15
Kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional | 1 UNIT PELAJARAN 1 KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda dapat: 1. merumuskan intipati takrifan kurikulum, 2. menerangkan jenis dan reka bentuk kurikulum, 3. menerangkan kurikulum kebangsaan, 4. menerangkan pengertian pendidikan teknikal dan vokasional (PTV), 5. menyatakan pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan 6. menyatakan ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional, 7. menerangkan bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV, 8. menyatakan strategi membina konten kurikulum PTV, dan 9. menerangkan konsep transformasi pendidikan vokasional. PENGENALAN Sebagai seorang guru ataupun pelajar, perkataan “kurikulum” tidaklah asing lagi. Kurikulum sering dihubungkaitkan dengan kursus, mata pelajaran, sukatan pelajaran, silibus, modul dan pelbagai lagi. Pada asasnya kurikulum adalah apa yang dipelajari oleh pelajar. Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi apa itu kurikulum amnya dan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional khususnya, unit ini akan memperihalkan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional dari segi pengertian, jenis, reka bentuk, kepentingan, ciri dan perbezaannya dengan kurikulum umum. Unit ini mengutarakan bagaimana membangunkan kurikulum PTV dan strategi membina konten PTV. ISI KANDUNGAN Apakah yang anda faham dengan perkataan “kurikulum? Definisi kurikulum boleh dirungkaikan dari pelbagai sudut. Dari sudut rancangan bidang pendidikan, Tawner, D & Tanner, L. (1975) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pengalaman pembelajaran terancang ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditentukan. Manakala Tyler (1949) terdahulu mentakrifkan kurikulum yang lengkap harus berasaskan kepada objektif dan proses yang mengandungi empat perkara berikut: 1. Matlamat untuk dicapai 2. Isi kandungan untuk pencapaian objektif 3. Metodologi untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman

Unit1.kurikulum ptv

  • Upload
    mietoss

  • View
    3.669

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 1

UNIT PELAJARAN 1

KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda dapat:

1. merumuskan intipati takrifan kurikulum, 2. menerangkan jenis dan reka bentuk kurikulum, 3. menerangkan kurikulum kebangsaan, 4. menerangkan pengertian pendidikan teknikal dan vokasional (PTV), 5. menyatakan pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan 6. menyatakan ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional, 7. menerangkan bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV, 8. menyatakan strategi membina konten kurikulum PTV, dan 9. menerangkan konsep transformasi pendidikan vokasional.

PENGENALAN

Sebagai seorang guru ataupun pelajar, perkataan “kurikulum” tidaklah asing lagi. Kurikulum sering dihubungkaitkan dengan kursus, mata pelajaran, sukatan pelajaran, silibus, modul dan pelbagai lagi. Pada asasnya kurikulum adalah apa yang dipelajari oleh pelajar. Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi apa itu kurikulum amnya dan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional khususnya, unit ini akan memperihalkan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional dari segi pengertian, jenis, reka bentuk, kepentingan, ciri dan perbezaannya dengan kurikulum umum. Unit ini mengutarakan bagaimana membangunkan kurikulum PTV dan strategi membina konten PTV.

ISI KANDUNGAN

Apakah yang anda faham dengan perkataan “kurikulum”?

Definisi kurikulum boleh dirungkaikan dari pelbagai sudut. Dari sudut rancangan bidang pendidikan,

Tawner, D & Tanner, L. (1975) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pengalaman pembelajaran terancang ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditentukan. Manakala Tyler (1949) terdahulu mentakrifkan kurikulum yang lengkap harus berasaskan kepada objektif dan proses yang mengandungi empat perkara berikut:

1. Matlamat untuk dicapai 2. Isi kandungan untuk pencapaian objektif 3. Metodologi untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman

Page 2: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 2

4. Penilaian untuk mengukur keberkesanan

Dengan asas yang sama, Taba (1962) memperinci dan menambahnya kepada tujuh perkara iaitu.

