68

Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Page 2: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pendahuluan 3

Situasi Kesihatan Global dan Malaysia 5

Penyakit Jantung 7

Kanser/ Barah 11

Strok 14

Diabetes (Kencing Manis) 16

Osteoporosis 18

Athritis 21

Alzheimer 23

Obesiti (Kegemukan) 25

Kesedaran Kepentingan Kesihatan 28

Nilai Herba Dalam Dunia Kesihatan 28

Langkah Memartabatkan Industri hera 32

Tongkat Ali 33

Kacip Fatimah 39

Isu berkenaan tongkat ali & kacip fatimah 41

Misai Kucing 45

Hempedu Bumi 47

Dukung Anak 49

Cabaran Industri Herba ke Peringkat Globalisasi 51

Isu dan cabaran dalam penanaman herba 51

Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba 53

Isu dan cabaran penghasilan produk herba 56

Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran 58

Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi 61

Usaha Membawa Industri Herba ke Peringkat Global 65

2

Page 3: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber

khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan

perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan

industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara

langsung atau tidak langsung.

Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini

terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman

daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan

sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba

tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara.

Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat.

Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan

sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan

masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi If

bahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap

kaedah rawatan melalui ptnggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah

ptrubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki ktunggulan dan keunikan

yang tersendiri.

Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-ian kimla yang terkandung di

dalam ubat-ubat moden inyebabkan masyarakat klni beralih untuk kembali

menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula,

keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting

3

Page 4: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan

tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan

sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan

wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap

kualiti eksport herba ke luar negara.

Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi

mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan

tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan

tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada

usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau

ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi

menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat

proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha

mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit

(pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis

tanaman yang ditanam agar spesies atau genera tanaman utama dapat terus

dipelihara dan terpelihara.

Terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh petani atau pengusaha

dalam menghasilkan tanaman herba. Antaranya, perbezaan yang ketara antara

permintaan dan penghasilan tanaman herba serta penawaran harga tanaman

herba yang tidak tetap di pasaran. Ini berikutan dengan kurangnya pengetahuan

para pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba yang bermutu dari segi

kualiti dan kuantiti serta jenis pengeluaran herba yang diperlukan.

4

Page 5: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

SITUASI KESIHATAN GLOBAL DAN MALAYSIA

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2008 sahaja, lebih

13.4 juta orang mati disebabkan berpunca daripada penyakit Kardiovaskular iaitu

7.25 juta penghidap penyakit jantung dan 6.15 daripada mengalami strok.

Berikut jadual 10 penyakit pembunuh tertinggi di dunia pada tahun 2008.

(Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011)

PENYAKITPENYAKITPENYAKITPENYAKIT JUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTA

ORANG)ORANG)ORANG)ORANG)

SERANGAN JANTUNG 7.25

STROK 6.15

JANGKITAN PARU-PARU 3.46

RADANG SALUR PERNAFASAN KRONIK 3.28

DIARRHEA 2.46

HIV/AIDS 1.78

BARAH PARU-PARU 1.39

TUBERCULOSIS 1.34

DIABETES 1.26

KEMALANGAN JALAN RAYA 1.21

Jadual 1 :10 Penyakit Pembunuh Tertinggi di Dunia Pada Tahun 2008.

(Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011)

5

Page 6: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 3 juta rakyat

Malaysia berisiko menghidapi penyakit jantung dan 1 daripada 6 kematian di

hospital-hospital di negara ini berpunca daripada penyakit Kardiovaskular (iaitu

penyakit jantung dan strok)

Pada tahun lalu sahaja, 25.4 peratus (11,812) kematian adalah akibat penyakit

kardiovaskular. dan kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular

berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun.

Jadual dibawah menunjukkan 10 penyakit utama yang menyebabkan kematian

2010. (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010)

PenyakitPenyakitPenyakitPenyakit Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)

Serangan Jantung 11808

Masalah Pernafasan 8597

Jangkitan Parasit 8296

Neoplasms 5532

Kecederaan & Keracunan 2331

Masalah Pencernaan 2218

Genitourinary 2033

Masalah Perinatal 1543

Masalah Klinikal Abnormal 932

Kekurangan Nutrien 801

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah 46, 58846, 58846, 58846, 588

Jadual 2:10 penyakit utama yang menyebabkan kematian 2010

(Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010)

6

Page 7: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa

kanser, penyakit jantung dan penyakit kronik lain telah membunuh lebih 24 juta

orang setiap tahun. Ia juga telah menyebabkan penderitaan ratusan juta orang di

seluruh dunia.

Secara umumnya terdapat 8 penyakit utama yang kronik di seluruh dunia iaitu:

1- Penyakit Jantung

2- Kanser/ Barah

3- Strok

4- Diabetes (Kencing Manis)

5- Osteoporosis

6- Athritis

7- Alzheimer

8- Obesiti (Kegemukan)

Penyakit Jantung

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di

dunia, dan dianggap yang membunuh kira-kira 7.2 juta manusia setiap tahun di

dunia.Ia Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi

pembunuh misteri. Diabetes , hipertensi, kegemukan, merokok, kurang

melakukan senaman , faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor

penyumbang kepada penyakit ini.

7

Page 8: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 1: Kempen Pencegahan Penyakit Jantung oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada

aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang,

senaman dan sebagainya. Namun statistik kematian mengenai penyakit jantung

tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan. Oleh itu Kementerian

Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen promosi kesihatan.

8

Page 9: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik.

Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan

menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk

membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin

rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin

rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Rajah 2: Keadaan Jantung apabila mengihidapi Penyakit Jantung

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol

LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk

membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon.

Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita

sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah

kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan

menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan

masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan

paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

9

Page 10: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan

penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media.

Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh

darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran

23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan

jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu

revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha

untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana

untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara

ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit

jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah.

Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil

homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol

LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan

bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein?

Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan,

sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein

yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua

serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras

homosistein dalam darah yang tinggi.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah

kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa

homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati

kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan,

asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

10

Page 11: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

BARAH/KANSER

Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi

penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan,

pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri

barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan

terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan

tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang

menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah

dikenali sebagai onkologi.

Rajah 3: Keadaan sel di dalam tubuh manusia

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini

disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang

semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara

rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal.

Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan

yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut.

Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-

olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat

11

Page 12: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun

kebelakangan perkembangan penjagaab palliative telah meningkat dengan

meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam

rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta

sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan

peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai

peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri

meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya

memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop.

Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi

dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian;

barah merupakan punca utama kematian di negara membangun . Kebanyakan

barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan

pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor

persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih

banyak barah berbanding faktor persekitaran yang lain.

12

Page 13: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa,

sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan

berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah

dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat

badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-

mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg

tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat

badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian

abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau,

suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah

atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat

jangkitan (infection).

13

Page 14: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar

menelan dan kelenjar membengkak di leher.

STROK

Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba.

Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.

Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan

penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok

boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan

dada atau kedua-duanya sekali.

Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya

boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu

mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat

dimulakan segera.

Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:-

•Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan.

•Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.

•Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.

•Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.

•Tidak sedarkan diri.

•Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa

yang berlaku dengan tiba-tiba .

Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau

TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda-

tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau

pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok. Jika gejala-gejala

di atas agak teruk, telefonlah ambulan.

14

Page 15: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 4: Penyebab strok dan sakit jantung (Sumber: Harian Metro)

Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk kerana arak,

memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah

tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa

bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan

sistem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital.

15

Page 16: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa

strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar. Sekatan saluran pernafasan

boleh berlaku. Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan

bantuan pernafasan perlu diberikan.

DIABETES/KENCING MANIS

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit

yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa

dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

•Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin

(IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja.

Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar

pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom

penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan

penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan

insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

•Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan

sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang

berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak

insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,

pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara

makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya

pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping

serius kepada pesakit).

16

Page 17: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 5: Kempen Pencegahan Diabetes oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Tanda-tanda penyakit kencing manis

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang

berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami

adalah:

1- Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)

2- Keletihan / Sentiasa letih

3- Penurunan berat badan secara mengejut

4- Kabur penglihatan

5- Otot lemah

6- Gatal-gatal di tempat kemaluan

7- Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan

8- Luka yang lambat sembuh

9- Kencing yang kerap

10- Gatal pada bahagian kemaluan

17

Page 18: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

11- Rasa kebas

12- Pening-pening

13-Bertambah selera makan

14- Lidah kering

15- Nafas berbau manis

OSTEOPOROSIS

Rajah 6: Gambaran Keadaan Bentuk Badan Penghidap Osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang,

menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros

tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah

yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko

tulang retak atau patah semakin meningkat.

18

Page 19: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 7: Keadaan Struktur Dalam Tulang Penghidap Osteoporosis

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya

kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya

disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang

patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul

retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang

belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak

tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur

melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi

rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka

meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu,

insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240

peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya

retak tulang dengan mudah. Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan

sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar

dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang

menyakitkan.

19

Page 20: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk

dari bahagian belakang hingga ke sisi badan. Selepas beberapa tahun, keretakan

tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian

belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti

berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau

retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh

menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan. Retak pinggul pula

biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak

pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak

pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko

menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi

hasil susu dari New Zealand, Fonterra. Kajian juga menunjukkan 50 peratus

rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata

Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Asia Barat, Joanne Todd.

Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di

seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35

tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.

"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi

masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata, katanya ketika

membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran

International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini. Todd berkata,

kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an

tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.

20

Page 21: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

ATHRITIS

Apa itu rheumatoid arthritis?

Rajah 8: Gambar tangan penghidap Athritis

Rajah 9: Gambaran X-ray keadaan tangan yang n normal dan tangan

penghidap Athritis

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga

melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah,

sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.

Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita

yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat

penyakit ini berbanding kaum lelaki.

21

Page 22: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti

secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas

autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan

simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid

arthritis.

Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran

sinovial(synovial membrane) dan tisu penyambung.Pesakit biasanya akan

mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi

tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun

dari tidur.

Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan

(symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-

kira enam minggu.

Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian

rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga

nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate(ESR), Sinaran

x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada

sendi dan bahagian tulang yang terlibat.

22

Page 23: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

ALZHEIMER

Alzheimer bukan penyaki menular, melainkan merupakan sejenis sindrom

dengan apoptosis sel-sel otak pada saat yang hampir bersamaan,sehingga otak

tampak mengerut dan mengecil. Alzheimer juga dikatakan sebagai penyakit yang

sinonim dengan orang tua.

Rajah 10: Gambaran X-ray keadaan struktur otak yang n normal

dan struktur otak penghidap Alzheimer

Risiko untuk mengidap Alzheimer, meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus mengidap

penyakit ini dan akan meningkat dua kali lipat setiap lima tahun, kata seorang

doktor. Menurutnya, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan orang tua, namun

sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap

penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Penyakit Alzheimer paling sering ditemui pada orang tua berusia sekitar 65

tahun ke atas. Di negara maju seperti Amerika Serikat saat ini ditemui lebih dari

4 juta orang usia lanjut penderita penyakit Alzheimer. Angka ini diperkirakan

akan meningkat sampai hampir 4 kali pada tahun 2050. Hal tersebut berkaitan

dengan lebih tingginya harapan hidup pada masyarakat di negara maju, sehingga

populasi penduduk lanjut usia juga bertambah.

