36
PEMATUHAN KONTRAK DAN PEMAKAIAN SKOP PERKHIDMATAN PENJELASAN MENGENAI TERMA DAN PELANGGARAN SYARAT KONTRAK UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON

Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penjelasan Pelanggaran Kontrak dan Terma Perkhidmatan Kawalan dan Keselamatan

Citation preview

Page 1: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

PEMATUHAN KONTRAK DAN PEMAKAIAN SKOP PERKHIDMATAN

PENJELASAN MENGENAI TERMA DAN PELANGGARAN SYARAT KONTRAK

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 2: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Pihak KPM telah menswastakan perkhidmatan PKK dengan hasrat untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik diberikan di semua Institusi-institusi Pendidikan/ Sekolah di bawah KPM.

Oleh yang demikian, diharap penjelasan ini dapat meningkatkan kefahaman kepada Jabatan Pengguna dari segi penguatkuasaan kontrak bagi mengelak timbulnya isu kekeliruan dan ketidakfahaman berkaitan dokumen kontrak.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 3: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Diharap Jabatan Pengguna berupaya memastikan

perkhidmatan yang diberikan dapat memberi nilai

faedah yang baik bagi setiap ringgit yang

dibelanjakan (value for money) kepada pihak

kerajaan.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 4: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

1. Pihak Kontraktor diberi

amaran sebelum

dikenakan tindakan

pemotongan bayaran

Tiada surat amaran akan dikeluarkan

sebelum tindakan pemotongan bayaran

dikenakan.

Surat amaran akan dikeluarkan selepas

pemotongan dikenakan supaya

kesalahan yang sama tidak berulang

2. Pihak Kontraktor

dimaklumkan terlebih

dahulu bagi persediaan

sebelum diaudit

Tiada sebarang pemakluman

dimaklumkan sebelum melaksanakan

pemantauan kerana pihak kontraktor

perlu sentiasa melaksanakan

perkhidmatan dengan cemerlang

A. PENGURUSAN PEKERJA

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 5: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

3. Tindakan denda

secara backdated

Tindakan pemotongan bayaran

secara backdated boleh dikenakan

sekiranya terdapat bukti

pelanggaran terma-terma kontrak

oleh pihak kontraktor

4. Pekerja yang berumur

melebihi 58 tahun

Bagi pekerja yang melebihi Tempoh

had umur 58 tahun boleh

dipertimbangkan dengan syarat

dipersetujui oleh pihak kerajaan

serta mempunyai rekod kesihatan

yang baik dan disahkan oleh

Hospital/ Klinik Kerajaan Sahaja.

Klausa 7.1 (e)

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 6: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

5. Memotong jaminan

bon pihak kontraktor

yang telah tamat

tempoh kontrak

Kerajaan berhak memotong apa-

apa wang yang kena dibayar

kepada kontraktor oleh kerajaan,

sama ada sebagai denda atau

pampasan daripada mana-mana

perjanjian yang ditandatangani

dengan kerajaan.

Pemotongan jaminan bon adalah

tertakluk kepada terma-terma dan

syarat-syarat bon pelaksanaan.

Klausa 12.5

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 7: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

1. Ketidakhadiran

pekerja

Pihak syarikat dikenakan tindakan

pemotongan bayaran seperti berikut

:

Pemotongan = KS*BJ*BP

KS : Kadar Sejam Seorang Pengawal

BJ : Bilangan jam tidak bertugas

BP : Bilangan pekerja tidak bertugas

Klausa 12.2

2. Ketidakhadiran

pekerja yang

menjejaskan kualiti

perkhidmatan

Pihak syarikat dikenakan tindakan

denda sebanyak 20% daripada nilai

kontrak bulanan bagi premis yang

terlibat.

Klausa 12.1

(e)

B. KUALITI DAN PERKHIDMATAN

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 8: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

3. Ketidakcukupan

pekerja (sepanjang

bulan tanpa

pengganti

Pihak syarikat dikenakan tindakan

denda sebanyak 20% daripada nilai

kontrak bulanan bagi premis yang

terlibat.

Klausa 12.1

(e)

4. Pekerja hadir tapi

tidak melaksanakan

tugas

Pihak syarikat dikenakan tindakan

denda sebanyak 20% daripada nilai

kontrak bulanan bagi premis yang

terlibat.

Klausa 12.1

(e)

5. Tempoh penggantian

pekerja dalam masa

2 jam perlu diubah

Perkara tersebut tidak dapat

dipertimbangkan buat masa ini.

