12
RAPUNZEL Moden punya cerita

Rapunzel moden punya story

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rapunzel punya story pulak.next...lum tau lagi mau wat parody pasal apa. ngeeee..

Citation preview

Page 1: Rapunzel moden punya story

RAPUNZEL

Moden punya cerita

Page 2: Rapunzel moden punya story

Tersebutlah kisah di sebuah negeri zaman dahulu kala, sezaman dengan Cinderella dan Snow White namun muda sedikit je dari kedua-dua puteri cantik jelita itu maka lahirlah seorang puteri yang tidak kurang cantik dan jelitanya.

Page 3: Rapunzel moden punya story

Malangnya puteri yang dilahirkan dalam tahun zirafah itu telah diculik oleh bekas girlfriend beliaunya kerana sakit hati terluka jiwa raga apabila cintanya ditolak oleh Raja. Bersedihlah kedua-dua ibu bapa Rapunzel. Tidur tak lena(sebab banyak nyamuk), mandi tak basah(sebab orang suruhan lupa bayar bil air), dan makan tak kenyang(sebab masakan tukang masak baru tak sedap, lupa bubuh serbuk Knorr Pasti Sedap).

Page 4: Rapunzel moden punya story

Dipendekkan cerita, maka Rapunzel pun dibesarkan oleh perempuan sihir yang tak berapa magic tu dengan mengurungnya di sebuah menara tanpa tangga(sebab kontraktor lari bila dah dapat duit). Tinggallah Rapunzel di menara itu ditemani seekor zirafah.

Page 5: Rapunzel moden punya story

Setelah lama di menara itu, makan, tidur,makan,tidur, dan makan lagi maka gemuklah Rapunzel. Perempuan sihir yang merasa cuak dengan kegemukan Rapunzel itu telah menghasilkan satu ramuan menguruskan berat badan yang dihasilkan dalam bentuk pil. Kini, pil itu laris dijual dengan nama jamu mak dara plus mengurangkan selera makan. Kenapa perempuan sihir itu beriya-iya menguruskan badan Rapunzel? Hal ini kerana ahli sihir itu sudah tidak tahan melayan kerenah Rapunzel yang kuat makan tersebut. “Memperabiskan beras je “katanya.

Page 6: Rapunzel moden punya story

Kerana itulah Rapunzel sentiasa ramping cantik rupawan. Disebabkan dikurunglah, Rapunzel tidak mempunyai masa ke kedai rambut untuk mengunting rambut. Lagi pula, perempuan sihir itu selalu ke luar daerah mempromotekan Jamu Mak Daranya. Jadi, takde sesapa nak menguntingkan rambutnya yang panjang itu. Hendak disuruhnya encik Zirafah memanglah impossible. Jadi

“biarlah, ada ku kesah” katanya.

Page 7: Rapunzel moden punya story

Panjang pulak cerita ni. Jadi, tak lama kemudian, lalulah seorang putera raja yang datang entah dari mana, tak ada ribut mendung tetiba je muncul macam magic. Dengan muka hensem cam ala-ala penyanyi Indon bernama Afghan, mulalah putera itu menunjukkan tahap kegatalannya dengan cuba memanjat menara tempat kurungan Rapunzel itu. Nasib baik cubaannya gagal, kalau tak.. mahunya jawatankuasa penangkap basah menangkap basah kedua-dua putera dan puteri itu. Memalukan kerabat diraja je kalau betul. Low manners tol! Perempuan sihir yang mengetahui kegiatan mereka berdua itu mula memasang perancangan dengan memberikan Rapunzel minyak rambut Cap kelapa laut Antartika.

Page 8: Rapunzel moden punya story

Hensem tak? Hensem tak? hehe

Page 9: Rapunzel moden punya story

Hendak dijadikan cerita, Rapunzel yang sama gatalnya ini pun melepaskan rambutnya yang panjang untuk dijadikan tali agar si putera dapat naik ke menara itu. Si putera pun bukan main gembira lalu memanjat menggunakan rambut Rapunzel. Tragisnya… baru separuh panjat, genggaman tangan si putera terlepas disebabkan rambut Rapunzel terlalu licin kerana memakai terlalu banyak minyak rambut cap kelapa laut Antartika itu. Maka, jatuhlah si putera ke tanah lalu mati katak. Perempuan sihir yang melihat kejadian itu ketawa terbahak-bahak kerana plannya menjadi. Bersedihlah Rapunzel lalu bersumpah akan membujang sampai ke tua. (begitulah asal usul perkataan Andartu) eh..??? silap… begitulah cerita tragis Rapunzel. Finish already.. trimas!

Page 10: Rapunzel moden punya story

Kesian….isk..isk…

Page 11: Rapunzel moden punya story

MORAL OF THE STORY:1. Jangan lupa bayar bil air2. Jangan lupa pakai kelambu mengelak nyamuk3. kalau dah gatal sangat tu cepat-cepatlah kawen.

Namaku tiki @ Kicauku Berlagu

Page 12: Rapunzel moden punya story

….Habis….