of 24/24

Teori Pemilikan

  • View
    266

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of Teori Pemilikan

  • DEFINISI MILIK

  • Falsafah pemilikan harta menurut Islam adalah berbeza dengan sistem kapitalis kerana Islam mengaitkan pemilikan harta dengan kemaslahatan masyarakat.Konsep pemilikan harta dalam Islam dapat dipecahkan kepada dua falsafah pemilikan iaitu pemilikan peribadi dan pemilikan bersama:

  • Pemilikan Peribadi

    Semua harta di dunia ini adalah milik Allah s.w.t dan manusia bukanlah pemilik yang sebenarnya-termasuklah manusia, harta dan segala kekayaan yang ada di dalamnya.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    Kepunyaan Allah sahajalah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (al-Quran, al-Baqarah 2: 284).KepunyaanNyalah apa yang ada di langit dan di bumi (al-Quran, al-Syura 42: 4).Ingatlah sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi (al-Quran, Yunus 10: 66).Dialah (Allah) yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya, dan yang ada di bawah tanah basah di bawah perut bumi (al-Quran, Taha 20: 6).

  • Manusia bukanlah pemilik dari benda-benda yang ada, kerana pemilik yang sebenarnya adalah Allah s.w.t. Manusia-memiliki manfaat selagi mana ia memberi manfaat kepada manusia.Manusia - diberi hak untuk memiliki segala benda yang dijadikan Allah dengan batas-batas yang tertentu.Pemilikan peribadi -bersifat temporari dan manusia sentiasa bersaing dan bergilir-gilir untuk mendapatkan pemilikan itu sedangkan pemilikan sebenar (azali) dan kekal hanya milik Allah

  • Pemilikan Bersama

    Manusia adalah makhluk yang diciptakan untuk hidup secara bermasyarakat.Berperanan untuk menolong masyarakat yang lebih memerlukan melalui hartaAllah berfirman:Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan berbagai bangsa dan bersekutu supaya kamu berkenal-kenalan(al-Hujurat, 49:13).

  • DEFINISI PEMILIKAN BERSAMA

  • walaupun harta itu telah dimiliki secara peribadi-tetap ada hak bersama dalam harta itu yang perlu dikeluarkan -infaq, sedekah, wasiat, zakat dan lain-lain.Islam memelihara kepentingan pemilikan bersama dalam menseimbangkan perekonomian masyarakat. Jangan menganggap harta yang Allah kurniakan adalah rezeki yang khusus untuk kita sahaja-hendaklah disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan agar manfaatnya menjadi semakin luas dan menyeluruh.

  • Islam mengiktiraf dua jenis pemilikan iaitu pemilikan individu dan pemilikan awam. Dengan pengiktirafan ini, jelas kepada kita bahawa Islam berbeza sama sekali dengan sistem kapitalis (yang memberi kebebasan kepada individu seluas-luasnya) dan juga berbeza dengan sistem sosialis yang tidak memberi kebebasan langsung kepada individu untuk memiliki harta kekayaan.Pemilikan harta oleh individu pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna.

  • JENIS MILIK

  • A. Penguasaan ke atas harta mubah atau harta harusPemburuan binatang sama ada binatang di darat, laut atau udara.Penguasaan ke atas tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di atas tanah yang mempunyai pemilik. Penguasaan ke atas galian dan harta terpendam (rikaz) atau harta karunIhya al-ard al-mawat

  • B. Melalui akad atau kontrak yang memindahkan milik seperti jual beli, hibah, wasiat, sedekah dan sebagainya.C. Pewarisan.D. Hasil pengembangan harta yang telah dimiliki.E. Syufah (perkongsian)

  • seseorang memilik harta sahaja tetapi tidak memiliki manfaatnya

    Contohnya, seseorang yang telah mewasiatkan agar manfaat hartanya diberi kepada orang lain, tetapi harta tersebut masih menjadi miliknya. Jika pemilik harta tersebut mati, maka harta tersebut boleh diwarisi oleh waris-warisnya.

  • Sesuatu harta ditetapkan penggunaan manfaatnya untuk seseorangPemilikan manfaat boleh dilakukan kerana beberapa sebab, di antaranya ialah sewaan, pinjaman, wakaf dan wasiat manfaat dan kebenaran. Terdapat beberapa hukum yang berhubung dengan pemilikan manfaat, antaranya ialah: Sewaan,pinjaman, wakaf, wasiat manfaat, kebenaran.

  • Satu perjanjian memberi milik manfaat dgn bayaran.Penyewa berhak menggunakan barang yang disewa-memberi sewa/pinjam/percuma kpd orang lain mengikut syarat-syarat yang termenterai antara penyewa dan pemberi sewa.

  • Perjanjian yang membenarkan pihak peminjam memnggunakan sesuatu benda secara percumaPeminjam berhak menggunakan manfaat barang tersebut/memberi pinjam pada orang lain.

  • Memberi manfaat kepada orang utk digunakan dan ain benda tersebut dibawah pemilik asal.Jika pewakaf membenarkan penerima wakaf melakukan apa2 aktiviti-boleh pinjam/sewa pada orang lainAtau hanya manfaat utk bekerja sahaja

  • Memberi pemilikan manfaat kepada penerima wasiatSekiranya pewasiat membenarkan hak utk istghlal (menggunakan utk aktiviti tertentu)Boleh guna utk diri sendiri atau beri pada orang lain-sewa or percuma

  • Terdapat keizinan pihak tertentu utk menggunakan dan memperoleh manfaat suatu bendaSama ada dari pemiliknya or dari pihak lain (kerajaan/mahkamah)

  • Hak yang sabit ke atas harta tak alih bagi kepentingan harta tak alih yang lain tanpa mengambil kira siapa pemilik harta tersebut.Cht; hak menggunakan jalanraya, hak membuat saliran peparitan dan yang termasuk dalam kemudahan asas.

  • Sifatnya sebagai hak milik awamDi syaratkan dalam perjanjian yang ada balasan.-akad jualbeli yang menjual tanahnya dan memberi hak jalan laluannya.Hak sedia ada dan tlh lama digunakan orang ramai.