Upload
manivanan
View
588
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Rancangan Mengajar
Tingkatan : 2
Masa : 80 minit
Bidang : 5. Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia
Nilai : 5.1 Melindungi hak kanak-kanak
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
1. Kognitif MoralMenerangkan kepentingan persekitaran yang selamat dalam melindungi hak kanak-kanak.
2. Perasaan MoralMenyatakan perasaan dan keperluan kanak-kanak hidup dalam persekitaran yang selamat.
3. Perlakuan MoralMengambil tindakan untuk memelihara persekitaran yang selamat.
Pendekatan : Penjelasan nilai
: Pendekatan berasaskan kemahiran
BBM : Komputer, buku teks
Set Induksi
1. Pelajar dibawa ke makmal komputer.2. Guru menayangkan klip video perbuatan buli untuk tontonan pelajar.
My Pictures\watch.htm3. Guru meminta beberapa orang murid menjelaskan pandangan mereka tentang isu
tersebut.4. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran.
Aktiviti 1
1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.
2. Pelajar disuruh berbincang dalam kumpulan masing-masing dan mengenal pasti:a. Kepentingan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.b. Sebab kanak-kanak perlu hidup dalam persekitaran yang selamat.c. Tindakan untuk memelihara persekitaran yang selamat di rumah, sekolah dan tempat
awam.3. Guru akan memantau aktiviti pelajar.
Aktiviti 2
1. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan hasil perbincangan mereka dalam bentuk “power point” menggunakan komputer masing-masing.
2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan “power point” di hadapan makmal.
3. Guru akan memantau dan memberi komen.
Penutup
1. Membimbing murid untuk mengenalpasti nilai yang perlu diamalkan oleh seseorang yang melindungi hak asasi kanak-kanak hidup dalam persekitaran yang selamat.
2. Mengaitkan nilai dan kandungan akademik pelajaran yang telah dipelajari.
Refleksi/Penilaian
1. Pelajar dikehendaki menjawab soalan penilaian yang disediakan oleh guru melalui online.
2. Guru meminta murid mencari maklumat dalam internet atau surat khabar tentang kes yang berkaitan dengan hak asasi kanak-kanak hidup dalam persekitaran yang selamat seperti kes penganiayaan kanak-kanak, buruh kanak-kanak dan pembunuhan kanak-kanak.