Fukien.

Pada masa itu, sejarah perjuangan Dr.Sun sangat mencabar. Dr.Sun telah dihalau keluar

oleh Leftenan Jeneral Cheng Chiung Ming pada tahun 1921, beliau kembali semula ke Canton

pada bulan Februari 1923. Beliau membawa bersamanya penasihat Parti Bolshevik, Jacon

Borodin. Pada tahun 1924, beliau pergi semula ke Peking, mungkin disebabkan kedudukan

beliau di Canton agak genting Dr.Sun meninggal dunia di Peking pada bulan Mac 1925.

Ajaran Dr.Sun menjadi penting dari segi politik setelah beberapa tahun beliau meninggal

dunia. Penguasaan semula Kuomintang dalam kerajaan pada tahun 1927 di bawah kepimpinan

Chiang Kai Shek. Tiga prinsip telah dijadikan teras dalam dasar kerajaan. Contohnya,Undang-

undang kewarganegaraan berdasarkan prinsip yang pertama iaitu Nasionalisme. Prinsip ini

memberi kesan yang besar ke atas politik Tanah Melayu. Oleh itu, kita perlu meneliti San Min

Chu I yang terkandung dalam siri kuliah Dr.Sun Yat Sen di antara tahun 1924-1925.

Page 25: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

San Min Ghu I

Nasionalisme

Orang-orang Cina berasal dari bangsa dari bangsa berkulit kuning disebabkan mereka

mempunyai stok darah yang berbangsa kuning. China merupakam satu-satu negara di mana

bangsa dan kaum adalah sama.Untuk menyelamatkan China, kita perlu membangkitkan

semangat kebangsaan. Orang-orang Cina adalah bangsa Han atau bangsa Cina yang mempunyai

kesamaan darah, bahasa, agama dan adat resam.

Demokrasi

Kerajaan yang diasaskan oleh manusia melalui tiga peringkat iaitu teokratik, otokratik

dan demokratik. Kita berada di peringkat keempat iaitu era manusia berjuang menentang

monarki dan raja-raja mereka. Isu sekarang adalah di antara baik dan jahat dan di antara mungkin

dan benar. Orang Cina seharusnya mengikut aliran kecenderungan yang dialami di dunia.

Kehidupan bersama

Asas kehidupan bersama adalah Sosialisme. Komunisme, Kolektifisme. Persoalan utama

ialah kesan kemajuan pesat dalam tamadun kebendaan di seluruh dunia. Pengenalan alat-alat

jentera membawa kepada pengangguran. Walaupun Sosialisme telah menjadi tenaga penggerak

untuk beberapa dekad tetapi penduduk Barat masih belum dapat mencari penyelesaian ke atas

setiap soalan yang timbul. Pengagihan kekayaan telah banyak menghancurkan monopoli

golongan perdagang. Cukai yang tinggi menguntungkan pekerja. Beberapa tahun dahulu,

Kuomintang menyelesaikan prinsip parti iaitu penghidupan bersama melalui penyamarataan hak

milik tanah dan pengaliran modal. Sekiranya kita mengikut kedua-dua kaedah tersebut, kita akan

dapat menyelesaikan masalah kehidupan bersama di China.

Kerajaan telah menumpaskan Kuomintang di Tanah Melayu pada tahun 1925 disebabkan

aktivitinya dianggap subversif. Ia merupakan agen untuk mengedarkan propoganda nasionalisme

yang dicetak di Canton yang bernadakan anti-British yang meluap-luap. Pada masa ini, terdapat

Page 26: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

usaha ke arah perjuangan yang berhaluan kiri dengan mengeluarkan proppganda yang berbisa.

Pertubuhan buruh Kuomintang pula muncul dalam negeri di bawah nama persatuan yang

mempunyai kepentingan bersama.

Kerajaan Tanah Melayu bersikap tegas terhadap aktiviti Kuomintang yang bersifat

subversif. Ahli-ahli mesti menyesuaikan diri dengan pertubuhan Kuomintang akan memberi

arahan dari masa ke semasa kepada mereka.

Kejayaan cemerlang Kuomintang di China pada tahun 1920 dan 1927 menyebabkan

kerajaan Tanah Melayu berada dalam keadaan serba salah. Kerajaan Tanah Melayu pernah

mengiktiraf Kerajaan Nasionalisme China yang dikuasai oleh Kuomintang. Oleh itu, Pejabat Hal

Ehwal Luar British berpendapat agar kerajaan mengkaji semula hal tersebut. Akibatnya, tercetus

rusuhan meminta supaya kerajaan menarik balik pengharaman ke atas Kuomintang dan rusuhan

tersebut dihalang oleh Kerajaan Tanah Melayu.

Pada waktu itu, Kuomintang mendapat simpati yang meluas di kalangan Cina di Tanah

Melayu terhadap perjuangan nasionalis. Dasar mereka ialah untuk menyokong prinsip Dr.Sun

Yat-Sen untuk menyatukan Soviet-Russia dengan Komunis dan menyatukan kaum petani dan

buruh-buruh. Dasar tersebut mendapat sokongan segelintir orang Cina kelas pertengahan dan

buruh-buruh Kantonis yang mahir.

Gerakan pembersihan unsur-unsur Komunis dalam Kuomintang oleh Ching Kai-Shek

turut memberi kesan di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Selat pula menafikan bahawa

nasionalisme orang-orang Cina perlu dihapuskan. Pembersihan ke atas Kuomintang

menyebabkan golongan pelampau berpecah dan mewujudkan organisasi mereka sendiri seperti

Jawatankuasa Revolusioneri Moden Kuomintang China, Suruhanjaya Sementera Laut Selatan

Parti Komunis China, Parti Belia Komunis dan Kesatuan Sekerja Nanyang. Pertubuhan ini yang

kebanyakan ahlinya orang Hailam, telah bekerja keras untuk menyebarkan ideologi komunis di

kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Dasar propoganda yang agresif oleh Kerajaan China tidak dapat mengubah keadaan.

Contnohnya, pada bulan Julai 1929, mereka telah menerbitkan satu senarai “Hari-hari

Penghinaan berserta dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang

Page 27: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

diperingati.Kerajaan Tanah Melayu mensyaki bahawa Kuomintang menggangap Indo-China,

Hong Kong dan Tanah Melayu sebagai terra-irredenta. Hakikat sebenarnya, keadaan adalah luar

biasa disebabkan Kuomintang masih berfungsi dengan meluas di Nanyang. Parti Pusat dan

cawangan di Tanah Melayu saling berutus surat dengan banyak sekali. Orang-orang Cina di

Tanah Melayu juga tidak boleh dihalang untuk menjadi ahli Kuomintang.China dan tidak perlu

campur tangan dengan ahli-ahli tang selagi kegiatan tidak mendatangkan kesan negatif terhadap

kepentingan kerajaan tempatan. Tindakan tersebut dengan syarat tiada usaha dilakukan untuk

menubuhkan semula kawalan atau cawangan tangpu atau membentuk pertubuhan tang tempatan

di Tanah Melayu.

Pindaan undang-udang telah diluluskan di Tanah Melayu, walaupun ia tidak membawa

sebarang perubahan keadaan. Selepas bermulanya pemusuhan China-Jepun pada tahun 1937,

barulah wujudnya aduan-aduan yang serius terhadap kerajaan Tanah Melayu. Sementara itu,

pada tahun 1939, Kerajaan Cina telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina Seberang

Laut.

Kita melihat semula sejarah Parti Komunis di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia

Kedua. Kegiatan Komunis dapat dikesan pada tahun 1934 dengan terjumpanya arahan yang

dikeluarkan oleh Parti Comitern di Shang hai kepada ahli jawatankuasa pusat Parti Komunis

Malaya. Kebanyakan kegiatan yang diarah adalah dalam bentuk mogok sabotaj di pangkalan

tentera laut British, memulaukan pengangkutan, demokrasi menentang kenaikan cukai dan

sebagainya. Selepas menerima surat tersebut, Parti Komunis Malaya dan Pasukan Belia Komunis

Tanah Melayu telah melancarkan kempen pembersihan dan dalam waktu singkat itu. Semangat

diberikan kepada Parti ke arah mencapai matlamatnya iaitu melancarkan revolusi di Tanah

Melayu.

Pada waktu itu, Jawatakuasa Pusat Parti Komunis Malaya diminta untuk mengadakan

perhubungan sulit dengan pihak antarabangsa dan mengasakan perhubungan di antara Parti

Komunis Malaya dengan India dan England. Dalam menyelaras dan menubuhkan jawatankuasa

bersama yang mewakili orang India, Melayu dan Cina.

Parti Komunis Malaya kurang berjaya untuk mewujudkan perasaan tidak puas hati di

kalangan buruh Kantonis dan Hokkien di pangkalan tentera laut, penjara baru dan berek-berek

Page 28: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

tentera. Pada tahun 1935, kempen anti Jepun dan anti Kuomintang telah dilancarkan dan berlaku

demostrasi di luar Kelab Orang-orang Jepun tetapi pada bulan Disember 1935, kegiatan-kegiatan

parti mulai merosot. Namun begitu, banyak propoganda anti perang dan anti Jepun masih terus

disebarkan. Pada tahun 1936, parti tersebut sangat aktif dalam menyusun kegiatan mogok.

Ching Kai Shek telah ditangkap di Sian oleh Marsal Chang Hsueh Liang. Gerakan

Pembebasan Kebangsaan yang muncul akibat peristiwa tersebut telah menjadi masyhur.

Jawatankuasa pusat di Tanah Melayu telah mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan

menubuhkan cawangan-cawangan untuk mengutip derma dan membantu tentera-tentera yang

menentang Jepun di Suiyan.

Parti Komunis telah mengeksploitasi peperangan yang tercetus di antara China dengan

Jepun pada bulan Julai 1937. Ia telah mewujudkan rekrut-rekrut baru dalam Pertubuhan

Pembebasan Kebangsaan. Dalam usaha untuk melahirkan semangat anti Jepun, maka cawangan

pertubuhan tersebut di seberang laut telah dibentuk dengan dua jawatankuasa iaitu bawah tanah

dan terbuka. Jawatankuasa pertama bertanggungjawab merekrut Komunis di kalangan ahli-ahli,

manakal yang kedua bertujuan menarik minat mereka yang anti-Komunis dan parti-parti lain

yang tidak menyertai komunis setelah menyedari tentang pengaruh Komunis.

Sehingga tahun 1938, terdapat bantahan terhadap Trotskyites dan satu dasar baru telah

diamalkan berserta dengan barisan anti Jepun dan anti penjajahan untuk mengatur kegiatan

mogok. Organisasi parti adalah amat kompleks dengan Jawatankuasa pusat mengarahkan semua

aktiviti. Bahagian Belia Komunis, Kesatuan Buruh Am, Pasukan Piket untuk tujuan menggertak,

cawangan Khas seperti Gestapo Komunis dan Liga Pembebasan Kaum Tanah Melayu, untuk

mengajak orang-orang Melayu dan India menyertai Komunis. Terdapat juga Pertubuhan

Pembebasan Kebangsaan Orang Cina Seberang Laut yang memainkan peranan untuk menyemai

semangat patriotik di kalangan belia-belia Cina dan mempengaruhi mereka dengan mengajar

prinsip-prinsip Komunis.

