Upload
syahidah-shabuddin
View
82
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
1. [ALU-ALUAN]
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillahi rabbil alamin..wassolatu wassalamuala
asyrafil anbiyaa’i wal mursalin..
Yang Berbahagia Pn Salina bt Ithnin, Guru Besar Sek Keb Kampong Raja
Yang Berusaha En Asyraf bin Ahmad Bajuri, GPK Pentadbiran
Pn Hjh Azah bt Naman, GPK HEM
En Mohd Faisal bin A Manap, GPK Ko kurikulum
Pn Norzakiah bt Mohamed Darus, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli
Jawatankuasa kerja,
Guru-guru serta kakitangan sekolah dan seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt....Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat
kita hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia bagi
tahun 2017 pada pagi yang mulia ini.
Bulan mengambang cantik berseri,
Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian kami hargai,
Terus terpahat zaman berzaman
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang hadirin
sekalian dan turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi hadir bersama-sama ke
majlis yang penuh bermakna ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Umat Islam adalah umat ilmu pengetahuan. Agama Islam mengangkat penganutnya
yang berilmu ke satu martabat peringkat yang tinggi dan mulia di sisi Allah swt. Sejak
pertama kali diturunkan, Islam sangat menekankan aspek peripentingnya ilmu pengetahuan.
Bahkan, wahyu yang pertama kali diturunkan oleh Allah swt kepada umat ini adalah untuk
menggali pengetahuan iaitu dengan diperdengarkan kepada Nabi saw akan kalimah Iqra!
Yang bermaksud Bacalah!
Untuk makluman sidang hadirin sekalian, Kem Membaca 1 malaysia ini
adalah merupakan salah satu aktiviti utama di bawah saranan Kementerian Pelajaran
Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini
adalah bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pembelajaran
sepanjang hayat. Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 4 April sehingga
6 April 2017. Sehubungan itu, Pelancaran Program ini akan dijalankan secara serentak di
kesemua sekolah di seluruh Daerah Muar pada hari ini.
2. [BACAAN DOA]
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati lagi majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mazham bin Abdullah untuk memimpin bacaan
doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. (Bacaan doa)
*************************************************************************
Amin amin, Ya Rabb al-
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]
‘Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mazham bin Abdullah atas bacaan doa
sebentar tadi
*Seterusnya, marilah bersama-sama kita menyanyikan Lagu Negaraku dan
Lagu Bangsa Johor.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR
*Majlis dengan ini mempersilakan Pn NorZakiah bt Mohamed Darus selaku
guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah untuk menyampaikan sedikit Taklimat
berkaitan pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia.
Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan.
3. [UCAPAN PERASMIAN]
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia Puan Salina bt Ithnin, Guru besar Sek Keb Kampong Raja
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dengan
penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia puan Guru Besar atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.
4. [PERSEMBAHAN]
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia [4April2017]
Amalan membaca amalan mulia
Dapat manfaat tinggi faedahnya
Menjana Pemikiran 1 Malaysia
Itulah matlamat menjadi tema
Seterusnya marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan berbalas pantun yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid dari kelas Tahun 3 . Majlis dengan ini mempersilakan..
5. [NYANYIAN]
Maka dengan ini rasmilah sudah Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia SK Kampong
Raja tahun 2017 ini. Untuk itu marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Membaca Gaya
Wawasan sebagai tanda sokongan penuh terhadap program ini.
6. [BERSURAI ]
Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini. Pihak majlis
sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Guru Besar, guru-
guru serta kakitangan dan semua yang menjayakan majlis pada hari ini. Semoga kita
mendapat sedikit sebanyak manfaat dan kebaikan yang berpanjangan dalam majlis itu tadi.
Jazzakallahu khairan kathira
7. [BERSURAI]
Sebelum bersurai, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, Yang baik itu datangnya
dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Dengan itu
semoga berjumpa lagi.
Kita Tangguhkan majlis pada pagi ini dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al ‘as.
Sekian. Assalamualaikum wbt.