1. Mengenal pasti keperluan 2. Menggubal objektif 3. Memilih isi kandungan 4. Mengolah isi kandungan 5. Memilih aktiviti pembelajaran 6. Mengolah aktiviti pembelajaran 7. Menentukan apa dan bagaimana dinilai

Berlandaskan kepada definisi-definisi tersebut, intipati takrifan kurikulum boleh dirumuskan kepada

empat perkara iaitu.

1. Apakah yang hendak diajar – Objektif 2. Apakah pengalaman pembelajaran yang hendak dicapai – Tingkah Laku 3. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan – Kaedah 4. Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran telah dicapai - Penilaian

Dengan merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, terangkan peranan kurikulum dalam konteks kurikulum kebangsaan. __________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Apakah jenis-jenis kurikulum yang anda ketahui?

Kurikulum Ideal/rasmi

JENIS KURIKULUM

Kurikulum Tersembunyi Kokurikulum

Kurikulum Operasional

Page 3: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 3

Terdapat empat jenis kurikulum iaitu

1. Kurikulum ideal/rasmi – kurikulum formal yang digubal dan dibina oleh Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung dalam dua bahan asas kurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

2. Kurikulum operasional – isi kandungan sebenar untuk guru bagi pembelajaran murid seperti rancangan pengajaran harian

3. Kokurikulum/Kurikulum luar – Aktiviti di luar bilik darjah sebagai tambahan kepada kurikulum sedia ada seperti sukan, persatuan, kelab

4. Kurikulum Tersembunyi – Kurikulum tersirat tidak formal/langsung yang dilaksanakan secara

sisipan dan penyerapan seperti patriotisme, keselamatan dan nilai murni

Reka bentuk kurikulum boleh dibahagikan kepada lima kategori.

1. Akademik – berfokus kepada bidang ilmu atau disiplin seperti mata pelajaran Geografi dan Bahasa

2. Teknikal – berfokus kepada kemahiran bercorak hands-on untuk meningkat kemahiran seperti mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan,Teknologi Kejuruteraan

3. Intelektual – berfokus kepada pembentukan dan peningkatan minda dan daya berfikir seperti mata pelajaran Sains, Matematik dan Reka Cipta

4. Sosial – berfokus kepada aplikasi ilmu untuk interaksi sosial seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani

5. Individu – berfokus kepada memenuhi keperluan dan minat individu atau kumpulan seperti kursus jahitan dan masakan bagi ahli Kelab Kemahiran Hidup

Teknikal

REKA

BENTUK

KURIKULUM

Sosial

Akademik

Individual

Intelektual

Page 4: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 4

Kurikulum Kemahiran Hidup boleh dikategorikan dalam kurikulum ___________.

Apa yang anda tahu tentang kurikulum kebangsaan?

Mengikut Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997},

Kurikulum Kebangsaan ditakrifkan sebagai “ suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan

kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya

dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral

yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

Kurikulum Kebangsaan mempunyai ciri-ciri berikut.

1. Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung

jawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri 4. Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama 5. Memperuntukkan kurikulum dan peperiksaan yang sama 6. Menyediakan pendidikan yang pelbagai dan komprehensif 7. Memupuk perpaduan nasional melalui pembangunan sosio-ekonomi, budaya dan politik selaras

dengan Rukunegara.

Huraikan maksud ayat “ … membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi…” _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________

Apa yang anda fahamkan tentang kurikulum PTV?

Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks pendidikan di Malaysia merangkumi

mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran ke

arah sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV terdapat dua komponen iaitu teknikal dan vokasional.

Kurikulum pendidikan teknikal adalah bercorak teknologi/kejuruteraan yang spesifik manakala

pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi atau bukan teknologi yang

bertujuan untuk memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik. Sesuatu mata pelajaran dikategorikan

Page 5: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 5

sebagai vokasional atau tidak bergantung kepada tujuan kurikulum itu ditawarkan. Jika kurikulum itu

bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi sesuatu pekerjaan, kurikulum itu boleh

dianggap sebagai vokasional walaupun bentuk kurikulum itu bukan kejuruteraan. Mata pelajaran

vokasional mungkin bercorak kejuruteraan/teknologi kejuruteraan atau tidak. Sebagai contoh mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah mata pelajaran teknikal bercorak kejuruteraan manakala mata

pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dalam program MPV adalah mata pelajaran vokasional di

sekolah menengah harian.