Sebuah lagi pertubuhan ialah Pertubuhan Penulis-penulis Proletarian. Pertentangan di

antara Kuomintang dengan Komunis di China semakin kurang selepas coup d’etat di Sian

mempunyai kesan secara tidak langsung di Tanah Melayu. Pelbagai nama pertubuhan Komunis

di Tanah Melayu telah disesuaikan dengan dasar parti yang anti Jepun. Contohnya, Kesatuan

Page 29: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Buruh Am kini menjadi Persatuan Penyokong Anti Musuh Kelas Buruh. Kesulitan

mengorganisasi semula pada tahap ini adalah sukar untuk diikuti dan sekiranya diberi nama, ia

juga akan mengelirukan cerita sebenar.

Selepas tercetusnya peperangan dengan German pada tahun 1939, Parti Komunis Malaya

mula mengalih perhatian kepada kemungkinan berlakunya perang di antara Great Britain dan

Jepun. Akhirnya Parti Komunis Malaya mengeluarkan risalah-risalah yang menjelaskan akan

membantu Kerajaan Tempatan sekiranya berlakunya peperangan. Perkara ini sama dengan yang

dikemukakan oleh Parti Komunis China dan Kerajaan Kebangsaan China. Ini termasuk

penghapusan dasar menentang kemajuan, pengenalan sistem demokrasi dan pembaikan taraf

hidup penduduk sebagai tambahan kepada kesanggupan mereka untuk bekerjasama dengan

kerajaan.

Mereka tidak mendapat tindak balas daripada kerajaan Tanah Melayu. Pihak Komunis,

terutamanya Persatuan Penyokong Anti Musuh terus mengeluarkan tulisan-tulisan anti British.

Kira-kira pertengahan bulan September 1940, Parti Komunis Malaya menerima arahan dari Parti

Komunis China di Hong Kong supaya melaksanakan perkara-perkara berikut: kesemua gerakan

anti-British dan rusuhan pemogokan mestilah diberhentikan dengan serta merta di Tanah Melayu

dan parti haruslah menumpukan perhatian untuk menyatupadukan gerakan anti-Jepun dan

menyokong Gerakan Pembebasan Kebangsaan di Tanah Melayu dan tidak menentang parti jika

terdapat kempen yang dilakukan oleh komuniti Cina di Tanah Melayu untuk membantu British.

Parti Komunis Malaya bersetuju untuk menerima arahan-arahan tersebut. Gerakan ini

mendapat inspirasi dari satu persetujuan yang dicapai pada tahun 1940 di antara Kerajaan

Kebangsaan China dengan Parti Komunis China di Chungking. Walau bagaimanapun, parti

masih meneruskan rusuhan industri.

Jelas menunjukkan bahawa Komunis tempatan berada dalam dilema. Di antara 22 Jun

1941, semua Jerman menyerang Russia dan 8 Disember 1941, semasa Jepun menyerang Tanah

Melayu, kedudukan mereka adalah tidak jelas. Bagaimanapun, selepas serangan ke atas Russia

oleh Jerman, serangan Parti Komunis terhadap Britain semakin berkurangan dan selepas Jepun

menakluk Tanah Melayu, keseluruhan dasarnya telah berubah. Parti tersebut telah berpihak

sepenuhnya kepada Kerajaan Tempatan.

Page 30: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Setelah penaklukan berlangsung kira-kira satu bulan, baharulah usaha dilakukan untuk

menyatukan parti-parti politik orang Cina dalam satu barisan peperangan. Pada penghujung

bulan Disember 1941, Jawatankuasa Pengerahan orang-orang Cina telah dibentuk yang

dipengerusikan oleh Tan Kah Kee. Jawatankuasa Pengerahan ini telah mendapat persetujuan

daripada pertubuhan Kuomintang dan Parti Komunis dan mendapat restu daripada Gabenor Sir

Shenton Thomas. Ahli-ahlinya telah mengambil bahagian menentang Jepun melalui berbagai-

bagai cara seperti menjadi polis tambahan yang mengisi kekosongan di antara mereka dengan

polis biasa di Johor Bahru. Semasa kedatangan kontinjen Jepun di paya bakau Singapura,

sebahagian daripada pasukan Dalforce, berperang dengan penuh keberanian. Walau

bagaimanapun, perkembangan ini agak lewat dan sudah terlambat untuk menjadi lebih berkesan.

Semuanya berakhir dengan kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942.

Sistem Sosial

Agama Dan Kepercayaan

Orang-orang Cina selalu dianggap orang yang paling bertolak ansur di dalam soal agama.

Mereka juga tidak mempunyai sistem kasta seperti orang Hindu. Kita juga mengetahui bahawa

mereka tidak mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk memasuki tokong dan tidak

memerlukan pakaian khas. Walaupun mereka menganut agama Buddha, Confucious atau

Taoisme, namun mereka bertolak ansur tentang mazhab yang bukan anutnya. Terdapat juga yang

menganut dua atau ketiga-tiga kepercayaan sekaligus. Kebanyakan orang-orang Cina sukar

memberitahu adakah Tuhan atau pahlawan mereka adalah dewa suci Buddha atau Taoisme.

Manakala penganut Buddha telah menerima sebilangan Tuhan yang berasal dari Taoisme ke

dalam kepercayaan mereka. Tambahan pula, orang-orang Cina merasa bersalah sekiranya tidak

menghormati tuhan mereka.Orang Cina juga menganggap tuhan mereka mempunyai semangat

yang sama. Mereka tidak lagi menghormati kebijaksanaan setengah-setengah daripada mereka

yang didapati menipu penyembahan sebaik sahaja mereka berada di belakang.

Page 31: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tetapi yang penting ialah mereka mempercayai agama dan kepercayaan karut dengan

tidak ragu-ragu sebagaimana penganut Kristian. Sekiranya kepercayaan yang dianuti

bertentangan dengan pendidikan saintifik, maka ini adalah kes Tertulilian iaitu credo quia

impossible est. Pascal tidak mungkin menjadi seorang Cina.

Dewa yang paling popular di dalam kepercayaan orang Cina adalah Kwan Yin. Ia setaraf

dengan dewi Taoist iaitu T’ien Hou Sheng Mu, Ibu Suci, Ratu Syurga dan ia telah dianugerah

sifat semula jadi seperti Virgin Mary. Nama Kwan Yin orang Kantonis menyebut Kwun Yam

adalah singkatan dari Kwan Shih Yin yang bermaskud dewi yang mendengar permintaan doa

insan tuhan yang melihat ke dunia dan mendengar jeritannya.Terdapat juga tradisi bahawa beliau

serupa dengan Miao-Shen, anak perempuan Raja F’o Kiah yang menakluki kerajaan China pada

tahun 2587 S.M. Namun begitu, tidak terdapat pengesahan tentang perkara ini dan tidak syak

lagi bahawa ia sangat penting dalam Buddist Bodhisattva Avalokiteswara. Avalokiteswara

berasal dari dua perkataan Sanskirt – avalokita yang bermakna melihat ke bawah atau memerhati

dan isvara yang bermaka Tuhan iaitu nama Brahmin untuk Tuhan yang tertinggi.

Agama Buddha dianuti dengan pelbagai bentuk oleh kebanyakan orang di Bahagian

Utara. Kwan Yin menduduki tempat yang paling masyhur. Ia telah menolak Wen Shu dan

sehinggalah kepada P’u Hsien diketepikan. Rumah ibadatnya di dalam tempat pemujaan ia

merupakan dewi yang paling popular.Terdapat tiga buah rumah berhala di Pulau Pinang khusus

untuknya dan ia juga wujud di kebanyakan rumah berhala. Tokong Kwan Yin di Melaka

dipanggil T’sing Wan Ting atau Tokong Awan Biru.

Satu lagi Tuhan yang popular di kalangan orang Cina di Pulau Pinang ialah Kwan Ti,

Tuhan Peperangan. Kwan Ti mempunyai sejarah unik. Persoalan yang timbul ialah bagaimankah

orang yang tidak dikenali ini dianggap sebagai Tuhan Peperangan. Ini merupakan satu misteri

yang membingungkan kebanyakan pelajar bidang keagamaan. Pemujaan terhadap Kwan Ti

dilakukan di kebanyakan rumah dan tokong di China. Patung beliau ditempatkan di dalam dewan

utama di biara-biara Buddha. Pemujaan terhadapnya dilakukan pada hari kelima belas bulan

yang kedua dan hari yang ketiga belas bulan yang kelima.

Page 32: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Selain itu, terdapat satu lagi pemujaan iaitu ke atas nenek moyang yang diambil dari

ajaran Confucious. Asal usul pemujaaan ini lebih tua berbanding pemujuaan ke atas pahlawan

tempatan iaitu shen, fu dan yao. Sebenarnya orang-orang Cina di Tanah Melayu dan Nanyang

umumnya adalah berbeza dengan rakan-rakan mereka di China dalam hal pemujaan shen dan fu

ini, kecuali di daerah-daerah asal imigran tersebut. Contoh yang paling baik berhubung perkara

ini ialah di Pulau Pinang dan Melaka; Sam Po Tai Shan untuk memuja shen dan Toh Peh Kong

Ta Pai Kung untuk fu.

Pemujaan yang sudah lama diamalkan di Tanah Melayu ialah pemujaan ke atas Wang

Yeh. Wang Yeh mempunyai tugas spiritual untuk menyelia alam ini sebagai wakil Syurga.

Pemujaan ke atas Wang Yeh dibuat sejak dahulu lagi, tetapi perayaan Wang Kang di Melaka

hanya bermula pada tahun 1856. Menurut orang Cina tempatan, Wang Kang bermaksud Kapal

Wang bermaksud nama keluarga Ong atau raja atau ketua. Ong Yehs telah diberikam kebenaran

untuk merayau-rayau dan melakukan sewenang-wenangnya tanpa takut dengan hukuman. Orang

Cina Melaka bercadang untuk menghapuskannya dan terus membuangnya ke dalam

perahu.Perayaan ini hanya disambut di antara 5 hingga 14 tahun. Perarakan dibuat mengelilingi

bandar di mana satu model kapal mewakili Wang Kang berada di depan sekali. Kemudian ia

diikuti oleh lima patung Wang Yeh dan diikuti pula dengan patung Chye lian kahs (Tsai Lien

Chias) dan patung Chye lian Taus (Tsai Lien Tous) berpakaian indah iaitu bertopi putih,

berjubah putih dan tali pinggang sutera merah tetapi tidak berkasut. Mereka berjalan

berpasangan dalam lima barisan dan setiap orang membawa kayu pendayung.

Berdasarkan bilangan tokong-tokong dan sokongan yang diberikan oleh pemuja-pemuja

iaitu dalam bentuk pembelian colok, kertas suci dan yuran kertas mencabut undi, kita dapat

katakan bahawa orang Cina adalah penganut setia pada agama mereka buat selama-lamanya. Di

kalangan golongan berpelajaran, terdapat mereka yang tidak mempercayai agama. Satu-satunya

agama yang dianuti orang Cina adalah pemujaan nenek moyang dan kebanyakan orang Cina

menganut ketiga-tiga agama tersebut serentak. Hubungan yang lama dengan orang Cina di Tanah

Melayu menyakinkan seseorang bahawa sikap tidak minat dan tidak mempercayai agama

berkembang meluas di kalangan cendekiawan.

