Upload
ahmad-syarifuddin
View
60
Download
2
Embed Size (px)
MTS 3042 Pembangunan Blog dan Laman Web
Tugasan MTS 3042
Tugasan 1: Pembangunan Blog Individu (40%)
Tarikh mula penghantaran: 3hb. Mac 2014
Tajuk blog bebas (tajuk berkaitan dengan isu-isu sensitif tidak dibenarkan)
Format: MTS3042namaanda.wordpress.com.
Kriteria Blog: Blog anda hendaklah aktif bermula minggu ke 3 kuliah
sehingga minggu ke 14. Kekerapan mengemaskini maklumat sekurang-
kurangnya seminggu sekali. Mempunyai profil blogger yang lengkap dengan foto
terkini. Menyediakan ruangan komen dan follower. Jumlah
minimum follower adalah 30 orang. Menarik dan menggunakan pelbagai media.
Sila share kepada Pensyarah menggunakan tapak Tugasan 1 dalam MyGuru2.
MTS3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB 1
MTS 3042 Pembangunan Blog dan Laman Web
Tugasan 2: Analisis Blog (10%)
Tarikh Penghantaran: 7hb. April 2014
Sila berbincang dengan ahli kumpulan untuk menganalisis dan membuat laporan mengenai DUA tapak blog pilihan kumpulan anda. Anda digalakkan mengguna aplikasi Prezi, Picasa, Google Doc, Youtube atau mana-mana perisian berasaskan Cloud Computing untuk menghasilkan bahan berkenaan.
Hasil akhir analisis hendaklah dipaparkan dalam web atau Cloud Environment dan dihantar melalui tapak Tugasan 2 dalam MyGuru2.
Tugasan 3: Forum (10%)
Mengambil bahagian dalam setiap forum yang dipaparkan dalam MyGuru2 dari semasa ke semasa.
Saira Banu Omar KhanPensyarah MTS3042Universiti Pendidikan Sultan Idris
MTS 3042 Pembangunan Blog dan Laman Web 2