6
TAREKAT DAN SULUK PERBEZAAN NAFSU ORANG AWAM DAN WALI Dalam perbincangan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seseorang dan alamat-alamatnya dapat dibahagikan kepada tujuh peringkat atau martabat, dan dalam peringkat itu terdapat ahli-ahlinya sebagaimana berikut : 1. Ahli Nafsu Ammarah 2. Ahli Nafsu Lawwamah 3. Ahli Nafsu Mulhamah 4. Ahli Nafsu Mutmainnah 5. Ahli Nafsu Radhiah 6. Ahli Nafsu Mardhiyyah 7. Ahli Nafsu Kamil Ilmu tasauf bukanlah ilmu ikut-ikutan lahir umpama ilmu syariat atau ilmu teori yang dipelajari untuk difahami sahaja. Ilmu tasauf adalah ilmu yang mesti dipraktikkan dan dicuba sendiri, kemudian hasil yang diperolehi dari pengalaman-pengalaman atau natijah itu hendaklah didedahkan dan diceritakan kepada guru untuk ditinjau dan ditarbiahkan (dididikkan) seterusnya sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang. /home/website/convert/temp/convert_html/ 555cd443d8b42a4f2b8b4c13/document.doc

Tarekat dan suluk 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tarekat dan suluk 1

TAREKAT DAN SULUK

PERBEZAAN NAFSU ORANG AWAM DAN WALI

Dalam perbincangan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seseorang dan alamat-

alamatnya dapat dibahagikan kepada tujuh peringkat atau martabat, dan dalam peringkat

itu terdapat ahli-ahlinya sebagaimana berikut :

1. Ahli Nafsu Ammarah

2. Ahli Nafsu Lawwamah

3. Ahli Nafsu Mulhamah

4. Ahli Nafsu Mutmainnah

5. Ahli Nafsu Radhiah

6. Ahli Nafsu Mardhiyyah

7. Ahli Nafsu Kamil

Ilmu tasauf bukanlah ilmu ikut-ikutan lahir umpama ilmu syariat atau ilmu teori yang

dipelajari untuk difahami sahaja. Ilmu tasauf adalah ilmu yang mesti dipraktikkan dan

dicuba sendiri, kemudian hasil yang diperolehi dari pengalaman-pengalaman atau natijah

itu hendaklah didedahkan dan diceritakan kepada guru untuk ditinjau dan ditarbiahkan

(dididikkan) seterusnya sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Proses tarbiah nafsu dari Ammarah ke Lawwamah dan seterusnya atau perkembangan

kesucian nafsu dari peringkat rendah ke peringkat tinggi bukanlah suatu perkara yang

senang untuk mencapainya. Hanya dengan keazaman yang kuat dan tenaga yang berani

berjuang melawan godaan nafsu syaitan dan dengan bersungguh-sungguh kuat beribadat

di bawah pimpinan guru mursyid sahajalah suatu jalan terbuka untuk mencapai maqam

para wali.

Sifat-sifat kerohanian dan akhlak sufi yang terpuji tidak akan berlaku kecuali apabila

telah mencapai peringkat kesucian maqam-maqam. Kesucian maqam-maqam itu mustahil

/tt/file_convert/555cd443d8b42a4f2b8b4c13/document.doc

Page 2: Tarekat dan suluk 1

dapat dicapai jika tidak dengan berjihad dan beribadat dengan bersungguh-sungguh dan

istiqamah.

Sebagai tanda yang menunjukkan adanya harapan untuk beroleh kejayaan ialah dengan

berolehnya “nur” atau “warid” di masa bermujahadah, bersuluk dan beribadat wirid zikir

yang ditalqin (terima) dari guru.

Apabila seseorang itu didatangi oleh nur tadi, maka kekarutan dan kekaratan hati yang

kotor dengan sifat-sifat yang cela akan terkikis secara automatik , dihapuskan oleh nur

atau warid itu, kemudian hati yang suci itu menunggu pula kedatangan dzuk hakikat

(syuhud) yang menjadi pokok pangkal mertabat wali seseorang itu.

Berhubung dengan nur itu pula, nur tidak akan berhasil jika tidak ada amalan wirid yang

ada persambungan hubungan dengan tarekat sufiah yang sah oleh guru mursyid yang arif

serta kuat bermujahadah melawan godaan nafsu syaitan.

Warid Atau Nur Dari Allah

Setelah menjalani amalan wirid tarekat yang diajar (talqin) oleh guru dan juga latihan-

latihan jihad nafsu yang diatur oleh guru, maka menunggulah murid itu akan kedatangan

“habuan” nasibnya (nur-warid) iaitu suatu perkara kehadiran atau hasil yang datang

dalam perasaan hati yang akan dicampak oleh Allah Taala kepada murid yang

mengekalkan amalan wirid tarekat gurunya.

Tibanya suatu perkara kehadiran atau hasil dalam perasaan hati itu dinamakan “warid”

atau “waridah” atau “nur” atau “hal” atau “sirr” atau lain-lain nama yang diistilahkan

oleh tasauf.