31

Page 33: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tetapi sama ada mereka menganut agama tradisional atau tidak, keseluruhan fikiran

mereka telah dipengaruhi oleh kepercayaan ini. Orang yang tidak beragama akan menjadi risau

jika melanggar kepercayaan karut ini. Menilik juga, menjadi pegangan sebahagian besar manusia

feng shui mesti diraikan. Ramai towbay yang kolot mempercayai amalan karut ini dan

menjemput tukang tilik bersama-sama dengan kompas geomantiknya untuk menentukan

kedudukan rumah baru atau kubur yang sesuai dengan kehendak Eight Diagram dan Yin dan

Yang. Tukang tilik tempatan menyatakan kebakaran berlaku berpunca dari Gunung Selatan di

daerah tersebut yang menyerupai bentuk udang galah; kubur cabang pertama sesebuah keluarga

yang rumahnya telah terbakar adalah bernasib baik kerana kubur mereka memenuhi bahagian

kepala udang. Tetapi pada akhir-akhir ini cabang yang keempat sebuah keluarga telah

menempatkan kubur di bahagian kanan kuku udang galah menyebabkan berlakunya kekacauan

di dalam kubur cabang kedua dan cabang ini menunjukkan tanda-tanda kemerosotan yang

membawa kepada kecelakaan kepada rumah mereka. Penjelasan ini diterima secara meluas.

Keadaan ini dapat dijelaskan lagi melalui analogi.

Walau bagaimanapun. Selagi kepercayaan karut dan menilik masih kuat, maka selagi

itulah ia akan menyulitkan orang-orang Cina untuk beroperasri dengan logik. Sedang jutawan

Cina yang berpengaruh ke atas komuniti mereka mengawal pelaburan dengan membaling

potongan pokok buluh di tokong Toh Peh Kong, maka adalah mustahil untuk menjangkakan

komuniti Cina secara keseluruhannya akan berubah. Sifat semula jadi orang Cina yang bertolak

ansur dan keupayaan mereka untuk menganut dua atau tiga bentuk kepercayaan walaupun

kontradik, pada masa yang sama mereka menghalang agama mereka daripada berubah.

Sepertimana penganut Buddha mengambil tuhan-tuhan Taoist ke dalam kepercayaan

mereka, orang Cina juga sering menghormati kramat orang Islam atau tempat-tempat suci. Juga

telah menjadi kebiasaan untuk melihat colok dinyalakan oleh orang Cina di bawah pokok-pokok

suci batu-batu yang berbentuk ganjil. Orang Cina mempunyai cara tersendiri untuk

menempatkan diri mereka ke dalam semua dewa-dewi dan jin.

32

Page 34: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Perayaan Orang-Orang Cina Di Malaysia

Perayaan adalah kaedah paling berkesan untuk menyatukan orang-orang Cina sebagai

satu komuniti ialah melalui pengukuhan upacara. Malah golongan Cina Baba yang lupa pada

bahasa nenek moyang mereka tidak melupakan upacara-upacara mereka agama. Dalam seratus

tahun yang lalu, upacara ini telah diubahsuai:

Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang

untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Pendapat umum

menggalakkan mempraktikkan undang-undang yang menghadkan perbelanjaan upacara

perkhawinan, pengebumian dan perarakan. Namun begitu, dalam amalan utama mereka,

upacara-upacara ini masih sama dengan apa yang telah mereka bawa bersama-sama dan sama

dengan amalan yang telah dianuti oleh nenek moyang beribu-ribu tahun dahulu. Upacara ini

semakin berkurangan disebabkan pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Manakala orang Cina tidak menghiraukan sama sekali kalendar Gregorian di China sejak

revolusi dan penggunaanya secara rasmi di Tanah Melayu. Mereka selalu memberikan tarikh

mengikut bulan. Dalam kalendar ini, hari yang keenam belas bulan yang kesebelas ditunjukkan

dalam huruf Cina sebagai Hsian Han atau musim sejuk yang kurang kuat dan hari yang kedua

pada bulan yang kedua belas pula ditunjukkan sebagai Tan Har atau musin sejuk yang amat kuat.

Oleh kerana tidak ada musim yang tertentu di Tanah Melayu, kita sentiasa tinggak dalam musim

panas setiap hari. Malah kepentingan kalendar orang Cina secara keseluruhannya yang berkait

rapat dengan perubahan semula jadi akan lenyap begitu sahaja di dalam persekitaran yang

berbeza dengan mencipta kalendar ini.

Mengenai Tahun Baru Cina, The Moon Year menyatakan bahawa secara moralnya ia

menggambarkan pengembalian ide, menghidupkan semula tahun tersebut, memandangkan ia

termasuk Li Ch’un atau permulaan musim bunga dan juga penghidupan secara umum iaitu

zaman di mana Yang dan Yin, ketua Lelaki dan Perempuan bertemu serta bersatu dalam

Harmoni dan memerintah dunia; zaman di mana Syurga secara misteri menyuburkan tanah untuk

menanam tanaman yang boleh memberi makanan kepada bangsa; sewaktu nadi setiap makhluk

yang bernyawa bergerak cepat sebagai tindak balas kepada tenaga yang meningkat.

Page 35: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Ini menjelaskan kepada kita bahawa tanda-tanda kehilangan makna yang didiami oleh

orang Cina telah diubah tetapi orang-orang Kristian di Australasia merayakan Perayaan Hidup

Semula pada musim gugur.

Hari yang kedua puluh empat bulan yang kedua belas hari yang ditetapkan di China Utara

ialah hari yang kedua puluh tiga, Pada hari tersebut korban dibuat untuk Tsao Chun atau Tsao

Wang iaitu Tuhan Dapur. Di kalangan orang-orang Hokkien di Pulau Pinang, ia dikenali sebagai

Chow Koon Kong. Ia meninggalkan syurga beberapa tahun lalu untuk membuat laporan

mengenai kelakuan sesebuah keluarga. Pada asalnya, Tuhan Dapur dikenal pasti sebagai

pencipta simbol tempat api dan rumah. Ia telah diterima oleh kedua-dua. Taoisme dan

Buddhisme, malah lebih tua daripada kedua-duanya. Pemujaan secara besar-besaran telah

diadakan di China untuk menghormati Tsao Wang, termasuklah pemberian hadiah seperti

tembikai, kek dan halwa buah-buahan. Bibirnya dilumuri dengan makanan manis yang istimewa

diperbuat dari nasi atau madu supaya ia tidak bebas bercakap di dunia lain. Pada tahun 1941,

upacara pemujaan di Pulau Pinang telah dikurangkan dengan meletakkan tiga cawan teh di atas

meja suci, menyalakan sepasang lilin merah untuk menghormatinya dan membakar kertas colok

atau Kim Chua. Pembakaran mercun juga mesti dilakukan. Pada hari ini ia dikenali sebagai Sung

Sun, penghantaran sami.

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting. Sambutan Tahun

Baru Cina disambut dengan meriah setiap tahun.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam

kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan

sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah

akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi

hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan

bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi

dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Page 36: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul Kaum keluarga akan

makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau

mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam

sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga

kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,

dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru

Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut

dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong, China) yang dipengaruhi

oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah

disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang

dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi

haiwan-haiwan tersebut.

Page 37: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Haiwan Dahan bumi Tarikh Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada

kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika

Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa

"bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa

ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih

wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan

10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-

duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han

menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Page 38: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

35

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,

Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia dari

pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar

musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian

sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga

api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada

perayaan Tahun Baru yang sulung. Guo nian yang bermaksud "menyambut tahun baru",

membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh

penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang

berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah

kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah

mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib

malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka

untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum

Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang

Page 39: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas

yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan

yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.

Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli

terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini

sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan

kehormatan.

Hari pertama

Page 40: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tarian Singa

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.

Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri

daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka

akan lanjut usia.

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga

Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga

mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk

menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (kai nian) menyaksikan anak

perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak

perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung

sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi

saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (chi kou), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah

untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya

berdiam di rumah sahaja.Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa

Page 41: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati.

Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (jiao zi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" po wu).

Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (ren ri, Kantonis: yan yat), iaitu hari

yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga

berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi

menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya

diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia tetapi jarang diamalkan

oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

39

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja

Jed di Kayangan (tian gong) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien.

Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien

menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana

tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa

generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Page 42: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuanxiao jie

atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tangyuan bebola

pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang

diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk

bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama

ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali

sebagai Perayaan Tanglung.

40

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (tuanyuan fan) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru,

ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu

untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling

tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan.

Ikan (yu) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan

semalaman), bak pepatah Cina (nian nian you yu), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap

tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Page 43: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Intisari Makanan

41

Nama Huraian

Luohan zhai Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan,

sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut

manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri

utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya

dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk dan

yong tau fu.

Ikan Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan

Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (yu). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sang Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk

menyambut tuah.

Ladu jiao zi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol

emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau

mandarin

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan

tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk

dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula

melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan

Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".

Mi Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun

amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina

berwarna merah atau hitam.

Tikoy Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan

gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau

perang)

Page 44: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (hong bao, bahasa Hokkien: ang-pau; bahasa

Hakka: hung bao; bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun

Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.

Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.

Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana

angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian bo jin).

Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya

dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8

dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam

angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

42

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar

ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan

sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai

hiasan rumah.

Page 45: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk

menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman

moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun

biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan

dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.

Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun

biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang

dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang

ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

43

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun

baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya

laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat

kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan

pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan

sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab

keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing

menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu

Page 46: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong

selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan

kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga

apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga

diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah

berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini

dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang

mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba

menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun,

pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika

kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina,

mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-

peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan

kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

44

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun,

kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi

kehendak diri mereka.

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru

Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar

menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan

seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun

setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham

Square, Chinatown.

Page 47: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina

kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang

yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun

baru.

Shou Sui.

Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas

makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun

yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan

usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau

kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak

menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang

berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab

yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara

(fu), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung

terbalik, memandangkan perkataan Cina atau "terbalik", berbunyi sama dengan (dao), atau

"tiba". Maka, fu dao melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual

ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Page 48: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian

berhias yang memaparkan ikan juga dapat

dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau

simpanan tambahan supaya ada lebih untuk

hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan

pepatah Cina (nian nian you yu).

Jongkong

Yuanbao

Yuanbao emas (jin yuanbao) melambangkan

wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk

Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran

piawaian di China zaman silam.

Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya

berbeza daripada tanglung yang digunakan

ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini

berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur.

Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-

15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung,

dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan

berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan

Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan

peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk

gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas

dan gurindam.

