4
KENYATAAN RASMI SSKM-SSU(UK) BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN DATUK SYED ABAS ALI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN "PERPISAHAN (SECESSION)" DIDALAM SIDANG DEWAN UNDANGAN SABAH. Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam Perpaduan untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang kini sudah berdaftarkan secara SAH sebagai sebuah NGO dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan Datuk Syed Abas Ali tentang Larangan Penggunaan "Perpisahan (Secession)" didalam sidang Dewan Undangan Sabah. Didalam kenyataannya di Daily Express Online yang bertarikh 11 Ogos 2015, mengatakan bahawa dia akan memberikan amaran untuk tidak membenarkan perkataan "Perpisahan (Secession)" dibangkitkan didalam Dewan Undangan (DUN) Sabah [1]. Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa jika perkara ini dibincangkan diluar, ia adalah diluar kawalannya [2]. Selain itu, Syed Abas mengatakan yang dia hanya boleh melarang penggunaan perkataan tersebut didalam sidang DUN sahaja kerana ingin wakil rakyat untuk memfokuskan kepada pembangunan. Sabah adalah sebuah "negeri" yang besar dan memerlukan kewangan untuk jalan-raya, bekalan air dan infrastruktur yang lain. Sedangkan

Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

  • Upload
    sskmssu

  • View
    21

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

KENYATAAN RASMI SSKM-SSU(UK) BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN DATUK SYED ABAS ALI

TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN "PERPISAHAN (SECESSION)" DIDALAM SIDANG DEWAN

UNDANGAN SABAH.

Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam

Perpaduan untuk Bangsa Negara Sabah dan

Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones

mewakili kumpulan sosial didalam Facebook

yang bernama Sabah Sarawak Keluar

Malaysia (SSKM), yang kini sudah

berdaftarkan secara SAH sebagai sebuah

NGO dengan nama Sabah Sarawak Union

(SSU-UK) dibawah bidang kuasa

perundangan United Kingdom of Great

Britain and Northern Ireland (UK) ingin

membuat kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan Datuk Syed Abas Ali

tentang Larangan Penggunaan "Perpisahan (Secession)" didalam sidang Dewan

Undangan Sabah.

Didalam kenyataannya di Daily Express Online yang bertarikh 11 Ogos 2015,

mengatakan bahawa dia akan memberikan amaran untuk tidak membenarkan

perkataan "Perpisahan (Secession)" dibangkitkan didalam Dewan Undangan

(DUN) Sabah [1]. Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa jika perkara ini

dibincangkan diluar, ia adalah diluar kawalannya [2]. Selain itu, Syed Abas

mengatakan yang dia hanya boleh melarang penggunaan perkataan tersebut

didalam sidang DUN sahaja kerana ingin wakil rakyat untuk memfokuskan kepada

pembangunan. Sabah adalah sebuah "negeri" yang besar dan memerlukan

kewangan untuk jalan-raya, bekalan air dan infrastruktur yang lain. Sedangkan

Page 2: Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

beberapa daerah disini lebih besar daripada negeri-negeri di semenanjung. Jadi,

ini adalah perkara yang saya harap wakil bangkitkan [3]. Dia juga telah

memberikan pembayang dengan mengatakan bahawa mereka seharusnya tidak

memikirkan satu pokok sahaja tetapi semua pokok-pokok didalam hutan. Justeru,

berharap mendapat kerjasama daripada wakil rakyat dikedua-dua pihak, kerajaan

dan pembangkang [4].