23

Page 24: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 11: Gambaran keadaan Pesakit Alzheimer

Pada tahap awal perkembangan Alzheimer, penurunan faktor-faktor risiko

vaskular dapat menyulitkan diagnosis sindrom ini, namun mengurangi

kecepatan perkembangan demensia

Faktor risiko bagi Alzheimer ialah:

• pengidap hipertensi yang mencapai usia 40 tahun ke atas

• Pengidap kencing manis

• Kurang berolahraga

• Tingkat kolesterol yang tinggi

• Faktor keturunan - mempunyai keluarga yang mengidap penyakit ini padausia 50-an.

24

Page 25: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang

menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu

penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi,

obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ- organ badan dan

seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga

semakin pendek.

Rajah 12: Keratan akhbar berkaitan obesiti di Malaysia

25

Page 26: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Jika para remaja lihat, peratusan individu di Malaysia yang mengalami obesiti

semakin meningkat. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi

apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh

mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan

menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Rajah 13: Gambaran bentuk tubuh bagi yang mengalami obesiti

Anda dianggap Obes jika BMI anda (bagi orang Asia) ialah 27.5.

Kesan-kesan obesiti juga termasuk:

• peningkatan risiko sakit jantung

• tekanan darah tinggi

• diabetes / kencing manis

• masalah pernafasan

• masalah tidur

26

Page 27: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 14: Obesiti meningkat risiko mengalami penyakit lain

Kita seharusnya mengambil serius akan masalah obesiti di kalangan remaja.

Remaja atau kanak-kanak yang obes selalunya akan menjadi dewasa yang obes.

Faktor yang mempengaruhi obesiti ialah:

· Diet yang tidak seimbang.

· Pengambilan makanan ringan yang tidak sihat.

· Kekurangan aktiviti bersukan.

· Gaya hidup yang tidak sihat.

Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal (sukar bergerak) dan sosial

(keyakinan diri kurang dan rasa tersisih), jangka hayat seorang yang obes juga

semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan

pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

27

Page 28: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

KESEDARAN KEPENTINGAN KESIHATAN

NILAI HERBA DALAM DUNIA KESIHATAN

Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia kerana memiliki hutan

hujan tropika yang mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. Ditambah lagi,

kemewahan khazanah rimba Malaysia ini turut memiliki kira- kira 2000 spesies

tumbuhan ubatan atau herba yang telah diwartakan, sekali gus menjadikan ia

berperanan sebagai simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk

diproses menjadi produk asas penjagaan kesihatan mahupun sumber ubatan dan

makanan.

Penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan adalah

sejajar dengan keperluan manusia itu sendiri. Selain ia digunakan dalam

perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam

penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung

kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas.

Namun demikian, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan

kewujudan tumbuhan tersebut serta kelebihannya dan memainkan peranan

penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan. Mungkin

pendedahan dengan produk penjagaan kesihatan, minuman- minuman herba

berasaskan tumbuhan yang berlambak di pasaran sekarang membuka mata

masyarakat kita bahawa tumbuhan memberikan nilaian hebat dalam

mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Tetapi sejauh mana tumbuhan herba

tersebut berkesan seperti mana yang didakwa oleh pengusaha- pengusaha ubatan

dan makanan perlulah dikaji secara mendalam.

28

Page 29: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Oleh itu, banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan

herba. Antaranya ialah seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah

buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak dan banyak lagi. Untuk

memastikan agar tumbuhan herba ini dipelihara dan sumbernya berterusan,

maka, kepelbagaian biologi iaitu hutan- hutan di negara kita perlu diurus dengan

baik. Ini kerana, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional

yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang

ramai. Ini disebabkan oleh sifat kegunaan tumbuhan herba adalah pelbagai dan

boleh digunakan secara meluas. Selain daripada sebagai sumber ubatan

tradisional, tumbuhan herba juga digunakan dalam penghasilan bahan kimia

tulen untuk ubat- ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Di

samping itu, ia bermanfaat di dalam industri makanan, minuman, perisa,

kosmetik, bahan pencuci, wangi- wangian dan juga makanan tambahan

(nutraseutikal).

Pada dasarnya, hubungan antara manusia dan tumbuhan tidak dapat disangkal

lagi kerana memang banyak manfaat yang diperolehi dari tumbuhan untuk

manusia sejagat seandainya ia diguna dengan cara yang betul dan teratur.

Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh manusia itu sendiri, agar apa yang

telah dianugerahkan oleh Allah dapat dimanfaatkan keseluruhannya.

Ternyata, penggunaan secara berkesan sumber tumbuhan herba menjadikan

masyarakat kita mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan.

Contohnya, penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Orang-

orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan berkenaan dengan khasiat

tumbuhan herba dengan melihat kesan tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan.

Ada juga yang mungkin ditemui secara sengaja atau tidak sengaja dan

pengalaman yang ditimba mengajar masyarakat dahulu sama ada sesuatu jenis

29

Page 30: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

tumbuhan herba boleh dimakan atau tidak. Pemerhatian rupa bentuk, warna dan

bau sesuatu tumbuhan merupakan cara yang penting dalam menentukan

tumbuhan herba boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebaliknya.

Lantaran itu, perlunya juga penyelidikan yang saintifik disalurkan dalam bidang

tumbuhan herba agar pengetahuan masyarakat dahulu terhadap bidang ini tidak

lenyap dalam arus perubatan moden. Ini kerana, potensi tumbuhan herba amat

meluas sekali untuk dijadikan sebagai ubat- ubatan dan barang kegunaan yang

lain.

Atas dasar ini yang bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan keperluan

masyarakat kini, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang

lumayan kepada petani malah mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi

berbanding sesetengah tanaman lain yang banyak diusahakan oleh petani.

Oleh itu, penanaman tumbuhan herba perlu diperluaskan dan dikomersialkan

selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998- 2010 yang mengenalpasti industri

herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-

21 ini. Sejajar dengan itu, penggunaan herba dalam industri di Malaysia telah

meningkat berkali ganda sejak berpuluh tahun dahulu. Contohnya penggunaan

makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) telah

mencecah RM950 bilion pada tahun 1996 dan dijangka meningkat pada masa

sekarang. Namun begitu, peningkatan tersebut bukanlah suatu yang

mengejutkan kerana ia berdasarkan sifat kegunaan tumbuhan herba yang

pelbagai.