Page 49: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tarian

singa

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru

Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan

gendang yang kuat dan bunyi simbal yang

memekakkan serta wajah singa yang menari

dengan agresif sekali boleh mengusir puaka

jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada

upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai Shen Cai Shen merupakan dewa kekayaan yang

disembah orang agar memperoleh tuah dan

berkat pada malam Tahun Baru dalam

kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang

terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina

seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak

saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun"dan boleh disamakan dengan

fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina

Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan

kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan

ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Page 50: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan

pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,

beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini

dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang

dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" ( jíx xiang hua).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru": xin nian kuai le ; Bahasa Kantonis : sannihn faailohk; bahasa Hokkien

Sin-ni khoai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah

secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap idengar di negara Barat. Namun di

bahagian utara China, "guo nian hao" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari

Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

"Gong xi fa cai" gong xi fa cai; Bahasa Kantonis : gung hei faat choih; bahasa Hokkien :

Kiong-hi hoat-chai; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan

semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim

dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan

ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah

bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh

melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara

terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di

kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang

berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai

Page 51: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap

selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan

Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya

tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru

dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suisui ping an" diucapkan serta-merta,

yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". Sui bermaksud "usia" sama

bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main"

dengan perkataan alam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, “Niannian you yu”, hajat

penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yu yang juga ditulis ikan,

menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan

yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila

bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di

Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Gongxi fa cai, hongbao na lai),

yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Page 52: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka

pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi

pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar

mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan

peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan

untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang

bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Page 53: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana

perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya

sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan

"kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan

hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa

Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal

kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah

bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru

Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi

"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati

kesuksesan dalam dunia busana internasional.

Page 54: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Nama “Cheongsam” berarti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari

dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. Pada daerah lain, termasuk Beijing, dikenal

dengan nama “Qipao”, yang terdapat asal usul dibelakangnya.

Pada awal bangsa Manchu (Dinasti Qing) menguasai Tiongkok, mereka mengorganisasi

rakyat, terutama bangsa Manchu, ke dalam “panji” (qi) dan disebut “rakyat panji” (qiren), yang

lalu menjadi sebutan bagi seluruh bangsa Manchu. Wanita bangsa Manchu mengenakan pakaian

yang lalu dinamakan “qipao” atau “pakaian panji”. Revolusi tahun A.D. 1911 menggulingkan

kekuasaan bangsa Manchu, namun kebiasaan pakaian wanita bangsa Manchu tetap bertahan,

kemudian dikembangkan dan menjadi pakaian tradisional wanita bangsa Cina.

Mudah dikenakan dan nyaman, bentuk pakaian Cheongsam cocok dengan bentuk tubuh

wanita bangsa Tionghoa. Leher tinggi, lengkung leher baju tertutup, dan lengan baju bisa

pendek, sedang atau panjang, tergantung musim dan selera. Memiliki kancing di sisi kanan,

bagian dada longgar, selayak di pinggang, dan dibelah dari sisi, yang kesemuanya semakin

menonjolkan kecantikan dari wanita yang mengenakannya.

Cheongsam tidak terlalu sudah dibuat. Tidak pula memiliki banyak perlengkapan, seperti

sabuk, atau selendang. Kecantikan lain dari Cheongsam adalah dapat dibuat dari berbagai macam

bahan dan memiliki keragaman panjang, dapat digunakan secara santai atau resmi. Juga

menampilkan kesederhanaan dan keanggunan, kemewahan dan kerapian. Tidak mengherankan

banyak disukai oleh wanita, tidak hanya di Tiongkok namun juga di negara-negara lain di dunia.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh

yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat

kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada

tahun hadapan ataupun selama seratus hari.

Page 55: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung

kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.

Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain

sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju

pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju

hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan

kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada

masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan

diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas

pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin

akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan

keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga

kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam

masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan

tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan

penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping

bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin

akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat

bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli

keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan

menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa

orang saksi.

Page 56: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi

sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di

gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Perayaan Tanglung

Perayaan yang paling penting ialah Perayaan Tanglung yang disambut pada hari kelima

belas bulan yang pertama. Ia berasal dari zaman dinasti Han. Ia bermula sebagai upacara

pemujaan di Temple of The First Cause (T’ai Yi) dari hari ketiga belas hingga hari keenam belas

bulan tersebut. Di zaman dinasti Tang, perayaan ini menyamai ciri-ciri sesuatu ‘saturnalia’ atau

pesta ria apabila penduduk pergi ke luar negeri untuk mencari pengembaraan yang

memberangsangkan. Perarakan secara besar-besaran ini dipenuhi dengan tanglung berwarna-

Perkahwinan

Masyarakat Cina

Page 57: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

warni, telah lama berkurangan di China sendiri dan semakin pupus di Pulau Pinang. Walau

bagaimanapun, seratus tahun dahulu orang-orang Cina di Pulau Pinang merayakan upacara ini

dengan berbagai cara. Pameran potret Penates telah diadakan dan ia diakhiri dengan petunjukan

tanglung, pembakaran mercun dan perayaan besar-besaran. Pada malam kelima belas, tokong-

tokong dipenuhi dengan manusia dari berbagai-bagai peringkat umur, termasuk wanita yang

memohon kepada Tokong (Tuhan) disertai dengan mendapat kebenaran tradisi saturnalia tidak

syak lagi, upacara ini lebih terkawal dan sopan berbanding di Rome, berterusan secara tersusun

di Pulau Pinang sehinggalah masa kini.

Pada umumnya kaum wanita sebelum ini tinggal terpencil, tetapi kini mereka dibenarkan

pergi ke bandar ditemani oleh saudara yang lebih tua. Tempat kunjungan mereka yang biasa

ialah di Sungai Penang dan di pangkalan. Kaum perempuan akan membuang buah-buahan iaitu

buah mata kucing (bahasa Hokkien ialah geng-geng dan Kantonis lung ngan) ke dalam air dan

memohon doa. Dalam upacara tersebut, mereka menyebut Tim geng-geng, Buang mata kucing;

Hoe boay keng, kesudahan yang baik; Tim ung choe, Buang plam merah dan “Ni ni ho” Setiap

tahun aman makmur’. Sehingga beberapa tahun dahulu, kaum wanita biasanya bersiar-siar

dengan beca dan kereta kuda di Beach Street, Leith Street dan Penang Road tetapi emansipasi

wanita menyebabkan adat ini dihapuskan.

Ch’ing Ming

Seratus enam hari selepas musim sejuk (penghujung bulan kedua atau permulaan bulan

ketiga) sambutan perayaan diadakan yang kemungkinannya lebih tahan lama berbanding

perayaan lain. Ia adalah Cheng Beng (Ch’ing Ming). Pada hari ini, penghormatan secara

eksklusif dibuat ke atas mereka yang telah mati. Timbunan tanah kubur diperbaiki, dibundarkan

dan dibersihkan. Mercun-mercun dibakar di perkarangan kubur dan wang timah dibakar dan

Page 58: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

upacara ini dimasukkan dengan penyembahan ke tanah. Orang Cina masih berpegang kuat

dengan kepercayaan bahawa roh mereka yang mati akan hidup di kubur. Ia merupakan suatu

kepercayaan kolot yang dipegang oleh orang Barat purba dan telah dihuraikan dengan jelas

dalam Fustel de Coulanges, La Cite antique.

Manakala di Pulau Pinang, adat penyembahan dibuat semasa tiga hari pertama perayaan

Cheng Beng selepas kematian seseorang dan kemudian pengorbanan tahunan biasanya dilakukan

di rumah.

Perayaan Perahu Naga

Perayaan Perahu Naga diadakan pada hari kelima. Pada abad keempat S.M., seorang

menteri di negeri Ch’u secara kasarnya Hunan Moden mendesak agar puteranya berubah tetapi

sia-sia kerana anaknya tidak menghiraukan akan nasihatnya. Untuk menunjukkan

kekecewaannya, maka Ch’u Yuan membunuh diri terjun ke dalam Sungai Kut Loh yang

mengalir ke tasik T’ung Ting di Hunan. Beberapa orang nelayan yang melihat kejadian tersebut

mendayung sampan mereka untuk menyelamatkan beliau tetapi tidak berjaya menemui

mayatnya.

Sejak dari itu, orang Cina terus mencari mayat beliau. Perayaan mengadakan perlumbaan

perahu naga merupakan perayaan terbesar di China. Perlumbaan perahu Naga dengan perahu

perang berakhir dengan perahu naga telah terbalik dan kelasi-kelasinya telah diselamatkan oleh

ahli pelayaran British. Orang Hokkien di Pulau Pinang memanggil Ch’u Yuan, Kantonis, Wat

Yun sebagai Khoot Guan. Pada hari ini, orang Hokkien tempatan memakan nasi yang dibungkus

dengan daun pisang. Makanan ini sepatutnya dibawa bersama dalam perahu naga apabila mereka

keluar mencari Ch’u Yuan.

Hari Jadi Kwan Yin

Hari kesembilan belas bulan keenam tidak diambil perhatian oleh keluarga-keluarga

moden kecuali tokong sahaja. Tedapat perayaan Kwan Yin secara besar-besaran. Tedapat

perarakan yang disertai oleh pelangki dan pemuja-pemuja lelaki yang memakai topi terbentuk

bundar, leper dan kon yang diperbuat daripada rotan dan bahan-bahan lain berserta dengan

jambul bulu kuda yang berwarna merah. Mereka memakai jubah putih yang labuh. Ini

Page 59: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

merupakan pakaian orang-orang Cina untuk menyambut kedatangan Lord William Bentick,

Gabenor-Jeneral India, semasa beliau datang ke Pulau Pinang pada tahun 1829.

Perayaan Bulan Hantu Bulan Tujuh

Pada hari keempat belas bulan ketujuh, orang-orang Hokkien membuatkan pengorbanan

kepada nenek moyang dan syaitan di rumah, manakala orang Kantonis melakukan upacara ini

pada hari kelima belas. Melembutkan hati syaitan adalah sebahagian daripada agama orang-

orang Cina yang sama pentingnya dengan ganjaran berbuat baik.

Mereka berharap memujuk mereka menjadi tidak memberhya. Diplomasi ini juga

diraikan pada hari kedua puluh sembilan atau ketiga puluh bulan ketujuh (hari terakhir pada

bulan tersebut). Pada pukul 7 malam, colok dan kertas colok dibakar untuk menghalau syaitan

atau memujuk mereka pergi. Mereka yang lalai terhadap Tuhan, biasanya mereka berwaspada

untuk memastikan berada di pihak hantu-hantu yang baik.

Perayaan Pesta Kuih Bulan

Pelbagai kuih istimewa dibuat pada kelima belas bulan yang kelapan Teong Chew.

Orang-orang Cina mempercayai bahawa utusan dihantar bersama kuih muih dari satu batalion

kepada yang lain semasa berlakunya pemberontakan di China beberapa tahun dahulu. Pada

sebelah malam, tanglung berbentuk ikan dibawa oleh kanak-kanak. Hari ini adalah hari jadi

bulan. Ia merupakan Perayaan Menuai di China. Pernah suatu ketika dahulu, pesta secara besar-

besaran telah diadakan.

Bulan mewakili Yin atau ketua perempuan di dunia ini. Tidak terdapat musim menuai

yang istimewa di Malaysia. Padi dituai pada bulan Februari, tetapi upacara ini kurang penting

disebabkan kebanyakan beras adalah diimport.