Apakah perbezaan kurikulum PTV dan kurikulum pendidikan umum?

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum PTV adalah bercorak kejuruteraan/teknikal dan pengajaran dan pembelajarannya memberi fokus kepada aktiviti “hands-on”. Contoh kurikulum PTV ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga dan Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah harian. Kurikulum pendidikan umum pula adalah kurikulum bercorak akademik dan kemanusian seperti Bahasa Malaysia, Sejarah dan Geografi.

Apa pentingnya kurikulum PTV dalam kurikulum kebangsaan?

Kurikulum PTV adalah kurikulum yang mengandungi bidang ilmu teknikal dan vokasional berhasrat

membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan ke arah sesuatu bidang

profesyen atau pekerjaan. Kurikulum PTV yang menekankan “learning by doing” menerusi aktiviti

“hands-on” juga mementingkan “minds-on” dan kemahiran tempat kerja dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum PTV di sekolah adalah persediaan awal

sebelum murid melangkah ke alam pekerjaan. Negara membangun seperti Malaysia di ambang

menuju ke arah negara maju menjelangkan tahun 2020 amat memerlukan lebih ramai ahli teknologis,

industrialis dan usahawan bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Apatah lagi dasar masa kini

ke arah membentuk maysrakat berpendapatan tinggi.

Pada masa ini Malaysia hanya mempunyai 10 peratus murid di sekolah menengah atas mengambil

PTV berbanding negara maju seperti Jerman, Perancis, Jepun yang melibatkan lebih 50 peratus murid

sekolah dalam PTV. Dalam masa 10 tahun yang akan datang Malaysia memerlukan 3.3 juta perkeja

mahir dalam bidang teknikal dan vokasional bagi memenuhi hasrat dan keperluan guna tenaga negara

(Petikan Ucaputama Timbalan Perdana Malaysia pada Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan

Vokasional pada 6 Januari 2012 di German-Malaysia Institute). Oleh yang demikian, peranan PTV

dalam memenuhi keperluan guna tenaga negara bagi mengwujudkan masyarakat berpendapatan

tinggi dan negara maju amatlah penting dan kritikal.

Page 6: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 6

Apakah ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional?

1. Orientasi – program berorientasikan proses (pengalaman dan aktiviti di sekolah) dan produk (hasil/kesan) terhadap lepasan institusi.

2. Justifikasi – kurikulum berasaskan kepada keperluan pekerjaan

3. Fokus – penekanan kepada pembentukan individu dalam aspek yang meluas meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai, sosial dan sikap yang menyumbang kepada kebolehpasaran (employability) lepasan.

4. Standard kejayaan sekolah – mencapai tahap kecekapan yang ditentukan oleh pihak sekolah

5. Standard kejayaan luar sekolah – mencapai tahap kecekapan bagi sesuatu jenis pekerjaan yang ditentukan oleh pihak industri/majikan.

6. Hubungan sekolah-komuniti – pertalian erat dua hala di antara sekolah dan pihak industri/masyarakat tempatan dalam perkongsian kemudahan, nasihat teknikal, latihan, peluang pekerjaan lepasan dan sebagainya.

7. Penglibatan pihak berkuasa – penglibatan kerajaan (pusat, negeri, daerah) dalam pembiayaan peruntukan program, perundangan, prasarana dan kemudahan, tenaga pengajar dan sebagainya

8. Keprihatinan – Keprihatinan dan kepekaan terhadap perkembangan teknologi semasa dalam memenuhi guna tenaga manusia

9. Logistik – Pelaksanaan program vokasional yang berkualiti memerlukan kos modal dan operasi yang mencukupi, alatan dan sumber bahan yang lengkap dan terkini, pengurusan inventori dan penyenggaraan yang efisien.

10. Bajet dan Perbelanjaan – Kos modal dan pengurusan serta penyenggaraan program vokasional agak tinggi berbanding program kurikulum biasa. Oleh itu peruntukan bajet harus mencukupi dan perbelanjaan kos operasi harus berhemah.

