34
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ MOKHTAR B. MOHD ISA, GURU BESAR SEK. KEB. BUKIT BALAI 15 JANUARI 2014 – 10.00 PAGI DISEDIAKAN OLEH : PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD

Teks pengacara majlis gb bersara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ MOKHTAR B. MOHD ISA, GURU BESAR SEK. KEB.

BUKIT BALAI

15 JANUARI 2014 – 10.00 PAGI

DISEDIAKAN OLEH :

PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD

PENGACARA MAJLIS :

EN. MOHD FAIZAL BIN ABAS

PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD

Page 2: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

BIL

PERISTIWA SKRIP CATATAN

1

PENGUMUMAN Diumumkan ketibaan yang diraikan Tuan Haji Mokhtar Bin Mohd

Isa diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan. ANIS

2 LAGU

NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.

Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu

Negaraku.

3 SALUTATION Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam

Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

1. Yang diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Ia, Guru Besar Sek.

ANIS

Page 3: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Keb. Bukit Balai.

2. Yang Berhormat Datuk Shamsul Nasarah, Ahli Parlimen

Lenggong.

3. Yang Berusaha, Encik Razli bin Ahmad, wakil Datuk Haji

Shahrani, Exco Kerajaan Negeri Perak, merangkap Ketua

UMNO Bahagian Lenggong.

4. Yang Hormat, Tuan Haji Ghulam Muzammil bin PK

Mohammed, Penolong Pengarah Unit Sekolah Rendah, Jabatan

Pendidikan Negeri Perak.

5. Yang Hormat, Pegawai Daerah Pendidikan Hulu Perak; Encik

Osman bin Mohamed Bahari bersama rombongan (JIka ada)

6. Yang Hormat Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak;

Tuan Haji Arshad bin Mohamad.

Page 4: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

7. Yang Hormat Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Hulu

Perak; Tuan Haji Khizri bin Abdullah Zawawi.

8. Yang Hormat, Ketua Polis Balai. S. I Tuan Jaafar bin Rejab

9. Yang Berusaha Datuk Umar bin Haji Ismail.

10. Yang Berusaha Datuk Haji Talha bin Haji Ismail.

11. .

12. Pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar.

13. Wakil-wakil Pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar.

14. Ketua-Ketua Jabatan

15. Ketua-Ketua-Kampung

16. Yang Dipertua PiBG SK BUKIT BALAI; Encik Hassan bin

Page 5: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Saadan dan ahli- ahli jawatankuasa

17. Guru-guru Penolong Kanan

18. Guru-guru

19. Warga kerja SK Bukit Balai

20. Murid-murid yang dikasihi, seterusnya

21. Hadirin dan Hadirat yang dmuliakan ALLAH sekalian.

Selamat datang ke majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena

persaraan yang dIraikan Tuan Haji Mokhtar Bin Mohd Isa, Guru

Besar SK Bukit Balai.

Page 6: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

4 KATA-KATA

ALUAN

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh

bermakna kita bawakan kepada anda majlis “Kasih Disemai

Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mohktar Bin Mohd

Isa, Guru Besar SK Bukit

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNYA

dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang penuh

ceria ini bagi menjayakan majlis persaraan Tuan Hj Mokhtar bin

Mohd Isa, Guru Besar SK Bukit Balai. Semoga majlis ini

bertambah meriah, penuh gemilang dan membawa makna

ANIS

Page 7: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

kepada kita semua.

5 BACAAN DOA Tangan ditadah restu dipinta

Pada yang Esa pohon segala

Inayah dan taufiq hajat termetra

Agar majlis diberkati jua

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-

fadhil Ust. Mohd Anwar bin Ahmad untuk membacakan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas

bacaan doa itu tadi.

FAIZAL

6 UCAPAN

WAKIL MURID

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Page 8: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan

kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tuan Haji

Mokhtar Bin Mohd Isa, Guru Besar SK Bukit Balai.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid Adik Izz Azizul

Hakim bin Azizi. Dipersilakan.