Page 60: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Perayaan Musim Sejuk

Musim sejuk di China menandakan berakhirnya tahun pertanian dan falak. Ia jatuh

kira-kira pada 22 atau 23 Disember bulan kesebelas. Oleh itu, kedudukan Tanah Melayu yang

berdekatan dengan Khatulistiwa, jarak siang dan malam tidak banyak perbezaannya sepanjang

tahun; maka pengertiannya adalah tradisional. Di China, pada hari ini ditambah setahun lagi

kepada umur seorang Cina, walaupun mungkin seseorang batu berumur satu hari. Setiap Seng Si

(ji seh) (nama keluarga) melakukan korban kira-kira pukul dua belas tengah hari dan di sebelah

malam, jamuan diadakan untuk kaum kerabat dan suku keturunannya.

Kesemua rumah orang Cina meletakkan tiga cawan teh di atas meja tuhan dan di

hadapan peringatan nenek moyang beserta sepasang lilin yang dinyalakan pada sebelah pagi dan

malam hari pertama dan berakhir setiap bulan. Ia sebagai tambahan kepada upacara pemujaan

perayaan.

Mitos Budak Gembala Dan Perempuan Penenun Kain

Terdapat dua bintang bersebelahan Milky Way. Satu daripadanya dikenali di Barat

sebagai Aquila, iaitu budak gembala dan satu lagi dipanggil Lyra iaitu perempuan penenun kain.

Mereka adalah sepasang kekasih, tetapi kerana takdir mereka telah terpisah.

Mereka amat berdukacita, tetapi Maharaja Jade menitahkan agar mereka dibenarkan

berjumpa setahun sekali pada malam ketujuh bulan ketujuh. Pada malam tersebut, dengan syarat

langit cerah, maka burung gagak dan burung murai akan membuat jambatan menggunakan sayap

di atas Milky Way.

Ini membolehkan perempuan penenun kain itu menyeberang untuk bertemu dengan suaminya.

Terdapat banyak versi berkenaan dengan cerita ini. Versi yang popular di Pulau Pinang ialah

terdapat seorang dewa yang mempunyai 7 anak perempuan yang dikenali sebagai Chhit Chhia

atau Tujuh Dewi.

Page 61: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Oleh kerana persemendaan telah ditentukan, maka puteri yang bongsu telah dihantar ke

bumi untuk berkahwin. Dia telah berubah menjadi perempuan penenuan kain dan berkahwin

dengan budak gembala. Beliau tinggal di bumi dengan bersyarat akan pulang ke syurga selepas

100 hari. Pada penghujung 100 hari, beliau pulang ke syurga dan berjanji akan kembali setiap

tujuh hari-Chhit jit chit koey. Beliau telah menghilangkan diri tetapi suaminya beranggapan

bahawa ia akan datang pada hari ketujuh bulan ketujuh (Chhit goey chay chhit).

Isterinya melahirkan anak lelaki di syurga. Kemudian suaminya dianugerahkan gelarn

Chong Guan, gelaran pertama di dalam ujian setiap tiga tahun sekali. Semasa hari perarakan

Chong Guan isterinya datang dari syurga dan menghadiahkan anaknya kepada suaminya.

Kemudian beliau kembali semula ke tempatnya melalui Milky Way.

Feng Shui

Feng shui ialah sistem estetik Cina kuno yang dipercayai menggunakan Hukum-hukum

samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu kita memperbaiki hidup secara

menerima aliran qi positif. Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu "Cara langit dan bumi".

Perkataan 'feng shui' secara harfiahnya diterjemah menjadi "angin-air". Istilah ini dipetik

dari satu rangkap dalam buku Zhangshu yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin. Qi

(udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.

Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng shui ialah amalan menyusun benda

(seperti perabout) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi,

feng shui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan

pertanian.

Sejarah feng shui wujud sejak lebih 3,500 tahun dahulu sebelum terciptanya kompas

magnetik. Asal-usulnya berakar-umbikan ilmu astronomi. Sesetengah teknik terkini dikenal pasti

berasal dari zaman Neolitik China, sementara yang lain diperkenalkan lebih lanjut (terutamanya

Dinasti-dinasti Han, Tang, Song, dan Ming).

Page 62: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Sejarah astronomi Feng Shui terbukti melalui perkembangan peralatan dan jurus.

Menurut catatan Zhouli, perkakas Feng Shui terawal mungkin sekali berbentuk gnomon.

Masyarakat Cina memerhati bintang keliling kutub untuk menentukan paksi utara selatan bagi

sesebuah penempatan. Teknik ini menerangkan sebab istana dinasti Shang di Xiaotun terletak

10° ke timur dari utara wajar. Adakalanya, seperti mengikut pemerhatian Paul Wheatley, mereka

membelah sudut antara arah matahari terbit dan terbenam untuk mencari arah utara. Teknik ini

memastikan penyebarisan tembok-tembok istana Shang lebih terperinci di Yanshi dan

Zhengzhou. Upacara penggunaan peralatan feng shui memerlukan peniliknya untuk mengkaji

fenomena langit semasa untuk menyesuaikan peralatan dan mengubah kedudukan mengikut

peralatan.

Salah sejenis peralatan terawal pernah dipakai untuk tujuan feng shui termasuk astrolab

liuren atau shi, yang terdiri daripada papan dwimuka bersampang yang ditandai garis nampak

astronomi. Contoh-contoh terawal astrolab liuren telah digali keluar dari makam yang bertarikh

antara 278 BCE dan 209 BCE. Di samping penilikan bagi Da Liu Ren, papan-papan ini sering

digunakan untuk mencartakan pergerakan Taiyi melalui sembilan istana.Penandaan pada

liuren/shi dan kompas magnetik terawal amat seiras.

Kompas magnetik dicipta untuk Feng Shui dan masih dipakai kini. Peralatan Feng Shui

tradisional terdiri daripada Luopan atau camca arah selatan (zhinan zhen), tetapi kompas biasa

juga boleh dipakai. Pembaris Feng Shui juga digunakan.

Teori asas

Matlamat amalan feng shui masa kini adalah memilih lokasi persekitaran binaan manusia

di kawasan yang qinya bagus, mengikut kedudukan dan paksi masa. Sesetengah kawasan kurang

sesuai diduduki manusia, oleh itu harus dibiarkan kekal.

Page 63: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Qi (ch'i)

Perkataan qi agak sukar diterjemah, oleh itu selalu dibiarkan tanpa terjemahan. Dalam

seni bela diri, qi bermaksud tenaga batin atau zahir. Pemahaman qi dari segi Feng Shui

merangkumi orientasi sesebuah struktur, usianya, dan interaksi dengan persekitaran termasuk

mikroiklim setempat, kecerunan tanah, tumbuh-tumbuhan, dan mutu tanih.

Menurut penyelidik bernama Stephen L. Field, salah satu kegunaan Luopan ialah

mengesan aliran qi. Field memandang feng shui sebagai suatu bentuk penilikan yang mengkaji

mutu persekitaran setempat dan kesan cuaca angkasa, lalu mencipta istilah qimancy bagi konsep

ini.

Profesor Max Knoll meluahkan pandangannya ketika berkuliah pada tahun 1951, bahawa

qi ialah suatu bentuk sinaran suria. Kompas mencerminkan kegeomagnetan setempat yang

merangkumi arus teraruh geomagnet yang disebabkan cuaca angkasa.

Kepercayaan dari Zaman Axial Age, termasuklah feng shui, menegaskan bahawa

kehidupan di Bumi dipengaruhi angkasa. Nampaknya tidak masuk akal bagi ramai orang, tetapi

cuaca angkasa memang wujud dan boleh membawa kesan mendalam kepada teknologi (GPS,

grid kuasa, talian paip, sistem komunikasi dan pelayaran, sistem pemantauan), dan kemampuan

penyesuaian diri dalam haiwan.

Adanya bukti bahawa kadar bunuh diri di Kirovsk, Rusia, naik turun mengikut medan

geomagnet.Saintis atmosfera pula berpendapat cuaca angkasa mempengaruhi perubahan pasaran

saham.

Mengikut tafsiran Zaman Baru mengenai Feng Shui, "qi" sering disamakan dengan

"tenaga" (adakalanya kesanggupan dan inisiatif, lebih difahami sebagai "daya hidup").

Kematian

Pengenalan

Page 64: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-

soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah

penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi

penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi

dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.

Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian

tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi

kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal

dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat

akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi

yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan

seseorang semasa hidupnya.

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki

menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si

mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya

tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah

membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku,

roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina

yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak

disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih

tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.

Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.

Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.

Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap

kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman

dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada

Page 65: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada

golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman

sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang

dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Penghormatan terakhir Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat Keranda dibawa dengan van

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan

mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat

Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu

kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi

jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya

iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam

akhirat.

Page 66: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.

Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan

keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli

keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.

Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut.

Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori

khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan

pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

 

Semasa Pengebumian

Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut

haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka

memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk

menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di

dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan

kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak

Page 67: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian

mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting

kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal

dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika

dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang

berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan

memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang

cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan

si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi

lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti

ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah

untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.

Page 68: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Upacara Pengebumian

Selepas kematian

Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa

hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai.

Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus

memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

Jirat cina biasanya dibina di kawasan berbukit

Upacara menyembah kubur Membakar duit untuk si mati

Page 69: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Contoh duit yang dibakar semasa kematian

Hari Jadi Orang Cina

Kaum Cina menyambut Hari Jadi dengan besar-besaran di rumah atau di Restoran.

Semasa Hari Jadi, orang Cina mengucapkan ucapan supaya lanjut usia sampai selama-lamanya.

Ahli keluarga akan membawa buah tangan dan hadiah kepada orang yang hari jadi.

Pada waktu dahulu, orang China yang miskin biasanya berkumpul makan di rumah, tetapi

sekarang, ramai orang China, khususnya di pekan dan Bandar, biasanya makan di restoran. Oleh

sebab ramai orang China makan bersama keluarganya di restoran sempena hari jadi Cina.

Kaum Cina suka mengumpul ahli keluarga dan saudara-mara serta kawan-kawan untuk

memeriahkan hari jadi untuk melanjutkan usia sehingga tua.

Kek juga penting dalam perayaan hari jadi Cina.

Page 70: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

SAINS DAN TEKNOLOGI

Abad ke 21 menjanjikan kemajuan yang sangat tinggi bagi bidang sains dan teknologi, dan diramalkan akan meninggalkan bidang-bidang lain di belakang. Kehadiran sistem komputer dan komunikasi yang laju serta berkeupayaan tinggi akan mempermudahkan kerja-kerja pemungutan, pemprosesan, dan penghantaran maklumat, sekaligus mempercepatkan pembangunan ilmu dan menggalakkan pengwujudan bidang-bidang baru.

Bidang-bidang terkini seperti teknologi maklumat, pembuatan bersepadu, bahan termaju, bioteknologi dan teknologi angkasa lepas akan menjadi rebutan ahli sains dan teknologi di masa- masa yang akan datang. Selain dari menerokai bidang-bidang baru ini, ahli sains dan teknologi juga diperlukan untuk menyelesaikan masalah sampingan seperti pencemaran disebabkan sisa-sisa pertanian, perbandaran dan industry, termasuk sisa radioaktif, kesan kehidupan moden terhadap kesihatan dan masalah pengurangan lapisan ozon.