Melihat kepada perkembangan ini, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu

dibimbangi kerana telah wujud satu aliran masyarakat di dunia yang

berpendidikan termasuk di Malaysia sendiri yang tidak terlepas daripada dilanda

arus perkembangan tersebut, sudah mula mengutamakan dan menggunakan

barangan berasaskan semula jadi berbanding barangan yang mengandungi

30

Page 31: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

bahan kimia. Apabila memperkatakan barangan yang berasaskan tumbuhan

herba bermakna kehidupan yang diamalkan adalah kembali ke alam semulajadi

dan ia adalah selamat digunakan kerana diamalkan turun temurun dalam

penjagaan diri dan kesihatan. Di samping itu, ia berkesan untuk merawat dan

menjauhi daripada penyakit. Apa yang penting, barangan tersebut

berkemungkinan murah jika dibandingkan dengan produk keluaran luar negeri

dan ia adalah mesra alam (degradable). Secara tidak langsung, penggunaan

barangan yang berasaskan tumbuhan herba akan membantu dalam menjana

ekonomi negara dan kita tidak akan bergantung kepada negara luar untuk

produk penjagaan diri dan kesihatan.

Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di

Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita

dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan

dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi

dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu

mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah mengandungi

unsur antioksidan da phytoestrogen yang dapat membantu mencegah

pembiakan sel- sel kanser dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pada hari

ini pasaran produk yang berasaskan kacip fatimah agak meluas berdasarkan

manfaatnya yang pelbagai.

Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah benar seperti yang didakwa oleh

pengeluar produk herba bahawa barangannya mengandungi unsur tumbuhan

herba dan mampu memberikan kebaikan yang tertentu kepada kesihatan? Apa

yang berlaku pada hari ini, ramai pengeluar produk herba menyatakan bahawa

barangan yang diusahakan tersebut mengandungi tumbuhan herba yang

sedemikian tetapi hakikatnya kuantiti tumbuhan herba dimasukkan ke dalam

produk tersebut tidak mampu memberikan kesan yang mantap terhadap

kesihatan. Oleh itu, apa yang diperlukan untuk memperluaskan lagi industri

herba ini, selain daripada penyelidikan yang berterusan, perlu juga diadakan

31

Page 32: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

piawaian bagi produk herba bagi menjamin mutu, keberkesanan dan

keselamatan produk. Di samping itu, ia dapat menghasilkan produk yang

seragam.

Piawaian terhadap produk yang berasaskan tumbuhan herba perlu bagi

menembusi pasaran dunia dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap

manfaat sesuatu tumbuhan herba. Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan

terhadap tumbuhan herba perlu ditingkatkan dan mendapat kerjasama dari

semua pihak agar khazanah tumbuhan yang kita miliki ini tidak lenyap begitu

sahaja tanpa dimanfaatkan kegunaannya.

LANGKAH MEMARTABATKAN INDUSTRI HERBA

Tanaman herba telah dikenalpasti sebagai salah satu tanaman penting di dalam

Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2O11-2O2O untuk memacu sumber

pertumbuhan pertanian bernilai tinggi. lni kerana industri agromakanan

berasaskan herba menggunakan kekuatan negara termasuksumber biodiversiti

serta pengetahuan dan inovasi kepelbagaian etnik untuk menghasilkan produk-

produk baru yang menepati cita rasa pengguna. Promosi produk termasuk

penjenamaan akan ditingkatkan untul< memperluaskan pasaran di peringkat

global. Justeru, perancangan dan pembangunan herba diselaraskan di bawah

Majlis Pembangunan Herba Negara.

Untuk memperluaskan asas pertumbuhan industri herba sepertimana yang

disasarkan di bawah DAN, kerajaan meletakkan industry herba sebagai salah

satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi menjana RM2.2

bilion menjelang tahun 2020.

32

Page 33: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Industri Herba di bawah Projek Permulaan (EPP) 1 iaitu Membuka Nilai

Biodiversiti Malaysia Menerusi Produk Herba Bernilai Tinggi memberi

keutamaan kepada tanaman herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai

Kucing, Hempedu Bumi dan Dukung Anak. Program Kluster Herba yang

dijalankan oleh Jabatan Pertanian dapat mempergiatkan pengeluaran herba yang

bermutu tinggi dan konsisten kepada pengilang-pengilang industri herba,

mengatasi kerosakan bahan mentah yang tinggi dan mengurangkan kos

pengangkutan bahan mentah dari ladang ke pusat pengumpulan.

Pelaksanaan program ini juga menitikberatkan bahan mentah yang dihasilkan

adalah berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan. Malah, peserta terlibat di

bawah EPP1 digalakkan memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia

(SALM) atau Sijil Skim Organik Malaysia (SOM) yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pertanian. Ini bagi memastikan ladang- ladang yang diusahakan diiktiraf

mengamalkan Amalan Pertanian Baik atau diusahakan secara organik mengikut

kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan. Di samping itu, program kluster ini

juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Industri herba berpotensi sebagai salah satu pertumbuhan baru untuk

menjana ekonomi negara memandangkan wujudnya permintaan tinggi di

seluruh dunia terutama bagi sektor penjagaan kesihatan dan rawatan

secara alternatil Berdasarkan Burill & Co (2007), pasaran industri herba di

peringkat dunia menjelang 2020 dijangka mencapai RM I.8 trillion manakala

pasaran industri herba di Malaysia boleh mencecah RM30 bilion.

HERBA MALAYSIA (NKEA EPP 1)

1-TONGKAT ALI

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka

yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah

Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali

33

Page 34: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu

pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat

semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Rajah 15: Akar Tongkat Ali

Berdasarkan kajian, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya

meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan

badan.Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada

mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil

daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai

yang berlainan. Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat

dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.

Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah

digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.

34

Page 35: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan

untuk meningkatkan kesihatan badan.

Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi

Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah

Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat

mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.

