17
Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga Soalan 6 berdasarkan peta di bawah ini. Soalan berikut berdasarkan peta topo di bawah ini. 1. Penduduk Kg. Pasir mungkin sekali bekerja sebagai... A nelayan. B penoreh. C pesawah. D pekerja kilang. 2. Ciri budaya yang terdapat dalam peta termasuklah... I paya. II pejabat daerah. III sekolah. IV kuil. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1

Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 6 berdasarkan peta di bawah ini.

Soalan berikut berdasarkan peta topo di bawah ini.

1. Penduduk Kg. Pasir mungkin sekali bekerja sebagai...A nelayan.B penoreh.C pesawah.D pekerja kilang.

2. Ciri budaya yang terdapat dalam peta termasuklah...I paya.II pejabat daerah.III sekolah.IV kuil.A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

1

Page 2: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

3. Kebanyakan penduduk Ladang Corbain berketurunan...A Melayu. C Cina.B India. D Jawa.

4. Tanaman yang ditanam di Ladang Corbain ialah...A padiB getahC paya bakauD kelapa

5. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang peta di atas?A Kebanyakan penduduk adalah nelayanB Kegiatan pertanian dipengaruhi oleh jumlah hujanC Pekan Bemban merupakan pusat pengumpulan hasil pertanianD Penanaman padi dijalankan dua kali setahun

6. Aktiviti yang boleh dilakukan di Gunung Punai ialah...A memancing C berenang.B mendaki. D bersenam.

Soalan berikut berdasarkan peta di bawah ini.

7. Kawasan tanah tinggi yang terdapat dalam peta menganjur dari...A timur laut ke barat daya.B utara ke selatan.C barat ke tenggara.D barat ke utara.

8. Apakah tujuan utama benteng dibina di kawasan dalam peta?A Mencegah hakisan air lautB Menakung air untuk sawah padiC Menghalang kemasukan air masin ke sawahD Mencegah kejadian tanah runtuh

2

Page 3: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

9. Antara yang berikut, kawasan manakah berpotensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan?A Kampung BukitB Kampung Pasir BogakC Kampung MawarD Pekan Juaseh

10. Antara yang berikut, aktiviti manakah yang dijalankan oleh penduduk Kampung Sala?I Memproses kelapa keringII Menangkap ikanIII Memproses arang kayuIV Membuat keropok ubiA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

11. Lokasi manakah yang paling sesuai dibina jeti?A Kampung Sala C Kampung CerakahB Kampung Sawah D Kampung Mawar

12. Kawasan yang mungkin sekali menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian dan perikanan ialah...A Kampung Sawah C Kampung BukitB Pekan Juaseh D Kampung Pasir Bogak

13. Pernyataan manakah yang benar tentang koordinat?A Dapat menentukan arah sesuatu tempatB Merupakan titik persilangan lajur dan barisC Merupakan kedudukan berdasarkan titik rujukanD Kedudukan berdasarkan jarak sesuatu tempat dari tempat asal

14. Kedudukan dinyatakan dalam bentuk...I mutlak.II relatif.III koordinat.IV titik rujukan.A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

3

Page 4: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

15.

Apakah lajur tempat duduk Aim?A 01 C 03B 02 D 04

16.

Apakah baris tempat duduk Aim?A 02 C 04B 03 D 05

17.

Siapakah yang duduk belakang Kim?A Sen C MeiB Aru D Ros

4

Page 5: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

18. Maklumat di bawah berkaitan dengan...

I koordinat.II titik rujukan.III kedudukan relatif.IV titik persilangan.A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

19.

Apakah X yang digunakan untuk menentukan kedudukan relatif?A LajurB BarisC Poin negatifD Titik rujukan

20.

__________ duduk sebelah kanan Aiman.A Sue C HalimB Ganesh D Mei Yin

5

Page 6: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

21.

Apakah koordinat bukit?A 0206 C 0601B 0406 D 0602

22.