Perdana Menteri Malaysia dalam mesyuarat inaugural Majlis Perniagaan Malaysia menyenaraikan sembilan cabaran yang perlu diatasi oleh Negara Malaysia dalam usahanya untuk mencapai taraf negara termaju dan satu daripada cabaran tersebut menekankan perlunya penubuhan masyarakat saintifik, progresif, inovatif, memandang kehadapan; bukan sahaja sebagi pengguna teknologi, tetapi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa yang akan datang. (Mahathir, 1991).

Dasar Pembangunan Negara telah menetapkan strategi utama untuk mengenalpasti sumber-sumber pertumbuhan baru untuk meningkatakn lagi pertumbuhan sektor perindustrian. Pembangunan industri-industri yang terpilih , terutama dalam bidang-bidang mesin dan kejuruteraan, automobil dan kimia akan dijadikan sebagai usaha utama dalam strategi untuk menyusun semula sektor pembuatan. Penekanan akan berubah kepada industri-industri yang bergantung kepada teknologi baru. Pembangunan industri-industri baru ini memerlukan dasar, tenaga kerja dan infrstruktur yang baru dan dinamik. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan khususnya di universiti-universiti dan institut-institut penyelidikan seperti MARDI, FRIM, MIMOS dan PORIM sambil menggalakkan sumbangan dan penglibatan sektor swasta. Pengeluaran tenaga terlatih dan bidang sains dan teknologi akan ditambah.

Kemudahan sokongan seperti maklumat sains dan teknologi, instrumentasi, makmal ujian, rekabentuk, perundingan kejuruteraan, ramalan dan penilaian teknologi, patent, perlesenan, piawaian dan sistem kualiti adalah sokongan teknikal utama yang perlu dibangunkan. Tenaga terlatih diperlukan bukan sahaja sebagai pengguna teknologi, tetapi sebagi pembuat atau pereka teknologi. Negara memerlukan tenaga kerja yang bermotivasi tinggi, mahir, boleh suai, inovatif dan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri secara berterusan. Institusi-institusi pengajian tinggi juga akan mengalami pertumbuhan pesat dalam fakulti-fakulti berasaskan sains dan teknologi, terutama sekali dalam bidang kejuruteraan.

Page 71: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Menurut Awg. Hasmadi dan Sanib Said (1998),profesional melayu harus lebih bersedia bekerjasama, berkongsi pengalaman dan sama-sama berusaha memupuk sifat-sifat profesional dikalangan ahli mereka melalui penglibatan dalam persatuan-persatuan profesional khas supaya pengalaman dan kepakaran ahli-ahli profesional yang kanan dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli professional yang muda. Persatuan-persatuan professional begini perlu ditubuhkan bagi menentukan pembangunan golongan profesional di kalangan masyarakat melayu disamping berusaha menggalakkan lebih ramai pelajar melayu memilih bidang profesional sebagai kerjaya mereka.

Perubatan Melayu

Sebelum wujudnya perubatan teknologi moden, orang Melayu bergantung penuhnya kepada perubatan tradisional Melayu. Kebergantungan ini masih lagi berlanjutan hingga kini, misalnya jika perubatan moden gagal mengubati keuzuran atau sakit yang dihadapi oleh orang Melayu, pesakit akan pergi mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Melayu tradisional. Dalam keadaan tertentu, mereka akan juga menggunakan kedua-dua sistem perubatan dalam usaha membebaskan diri mereka daripada derita sakit atau keuzuran. Semua kaedah merawat pesakit ada diterangkan dalam buku perubatan Melayu atau lebih dikenali sebagai kitab tib. Antara kitab tib yang terkenal ialah Taj-ul-Muluk atau kitab mujarrabat Melayu. Perubatan tradisional atau bahan penawar masyarakat Melayu banyak berdasarkan flora dan fauna yang mudah diperolehi dari hutan.

Matematik

Pencapaian orang Melayu dalam bidang metametik banyak dipelopori oleh tokoh agama yang menjadi guru atau ulama di institusi pendidikan yang dikenali sebagai pondok di Malaysia atau pesantren di Indonesia. Kebanyakan tokoh ini memperolehi ilmu metametik melalui pengajian mereka di Asia Tengah. Mereka mengembangkan ilmu ini dengan melakukan penambahbaikan dan pembaharuan menerusi penulisan pelbagai kitab atau buku yang berkaitan dengan metametik. Mereka menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar, geometri, logaritma, dan falak. Antara cabang metametik tersebut, karya dalam bidang ilmu falak yang menjadi warisan terbesar yang ditinggalkan oleh penulis Melayu silam. Antara tokoh prolific yang menulis dalam bidang metametik ialah Syeikh abdul Rahman Muhammad al-Fatani, Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Katib al-Minagkabau.

Page 72: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

INTEGRASI NASIONAL

Menurut A Aziz Deraman (2000), di Malaysia warganegara etnik Cina telah menyatakan ketaatsetiaan dan menerima negara sebagai tanah tumpah darah mereka. Lagipun mereka sebenarnya telah masuk ke aliran perdana pembinaan bangsa Malaysia. Di negara kita, kerangka kebudayaan kebangsaan telah meletakkan suatu matlamat yang jelas dan cukup unggul untuk dicapai. Seluruh rakyat sedang dibina dalam acuan Malaysia, bermula dengan kemerdekaan dan penegasan terbaru melalui program tahun 1970 an. Tahun 2000 menandakan tahun mula abad ke-21. Malaysia mungkin akan melahirkan dasar yang lebih pragmatik untuk membangunkan wadah kebudayaan baru Malaysia. Cita-cita untuk mengukuhkan perpaduan negara, memelihara dan mengukuhkan keperibadian kebangsaan, dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan ekonomi dan fizikal telah mula memperlihatkan kesannya dan hasilnya.

Di Malaysia,konsep kebangsaan dan kaum ataupun kesukuan cukup jelas dibezakan. Masing-masing pula mewujudkan kesalingan memberi dan menerima (saling melengkapi) untuk melihat segala unsur yang terbaik dari kedua-dua sifat itu, kaum dan kebangsaan dalam aliran yang lebih besar. Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengucapan kebudayaan tinggi atau bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi, telah teradun segala macam unsur dan sumber kebebasan, baik daripada bahasa besar dunia atau daripada sumber dialek dan bahasa sukuan.

Pada masa ini, tingkat perpaduan rakyat juga adalah pada tahap yang paling baik dalam sejarah Malaysia. Ada toleransi yang mendalam antara berpegang teguh dengan mempertahankan tradisi hidup kaum Cina atau India atau warisan kesukuan masyarakat peribumi sendiri oleh masyarakat Melayu, Iban, KadazanDusun, Bidayuh, Bajau, Murut dan sebagainya dengan hasrat kebudayaan kebangsaan. Masyarakat Cina mula memahami tuntutan kebangsaan, mesikpun psikologi mereka kuat bertaut pada kekuatan ekonomi dan warisan kebudayaan kaum sendiri. Kerajaan mempunyai matlamat yang jelas untuk merealisasikan Perpaduan Nasional dalam proses pembinaan bangsa Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Mahathir bin Mohamad dalam Majlis Pelancaran Rancangan Permasyarakatan Perpaduan 1998:

“Atas kesedaran bahawa negara Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, kerajaan telah menentukan perpaduan sebagai matlamat utama dalam usaha membangunkan bangsa dengan identitinya tersendiri. Di tanah air kita, pergaulan diantara kaum perlu dipertingkatkan. Pemasyarakatan perpaduan yang kita maksudkan ialah menunjukkan perpaduan di dalam kegiatan masyarakat. Sekarang ini terlalu banyak kegiatan masyarakat yang terhad kepada kaum masing-masing. Demikainlah tabiat yang diamalkan oleh kita sehingga apabila menteri tediri daridapada orang keturunan Cina, maka majlis yang dihadirinya juga akan terdiri daripada orang Cina.

Page 73: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Jikalau menteri Melayu, maka hadirnya juga Melayu dan seterusnya. Sebenarnya ini adalah kerana dahulu kita tidak mempunyai satu bahasa yang difahami oleh semua kaum. Sekarang ini dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan, semua yang hadir memahami apa yang diucapkan. Oleh itu kegiatan kemasyarakatan yang terhad satu kaum

sahaja patutlah dikurangkan dan digantikan dengan kegiatan yang melibatkan bersama semua kaum.”

Perpaduan dan intergrasi adalah dua perkara yang penting dalam sesebuah negara. Apalagi bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sama ada dari segi ras,, etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai kepelbagaian dalam banyak segi. Kelompok etnik terbesar adalah Melayu, Cina dan India di sebelas negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sabah kelompok etnik terbesar ialah KadazanDusun, Cina dan Melayu; sementara di Sarawak pula kelompok terbesar jumlahnya ialah Dayak Iban, Melayu, Dayak Bidayuh, Dayak Orang Ulu dan Cina. Sehubungan dengan itu, adalah tepat dikatakan wujud perpaduan nasional apabila Barisan Nasional Berjaya mendapatkan penglibatan semua ketua atau pemimpin setiap kelompok etnik di negara ini. Orang-orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak boleh bekerjasama, bertolakansur dan berakomodasi antara satu sama lain. Intergerasi merangkumi perpaduan seumpama di atas bahkan lebih daripada itu. Ia melibatkan penyatuan dalam erti kata sebenar, iaitu proses penyatuan biologikal. Kesediaan berkahwin antara etnik mencerminkan tahap intergerasi kerana melalui perkahwinan secara besar-besaran intergerasi dan perpaduan sebenar boleh dicapai. Proses ini melibatkan kesediaan berkahwin dan mencari pasangan di luar kelompok sendiri yang dari konsep sosiologi dikenali sebagai exogamy.

Bentuk Intergerasi

Asimilasi

Asimilasi adalah proses intergerasi satu hala. Proses ini berakhir dengan kewujudan satu kelompok yang seragam, iaitu satu kelompok yang mempunyai satu budaya, bahasa dan agama. Asimilasi adalah proses intergerasi jenis ideal. Kajian dan pemerhatian menunjukkan bahawa sekiranya bilangan kelompok minority seperti sekitar 10% dari penduduk tempatan, maka intergerasi jenis asimilasi lebih mudah dicapai. Di Malaysia, di beberapa kawasan dan wilayah yang mempunyai majoriti tidak kurang daripada 90% penduduk tempatan, kelompok Cina mudah diintergerasikan supaya mengamalkan sebahagian ciri-ciri penduduk tempatan. Misalnya, masyarakat Cina di Kelantan, dan di pedalaman Sarawak seperti di Kapit, Song dan Kanowit.