"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di

namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya.

Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti.

Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi

kaedah spektroskopi.

Rajah 16: Pokok Tongkat Ali

Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat

ali. Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti,

integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali.

Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai

sebatian penanda untuk akar tongkat ali.

35

Page 36: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar

tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus.

Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri

farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan

produk tongkat ali.

Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa

yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti

pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.

Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang

mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun.

Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk

menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian

mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan.

''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari

sahaja," ujar Rasadah.

Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali

sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos.

Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon,

eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.

Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan

hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian.

Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk

dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan

masalah hormon dan kesuburan.

36

Page 37: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil

kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.

Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti

malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut

masih dijalankan.

Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak

sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian

akar selain daun dan batang.

Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan

ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan

mempunyai banyak khasiat.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk

membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.

Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan

keselamatannya. Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses

kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi

kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di

Kepong.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir

pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah

khasiat sesautu formulasi herba tersebut.

37

Page 38: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Page 39: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

2- KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba

yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan

dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang

terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita.

Rajah 18: Pokok Kacip Fatimah

Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua

elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah

pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon

estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan

melewatkan proses penuaan.

Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang

dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah

biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga

untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit.

Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja

kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman

yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh

lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan

39

Page 40: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari Famili

Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia

biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang

150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih

dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna

dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus

yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di

Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var.

lanceolata.

KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat

mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan

kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu

mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang

dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat

mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar

herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin.

Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya

(satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk

tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit

buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia

juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism),

gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi,

satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di

dalamnya.

40

Page 41: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rajah 19: Penemuan UTM terhadap ekstrak Kacip Fatimah

Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan

sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang

sepatutnya boleh dicadangkan.

ISU BERKENAAN TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH

Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga

dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang

ditawarkan. Kenapa?'' Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu

Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr.

Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang

Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.

Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan

yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu

akan kebenarannya.

Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan

sampingan produk yang mereka gunakan.

41

Page 42: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk

meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang

produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak

mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah.

''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular

itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik.

Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui

khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu

untuk meneroka khasiatnya.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama

ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang

betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk

tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.

Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak

mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam

minuman.

Rajah 20 : Antara produk kopi campuran Tongkat Ali

42

Page 43: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara

kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan.

''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan

ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya.

Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang

memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.

Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut

mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali

sedangkan kuantitinya sangat sedikit.

Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM)

menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada

dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang

gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.

Rajah 21 : Keratan Akhbar berkaitan Kopi Tongkat Ali

43

Page 44: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk

menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi

mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai

contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu.

Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk

mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat

pengguna.

Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran

tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya.

Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang

semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia

kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya

herba.

Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan

atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan. Bagaimanapun, menjadi cabaran

saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat

tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.

Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan

banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu

merawat pelbagai jenis penyakit.

''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional

sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan.

Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu

yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu. Satu lagi penyelidikan yang perlu

diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan

44

Page 45: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan

datang.

3- MISAI KUCING

Rajah22: Pokok Misai Kucing

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga

"Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah

daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok

Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai

ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam

sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm

panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang,

seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai

Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun

bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna

45

Page 46: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna

kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh

setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna

putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok

Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit

kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah

pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut

kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat

diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan

penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang

hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt

oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid,

glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun

temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang

berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan

terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk

menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia

juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-

ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik

dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan

jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan

masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat

kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan

46

Page 47: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ

dalaman disamping sifat antiseptiknya.

4- HEMPEDU BUMI

Rajah 23: Pokok Hempedu Bumi

Pokok Hempedu bumi dan nama Saintifik ialah Andrographis Paniculata.Ia

juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai

di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi

merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya

boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan

tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur,

runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaannya Hempedu Bumi

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi

disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar

tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh

47

Page 48: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya

pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-

molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang

menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit

telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang

tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan

dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak

begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar

kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang

berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan

pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang

mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah

Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar

cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah,

longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di

kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang

mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk

merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara

yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular

dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan

adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih

dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan

sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan.

Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya.

Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum

kerap sangat dalam sehari.

48

Page 49: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

5- DUKUNG ANAK

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga

"Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat diMalaysia.

Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam

dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba

perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit

berkaitan hati.

Rajah 24: Pokok Dukung Anak

Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm

tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak

kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai

daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.

Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka.

Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga

segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga

dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya

1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.

49

Page 50: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat

penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah

dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu

mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok)

dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat.

Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya

agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing.

Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak

berbahaya.

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai

perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang

dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan

asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery)

yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit.

Caranya minum air rebusan setiap hari.

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis

buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang

berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru

lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur

boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh

ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa

gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan.

Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam

bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan

tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

50

Page 51: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

CABARAN INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT

GLOBALISASI

Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di

Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba

bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan

hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba

untuk kegunaan tertentu dalam perubatan. Namun terdapat cabaran-cabaran

perlu ditangani bagi menjadikan industri herb aMalaysia ke peringkat global.

Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran untuk ke Peringkat Globalisasi

1-Isu dan cabaran dalam penanaman herba

2-Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba

3- Isu dan cabaran penghasilan produk herba

4-Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran

5-Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi

1- ISU & CABARAN DALAM TANAMAN HERBA

Rajah 25: Isu dan cabaran dalam penanaman herba

51

Kekurangan

Kawasan

Tanaman

Teknologi

Pengeluaran

yang

Terhad

Maklumat

Pasaran

yang

Terhad

Kemusnahan

& Eksploitasi

Tumbuhan

Spesis

Liar

Kuantiti

Bahan

Mentah yang

Tidak

Menentu

ISU & CABARAN DALAMPENANAMAN HERBA

Page 52: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

1- Kualiti Bahan Mentah yang Tidak Menentu

Tidak terdapat penetapan standard kualiti bahan dan hasilnya kualiti bahan

mentah tidak menentu. In menyebabkan sumber tersebut tidak boleh dijadikan

sandaran atau sumber utama. Standard dan kualiti bahan mentah diperlukan

untuk menghasilkan produk herba yang berkualiti untuk bersaing di peringkat

global.