Klausa 8.4

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 9: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

6. Menjaga trafik di luar

kawasan sekolah/

menjalankan kerja

yang tiada dalam

skop perkhidmatan

Kerja-kerja tersebut adalah di luar skop

perkhidmatan. Pihak Kerajaan tidak boleh

membayar atas perkhidmatan tidak

dibekalkan atau diberikan oleh pihak

kontraktor kerana ia melibatkan

pertambahan kos perkhidmatan

7. Punca kuasa bagi

menjalankan

pemantauan dan

pemotongan

Mana-mana Ketua Jabatan, pegawai atau

kakitangan KPM, JPN, PPD, IPG, Pusat

Koko, Pusat Matrikulasi, agensi atau

sekolah (Pengetua/ GB) yang berkenaan

dalam perjanjian kontrak telah diberi

kuasa sepenuhnya oleh KSU dalam

memastikan pelaksanaan kerja dijalankan

dengan sempurna oleh pihak kontraktor

yang berkaitan.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 10: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

1. Pemilihan jenama

peralatan/ barangan

yang bebas selagi

mematuhi piawaian

yang ditetapkan

Pihak kontraktor perlu

melaksanakan perkhidmatan

dengan menggunakan bahan,

kenderaan, mesin, peralatan atau

kelengkapan yang digunakan

seperti yang dinyatakan dalam

dokumen kontrak.

Klausa 9

2. Peralatan yang perlu

berada dalam zon

sekolah/ kontrak

Peralatan yang diperlukan berada

dalam zon sekolah/ kontrak perlu

ada sewaktu pelaksanaan

pemantauan dijalankan

Lampiran G

C. PEMBEKALAN PERALATAN/ BAHAN

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 11: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop

Perkhidmatan seperti di lampiran B (m/s: 35);

b) Melaksanakan perkhidmatan dengan keanggotaan

pengawal, syif atau giliran dan mengikut tempoh

kawalan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E

(m/s: 40);

c) Mematuhi undang-undang yang dilaksanakan oleh

mana-mana agensi Kerajaan yang berkenaan dengan

Perkhidmatan;

d) Mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi

perlindungan untuk Kerajaan, harta benda yang

dikawal dan pengawal. UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 12: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

e) melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari

sepanjang tempoh perjanjian termasuk hari Sabtu,

Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan;

f) Melaksanakan perkhidmatan dengan mengupah,

menggaji atau mengambil pengawal mengikut skim

perkhidmatan pengawal seperti Lampiran H.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 13: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

a) sebelum Perkhidmatan dimulakan, kontraktor yang berjaya hendaklah menghubungi pihak pengurusan premis bagi menentukan kedudukan kawasan dan persekitaran premis;

b) melaksanakan Perkhidmatan dengan jumlah keanggotaan pengawal yang mencukupi sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;

c) mengemukakan kepada Kerajaan dua (2) salinan Jadual Bertugas Pengawal apabila Perkhidmatan disempurnakan pada setiap bulan dalam Tempoh Perjanjian atau pada masa yang ditentukan oleh Kerajaan;

Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan seperti berikut:

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 14: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

d) mengemukakan kepada Kerajaan perakuan bertulis

bahawa Perkhidmatan telah dilaksanakan dengan

sempurna pada setiap hari dalam Tempoh Perjanjian

mengikut bentuk dan tatacara yang ditentukan oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa;

e) Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau alat

kelengkapan Perkhidmatan dengan kuantiti mencukupi

dan memastikan peralatan seperti CCTV atau Alarm

System beroperasi 1 (satu) minggu selepas tarikh

kontrak bermula, jika berkenaan;

f) segala kos memasang, menyenggara peralatan atau

alat kelengkapan Perkhidmatan akan ditanggung

sepenuhnya oleh Kontraktor; UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 15: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

g) Kontraktor hendaklah menyediakan pakaian seragam

lengkap sebanyak dua pasang kepada pengawal

sebagaimana yang diluluskan oleh Kementerian Dalam

Negeri;

h) Kontraktor hendaklah menjalankan tapisan

keselamatan dengan agensi Kerajaan yang berkenaan

dengan Perkhidmatan ke atas setiap pengawal dan

mengemukakan laporan tapisan keselamatan bagi

setiap pengawal kepada Kerajaan tidak lewat daripada

dua (2) bulan dari Tarikh Berkuatkuasa atau satu (1)

bulan dari tarikh pengawal mula berkhidmat, mengikut

mana yang berkenaan;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 16: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

i) memastikan pondok keselamatan atau mana-mana

tempat Perkhidmatan dilaksanakan bersih dan tiada

peralatan-peralatan yang tidak dibenarkan Kerajaan;

j) memastikan hanya pengawal yang bertugas sahaja

berada di pondok keselamatan atau mana-mana

tempat Perkhidmatan dilaksanakan;