Page 74: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

TULISAN

Budaya penulisan serta penghasilan kitab telah menyumbang kepada lahirnya hasil persuratan atau kesusasteraan Melayu yang banyak. Menurut Profesor Ismail Hussein (1974), terdapat kira-kira 5 000 naskah sastera Melayu klasik yang tersimpan di perpustakaan atau muzium di Paris, London, Viena, Leiden, Manchester, Jakarta, Singapura, Malaysia dan lain-lain. Hasil kesusasteraan ini membuktikan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Pada masa kini, hasil sastera ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sastera lama atau klasik dan sastera moden. Hasil penulisan klasik dihasilkan dalam bentuk tulisan dan lisan. Tradisi tulisan banyak dirujuk sebagai sastera istana.

Kesusteraan Melayu lama dapat dibahagikan kepada tulisan yang bercorak keagamaan seperti Tafsir dan Hadis, ilmu Tauhid atau Isul al-Din, ilmu Fiqah, dan ilmu Tassawuf. Penulisan dalam sastera klasik juga bercorak sastera hikayat, sejarah, undang-undang, cerita panji, cerita berbingkai, epik Ramayana dan Mahabrata. Antara karya Melayu yang paling penting dan dianggap sebagai karya agung serta sering menjadi rujukan dan kajian para sarjana dalam meniti ketamadunan, budaya, dan pemikiran Melayu ialah Sejarah Melayu.

TEKNOLOGI MELAYU

Teknologi ditakrifkan sebagai suatu penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan yang praktik. Dengan perkataan lain, teknologi membolehkan sesuatu benda dibuat atau dilaksanakan menggunakan cara tertentu. Masyarakat Melayu seperti juga masyarakat yang lain juga telah mencipta alat atau barangan tertentu untuk kemudahan hidup mereka. Terciptalah rumah, perahu, peralatan perekonomian, dan peralatan domestik sebagai keperluan asas untuk hidup. Penciptaan ini diperbaiki dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan semasa. Satu daripada kekurangan dalam tamadun Melayu ialah kekurangan catatan bertulis terutama tentang teknologi, kerana kebanyakan teknologi Melayu tidak dicatatkan sebaliknya diwarisi melalui pemerhatian dan pengalaman seseorang tukang.

Antara beberapa bidang teknologi dalam tamadun Melayu ialah teknologi rumah, teknologi pertanian, teknologi perikanan, teknologi pelayaaran, teknologi tekstil dan teknologi hiburan. Dalam alam Melayu, ahli atau pakar teknologi digelar tukang atau pandai. Tukang bermakna orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang.

Page 75: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Teknologi Rumah

Bentuk rumah berbeza mengikut suku etnik atau kaum kerana kepelbagaian sejarah dan kepercayaan. Secara umum, rumah Melayu yang awal ialah rumah yang bertiang dan berbumbung lipat kajang yang panjang serta berdinding tebar layar. Bentuk keseluruhan berkonsepkan gajah menyusu, iaitu terdapat sebahagian bumbungnya yang berperabung lebih rendah dari yang lain.

Teknologi Pertanian

Teknologi pertanian ini bersifat saling meminjam dengan tamadun lain. Walau bagaimanapun, sebahagian besar peralatan ini dibuat oleh masyarakat Melayu sendiri. Teknologi pertanian dapat diklasifikasikan kepada teknologi penanaman, teknologi penuaian padi dan teknologi pengairan.

Teknologi Penanaman

Cangkul, Tajak, Sisir atau Sikat, Tenggala Perlis, Tenggala Siam, Tenggala Cina, Tenggiling, Kuku Kambing

Teknologi Penuaian Padi

Pisau Mengerat atau Sabit, Pengetam padi( ani-ani,renggam), Ayak jarang, Lesung, Mesin putar, Kepuk atau jelapang padi

Teknologi Pengairan

Sistem tali air, terusan (Terusan Wan Mat Saman-Kedah)

Kincir air – Negeri Sembilan

Teknologi Perikanan

Teknologi perikanan membincangkan kaedah penangkapan ikan oleh orang Melayu di laut dan di darat (air tawar).

Pukat tarik, pukat petaram, pukat tangkul (pukat angkat), pukat hanyut, merawai

Belat, Bubu, Penyelar, Serkap, Nadai, Beran, Candik.

Page 76: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Teknologi Pelayaran

Masyarakat Melayu merupakan pelayar yang handal sesuai dengan bentuk mukabumi atau tempat tinggalnya yang banyak berada di pinggir pantai atau sungai, Alatan pelayaran seperti perahu dihasilkan oleh orang Melayu dengan cirri-ciri utama perahu tidak banyak berubah berbanding dahulu.

Teknologi Perahu

Perahu jalur (baluk), Perahu bedar, Perahu sekochi, Perahu paying

Tekologi Kapal

Jong, Perahu Besar (Pinis dogol)

INTERAKSI POSITIF TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CINA

Page 77: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

INTERAKSI POSITIF TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CINA

Pendidikan

Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 mengemukakan 2 elemen penting dalam dasar pendidikan yang

dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama

bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Antara

cadangan Penyata Razak ialah, penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar, sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan Bahasa

Inggeris, Cina, dan Tamil sebagai bahasa pengantar, dan Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan

diajar di semua sekolah.

Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang

bersatu padu melalui 1 dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat

berbilang kaum di Tanah Melayu. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran

1957.

SOSIAL

Aspek sosial tidak kurang pentingnya di dalam mempengaruhi perkembangan sesuatu tamadun. Dalam hal ini, perbincangan akan tertumpu kepada beberapa aspek kemajuan yang telah dihasilkan oleh tamadun-tamadun utama dunia. Pertama, tamadun lahir dan berkembang kerana idea, kepercayaan ataupun wahyu. Jika dilihat darisegi kepercayaan, masyarakat terawal belum menerima konsep ketuhanan sebaliknya menyembah alam semeste seperti sungai, tanah, matahari dan pokok. Ringkasnya mereka menghormati alam semulajadi yang mereka anggap sebagai tuhan yang berkuasa.

Dalam Tamadun Melayu, pada peringkat awalnya golongan bangsawan sahaja yang menganuti agama Hindu dan Buddha yang membesar-besarkan keagungan dewa-dewi. Mereka dikatakan tidak memahami dengan sebenar-benarnya ajaran agama tersebut kerana masyarakat Melayu-Indonesia lebih cenderung kepada kesenian yang sesuai dengan jiwa mereka daripada falsafah agama Hindu yang merangkumi kehalusan metafizik Hindu sepertimana yang terdapat di dalam Mahabharata dan Bhagavad Gita.

Page 78: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Setelah kedatangan islam , Melaka telah memainkan peranan bukan sekadar pelabuhan perdagangan anatarabangsa, malahan juga dianggap sebagai pusat pembinaan Tamadun Melayu-Islam. Walaupun Islamdi Asia Tenggara telah bermula sejak kurun permulaan Hijrah lagi, namun pada abad ke-15, agama Islam telah berkembang pesat di seluruh Alam Melayu. Masyarakat yang pada ketika itu masih berpegang kuat dengan agama Hindu-Buddha telah memeluk Islam kerana ketaatan mereka yang padu kepada pemimpin mereka yang lebih awal memeluk Islam.

Setelah memeluk agama Islam, mereka hanya menyembah Allah, iaitu Tuhan yang Esa. Disebabkan keimanan yang kuat terhadap agama Islam, maka Melaka telah menjadi semakin kukuh dan menyerlah. Islam telah mula bercambah dan bertapak kukuh dan banyak masjid-masjid dibina dengan pelbagai ukiran yang menggambarkan ciri-ciri Islam. Masjid telah menjadi tempat ibadat, perpustakaan, tempat berhimpun dan tempat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Islam pada masa itu.1

TEKNOLOGI

1 Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd. Noor, Salina Hj. Zainol (2000) TITAS 1, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Masjid Jalan Tengkera, Melaka

Page 79: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Tamadun Cina telah banyak menyediakan asas bagi perkembangan sains dan teknologi dunia. Pada amnya, sains dan teknologi Cina terangkum dalam kepercayaan dan sistem pandangan dunia masyarakat Cina. Terdapat dua (2) asas penting yang membantu perkembangan sains dan teknologi Cina, iaitu konsep Yin dan Yang, dan juga teori Lima Unsur. Konsep Yin-Yang merujuk unsur yang mencipta kestabilan dan saling melengkapi. Perspektif Yin-Yang pula bermakna menganalisis alam ini sebagai dual yang berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain.

Teori Lima Unsur pula tidak diketahui siapa penciptanya tetapi dipercayai diasaskan oleh falsafah Tsou Yen pada abad ketiga sebelum masihi. Tsou Yen melihat fenomena alam berdasarkan lima perkara. Apabila dalam melihat aspek warna, terdapat lima warna, iaitu kuning, hijau, merah, putih dan hitam. Dalam aspek arah pula, wujud lima arah iaitu timur, barat, selatan, utara dan tengah. Begitu juga dengan rasa yang terdiri daripada lima rasa iaitu manis, pahit, pedas, masam dan manis. Walau bagaimanapun, pusingan yang lebih kompleks sebenarnya dianalisis dalam perspektif Lima Tahap (Wu Xing), iaitu kayu, api, alam, logam dan air. Lima Tahap ini sebenarnya menganalisis pusingan dan perubahan iklim.2

Interaksi antara Tamadun Cina dan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun Cina membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.3

Penemuan kaedah mengambil filamen daripada cocoon oleh Maharani Lei-tze pada 2700 sebelum masihi telah membawa kepada penghasilan kain sutera. Ulat sutera dipelihara dan bertukar menjadi cocoon dalam fenomena metamorforsis, sebelum terhasil kupu-kupu. Pada masa tersebut dibunuh dengan merendamkannya ke dalam air didih. Kemudian filamen yang dikeluarkan dijadikan benang sutera. Akhirnya, benang-benang sutera ini diproses menjadi sutera. Menyingkap kembali lembaran sejarah, kain sutera merupakan pemangkinan kewujudan

2 Esa Khalid, Mohd Azhar Abd. Hamid (2004) Beberapa aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, FPPSM UTM.

3 Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd. Noor, Salina Hj. Zainol (2000) TITAS 1, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 80: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Jalan Sutera yang menghubungkan Timur dan Barat. Dalam pada itu, kain sutera merupakan bahan utama dalam perdagangan pada zaman awal.

Bagi masyarakat Melayu pula, mereka juga kreatif dengan seni ketukangan dan ukiran. Artifak-artifak seni seperti seni arca, tembikar, anyaman dan sebagainya seperti juga artifak budaya yang lain mempamerkan tahap-tahap sejarah yang dilalui oleh sesuatu masyarakat. Artifak-artifak ini merupakan simbol-simbol yang jelas dan bukti yang nyata tentang wujudnya satu-satu peradaban manusia pada satu-satu masa dan tempat. Melalui penghasilan segala artifak budaya kesenian ini secara amnya ia memaparkan ciri-ciri estetika seperti dari segi reka bentuknya (design), rupa bentuk (form) dan ragam hias (embellishment). Reka bentuk ialah gubahan iaitu mengatur atau menyusun, mengarang ataupun mencipta. Daya kreativiti dan imaginasi serta serta kemahiran seseorang merupakan asas utama dalam mengahasilkan sesuatu hasil seni yang kemudiannya menentukan pula rupa bentuk atau struktur sesuatu artifak dan bentuk ragam hias yang mengandungi motif dan corak. Dalam masyarakat Melayu motif dan corak ini biasanya diambil daripada bentuk-bentuk alam sama ada tumbuh-tumbuhan atau binatang.