2- Kemusnahan dan Eksploitasi Spesis Tumbuhan Liar.

Terdapat banyak spesis tumbuhan liar yang telah diambil dari hutan. Ini

menyebabkan pengurangan dan kepupusan tumbuhan herba tertentu jika

pengambilan hasil tumbuhan liar ini secara berleluasa dan berlebihan. Oleh itu

bagi mengekalkan spesis tumbuhan herba ni, ia perlulah disemai untuk kegunaan

komersial. Ini juga mengurangkan dan mengelak tumbuhan herba liar di hutan

ditebang atau diambil dengan rakus.

Bagi tumbuhan herba liar yang tidak dapat disemai atau hidup di kawasan lain,

tumbuhan tersebut perlulah dijaga dengan baik bagi mengekalkan spesis tersebut

supaya tidak akan pupus.

3- Maklumat Pasaran yang Terhad

Di Malaysia penanam tumbuhan herba dan pengumpul atau pembeli tumbuhan

herba berurusan secara individu. Oleh itu maklumat pasaran tumbuhan herba

sangat terhad menyekat pengembangan industri herba itu sendiri. Ini perlu

diperbaiki untuk membantu menaiktarafkan industri herba untuk maju di era

globalisasi.

52

Page 53: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

4- Teknologi Pengeluaran yang Terhad

Cara moden atau teknologi pengeluaran hasil herba seperti cara mengawal

serangga perosak atau penyakit tanaman herba, pengurusan tanaman herba dan

penanaman herba organik adalah faktor penting untuk menghasilkan tanaman

herba yang berkualiti.

2- ISU & CABARAN DALAM PROSES DAN FORMULASI PRODUK

HERBA

Rajah 26: Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba

53

Kekurangan

Teknologi

Pemprosesan

Primer

bagi Hasil

Tanaman Herba

Kekurangan

Kemudahan

Mengendalikan Hasil

Tanaman Herba

Kekurangan Hasil

Tanaman yang

Berkualiti Tinggi

Kos

Teknologi

Pemprosesan

yang Tinggi

Kekurangan

Pengetahuan

Mengenai

Teknologi

Pemprosesan

Pengeluaran

Produk Herba

Berkualiti

Rendah

ISU & CABARAN

DALAM PROSES

DAN FORMULASI

PRODUK HERBA

Page 54: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

1- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan

Antara faktor yang penting untuk mendapatkan kuantiti bahan mentah yang baik

adalah semasa penuaian hasil tanaman herba. Kandungan bahan aktif pada

tanaman herba adalah bergantung pada tahap kematangan tanaman tersebut.

Penuaian pada masa yang tepat menenrukan kandungan bahan aktif pada tahap

yang maksimum. Kini pengetahuan ini adalah terhad disebabkan kekurangan

pengetahuan mengenai cara menguruskan hasil tuaian dan teknologi

pemprosesan primer. Teknologi kini lebih memerlukan tenaga buruh berbanding

mesin. Oleh itu tanpa pengurusan hasil tuaian tanaman herba yang betul akan

menghasilkan kualiti produk yang berkualiti rendah.

2- Kekurangan Kemudahan Mengendalikan Hasil Tuaian Tanaman

Herba

Kemudahan untuk mengendalikan hasil tuaian tanaman herba ini adalh terhad.

Kemudahan ini amat penting untuk memastikan kualiti bahan mentah. Peralatan

dan kemudahan terkini di pasaran memerlukan kos yang amat tinggi. Walaupun

hasil pengeluaran produk pada skala besar tidak akan menjanjikan keuntungan

jika menggunakan kemudahan yang berkos tinggi ini.

3- Pengeluaran Produk Berkualiti Rendah

Teknologi peralatan yang terhad menyebabkan penghasilan kualiti produk yang

bermutu rendah. Ini kerana teknologi pemprosesan diperlukan untuk

menghasilkan dan memastikan produk pada tahap piawaianyang tinggi. Ujian

produk diperlukan untuk memastikan produk herba tersebut mencapai piawai

yang ditetapkan.

54

Page 55: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

4- Kekurangan Bahan yang Berpiawai

Antara faktor yang mempengaruhi produk yang berkualiti adalah bahan mentah

yang mencapai piawai yang ditetapkan. Ini adalah untuk meningkatkan taraf

perubatan herba setaraf dengan perubatan moden. Pengguna kini mementingkan

produk yang berkualiti, konsisten, berkesan dan selamat digunakan jika

dikaitkan dengan perubatan sama ada perubatan herba atau moden.

5- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan

Teknologi pengekstrakan, pecahan dan penulenan adalah teknologi yang

memerlukan kos yang sangat tinggi kerana mempunyai spesifikasi peralatan atau

mesin yang berprofil tinggi. Walaupun harga peralatan atau mesin ini agak

mahal dan sangat membantu dalam pemprosesan, ianya sukar didapati di

Malaysia. Teknologi pengasinga fitokimia digunakan untuk menghasilkan produk

yang bermutu tinggi. Contohnya minyak serai wangi (citronella oil) dapat dijual

pada harga RM 70/kg tetapi fitokimia yang terdapat dalam minyak serai wangi

(citronella oil) iaitu hydroxyl citronella boleh dijual dengan harga tiga hingga 4

kali ganda daripada minyak serai wangi (citronella oil) itu sendiri. Ini kerana

terdapat permintaan dalam kegunaan perubatan menyumbang harga yang tinggi

fitokimia ini.