Kehadiran “nur” atau “warid” ke dalam hati seseorang murid itu bermacam-macam

keadaan pula. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat , memakan masa berbulan-

/tt/file_convert/555cd443d8b42a4f2b8b4c13/document.doc

Page 3: Tarekat dan suluk 1

bulan, bertahun-tahun, berbelas tahun dan ada yang berpuluh-puluh tahun lamanya

mengikut kadar nasib dan rezeki masing-masing.

Demikianlah juga kehadiran “nur” ke dalam hati murid itu bukanlah tetap atau tinggal

lama dalam hati buat-selama-lamanya, seseorang murid yang baru menjalani suluk itu, ia

akan datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang dan kemudian datang semula. Kadang-

kadang bertahan selama seminggu kemudian ia pergi dan hilang, kemudian datang

kembali. Begitulah keadaannya , ada yang sebulan, setahun dan ada yang sekelip mata.

Ini akan berlaku selagi murid itu belum sampai kepada martabat “al-maqam” atau “al-

Istiqamah” (kejap dan tetap).

Suluk

Suluk ertinya segala bentuk usaha ikhtiar yang sedang berjalan untuk mencapai maqam

maktifat pada Allah di bawah pimpinan guru tasauf yang arif lagi mursyid.

Orang suluk disebut “salik” iaitu orang yang menjalani segala daya usaha memerangi

hawa nafsu dan syaitan dengan mengekalkan amalan wirid tarekat yang diberi oleh guru

untuk mencapai matlamat akhir iaitu makrifat pada Allah s.w.t.

Mencapai makrifat pada Allah s.w.t. bukanlah perkara senang malah tidak terbau oleh

orang awam seperti kita yang tidak dapat kalah di dalam bermujahadah dan ibadat kerana

makrifat itu pakaian para wali, para anbia’ dan rasul-rasul. Makrifat mengikut istilah

tasauf ini sangat berbeza dengan makrifat usuluddin kerana makrifat usuluddin itu ialah

membicarakan mengenai dalil tentang wujud Allah Taala atau mengenal Allah dengan

dalil adanya makhluk dan termasuk juga mengenal segala sifat-Nya yang wajib dan yang

mustahil dan yang harus bagi-Nya.

Makrifat disisi tasauf ialah mengenal Allah dengan jalan kehadiran suatu rasa dzuk yang

dinamakan “syuhud” dan syuhud ini dicampak oleh Allah ke dalam hati seseorang wali

atau seumpamanya setelah hati itu bersih dari karat dosa, hawa nafsu syaitan dan

/tt/file_convert/555cd443d8b42a4f2b8b4c13/document.doc

Page 4: Tarekat dan suluk 1

keduniaan. Perasaan dzuk (syuhud) yang menghasilkan makrifat sufiah umpama ini tidak

akan tercapai melainkan oleh para wali, dan tidak dikatakan seseorang itu makrifat

melainkan orang yang arif billah (wali) iaitu orang yang mengenal Allah dengan jalan

hadir suatu dzuk (syuhud) dan di waktu itu terhasillah kepadanya fikiran-fikiran yang

bernas, ilmu pengetahuan yang indah-indah dan ilham-ilham atau rahsia-rahsia yang

diluar batas kekuatan fikiran manusia (ilmu Laduni).

Tasauf

Tasauf ialah ilmu mengenali sifat-sifat zahir dan batin yang tercela dan terpuji

Tareqat

Tarekat ialah amalan-amalan zikrullah melalui mujahadah dan readah sehingga dapat

dihapuskan sifat-sifat tercela dan dihiasi dengan sifat-sifat terpuji zahir dan batin.

Kesemua ilmu Islam berasal dari nabi Muhammad SAW. Nabi adalah seorang ahli

Aqidah, ahli Fiqh, ahli Sufi(tasauf) dan ahli Tariqat, kerana Rasulullah SAW adalah

manusia yang lengkap (insane kamil) dalam menyampaikan Islam dan pengamalannya,

sempurna pada pahamannya, aqidahnya, pengalamannya, akhlaknya zahir dan batinnya.

Itulah Islam yang telah diwarisi oleh sahabat-sahabat, tabi’in-tabi’in dan ulama-ulama

salafus soleh. Mereka adalah ulama pengamal Fiqh, Aqidah, dan tasawuf/tariqat tanpa

dipisahkan di antara satu dengan yang lain.

Hanya sebutan tasawuf/tariqat adalah dari segi istilah sahaja, kerana sejarah telah

mencatatkan bahawa nama tasauf ini timbul setelah zaman tabi’it tabi’in, ketika manusia

sudah mula cenderung pada keduniaan, maka timbullah satu golongan yang berpegang

teguh pada ajaran Islam yang sempurna. Maka dinamakan golongan ini ahli sufi,

golongan tasauf dan pengamalnya ahli tarekat.

/tt/file_convert/555cd443d8b42a4f2b8b4c13/document.doc