Seni pertukangan Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa pengeluaran seperti :

1. Tembikar atau seramik

2. Anyaman rotan, buluh atau pandan

3. Tekstil seperti tenunan kain, songket dan batik

4. Ukiran, senjata dan sebagainya

5. Tembaga

6. Perhiasan daripada perak, suasa, emas dan sebagainya.

Pada awalnya bahan-bahan asas yang digunakan untuk seni pertukangan ialah bahan-bahan yang mudah didapati di sekitar mereka seperti tanah liat (untuk tembikar), daun pandan, mengkuang, buluh (untuk anyaman), akar dan urat-urat kayu (untuk tekstil). Hasil daripada pertembungan dengan budaya lain bahan-bahan seperti manik, benang, celupan mahupun permata-permata juga digunakan.4

TULISAN

4 Esa Khalid (2002) TITAS II Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, FPPSM UTM.

Page 81: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Dengan penemuan batu bersurat di Kuala Terengganu pada tahun 1887 di tepi Sungai Padang Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah. Tulisan yang bertarikh 702 Hijrah dalam Bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta hukum mengikut taraf seseorang.5

Batu Bersurat Terengganu yang ditemui pada tahun 1887 :

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0331/utusan_malaysia/timur

Walaupun tulisan jawi merupakan asas kepada Bahasa Arab, tetapi penggunaanya tidak terhad hanya kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam sahaja. Ini telah terbukti apabila terdapatnya seorang lelaki Cina paling tua di Kelantan, Tan Thong Yan, 93 yang boleh membaca tulisan Jawi. Selain itu, terdapat juga seorang pelajar perempuan Cina bernama Christine Wong Siow Wei yang begitu bangga dapat mempelajari tulisan jawi. Dia sungguh gembira bila dia berjaya menulis namanya sendiri dalam tulisan jawi.

5 http://www.utusan.com.my/pix/2009/0331/utusan_malaysia/timur

Tulisan jawi yang ditulis oleh Christine Wong Siew Wei

Page 82: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Sistem tulisan Cina muncul selaras dengan perkembangan bahasa. Tulisan Cina atau Han Zi (tulisan Han) merupakan tulisan tertua di dunia. Ahli-ahli arkeologi menyatakan bahawa tanda-tanda kemunculan tulisan Cina telah bermula sejak 8000 tahun yang lepas. Tulisan Cina yang paling awal dinamakan dengan ’Jia Gu Wen’ yang bermaksud tulisan tulang dan kerangka kerana ia diukir menggunakan logam atau benda tajam dan diukir di atas tulang atau kulit kura-kura.

Jia Gu Wen

Secara umumnya, tulisan Cina terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu wen (gambar-gambar mudah) dan zi (gambar-gambar yang dicantum). Wen boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

a) Xiang-xing atau simbol bergambar

Kaedah ini merupakan asas sistem tulisan Cina yang bermula dengan piktograf bagi mewakili sesuatu objek. Tulisan dicipta dengan melukis bentuk sesuatu benda secara kasar. Bedasarkan cara inilah orang Cina mencipta tulisan-tulisan yang lain dengan menggabungkan tulisan-tulisan atau bahagian-bahagian yang sesuai.

b) Zhi shi atau simbol petunjuk

Kaedah ini merupakan penambahan lambang-lambang ke atas tulisan iaitu biasanya tulisan piktograf. Ia terdiri dari gambar-gambar yang dicantumkan. Zi terbahagi kepada dua (2) iaitu Huiyi (simbol petunjuk) dan Xingsheng (gabungan bentuk dan bunyi).6

PERAYAAN

6 Esa Khalid (2002) TITAS II Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, FPPSM UTM.

Page 83: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

A) Hari Raya Aidilfitri

Merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Penetapan Hari Raya Aidilfitri bermula melalui dua (2) cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan tidak kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Apabila tarikh hari raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadhan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang direbus di dalam anyaman daun kelapa muda atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol dan kuih raya.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan masyarakat Cina yang memberi ’ang pau’. Rumah-rumah terbuka akan

Page 84: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.7

B) Tahun Baru Cina

Merupakan sambutan perayaan yang menandakan proses penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan rakan taulan, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah berkahwin. Acara yang paling penting ialah makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina, bertujuan untuk mengeratkan talian perhubungan sesama keluarga. Hidangan seperti ayam, ikan, itik, sup sirip yu dan sayur-sayuran kemakmuran (properity vegetables).

Interaksi positif yang dapat dilihat dari sudut pakaian pula, terdapat unsur-unsur dari masyarakat Cina yang telah diambil bagi dijadikan tokok tambah dalam rekaan baju Melayu dan kebaya. Contohnya, dahulunya masyarakat Melayu hanya berpakaian baju kurung dan baju Melayu berleher bulat tetapi kini telah ditambah di bahagian leher yang ditiru dari rekaan cheong sam menjadikan Baju Melayu kepada Baju Melayu Cekak Musang. Manakala kebaya nyonya telah dimodenkan lagi dengan pelbagai tambahan aksesori dan sulaman.

Begitu juga dengan amalan kunjung-mengunjungi di mana masyarakat Cina turut serta menghadiri dan berbaris untuk sama-sama memeriahkan sambutan rumah terbuka bagi Hari Raya Aidilfitri dan sebaliknya semasa sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Melayu juga turut serta meraikannya. Penyediaan kuih-muih juga pelbagai kuih yang diperkenalan oleh masyarakat Cina tetapi dihidangkan juga semasa Hari Raya Aidilfitri.

Amalan pemberian ’ang pau’ yang merupakan tradisi asal dari masyarakat Cina di mana pemberian duit kepada mereka-mereka yang belum berkahwin, telah menjadi amalan di dalam masyarakat Melayu yang memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

7

Page 85: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

RUJUKAN

1. Esa Khalid (2002) TITAS II Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, FPPSM UTM.

2. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd. Noor, Salina Hj. Zainol (2000) TITAS 1, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. http://74.125.155.132/ALAM AKADEMIK..tertua & terulung

4. Chang Pat Foh (1993). Chinese Festivals Customs & Practices In Sarawak. Sarawak,

Malaysia: Lee Ming Press Co.

5. Patricia Bjaaland Welch (1997). Chinese New Year. Hong Kong: Oxford University Press.

6. Carol Stepanchuk Dan Charles Wong.(1993). Mooncakes And Hungry Ghost Festivals Of

China. Kuala Lumpur: Percetakan Seasons Sdn.Bhd.

7. A Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.

Pembangunan Kebudayaan dan Teknologi: Cabaran Kehidupan Abad Ke 21.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Awang Hasmadi Awang Mois dan Sanib Said (1998). Masyarakat Melayu Sarawak.

Himpunan Kertas Seminar Melayu II. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

9. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Perpaduan

Dan Intergerasi Nasional. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

10. Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu,

India, China dan Jepun. Sains dan Teknologi Melayu. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 86: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

11. Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2.

Shah Alam: Oxford Fajar

12. Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah, Azhar Md. Aros (2009)  Buku Revisi Tamadun

Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Nota Baki

1. Nian. About.com. Dipetik 2008-01-21.

2. CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the 1st month). huayinet.org.

Dipetik 2008-01-21.

3. Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner. Everything2 (2004-01-20. Dipetik

2008-01-21.

4. Chinese New Year Customs Around the World. Quick Brown Fox (2006-03). Dipetik

2008-01-21.

5. Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way. Dipetik 2008-01-21.

6. Chinese New Year. Kiwi Families for Passionate Parents. Dipetik 2008-01-21.

7. Yan Yat: Everybody’s Birthday. Christine O'Keeffe's New Year Legends. Dipetik 2008-

01-21.

8. Lo Hei. Mana Makan - The Feast Crusade (2006-01-28). Dipetik 2008-01-21.

9. Yu San (Chinese New Year Fish Salad). DimSum (2001-01-01). Dipetik 2008-01-21.

10. Chinese New Year. HK Information. Dipetik 2008-01-21.

11. Firecrackers Singapore

12. Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune, 2006-

01-27. 

13. Book soul 1970 Chingay Past

Page 87: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

14. Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, 100, Angkatan

Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.

15. "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan", Equator

Online, Kalbar, 2003-01-30.  Dipetik 2008-01-21.

16. "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York Post,

2007-02-17. 

17. HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003 (2003-02-03). Dipetik 2008-01-

21

18. fu dao. Everything2 (2002-12-23). Dipetik 2008-01-21.

19. "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17.  Dipetik

2008-01-21.

20. Aihe Wang. Cosmology and Political Culture in Early China. 2000:55↑Feng Shi.

Zhongguo zhaoqi xingxiangtu yanjiu. Zhiran kexueshi yanjiu, 2 (1990).

21. Aihe Wang. Cosmology and Political Culture in Early China. 2000:54-5

22. Cheng Jian Jun and Adriana Fernandes-Gonçalves. Chinese Feng Shui Compass: Step by

Step Guide. 1998:21

23. The Pivot of the Four Quarters (1971:46)

24. Mark Edward Lewis (2006). The Construction of Space in Early China. p. 275Marc

Kalinowski (1996). "The Use of the Twenty-eight Xiu as a Day-Count in Early China."

Chinese Science 13 (1996): 55–81.

25. Yin Difei. "Xi-Han Ruyinhou mu chutu de zhanpan he tianwen yiqi." Kaogu 1978.5,

338-43; Yan Dunjie, "Guanyu Xi-Han chuqi de shipan he zhanpan." Kaogu 1978.5, 334-

37.

26. Marc Kalinowski. 'The Xingde Texts from Mawangdui.' Early China. 23-24 (1998-

99):125-202.

Page 88: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

27. Wallace H. Campbell. Earth Magnetism: A Guided Tour Through Magnetic Fields.

Academic Press, 2001.

28. Max Knoll. "Transformations of Science in Our Age." In Joseph Campbell (ed.). Man

and Time. Princeton UP, 1957, 264-306

29. Lui, A.T.Y., Y. Zheng, Y. Zhang, H. Rème, M.W. Dunlop, G. Gustafsson, S.B. Mende,

C. Mouikis, and L.M. Kistler, Cluster observation of plasma flow reversal in the

magnetotail during a substorm, Ann. Geophys., 24, 2005-2013, 2006

30. Moore, F. R. 1975. Influence of solar and geomagnetic stimuli on the migratory

orientation of Herring Gull chicks. Auk 92:655-664.

31. Moore, F. R. 1977. Geomagnetic disturbance and the orientation of nocturnally migrating

birds. Science 196:684-686.

32. Thomas Alerstam. Bird Migration Across a Strong Magnetic Anomaly. J. exp. Bml. 130,

63-86 (1987)

33. Catherine Brahic. Does the Earth's magnetic field cause suicides? New Scientist.com New

Service, 24 April 2008

34. L.Pustil’nik, G. Yom Din, Influence of solar activity on the state of the wheat market in

medieval England, Solar Physics. 223, 335–356, 2004.

35. L. Pustil’nik, G. Yom Din, Space climate manifestation in Earth prices – from Medieval

England up to Modern U.S.A., Solar Physics, 224, 473–481, 2004