(UCAPAN IZZ AZIZUL)

FAIZAL

7 PERSEMBAHA

N MURID

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-

sama kita saksikan persembahan daripada MURID-MURID

Page 9: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

PENDIDIKAN KHAS DAN NYANYIAN DENGAN IRINGAN

KEYBOARD OLEH KUMPULAN ANGELS. Mereka akan

mempersbahkan nyanyian yang bertajuk “GURUKU TERSAYANG

DAN PROUD OF YOU”

(PERSEMBAHAN)

Itulah sebentar tadi persembahan-persembahan nyanyian yang

cukup istimewa. Untuk makluman hadirin, persembahan-

persembahan itu dipimpin oleh ENCIK MOHD RUZAINY BIN

RUSLAN DAN PUAN ROSLINA BT KHAMSIN.

FAIZAL

8 UCAPAN GPK 1 Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan Yang berusaha En. Mohd Yasin

bin Mohd Fadzir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Bukit

FAIZAL

Page 10: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Balai bagi mewakili warga kerja SK Bukit Balai. Dipersilakan.

(UCAPAN GPK)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mohd Yasin

bin Mohd Fadzir atas ucapan yang telah disampaikan sebentar

tadi.

9 UCAPAN YDP

PIBG

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang

dihormati ENCIK HASSAN BIN SAADAN Yang Dipertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Balai bagi mewakili

warga kerja SK Bukit Balai. Dipersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati ENCIK

HASSAN BIN SAADAN Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru SK Bukit Balai atas ucapan yang telah disampaikan

ANIS

Page 11: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

sebentar tadi.

11 UCAPAN PPD

KENALKAN WAKIL JIKA TUAN PPD TIADA

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput ENCIK OSMAN BIN MOHAMED BAHARI TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK untuk menyampaikan. Dipersilakan.

(UCAPAN PPD)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

ANIS

12 UCAPAN JPN Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan ucapan daripada

PENOLONG PENGARAH UNIT SEKOLAH RENDAH, JABATAN

Page 12: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

PENDIDIKAN NEGERI PERAK TUAN HAJI GHULAM

MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN JPN)

Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJI GHULAM

MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED atas ucapan yang

disampaikan itu tadi.

ANIS

13 PERSEMBAHA

N

Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,

Sampannya sarat jambangan melur,

Istirahat kita sekali lagi,

Bakat dipamer hati terhibur.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kami tampilkan

dua persembahan daripada GABUNGAN MURID-MURID

FAIZAL

Page 13: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

TAHUN 5 DAN 6 YANG DIBERI NAMA KUMPULAN SWARA

DAN KUMPULAN NASYID SK BUKIT BALAI KUMPULAN AL-

MUKMINUN sebagai kenangan di halwa telinga untuk kita

khususnya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan

persembahan daripada mereka. Dipersilakan para peserta

mengambil tempat.

(PERSEMBAHAN)

Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan pertama itu tadi

dipimpin oleh PUAN NORHAYATI BINTI MOHD NOR DAN yang

kedua oleh ENCIK AHMAD RUZAINY BIN RUSLAN.

14 JEMPUT GB

NAIK

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan YANG

DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA naik ke atas

FAIZAL

Page 14: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

pelamin yang terindah. Dipersilakan.

15 TAYANGAN

VIDEO

Tinggi sungguh pohon kuini,

Dililit pepaku bersulam semalu,

Melepaskan dirimu di saat ini,

Basahlah kami meratap pilu.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan tayangan video Yang Diraikan Tuan

Haji Mokhtar bin Mohd Isa.

FAIZAL

16 UCAPAN GB Hadirin sekalian,

Page 15: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Kain berlipat dala istana,

Pakaian puteri raja kayangan,

Sepatah nasihat kami terima,

Secubit budi jadi kenangan.

Gunung Daik bercabang dua,

Pohon bidara di simpang empat;

Budi baik dikenang juga,

Selaut bicara pembakar semangat.

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada

Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa. Majlis dengan

segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan tuan

untuk menyampaikan ucapan.

ANIS

Page 16: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

(UCAPAN GB)

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa

atas ucapan itu tadi.