Bagaimana hendak membangunkan kurikulum PTV?

Mengikut Curtis R. Finch et. al (2003), terdapat tiga fasa utama dalam membangunkan kurikulum PTV dengan melibatkan pelbagai aktiviti seperti rajah berikut.

Fasa 1- Merancang Kurikulum

FASA 1- MERANCANG KURIKULUM

. Wujudkan proses membuat keputusan

. Mengumpul dan menilai maklumat dan data keperluan guna tenaga, prasarana, bajet, pelajar sekolah, industri

FASA 2- MEMBINA KONTEN KURIKULUM

. Laksanakan strategi menentukan konten

. Menentukan Konten

. Menggubal matlamat dan tujuan kurikulum

.

FASA 3- MELAKSANA KURIKULUM

. Mengenal pasti dan memilih bahan

. Membina bahan kurikulum

. Memilih strategi penyampaian

. Menilai kurikulum

Page 7: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 7

Proses membuat keputusan dalam fasa pertama “merancang kurikulum” melibatkan dua aspek iaitu keputusan yang membabitkan polisi atau dasar dan operasi. Keputusan yang menyentuh polisi melibatkan halatuju, matlamat, objektif manakala keputusan operasi melibatkan aktiviti rutin harian yang menggerakkan kemajuan kurikulum. Perancang dan penggubal kurikulum perlu melibatkan diri dalam kedua-dua aspek yang memberi kesan langsung terhadap kejayaan sesuatu kurikulum. Kurikulum PTV perlu dirancang dan dilaksanakan berpandu kepada perancangan strategik yang mengambil kira keperluan pelajar dan masyarakat serta kehendak industri. Perancang kurikulum juga perlu mengambil kira pelbagai dasar pembangunan negara sedia ada dan akan datang, falsafah dan pendirian penggubal dasar serta pengaruh luar seperti ahli-ahli politik, badan professional dan bukan kerajaan dalam proses membuat keputusan. Organisasi yang menerajui penggubalan dasar harus mengwujudkan sistem yang sesuai dengan struktur selain menetapkan penanda aras yang realistik bagi mendapat kewajaran dalam keputusan. Maklumat dan data yang melibatkan keperluan guna tenaga, peluang dan permintaan pekerjaan, keperluan pelajar sekolah dan industri, peruntukan kewangan, prasarana dan sebagainya perlu diambil kira.

Fasa 2 - Membina Konten Kurikulum

Konten kurikulum yang relevan seperti dalam Fasa 2, bagi memenuhi keperluan pelajar dalam pasaran memerlukan strategi yang berkesan di samping mengambil kira konstrain logistik, tekanan pihak luar dan dalam yang berkepentingan, tuju hala kerajaan memerintah. Falsafah perancang dan penggubal kurikulum terhadap PTV juga menjadi asas kepada penentuan konten kurikulum.

Apakah falsafah anda terhadap kurikulum PTV di Malaysia. Beri contoh pada ruang berikut.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

_________________________________________________________________.

Beberapa strategi disyorkan dalam menentukan konten kurikulum seperti Introspection, Dacum Approach, Task Analysis, Critical Incident Technique dan Delphi Technique. Dengan merujuk kepada buku Curriculum Development in Vocationl and Technical Education – Planning, Content and Implementation oleh Curtis R. Finch dan John R. Crunkilton Edisi 5. Tahun 1999, nyatakan apa yang anda faham tentang jenis strategi berikut dalam menentukan konten kurikulum vokasional.

Introspection ialah ____________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________ .

Dacum Approach ialah ________________________________________________ ___________

______________________________________________________________________________ .

Page 8: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 8

___________________________________________________________________ ___________

Task Analysis ialah ______________________________________________________________

__________________________________________________________________ ____________

______________________________________________________________________________ .

Critical Incident Technique ialah ________________________________________ ____________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Delphi Technique ialah ______________________________________________ ______________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________ .