Ciri manakah yang terletak di koordinat 0906?A sekolah C Kondo PutriB Hutan D Balai polis

23. Soalan berikut berdasarkan peta di bawah ini.

Apakah yang terdapat di selatan hutan?I Laut III Kg. PutihII Tasik IV Sawah padiA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

6

Page 7: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

24.

Halim duduk ke kiri Odilia, manakala di hadapannya ialah Aiman. Kedudukan dalam rajah di atas ditentukan secara...A rujukan mutlak.B kedudukan relatif.C rujukan koordinat.D rujukan hadapan.

25. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk merekodkan arah?A TermometerB Tolok hujanC BarometerD Kompas magnetik

26. Selain daripada kompas magnetik, arah mata angin boleh diketahui dengan berpandukan...A bentuk awan.B kedudukan matahari.C arah aliran arus laut.D arah tiupan angin.

27. Kompas magnetik memberikan bacaan yang tepat jika...A digunakan di kawasan lapang.B dijauhi daripada objek besar.C dilindungi daripada pancaran matahari.D diletakkan pada permukaan yang rata.

28.

Arah Y ialah...A barat.B tenggara.C timur laut.D barat laut.

29. Alat dalam rajah di bawah digunakan untuk menentukan...

7

Page 8: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

A arah C koordinatB jarak D ketinggian

30. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kompas magnetik?A Jarumnya tidak boleh rosakB Jarumnya sentiasa menunjuk ke arah utara magnetC Alat ini digunakan untuk mencari jarak antara dua tempatD Alat ini boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik yang kecil

31. Pengembara Arab Badwi pada zaman dahulu menentukan arah dengan menggunakan...I bintang.II matahari.III tiupan angin.IV arah aliran sungai.A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

32. Jika tangan kanan anda menunjuk ke arah matahari terbit, maka muka anda menghadap ke arah...A timur. C utara.B barat. D selatan.

33. Antara yang berikut, manakah urutan yang betul tentang cara menggunakan kompas magnetik?I Pilih titik rujukanII Orientasikan kompasIII Letakkan kompas di kawasan rataIV Tentukan arah objekA I, II, III, IVB I, III, II, IVC II, III, IV, ID III, I, II, IV

8

Page 9: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

34.

Apakah arah hutan dari tasik?A UtaraB TenggaraC Barat lautD Barat daya

35. Soalan berikut berdasarkan peta di bawah ini.

Sungai Murni mengalir ke arah...A selatan. C barat laut.B tenggara. D barat daya.

36.

Kombinasi manakah yang benar tentang kedudukan tempat-tempat yang berikut dari Kampung Balau?

Tempat Arah

9

Page 10: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

I Bukit Mesra Timur Laut

II Kampung Sawah Selatan

III Kampung Senai Barat

IV Kampung Indah Barat Laut

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

37. Antara yang berikut, manakah yang digunakan untuk menyatakan jarak mutlak?I JamII MinitIII MeterIV KilometerA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

38. Skala di atas merujuk kepada...

A 1 cm mewakili 1 km.B 1 cm mewakili 3 km.C 1 cm mewakili 5 km.D 1 cm mewakili 20 km.

39. Antara yang berikut, manakah yang digunakan untuk mengukur jarak relatif?I KosII MasaIII ArahIV KoordinatA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

40.

Berapakah jarak mutlak antara Pekan S dengan Pekan Q?A 12 kmB 16 kmC 20 km

10

Page 11: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

D 24 km

41.

Jarak tempat manakah paling pendek?A Pekan P dengan BandarB Pekan Q dengan Pekan PC Pekan S dengan Pekan PD Pekan S dengan Bandar

42.

Jarak sebenar XZ ialah...A 3.5 km.B 5.0 km.C 7.0 km.D 9.0 km.

43.

Apakah jarak sebenar ZY?A 2 km.B 4 km.

11

Page 12: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

C 6 km.D 8 km.

