EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

Embed Size (px)

Text of EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur

FALSAFAH ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DANFALSAFAH PENDIDIKAN TIMURMOHD PIHIN BIN HASSANALEDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAIPG KAMPUS KENINGAU

INDEKSFalsafah Pendidikan IslamPendapat tokohSumber ilmuMatlamat pendidikan

Falsafah Pendidikan TimurPendapat tokohSumber ilmuMatlamat pendidikan

Perbezaan Falsafah

CABANG FALSAFAHFalsafah diklasifikasikan kepada 4 cabang iaitu :Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti.Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu.Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai.Logik yang berkaitan dengan penaakulan. INFO TAMBAHAN

Terdapat ahli falsafah yang tidak mengakui logik sebagai cabang falsafah. Mereka berpendapat bahawa cabang logik ialah kaedah yang digunakan dalam cabang metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Falsafah Pendidikan IslamFalsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran.

Konsep Pendidikan IslamProses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawahAl-Quran yang menjadi teras pendidikan.Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Tujuan pendidikan Islam adalah seperti yang berikut :Mendidik murid mengenai perkara yang baik dan mulia.Mendidik murid melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia.Membiasakan diri murid untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia.Mendidik jiwa dan dalaman murid supaya sentiasa mulia.

Matlamat Pendidikan IslamMembentuk insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.Melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT, hidup dalam masyarakat dengan keharmonian, keamanan, kedamaian dan mendapat keredaan serta kesejahteraan di akhirat.

Al Ghazali

Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan.Mohd Qatb

Falsafah Pendidikan TimurFalsafah Timur berasaskan falsafah Cina dan falsafah India.Falsafah pendidikan Timur menggariskan beberapa prinsip-prinsip yang berikut :Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah.Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu kebahagiaan yang dicapai.Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka.Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai nirvana.

GLOSARI

Nirvana nikmat yang tercapai oleh rohani mengikut kepercayaan Hindu dan Buddha.

Confucius

Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada dan negara

Konsep pendidikanPendidikan adalah untuk semua tanpa mengira sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.

Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang berkebolehan dan bermoral tinggi.

KurikulumMenekankan aspek nilai

Peranan guruFasilitator dan penyampai ilmu yang mahirMenunjukkan tugas dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.Mengenali dan memahami watak murid agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka.

Rabindrananth Tagore

Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Seseorang yang berpendidikan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Konsep pendidikanMerupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.

Matlamat pendidikanMenghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

KurikulumMenekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal

Peranan guruFasilitator pemangkin bagi menggerakkan diskusi murid penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid.

Perbezaan Konsep Falsafah IslamProses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawahAl-Quran yang menjadi teras pendidikan.Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Falsafah TimurPendidikan membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan strukturkekeluargaan.Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajarcara-cara hidup yang baik dan betul

Perbezaan MatlamatFalsafah IslamMembentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.

Melahirkan insan yang taat kepadaAllah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

Falsafah TimurMenghasilkan individu yangberkebolehandan bermoraltinggi.Individu menyeluruh dengan interaksi & integrasi

Perbezaan KurikulumFalsafah IslamBerlandaskan sumberyang jelas dan kukuh iaitu Al-quran dan As-sunnah.

Meliputi fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik, bahasa dll.Falsafah TimurBerteraskan pendidikan MoralMenekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal.Mengesyorkan ilmu kod dan tatacara kelakuan, sastera, muzik, sejarah, seni, pendidikan alam sekitar, drama dan tarian.

GLOSARI

Fardu kewajipan yang dituntut oleh agama. (Islam)Fardu ain fardu bagi orang perseorangan.Fardu kifayah tuntutan bersama bagi orang Islam.

SEKIAN, TERIMA KASIH.