Membuat keputusan adalah satu kemahiran beraras tinggi yang perlu dibuat dengan rapi dan amat berhati-hati dengan mengambil kira impaknya yang besar dan kesannya yang berpanjangan kepada masyarakat dan negara. Dalam menentukan sama ada satu kurikulum baru itu hendak ditawarkan, mengubahsuai kurikulum sedia ada atau mengekalkan kurikulum sedia ada, seorang perancang dan penggubal kurikulum harus mengambil kira pelbagai faktor dan implikasinya sebelum membuat keputusan. Menentu dan memilih konten yang relevan, bermakna dan berguna bagi memenuhi keperluan pelajar dan kehendak industri adalah satu langkah yang bukan mudah dilakukan di samping mengambil kira pelbagai konstrain seperti pelajar, tenaga pengajar, prasarana, kewangan, rangka kurikulum dan peluang pekerjaan. Sebagai input dalam membuat sesuatu keputusan, Analisis SWOT boleh diguna pakai.

Adakah anda mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Analisis SWOT? Cuba terangkan di bawah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

_________________________________________________________________ .

Menentu dan membentuk matlamat dan objektif kurikulum adalah satu langkah yang penting dalam pembangunan kurikulum. Matlamat yang dibentuk harus dalam pernyataan yang umum dan memberi arah tuju yang jelas. Matlamat ini pula diperjelas dan diperincikan oleh objektif/hasil pembelajaran

Page 9: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 9

dalam bentuk yang boleh diukur dan dinlai. Pembinaan hasil pembelajaran mengambil kira skop, turutan dan pemeringkatan tajuk dan aktiviti amali, strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan bengkel dan peralatan, waktu peruntukan dan penanda aras.

Fasa 3 – Melaksana Kurikulum

Dalan Fasa 3 yang melibatkan pelaksanaan, dokumen konten disediakan dalam dua jenis bahan asas kurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Dua bahan asas kurikulum ini menjadi garis panduan untuk menyediakan bahan-bahan sokongan kurikulum seperti buku teks, buku modul, buku sumber dan buku panduan guru. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran juga di guna untuk menerbitkan projek brif alat kemudahan bengkel dan makmal, senarai dan perincian peralatan dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya penyampaian tentang maklumat kurikulum, bahan-bahan kurikulum perlu disebar luas dengan berkesan kepada pelaksana kurikulum seperti pengetua dan guru. Keberkesanan kurikulum baru yang dilaksanakan perlu juga dinilai berasaskan kepada matlamat dan objektif serta penanda aras yang telah ditetapkan. Maklum balas dari penilaian ini akan menjadi input untuk penambahbaikan pembangunan di masa hadapan.

Dengan merujuk kepada senarai mata pelajaran dalam sistem kurikulum kebangsaan, kenal pasti dan senaraikan mata pelajaran yang boleh dikategorikan sebagai pendidikan teknikal dan vokasional.

Pendidikan Teknikal Pendidikan vokasional

1. __________________ 1. __________________

2. __________________ 2. __________________

3. __________________ 3. __________________

4. __________________ 4. __________________

Bolehkah anda terangkan konsep Transformasi Pendidikan Vokasional yang

dilancar oleh Timbalan Perdana Menteri pada 6 Jun 2011?

Transformasi Pendidikan Vokasional adalah satu inisiatif bagi merekayasa (reengineering) pelbagai

aspek pendidikan vokasional iaitu kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus

dan sumber manusia supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing untuk menyumbang kepada

agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Perekayasaan sistem pendidikan

vokasional ini dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011-2020 yang

melibatkan tiga fasa.

1. Fasa lonjakan ( Tahun 2011-2013) 2. Fasa peningkatan (Tahun 2014-2016) 3. Fasa pemerkasaan (Tahun 2017-2020)

Page 10: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 10

Antara objektif utama yang digubal bagi menggerakkan setiap fasa ialah menghasilkan lepasan pendidikan

rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan pensijilan kebangsaan dan juga

bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi lepasan sekolah menengah

atas pula, mereka memiliki sijil atau diploma yang boleh berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

Pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum utama iaitu

1. kurikulum kolej vokasional (KV) dan 2. kurikulum pendidikan asas vokasional.