k) mencatatkan laporan rondaan dalam Buku Laporan

dengan lengkap dan kemas dan dikemukakan kepada

Kerajaan pada setiap hari kerja;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 17: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

l) melaporkan kepada Kerajaan dalam bentuk laporan

bertulis apa-apa kejadian kerosakan, kehilangan,

sabotaj, pencerobohan, kecurian, kebakaran atau apa-

apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan

pencerobohan atau kecurian;

m) melaporkan kepada Polis DiRaja Malaysia apa-apa

kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj

atau apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan

pencerobohan atau kecurian;

n) melaporkan kepada Bomba dan Penyelamat apa-apa

kejadian kebakaran;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 18: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

o) memastikan pengawal kerap membuat rondaan sekitar

Premis dan kawasan Premis dalam masa bertugas dan

merakam watchman clock pada setiap lawatan ke

sekitar Premis dan kawasan Premis.

p) mengawal pintu masuk ke Premis serta pergerakan

pelawat dan kenderaan yang memasuki Premis;

q) memeriksa mana-mana pegawai/kakitangan, pengawal

atau pelawat yang disyaki membawa atau

menyorokkan sesuatu yang boleh membahayakan

keselamatan dan menahan mana-mana orang yang

tidak diingini atau yang tidak dibenarkan masuk ke

Premis;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 19: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

r) mengawasi pengawal-pengawal luar dan kerja-kerja

kontrak yang sedang dijalankan di Premis;

s) memastikan setiap pelawat yang berada di Premis

memakai pas keselamatan

t) menentukan setiap pelawat melaporkan diri di kaunter

pengawal dan memberikan maklumat-maklumat yang

tepat kepada pelawat;

u) memastikan kawasan sekolah/institut selamat dari

sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan

memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk

tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan

pastikan pintu dan tingkap terkunci dan dalam

keadaan baik; UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 20: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

v) menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara

atau sebarang alat elektrik di Premis di mana

penggunaannya tidak lagi diperlukan;

w) melaporkan semua perkara mengenai keselamatan;

x) memeriksa semua tempat tersimpannya alat atau dan

bahan yang mudah terbakar dan memastikan ianya

tertutup rapat dan selamat;

y) melaksanakan kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci

penggera kebakaran dan kunci-kunci kawasan

keselamatan jika ianya diletakkan di bawah kelolaan

pengawal;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 21: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

z) membuat laporan lengkap kepada penyelia kepada pengawal bagi semua keadaan dan kejadian luar biasa atau yang mencurigakan;

aa) memastikan pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini;

bb) memastikan pengawal mahir dalam penggunaan semua alat pencegah kebakaran;

cc) mengawasi dan memandu trafik dalam Premis;

dd) memastikan pengawal tidak membawa apa-apa senjata yang merbahaya dalam masa bertugas; dan

ee) mematuhi apa-apa arahan-arahan lain daripada Kerajaan yang diberikan dari semasa ke semasa.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 22: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Walau apa pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan hak

lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk

membuat tolakan (set-off), meminda, mengurangkan, memotong atau

mengubah pembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada

Kontraktor sekiranya Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor

tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang

berikut:

a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh Kontraktor didapati oleh Kerajaan tidak memuaskan atau tidak memenuhi Skop Perkhidmatan;

b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini; atau

c) pelanggaran apa-apa arahan Kerajaan yang diberikan dari semasa ke semasa sama ada secara lisan atau bertulis berkenaan dengan pelaksanaan Perkhidmatan

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 23: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

a) bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;

b) sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri;

c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan;

d) mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa berkenaan dengan kawalan keselamatan;

e) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian,

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 24: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

f) mengemukakan kepada Kerajaan laporan kesihatan

daripada Hospital Kerajaan bagi pengawal berumur

melebihi 55 tahun;

g) memakai pakaian seragam atau uniform Kontraktor dan

tanda nama serta menggunakan peralatan atau alat

kelengkapan Perkhidmatan yang diperlukan semasa

melaksanakan Perkhidmatan.

h) tidak berambut panjang dan merokok semasa

melaksanakan Perkhidmatan;

i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan terlibat

dengan penyalahgunaan dadah merbahaya;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 25: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

j) berkelayakan, berpengalaman dan terlatih dalam bidang

kawalan keselamatan dan asas kebakaran;

k) cergas, sihat akal fikiran dan tubuh badan;

l) boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa

Melayu dengan baik;

m) melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan

pada setiap masa;

n) mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu

dan bersesuaian terhadap Perkhidmatan; dan

o) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional,

berdisiplin, sopan dan berbudi bahasa.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 26: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

a) membaiki sebarang kerosakan alat-alat milik Kerajaan atau mana-mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke dalam kawasan premis yang disebabkan oleh pengawal. Sebarang kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi;