45. Soalan berikut berdasarkan rajah di bawah ini.

Kadar tambang bas dari Taman Rama-rama ke hospital ialah RM2.50, iaitu...A 50 sen bagi setiap kilometer.B RM1.00 bagi setiap kilometer.C RM1.50 bagi setiap kilometer.D RM2.00 bagi setiap kilometer.

12

44. Soalan berikut berdasarkan jadual di bawah ini.

Berapakah jarak mutlak antara Pekan A dengan Bandar?A 14 kmB 16 kmC 20 kmD 28 km

Page 13: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

46. Soalan berikut berdasarkan rajah di bawah ini.

Jika kadar tambang teksi ialah RM1.20 bagi satu kilometer, berapakah kadar tambang teksi dari pejabat pos ke hospital?A RM5.60 C RM7.80B RM6.20 D RM8.20

. Soalan 47 & 48 berdasarkan pernyataan di bawah ini.

47. Berapakah kadar tambang bas dari rumah Joyce ke sekolah?A 40 senB 80 senC RM1.00D RM1.20

48. Jika Joyce bertolak dari rumahnya pada pukul 7.10 pagi dengan menaiki bas, pukul berapakah Joyce akan tiba di sekolahnya?A 7.18 pagiB 7.34 pagiC 8.00 pagiD 8.18 pagi

49. Kaedah paling mudah untuk mengumpulkan maklumat tentang ciri fizikal sesuatu kawasan ialah melalui...A banci.B pemerhatian.C temu bual.

13

Page 14: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

D soal selidik.

50. Jadual : Min suhu tahunan Bandar X

Jadual di atas sesuai dipersembahkan dalam bentuk...A titik. C graf palang.B lurus. D graf garisan.

51. Jadual : Keluasan beberapa tanaman di tempat S

Keluasan penanaman kelapa sawit adalah tertinggi pada tahun...A 1990. C 2000.B 1995. D 2005.

52.

Graf : Pengeluaran nanas di Kebun Rahmi

Bilakah pengeluaran nanas di kebun Rahmi mengalami kemerosotan?I 2002 III 2004II 2003 IV 2005A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

14

Page 15: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

53.

Graf : Bilangan pelancong melawat Taman Negara Kinabalu

Bilakah bilangan pelancong paling kurang?A 1980 -1981 C 1982 -1983B 1981- 1982 D 1983 - 1984

54.

Graf : Hujan di Bandar Tenggara

Hujan maksimum turun pada bulan...A Januari. C September.B Oktober. D November.

55. Urutan langkah yang betul untuk menyediakan graf bar mudah ialah...I lukis paksi menegak dan mendatar.II tentukan skala yang sesuai.III lukiskan bar-bar mengikut maklumat jadual.IV tuliskan tajuk dan petunjuk.A I, II, III, IVB I, III, IV, IIC IV, III, I, IID IV, I, II, III

15

Page 16: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

56. Jadual : Min suhu tahunan Bandar X

Berapakah julat suhu tahunan Bandar X?A 13°C C 15°CB 14°C D 17°C

57. Jadual : Keluasan beberapa tanaman di tempat S

Berapakah peningkatan dalam keluasan penanaman tanaman kelapa sawit antara tahun 1995 hingga tahun 2000?A 200 ribu hektarB 400 ribu hektarC 500 ribu hektarD 600 ribu hektar

58.

Graf : Min suhu bulanan Bandar Y

Berapakah julat suhu tahunan Bandar Y?A 5°CB 10°CC 15°CD 20°C

16

Page 17: Ujian bulanan tingkatan 1 geografi

59. Soalan berikut berdasarkan graf di bawah ini.

Suhu maksimum kawasan X ialah pada bulan...A Januari. C Jun.B Mac. D Ogos.

60. Penyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri hujan dalam graf di bawah?

I Mengalami satu musim keringII Hujan minimum pada bulan JunIII Jumlah hujan sama pada bulan September dan bulan NovemberIV Hujan maksimum pada pertengahan tahunA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

SOALAN TAMATSELAMAT MAJU JAYA

17