Kurikulum KV melibatkan 53 jenis kursus kemahiran dalam 12 bidang kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional yang mengambil alih beransur-ansur 88 sekolah menengah vokasional/teknik mulai tahun 2011. Kurikulum kolej vokasional digubal mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan dan aras pembelajaran menepati Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4. Kurikulum KV mempunyai ciri-ciri utama.

1. Pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang mengandungi tiga aspek – kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah

2. Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70 3. Mengandungi empat eleman – ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi 4. Merentasi tiga domain – jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan kecekalan (hands-

on) 5. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modular

Struktur kurikulum KV mengandungi tiga modul iaitu 1. Modul akademik meliputi pengajian pelbagai bahasa, sains, matematik, sejarah dan pendidikan

agama/moral 2. Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional 3. Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan, kompetensi bekerja dan

kompetensi insaniah.

Bagi mendapatkan maklumat Pendidikan Asas Vokasional, boleh dirujuk di Unit 3 modul ini.

RUMUSAN

Kurikulum memberi maksud pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah bagi memenuhi hasil pembelajaran murid yang ditentukan. Kurikulum merangkumi tiga aspek utama iaitu

(a) Objektif - apa yang hendak pelajari (b) Tingkah laku – apakah pengalaman perlu dilalui (c) Kaedah - bagaimanakah pengalaman dikuasi dengan berkesan (d) Penilaian – bagaimana cara menentukan hasrat pengalaman telah dicapai

Page 11: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 11

Kurikulum boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu kurikulum ideal/rasmi, kurikulum operasional, kokurikulum dan kurikulum tersembunyi

Reka bentuk kurikulum boleh dibahagikan kepada lima aspek kategori – akademik, teknikal, intelektual, sosial dan individu.

Kurikulum PTV dalam konteks Malaysia merangkumi mata-mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran untuk menyediakan peringkat awal murid ke alam pekerjaan. Ini berbeza dengan mata pelajaran bercorak umum/akademik seperti Bahasa, Sains, Matematik. Mata pelajaran itu dianggap vokasional jika tujuannya untuk membekalkan murid dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan.

Kurikulum PTV mempunyai ciri-ciri – orientasi, justifikasi, fokus, standard kejayaaan sekolah, standard kejayaan luar sekolah, hubuingan sekolah-komuniti, penglibatan pihak berkuasa, keprihatinan, logistik, bajet dan perbelanjaan.

Kurikulum PTV membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi berguna untuk pekerjaan dan juga bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Pada masa sekarang, Malaysia memerlu lebih ramai murid sekolah mengikuti PTV.

Terdapat tiga fasa utama bagi membangun dan membentuk kurikulum PTV yang melibatkan aktivit-aktiviti berikut.

FASA 1- MERANCANG KURIKULUM - . Wujudkan proses membuat keputusan;. Mengumpul dan menilai maklumat dan data keperluan guna tenaga, prasarana, bajet, pelajar sekolah, industri

FASA 2- MEMBINA KONTEN KURIKULUM - Laksanakan strategi menentukan konten; . Menentukan Konten; Menggubal matlamat dan tujuan kurikulum

FASA 3- MELAKSANA KURIKULUM - . Mengenal pasti dan memilih bahan;. Membina bahan kurikulum;. Memilih strategi penyampaian;. Menilai kurikulum

Penentuan konten kurikulum boleh dilaksanakan dalam beberapa strategi iaitu Introspection, Dacum Approach, Task Analyses, Critical Inciudent Technique dan Delphi Technique. Analisis SWOT boleh digunakan sebagai alat membuat keputusan dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum PTV Transformasi pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum iaitu kurikulum kolej vokasional dan kurikulum asas pendidikan asas vokasional KV akan mengambil alih sekolah menengah teknik/vokasional beransur-ansur mulai tahun 2011. Kurikulum KV berfokus kepada kompetensi pekerjaan, pengajaran dan pembelajaran modular, kerja amali dan menerapkan kompetensi keusahawanan dan insaniah

Page 12: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 12

PETA KONSEP

KATA KUNCI

Maksud kurikulum

Jenis dan reka bentuk kurikulum

Kurikulum Kebangsaan

Pengertian kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Kepentingan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional

Merancang, membina dan melaksana kurikulum

Strategi membina konten pendidikan teknikal dan vokaional

- Introspection - Dacum Approach - Task Analysis

KURIKULUM Akademik/Umum

KURIKULUM Pendidikan Teknikal dan

Vokasioanl (KPTV)

KURIKULUM Definisi, jenis dan reka

bentuk

CIri-Ciri KPTV

Pengertian KPTV Membina Konten KPTV

Kepentingan KPTV

Membangun KPTV

Page 13: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 13

- Critical Incident Technique - Delphi Technique

Membuat keputusan dengan SWOT Analysis

PENILAIAN KENDIRI

1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu pengalaman pembelajaran ______________ ke arah pencapaian hasil ____________ yang ditentukan.

2. Kurikulum boleh dirumuskan kepada empat intipati perkataan iaitu ___________ , ____________,

___________ dan _____________.

3. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran adalah

I. bahan kurikulum asas II. contoh kurikulum rasmi III. bahan kurikulum sokongan IV. bahan kurikulum operasional

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

4. Ahli-ahli Kelab Ekonomi Rumah Tangga menganjur kursus memasak nasi tomato memenuhi reka

bentuk kurikulum

A. teknikal B. sosial C. individu D. akademik

5. Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional sering dikaitkan dengan perkataan berikut

I. Learning by doing II. Aktiviti hands-on III. Minds-on IV. Keciciran

A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV

A

Page 14: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 14

6. Proses membuat keputusan dalam perancangan dan penggubalan kurikulum melibatkan dua aspek iaitu ___________ dan ____________ .

7. Strategi menentukan konten kurikulum menerusi pemantauan kemajuan program sedia ada; mendapatkan pandangan dan idea daripada guru dan jurulatih yang telah terlibat dala program; merujuk kepada laporan dan maklum balas program adalah ______________ .

8. Strategi mendapatkan maklumat tentang sikap dan dedikasi pekerja terhadap sesuatu tugasan dalam satu jenis pekerjaan menerusi pemerhatian adalah _______________

9. __________ dibentuk dalam pernyataan yang umum tetapi tuju hala yang jelas manakala objektif pembelajaran lebih _________ dan boleh diukur dan dinilai.

10. Faktor utama membezakan sesuatu kurikulum itu bercorak vokasional atau bukan vokasional ialah

dari segi _____________ kurikulum itu ditawarkan.

11. Mengendalikan kursus Bahasa Inggeris Komunikasi kepada staf pejabat agar mereka boleh berinteraksi dengan pelanggan luar negara dianggap sebagai kursus berbentuk

A. vokasional B. teknikal C. bukan vokasional D. hobi

12. Seorang pembina kurikulum PTV harus memberi _____________ yang kukuh dalam menentukan

keupayaan lepasan pelajarnya dalam mendapatkan pekerjaan.

13. Manakah pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri kurikulum KV

I. Pendekatan modular II. Berfokus kepada kompetensi pekerjaan III. Nisbah komponen akademik-vokasional 70:30 IV. Menyerapkan elemen keusahawanan

A. I, II dan III B. I, III dan IV C. II, III dan IV D. I, II dan IV

RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Finch, Curtis R & Crunkilton, John R. (1999). Curriculum Development in Vocational and Technical

Education: Planning, Content, and Implementation. 5 th Edition. Needhams Heights, MA: Allyn &

Bacon.

Page 15: Unit1.kurikulum ptv

K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 15

Mok Song Sang (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Edisi Kedua. Subang

Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

________________ (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah. Pusat Perkembangan

Kurikulum: Kuala Lumpur.

_____________ (2011). Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Info

Ringkas. Bahagian Pendidkan Teknik dan Vokasional: Kuala Lumpur.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Terancang dan pembelajaran 2. Objektif, tingkah laku, kaedah dan penilaian 3. A 4. Individu 5. A 6. Dasar dan operasi 7. Introspection 8. Critical Incident Technique 9. Matlamat dan spesifik 10. Tujuan 11. Vokasional 12. Justifikasi 13. D