***Artikel Daily Express Online tersebut adalah didalam bahasa Ingggeris tetapi

telah diterjemahkan dengan maksud yang sama untuk tujuan penyampaian

maklumat***

Pertama [1], Dewan Undangan Negeri (Negara) Sabah merupakan satu platform

perdebatan yang kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Ia adalah tempat

membincangkan, membahaskan dan mendebatkan isu-isu semasa samada isu ringan,

berat mahupun sensitif. DUN Sabah juga memainkan peranan dalam menentukan

halatuju kerajaan melalui polisi dan dasar yang akan diluluskan. Segala yang berlaku

di bumi Sabah adalah dibawah kuasa DUN Sabah untuk menentukan tindakan yang

perlu diambil seterusnya. Perancangan tindakan yang ingin diambil oleh Syed Abas

Ali untuk melarang penggunaan perkataan "Perpisahan (Seccession)" adalah satu idea

atau perancangan yang perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ini kerana didalam 20

Perkara, Perkara 7 jelas mencatatkan perkara tersebut. Dengan tidak membincangkan

perkara ini, adakah Ketua Dewan Speaker baru ini yang juga merupakan ahli umno

ingin menyampaikan satu mesej halus untuk menafikan kewujudan 20 Perkara?

Apakah dengan keinginannya untuk melarang perkataan ini digunakan dan

dibangkitkan secara tidak langsung mahu mendiamkan peranan 20 Perkara Sabah

yang selama ini menjadi rujukan kepada Pentadbiran Kerajaan Negara Sabah?

Kedua [2], Samada isu ini dibincangkan didalam DUN ataupun diluar, itu adalah hak

rakyat dan juga wakil pemimpin yang dipilih semasa pilihan-raya. Tugas seorang

Dewan Speaker adalah untuk mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar,

mengatur debat supaya tidak menyimpang daripada isu-isu yang dibahaskan,

membuat keputusan mengenai aturan urusan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan

serta memeriksa samada petisyen, rang dan pindaan perlembagaan boleh diterima

ataupun tidak. Tugas Dewan Speaker bukan untuk membuat peraturan sendiri tetapi

lebih kepada menjadi orang perantaraan (orang tengah) kepada dua pihak yang sedang

berdebat dan berbahas iaitu daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Anda sendiri

mengakui bahawa anda adalah orang yang masih baru didalam bidang ini. Maka,

janganlah berlagak hebat dengan melarang perkara-perkara seperti ini dibangkitkan.

Itu adalah hak dan tanggungjawab ahli-ahli DUN Sabah untuk membangkitkan apa-

apa isu yang sedang hangat diperbualkan atau dibincangkan di negara Sabah dan

disampaikan ke dalam DUN untuk memperhalusikan faktor-faktor perbualan ini

berlaku, mengkaji punca, merancang penyelesaian dan menilai keberkesanan

penyelesaian yang telah dilakukan.

Page 3: Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

Ketiga [3], Anda telah memberikan justifikasi kepada keinginan larangan anda namun

ia adalah pandangan peribadi yang sangat bertentangan dengan tugas dan peranan

sebagai seorang Dewan Speaker. Selama umno-bn Sabah memerintah Kerajaan

Negara Sabah setelah berjaya menumbangkan Kerajaan PBS pada tahun 1994 melalui

cara yang kotor, mengapa tidak pernah isu seperti pembangunan infrastruktur seperti

jalan-raya, bekalan air dan sebagainya selesai? Ditempat kawasan DUN anda sendiri,

apakah selama anda menjadi wakil rakyat bn-umno, terdapat pembangunan yang

boleh dibanggakan? Tanya kepada diri anda sendiri, apakah puncanya? Saya pasti

anda mampu menjawabnya dengan lebih baik berbanding dengan mana-mana pihak.