6- Kos Teknologi Pemprosesan yang Tinggi

Kos pelaburan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan teknologi

pemprosesan dan kemudahan ujian yang berkualiti tinggi. Ini ditambah pula

dengan pekerja yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan teknologi

pemprosesan tersebut. Ini semua tidak dapat ditanggung oleh syarikat-syarikat

yang kecil baru beroperasi. Kemudahan berteknologi tinggi ini memerlukan

bahan mentah yang banyak dan akan menghasilkan produk yang berisipadu

55

Page 56: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

tinggi. Dengan itu semua kos yang tinggi dapat ditampung dengan hasil yang

banyak.

3- CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA

Rajah 27: Isu dan cabaran dalampenghasilan produk herba

1- Kekurangan Pembangunan Produk Formulasi

Secara umum, formulasi ialah campuran bahan-bahan yang tidak bertindak balas

untuk mendapatkan campuran yang mempunyai karakter yang diiginkan.

Contohnya formulasi seperti cat, dakwat, kosmetik, bahan cuci dan produk

farmaseutikal. Pembangunan produk formulasi ini seharusnya menghasilkan

keuntungan.

56

Kekurangan

Pengetahuan

Mengenai

Ekstrak

yang

Mencapai

Standard

Kekurangan

Pendedahan

Jenis

Pembungkusan

& Teknik

Pelabelan

Kekurangan

Pharmacopoeia

Yang

Komprehensif

Kekurangan

Pembangunan

Produk

Formulasi

CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA

Page 57: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

2- Kekurangan Pharmacopoeia yang Komprehensif

Kadar pertumbuhan industri herba yang pesat menyebabkan pemilihan dan

menentukan produk berkualiti tinggi semakin kompleks dan mengelirukan

pengguna. Salah satu cabaran besar dalam industri herba ialah menentukan

spesis herba yang tepat.. Bagi bentuk herba kering, bentuk, bau dan rasa yang

berlainan menyebabkan kesukaran menentukan yang terbaik. Terdapat masalah

yang mana pengeluar produk herba yang tidak beretika telah menggantikan

herba berkualiti tinggi dengan herba yang berkualiti rendah. Ini disebabkan

kekurangan pharmacopoeia untuk memastikan ketulenan tumbuhan, ekstrak

dan bahan fitokimia untuk kegunaaan farmaseutikal.

3- Kekurangan Pengetahuan pada Bahan yang Standard

Ekstrak yang standard dapat menghasilkan produk akhir yang konsisten untuk

tujuan klinikal. Ekstrak yang standard memerlukan teknologi penulenan

menghasilkan fitokimia yang konsisten dan lebih efektif. Ini dapat dijalankan

dengan analisis kimia untuk menentukan dan memastikan kandungan bahan

aktif dalam tumbuhan. Ini membantu memberi keyakinan untuk menerima

produk herba sebagai salah satu perubatan yang efektif.

4- Kekurangan Pendedahan Mengenai Jenis Pembungkusan dan

Teknik Melabel

Tujuan pembungkusan ialah untuk melindungi dan memberi maklumat dan

identifikasi dan juga keselesaan bagi produk yang dihasilkan sebelum digunakan

oleh pengguna. Pembungkusan produk herba yang baik adalah untuk

memastikan kualiti dan keselamatan bahan herba untuk pengguna. Bentuk akhir

produk herba juga penting sama ada tablet, kapsul, cecair atau butir halus

memerlukan pembungkusan yang sesuai.

57

Page 58: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Rekaan pembungkusan seharusnya seiring dengan herba itu sendiri dengan label

yang betul dan jenis bahan pembungkusan yang berkualiti tinggi.

4 - CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BIDANG PEMASARAN DAN

PENGEDARAN

Rajah 28: Isu dan cabaran dalam bidang pemasaran dan pengedaran

produk herba

58

CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

PEMASARAN

DAN

PENGEDARAN

PRODUK HERBA

Pemasaran

dan

Pembungkusan

Pengembangan

Jenama

Promosi dan

Pendidikan

Pengguna

Persijilan

Produk

Tempatan

Page 59: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

1- Pengembangan Jenama

Salah satu isu dalam memperkenalkan produk herba tempatan adalah

pengenalan dan pengembangan jenama. Ini menyebabkan industri tempatan

tidak dapat bersaing di peringkat pasaran domestik dan global. Pembangunan

jenama ini penting untuk menarik minat pengguna. Kekurangan pengembangan

jenama ini menyebabkan kesukaran bersaing dengan produk antarabangsa yang

sudah terkenal seperti Himalaya, Pfizer dan CCM Duopharma.

Page 60: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

3- Pendidikan Pengguna dan Promosi

Di Malaysia pendidikan kepada pengguna dan promosi berada pada tahap yang

rendah. Ianya sangat membantu dalam memberi kesedaran pada pengguna

bahawa terdapat banyak kebaikan dalam produk herba. Oleh itu pendidikan yang

efektif dan promosi membantu meningkatkan hasil jualan dan seterusnya

memberikan pulangan yang memuaskan.

Rajah 31: Contoh Promosi dan Artikel Pendidkan Pengguna

4- Persijilan Produk Tempatan

Rajah 32: Antara Persijilan tempatan dan antarabangsa

60

Page 61: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Isu ini memainkan peranan penting dalam industri herba tempatan. Pelaksanaan

dapat dibuat dengan memastikan produk herba ini mendapat pengiktirafan dan

persijilan seperti ISO, HACCP dan FDA USDA yang tidak banyak terdapat di

Malaysia. Ini akan memberi keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pengguna.

Ini juga membantu pengguna dapat membuat pilihan yang tepat.

5- ISU & CABARAN INDUSTRI HERBA DAN BIOTEKNOLOGI

Rajah 33: Isu dan cabaran dalam indsutri herba dan bioteknologi

Seperti yang di atas terdapat beberapa isu-isu penting yang dihadapi industri

tempatan terutama dalam industri herba dan bioteknologi. Perkara penting yang

diperlu diberi perhatian adalah strategi pemasaran yang teratur untuk

dipasarkan di pasaran global. Ini disebabkan oleh produk-produk herba di

negara ini mendapat permintaan yang akan memberi impak pada negara

Malaysia ini. Ini adalah analisis terhadap isu dan cabaran yang dihadapi dalam

bidang ini.