17 PENYAMPAIAN

WATIKAH

Hujung lembayung senja nan merah

Beralun tualang indah bersemu,

Tetap tabah mencipta sejarah,ANIS

Page 17: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Insan sepertimu takkan ketemu.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di

pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara, Umpama

berjalan telah sampai ke destinasi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan

yang akan disampaikan oleh PENOLONG PENGARAH UNIT

SEKOLAH RENDAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

TUAN HAJI GHULAM MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED

kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa yang

menerima watikah tersebut. Dipersilakan.

(SERAH WATIKAH)

Ucapan terima kasih dirakamkan kepada PENOLONG

Page 18: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

PENGARAH UNIT SEKOLAH RENDAH, JABATAN

PENDIDIKAN NEGERI PERAK TUAN HAJI GHULAM

MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED dan Yang Diraikan Tuan Haji

Mokhtar bin Mohd Isa.

18 PENYAMPAIAN

CENDERAMAT

A

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami,

majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata. Dengan

ini, majlis mempersilakan YANG BERUSAHA ENCIK HASSAN

BIN SAADAN Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan

cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Tuan Haji

Mokhtar bin Mohd Isa.

FAIZAL

+

ANIS

Page 19: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Yasin bin

Mohd Fadzir untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak

guru-guru SK Bukit Balai.

Terima kasih, tuan..

Seterusnya, dipersilakan ______________________________ untuk

menyampaiakan cenderamata bagi pihak kakitangan SK Bukit

Balai.

Terima kasih, _____________.

Dipersilakan _______________________________ untuk

menyampaikan cenderamata kepada Yang Diraikan Tuan Haji

Mokhtar bin Mohd Isa.

Terima kasih, _____________.

Seterusnya, dipersilakan __________________________________ bagi

Page 20: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

mewakili murid tahun 1.

Adik _______________________________________ mewakili murid

tahun 2.

Adik _______________________________________ mewakili murid

tahun 3.

Adik _______________________________________ mewakili murid

tahun 4.

Adik _______________________________________ mewakili murid

tahun 5.

dan Adik _______________________________________ mewakili murid

tahun 6.

Terima kasih kepada para penyampai cenderamata itu tadi.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan

Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa atas kesudian menerima

cenderamata itu tadi.

Page 21: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Kicak kicau mendayu-dayu,

Tumbuh berangan di hujung desa,

Sebak di dada pilu di kalbu

Sejuta kenangan segunung jasa.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan.

19 JEMPUT

POTONG KEK

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput dan

mempersilakan isteri tercinta bersama ahli keluarga tersayang

untuk naik ke pentas utama bersama-sama Yang Diraikan TUAN

HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA bagi bersama-sama memotong

kek tanda kenang-kenangan.

FAIZAL

Page 22: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

20 PENUTUP MC Majlis seterusnya diserahkan kepada Encik Bajuri bin

_____________ untuk memimpin tahlil dan doa selamat ringkas.

Dipersilakan.

(TAHLIL)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Bajuri bin _____________

atas pimpinan tahlil dan doa ringkat itu tadi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan

Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa kerana sudi untuk bersama kita

pada hari yang penuh bermakna ini. Kami juga mendoakan

Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa akan sentiasa sihat sejahtera

dan gembira bersama keluarga tercinta. Kami bermohon jutaan

kemaafan di atas segala kekhilafan dan kekurangan jikamana

kami terlajak kata, terlanjur bicara, tersalah rasa.

Melambai pepohon laksana galah,

Dipupuk semilir bayu sembilu,

ANIS

Page 23: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Mohon diampun silap dan salah,

Maaf dipinta bicara berlalu.

Seterusnya Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan menikmati

jamuan yang telah disediakan. Para ibu bapa dipersilakan ke

kantin sekolah dan tetamu dan VIP dipersilakan ke khemah

jamuan yang disediakan. Selepas jamuan, hadirin sekalian

dijemput bersama-sama menyaksikan gimik persaraan TUAN

HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA seterusnya perarakan pulang

TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA.

Majlis pada hari ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih

kepada semua tetamu atas kesudian menghadiri majlis ini.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak pelaksana majlis.

Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……

Page 24: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

GIMIK PERSARAAN

PARA HADIRIN SEKALIAN, TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN. DIPERSILAKAN PARA

TETAMU VIP UNTUK BERSAMA-SAMA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA

UNTUK MENYAKSIKAN SATU GIMIK YANG TELAH DISEDIAKAN.

DIPERSILAKAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA

___________________________________________ DENGAN KIRAAN 1, 2, 3.

Page 25: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

KETIBAAN TETAMU

HADIRIN DAN HADIRAT YANG RAHMATI SEKALIAN,

UNTUK TERAKHIR KALINYA, KITA AKAN MENYAKSIKAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR

BIN MOHD ISA AKAN MENANDATANGANI BUKU PELAWAT DAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

GURU-GURU. SEBAGAI TANDA BERAKHIRNYA TUGAS RASMI BELIAU DALAM DUNIA

PENDIDIKAN, TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA JUGA AKAN MENANDATANGANI RUANGAN

JUNJUNGAN KASIH CATATAN KENANGAN. DIPERSILAKAN.

(GB TANDATANGAN)

TERIMA KASIH ATAS TANDATANGAN YANG DIMETERAI SEBENTAR TADI. SETERUSNYA TUAN

HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA BERSAMA SEMUA TETAMU DIPERSILAKAN KE DEWAN UNTUK

ACARA SETERUSNYA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH.

Page 26: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

UCAPAN EN. MOHD YASIN BIN MOHD FADZIR

Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada hadirin dan hadirat sekalian yang sudi bersama-

sama meraikan dan memeriahkan majlis persaraan tuan guru besar, Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa.

Page 27: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Harum semerbak si bunga melur,

Jadi hiasan taman larangan,

Sejambak pantun mesra dihulur

Setulus ingatan mengimbau kenangan

Dari Tambunan bawa delima,

Masak sebiji di balik daun;

Jasamu tuan kami terima,

Jadi kenangan bertahun-tahun.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan

limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti

pada hari ini.

Hadirin sekalian,

    Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari

ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan

Page 28: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

kasihi. Pada kami, Tuan Haji Mokhtar bukan sahaja sebagai seorang Guru Besar tetapi ibarat seorang bapa

dalam sebuah keluarga besar SK Bukit Balai.

Hadirin yang Dihormati,

     Memori ibarat memegang sesuatu yang disayangi dan sesuatu yang tak ingin kita lupakan. Itulah guru besar

kita, Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan

tanggungjawabnya. Beliau sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Beliau juga seorang guru

yang boleh bekerjasama dan bertoleransi dengan staf-staf bawahan beliau. Kepimpinan yang ada padanya,

tidak dapat tidak, diterima oleh semua guru dan staf. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai

Guru Besar kita.

     Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan

pelajar. Walaupun saya hanya sempat bersama beliau selama dua tahun, namun dua tahun itulah pengalaman

saya cukup berharga.

     Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila

diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu

dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SK Bukit Balai.

Sekalian maklum, visi dan misi Tuan Haji Mokhtar untuk menjadikan SK Bukit Balai sebagai salah sebuah

sekolah di peringkat cemerlang telah tercapai. Oleh itu, saya sebagai guru penolong kanan pentadbiran di SK

Page 29: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Bukit Balai,bersama-sama warga pendidik di sini berjanji akan meneruskan usaha murni Tuan Haji Mokhtar

untuk mengekalkan SK Bukit Balai di Band 1.

Hadirin dan hadirat sekalian

     Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil guru SK Bukit Balai merakamkan setinggi-tinggi ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa yang tidak pernah mengenal erti jemu

mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami warga pendidik SK Bukit Balai dan murid-murid di

sini. Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan. Usaha-usaha murni beliau

dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada semua amnya dan murid-murid khususnya tidak boleh

dipandang enteng.

     Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,  yang patah akan tumbuh,

yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, 

yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.

     Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Tuan Haji Mokhtar dengan anak-anak didik dan

warga SK Bukit Balai  akan terus terjalin erat.  Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas

dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Page 30: Teks pengacara majlis gb bersara

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Bukit Langsat sungguh indah,

Periuk kera di pohon berangan;

Hajat kami tertunai sudah,

Apabila bersara dilupa jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan, 

          Semoga kemesraan terus berpanjangan;

          Ilmu diberi harap halalkan,

          Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.