Upload
shafinaz-saad
View
215
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Xperimen 2013 (biologi)p4
Citation preview
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
PRAKTIKAL : 4
TAJUK : MENGUKUR DAN MEMBANDING BEZA KEPELBAGAIAN
(DIVERSITI) SPESIES
TUJUAN :
Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah
pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang.
PENGENALAN :
1. Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka
bumi ini sama ada flora atau fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam
ekosistem atau seluruh bumi termasuk hidupan laut. Biokepelbagaian selalu
digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang sihat.
2. Kepelbagaian hidupan di bumi hari ini terdiri daripada berjuta-juta spesies biologi
yang tersendiri hasil daripada evolusi 3.5 juta tahun lalu. Bilangan spesis di dunia
dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan
mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah
dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri
sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan
hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta
tahun dahulu.
3. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan
atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi
pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.
4. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza
iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-
sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis
morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai
spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak
mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 1
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
5. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan
mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti
untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.
6. Kita memang sedia maklum bahawa masyarakat setempat kebanyakannya
masih belum memahami akan kepentingan memulihara kepelbagaian hidupan
dan ekosistem, malahan istilah kepelbagaian hidupan atau dalam bahasa
Inggerisnya Biodiversity itu sendiri masih terlalu asing bagi mereka. Maka
dengan itu mereka kurang menghargai usaha-usaha berbagai pihak untuk
memulihara kepelbagaian hidupan ini kerana mereka tidak dapat melihat apa
manfaat disebalik usaha-usaha sedemikian.
Hipotesis :
Semakin tinggi nilai Indeks Simpson,D , semakin tinggi nilai kepelbagaian spesies di
dalam pulau tersebut.
Alat dan radas :
Krayon pelbagai warna, kertas A4 dan set “Moths of SE Asia”.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 2
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
Prosedur :
1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu.
Gambar 4.1
Haiwan diklasifikasikan ke dalam taxa atau spesies yang berlainan mengikut ciri-ciri yang terdapat pada
mereka menggunakan sifat morfologi mereka dan ditanda dengan menggunakan warna yang berlainan.
Gambar 4.2Setiap pengelasan dicatatkan secara kasar/draf seperti gambar di atas.
2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units) yang telah diberikan boleh
dianggap sebagai spesis yang telah dibahagi dan setiap spesis baru itu diberi
nama yang unik.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 3
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
3. Satu kumpulan spesis kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulau
tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesis kupu-kupu yang lain.
4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis dikira dan data
dimasukkan kedalam jadual.
5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks
Kepelbagaian Simpson, D.
Keputusan :
SPESIS PULAU SIPADANPULAU TALANG-
TALANGPULAU REDANG
SPESIS A
11 0 11
SPESIS B
9 0 0
SPESIS C
5 12 4
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 4
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SPESIS D
6 0 10
SPESIS E
10 23 0
SPESIS F
2 0 3
SPESIS G
4 2 0
SPESIS H
0 2 0
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 5
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SPESIS I
0 3 0
SPESIS J
3 15 0
SPESIS K
29 4 0
SPESIS L
35 4 0
SPESIS M
0 0 7
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 6
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SPESIS N
0 0 10
SPESIS O
0 0 14
SPESIS P
0 0 18
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 7
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SPESIS Q
3 35 0
BILANGAN INDIVIDU 117 100 77
KEKAYAAN SPESIS 11 9 8
INDEKS SIMPSON
(D)
5.5 4.6 6.5
KEUTAMAAN
UNTUK
PEMULIHARAAN
2 3 1
MENGIRA INDEX DIVERSITI SIMPSON
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 8
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
Indeks tersebut dikira menggunakan formula berikut :
D= 1
∑ pi2
PULAU SIPADAN
= 5.548844751 ≈ 5.5
PULAU TALANG-TALANG
= 4.604051565 ≈ 4.6
PULAU REDANG
= 6.479781421 ≈ 6.5
Perbincangan :
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 9
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘building blocks’ atau unit taksonomi
operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan.
Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza
iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-
sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis
morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai
spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak
mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma..
Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan
antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomi
merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan,
pengecaman dan tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini.
Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia
berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di
kalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organisma
dengan menggunakan suatu sistem universal iaitu sistem hierarki Linnaeus.
Tatanama ialah aktiviti pemberian nama kepada organisma yang telah diketahui
atau baru ditemui dengan satu sistem universal iaitu sistem Binomial Linnaeus.
2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan
spesis?
Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.
Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampel
itu. Kesamarataan spesies pula adalah bilangan individu yang sama rata atau
hampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.
3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang
paling rendah?
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 10
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
Pulau Sipadan memiliki kepelbagaian yang paling tinggi di mana terdapat 11
jenis spesis kupu-kupu. Seterusnya ialah Pulau Talang yang mempunyai 10 jenis
spesis kupu-kupu dan kepelbagaian yang paling rendah ialah di Pulau Redang di
mana hanya terdapat 8 jenis spesis kupu-kupu.
4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut?
Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk
menetukan keutamaan pemuliharaan?
Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepada
proses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-
usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-
usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama
sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut
tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis
yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuan
pemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masih
wujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidak
terancam.
5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria
yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan?
Usaha pemuliharaan boleh dikenalpasti melalui pencemaran. Sebaik sahaja
sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian
itu seringnya bermula dengan penyediaanPenilaian Tapak Persekitaran Fasa I.
Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di
tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis
kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang ditebus guna,
diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun
guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 11
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
Kesimpulan :
Kepelbagaian spesies bergantung kepada bilangan individu. Bilangan individu yang
berbeza membawa kepada kekayaan spesies dan kesamarataan spesies yang
berlainan. Setiap pulau mempunyai bilangan individu yang berbeza. Oleh itu, setiap
pulau mempunyai kekayaan dan kesamarataan spesies dan juga Indeks Simpson yang
berbeza dan boleh dibuat bandingan antara ketiga-tiga pulau tersebut. Indeks Simpson
digunakan untuk mengukur kepelbagaian spesies. Pulau Redang mempunyai
kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpson sebanyak 6.5.
Rujukan :
1. Dr. Shakinaz Desa & Co. (2007). College Matriculation Biology. Dikeluarkan oleh
IPTA Publications; Subang Jaya, Selangor.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 12
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
2. Foo Yuen Kooi (2004). STPM Biology Volume 2. Dikeluarkan oleh Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd; Johor Bharu, Johor.
3. Raven/ Johnson (1995). Understanding Biology. Dikeluarkan oleh Wm. C. Brown
Publisher; Dubuque, United States Of America.
4. Cikgu Jumali (2011). Biodiversiti Dan Peranannya. Diakses pada 8 September
2011, daripada laman http://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/biodiversiti-dan-
peranannya/
5. Tiada nama penulis dinyatakan. Diversity. Diakses pada 8 September 2011,
daripada laman
http://www.cnr.uidaho.edu/range357/notes/Diversity.pdf
6. Tiada nama penulis dinyatakan. Simpson Index. Diakses pada 8 September
2011, daripada laman
http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm
7. Tiada nama penulis (Februari 2009). Species Richness. Diterbitkan oleh
Wikipedia. Diakses pada 9 September 2011, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_richness
8. Tiada nama penulis (Desember 2009). Spesies Evenness. Diterbitkan oleh
Wkipedia. Diakses pada 9 September 2011, daripada laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Species_evenness
9. Unit of Science & Technology. (2002). Temuramah Mengenai "Public
Awareness Component”. Diakses pada 6 September 2011, daripada laman
http://www.bbec.sabah.gov.my/PublicAwareness/PACinterviewBM.htm.
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 13
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
10.Kesey-Bear and Acquired Intelligence, Inc. (2000). Species Diversity. Diakses
pada 8 September 2011, daripada laman
http://www.esapubs.org/archive/ecol/E081/022/EcoSim%20Help/Species/
Species%20Diversity.htm
11. (t.p.). (11 November 2009). Kepelbagaian Spesies Tempatan. Ruangan: Mega
Fokus. Utusan Malaysia, pp. M4.
12.European Environment Agency. (2010). Biodiversity Baseline: Biodiversity Policy.
Denmark, Europe: (t.p)
SHAFINAZ BINTI SAAD (820625-07-5250) Page 14