Apabila perkara seperti isu pembangunan ini tidak menemui jalan penyelesaian yang

tepat, ia adalah disebabkan oleh ahli-ahli DUN Sabah tidak pernah berusaha untuk

menyelesaikan punca yang sebenar. Apakah punca sebenarnya? Sumber kewangan

dan pembangunan Kerajaan Negara Sabah berada didalam genggaman Kerajaan

Persekutuan. Ini adalah puncanya. Atas sebab faktor ini, peruntukan tahunan tidak

pernah mencukupi untuk negara Sabah kerana peruntukan yang disalurkan itu tidak

pernah selari dengan keperluan kos pembangunan. Negara Sabah menjana kewangan

berpuluh bilion ringgit namun hanya mendapat satu jumlah yang sangat kecil. Adakah

anda ingin menafikan perkara ini? Ingin menjadi seperti musa yang berbangga dengan

segala sumbangan kerajaan persekutuan yang hanya beratus-ratus juta sahaja walhal

itu adalah hasil duit negara Sabah sendiri? Jikalau anda tetapi menafikannya dan

berkeras bahawa peruntukan diberikan sangat mencukupi selama ini, maka punca

kepada permasalahan ini adalah disebabkan oleh pentadbiran dibawah kerajaan umno-

bn telah gagal didalam membuat pengagihan peruntukkan dengan betul. Atau adakah

kemunduran pembangunan ini bersangkut paut dengan kekayaan yang dimiliki oleh

ahli-ahli wakil bn-umno Sabah?

Keempat [4], Perumpamaan ataupun bayangan yang anda berikan itu sebenarnya

merupakan satu punca kepada permasalahan Kerajaan Negara Sabah dari dahulu

sehingga sekarang. Ia umpama seperti sebuah keluarga. Anda sanggup

membelakangkan kepentingan keluarga semata-mata mahu menjaga kepentingan

orang luar. Dimanakah logik pemikiran anda itu? Walaupun terdapat nilai kebaikan

didalam perumpamaan atau bayangan anda itu, namun ia tidak sesuai dipraktikan oleh

Kerajaan Negara Sabah lebih-lebih lagi didalam keadaan seperti sekarang ini.

Kepentingan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada Kerajaan Negara Sabah

terlebih dahulu. Setelah isu dan permasalahan dalaman Kerajaan Negara Sabah

selesai, barulah Kerajaan Negara Sabah boleh memfokuskan kepada isu luar. Ketika

pihak pembangkang membawa usul untuk penambahbaikan jentera Kerajaan dan

cadangan penyelesaian kepada isu-isu Negara Sabah, dimanakah suara anda untuk

menyokong usul tersebut? Anda diam dan mengkritik mereka. Tetapi apabila dilantik

menjadi Dewan Speaker, anda kini mengimpikan perkara tersebut? Jikalau anda

ikhlas terhadap perubahan yang ingin dibawakan didalam DUN Sabah, buktikan

melalui keadilan dalam mengendalikan isu-isu yang dibangkitkan termasuk dengan

isu "Perpisahan (Secession)". Ia adalah tanggungjawab anda untuk menyelesaikan

Page 4: Kenyataan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Berhubung Dengan Kenyataan Datuk Syed Abas Ali Tentang Larangan Penggunaan Perpisahan (Secession) Didalam Sidang Dewan Undangan Sabah

secara professional dan matang agar isu ini menemui jalan penyelesaian yang tepat

dan bukan melarang daripada isu ini dibangkitkan.

Pihak kami sentiasa mengikuti perkembagan perjalanan politik Negara Sabah dan

Negara Sarawak serta Malaya. Pemerhatian dan kajian dalam aspek pentadbiran

politik dan negara diperingkat antarabangsa juga dilakukan oleh pihak kami untuk

memahami permasalahan yang dihadapi oleh Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan

Negara Sarawak.

Akhir kata, ingin saya kongsikan satu cerita yang benar berlaku diluar negara.

Seorang pemimpin daripada negara luar telah berjaya membawa pembangunan pesat

kepada negaranya dibawah pentadbiran parti politiknya. Apabila ditanya tentang

bagaimana beliau mampu membawa pembangunan pesat sejak mengambil-alih

pentadbiran negara itu, beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, "saya

tidak mengambil duit rakyat".

In Sovereignty We Breathe, In Unity We Believe

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero

Doris Jones