b) apa-apa perkara berkenaan dengan kebajikan pengawal;

c) perlindungan insurans pengawal;

d) perbelanjaan pengangkutan pengawal pergi dan balik dari dan ke Premis;

e) penginapan dan tempat tinggal pengawal;

f) perbelanjaan makanan dan minuman pengawal;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 27: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

g) caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan

Kumpulan Wang Simpanan pengawal (KWSP);

h) perbelanjaan perubatan dan rawatan pengawal;

i) perbelanjaan membeli, penggantian dan penyelenggaraan

peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan;

j) pembayaran gaji, upah atau apa-apa elaun atau bayaran

lain pengawal;

k) penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau

alat kelengkapan Perkhidmatan;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 28: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

l) apa-apa kerosakan dan/atau kehilangan yang dilakukan

terhadap aset Kerajaan dan aset awam yang dibenarkan

oleh Kerajaan yang berada dalam kawasan Premis;

m) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerosakan, kehilangan

atau kerugian yang dialami oleh Kerajaan atau mana-

mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke

dalam kawasan premis yang disebabkan oleh kecuaian,

ketinggalan, kecurian atau kemusnahan terhadap harta

Kerajaan mestilah diganti dengan jenis dan kualiti yang

sama atau lebih tinggi;

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 29: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

a) Nama, gambar, nombor telefon pekerja

b) Kelayakan dan latar belakang pekerja

c) Jadual bertugas pekerja

d) Laporan harian atau bulanan perkhidmatan

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 30: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Sekiranya Kerajaan atas apa-apa sebab, tidak berpuas hati termasuk tetapi tidak terhad akibat daripada kecuaian, kelalaian, kesalahan, tingkah laku, perbuatan dan budi bahasa, mana-mana pengawal, Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa kelewatan dan atas perbelanjaan sendiri menggantikan pengawal tersebut dalam masa dua (2) jam dari tarikh notis bertulis atau makluman secara lisan diberikan oleh Kerajaan menggantung tugas pengawal tersebut daripada melaksanakan Perkhidmatan di Premis dengan SERTA MERTA

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 31: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau

alat kelengkapan Perkhidmatan di senggara

dengan bersih, kemas, teratur atau tersusun pada

setiap masa, mengikut mana yang berkenaan.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 32: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Surat Siaran KPM : KP (BPPA)600-0/1 jld 6 (6) bertarikh 18

Februari 2013 :

Membuat rondaan di sekitar bangunan dan kawasan sekolah dan

merakam “watchman clock” pada setiap lawatan ke tempat yang

ditentukan berdasarkan ketetapan seperti di bawah:

Bil Bilangan

Pengawal Hari Waktu Rondaan

1. 2 siang

2 malam

Isnin hingga

Jumaat

Siang : setiap 2 jam bermula 7.00 pagi

sehingga 7.00 malam

Malam : setiap 2 jam bermula 7.00 malam

sehingga 7.00 pagi

2. 2 siang

2 malam

Sabtu dan

Ahad Setiap 2 jam sepanjang waktu bertugas

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 33: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Surat Siaran KPM : KP (BPPA)600-2/7/3 jld 6 (4) bertarikh 12 Jun 2012 :

Bantal, tilam dan barang keperluan lain untuk berehat dan tidur;

TV, pemain VCD/DVD, konsol permainan video (PlayStation) dan peralatan elektrik/elektronik lain yang boleh mengganggu tugas;

Bahan bacaan yang mengandungi perkara-perkara lucah, hasutan, perkauman, bahan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia dan undang-undang semasa;

Makanan daripada sumber tidak halal dan minuman yang mengandungi alkohol;

Dadah dan bahan yang boleh memberi kesan khayal sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas; dan

Pakaian peribadi yang tidak sesuai

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 34: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Jika berlaku sebarang pertikaian berkaitan dengan

perjanjian kontrak, perkara tersebut hendaklah

diselesaikan secara baik di antara kedua belah

pihak.

Jika tiada sebarang penyelesaian, isu tersebut

boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian

Pertikaian (Klausa 20) yang dipengerusikan oleh

KSU KPM atau wakil yang dilantik

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 35: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

Diharap pengurusan pemantauan PKK dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan

Mengambil tindakan dengan lebih yakin apabila berlaku pelanggaran syarat kontrak dengan seragam

Kerjasama Pengetua/ Guru Besar adalah diperlukan ke atas pengurusan yang teratur dan sempurna bagi pelaksanaan Kontrak PKK di sekolah.

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON

Page 36: Penjelasan pelanggaran terma kontrak perkhidmatan kawalan & keselamatan (pkk)

TERIMA KASIH

UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

PPD PORT DICKSON