61

ISU & CABARAN

INDUSTRI HERBA

DAN BIOTEKNOLOGI

Kekurangan

Pengeluar

Yang

Besar

Kekurangan

Strategi

Pemasaran

Kekurangan

Modal

Permulaan

Kekurangan

Kepakaran

Manusia

Kekurangan

Mekanisme

Pengesahan

& Persijilan

Page 62: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

1- Kelemahan Syarikat Menjalankan Strategi Pemasaran yang Teratur

untuk Memasarkan Produk Tempatan ke Pasaran Antarabangsa

Terdapat syarikat yang telah berjaya dalam strategi memasarkan jenama mereka

dan juga sebaliknya. Syarikat seperti Pharmaniaga, CCM Pharmaceuticals, Clara

International, INS Bioscience, Power Root dan Adabi telah mempunyai jenama

yang kukuh dalam penjenamaan dan sistem pemasaran. Terdapat pengeluar

yang tidak mempunyai masalah dalam pembangunan jenama tetapi memberi

kesan yang efektif pada jenama itu sendiri. Pembangunan jenama boleh

dilakukan dengan secara usaha sendiri atau dengan pertolongan perunding

penjenamaan. Walau bagaimanapun pembangunan penjenamaan seharusnya

seiring dengan keberkesanan produk jenama itu sendiri.

Page 63: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

2- Kelemahan Syarikat Tidak Menghasilkan Produk Herba Berskala

Besar

Kebanyakan syarikat tidak mempunyai kemudahan pengeluaran skala besar.

Penghasilan skala besar ini memerlukan kemudahan bagi membantu pengeluar

produk tempatan. Kurang permintaan dari luar negara disebabkan kekurangan

inisiatif pemasaran oleh pengeluar itu sendiri dan persijilan produk. Tanpa

pengeluaran yang berskala besar dan permintaan yang cukup , pengeluar tidak

akan dapat bertahan dalam kontrak dalam tempoh masa yang panjang.

3- Penyelidikan dan Pembangunan untuk Memantapkan

Keberkesanan Perubatan Herba

Faktor utama yang memberi kesan jualan produk herba adalah kesan efektif

produk herba itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan melakukan kajian dan

penyelidikan yang berterusan. Pengguna kini mementingkan keberkesanan

yang dibeli untuk mereka gunakan. Bagi mendapat kepercayaan pengguna

mengenai perubatan herba, kajian dan penyelidikan perlulah dijalankan. Kajian

ini perlulah dibuat untuk menguji keberkesanan herba yang telah diekstrak

melalui ujian klinikal. Ini perlu dijalankan kerana terdapat di kalangan pengguna

yang berpendapat bahawa prubatan herba memerlukan masa yang panjang dan

kurang memberi kesan berbanding produk farmaseutikal, Oleh itu perubatan

herba perlu membuat mekanisme persijilan bagi badan tempatan dan

antarabangsa mengiktiraf dan mengakui keselamatan serta keberkesanan produk

herba ini.

4- Kekurangan Pekerja yang Cekap dan Berpakaran Tinggi

Industri herba kini kekurangan graduan daripada bidang bioteknologi atau

farmaseutikal. Keperluan modal insan dalam bidang sains amat diperlukan.

63

Page 64: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

Bidang ini juga dijadikan sebagai perniagaan menjadi sumber pendapatan serta

menyumbang kepada ekonomi negara.

5- Kekurangan Pengeluar di Peringkat Global

Kini terdapat sekumpulan kecil syarikat di Malaysia yang telah berjaya memasuki

pasaran antarabangsa. Beberapa syarikat ini terdapat di antara mereka yang

telah fokud pada pasaran Indonesia iaitu Pharmaniaga, CCM Duopharma dan

Adabi. Clara International pula telah fokus pada pasaran China.

Walaubagaimanapun pasaran Eropah dan Amerika Syarikat masih belum lagi

diterokai oleh pengeluar tempatan.

Perkara yang perlu diberi perhatian pada produk herba ini untuk memasuki

pasaran Amerika Syarikat khususnya memerlukan pengesahan produk daripada

segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk tersebut. Kegagalan membuat

seperti tersebut atau terbukti produk tersebut merbahaya pada rakyat Amerika

Syarikat akan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak mengikut

undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan mereka. Ini akan menjatuhkan

sesuatu jenama. Persediaan yang lengkap perlu dilakukan sebelum memasuki

pasaran Amerika Syarikat.

6- Kekurangan Modal Awal

Produk bagi herba yang baru ditemui tidak dapat berkembang jika kekurangan

modal sama ada melibatkan geran penyelidikan atau kerjasama ahli ekonomi.

Ini sangat penting untuk memulakan usaha penyelidikan dan pembangunan

herba baru serta membantu mengkomersialkan produk herba itu. Sumber utama

untuk menyalurkan dana adalah dana swasta yang dapat memberi nilai

komersial bagi penemuan herba baru.

64

Page 65: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

USAHA MEMBAWA INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT

GLOBAL

1- Mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse)

Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan

herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan

ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba

tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan

hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

2-Mempunyai badan atau pusat yang dijadikan sumber untuk

mendapatkan bekalan benih dan pokok

Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih

dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi

untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas

200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan

warisan herba tradisional terus terpelihara.

3-Kesedaran masyarakat

Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur

menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan

herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi

mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras

dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba

sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

65

Page 66: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

4- Langkah/usaha untuk memajukan industri perubatan herba

i. Penanaman tanaman herba secara lebih meluas

Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi

memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam

secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri

kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah

selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri

herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada

abad ke-21 ini.

ii. Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat

digunakan

Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah

dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik

perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan

khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba

Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa

secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih

mempercayai keberkesanannya.

66

Page 67: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

ii.Menggabungkan kepakarantenaga tempatan dan luar negara

Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan

mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar

antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia

akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga

tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China

dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah

Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.

67

Page 68: Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL

DISEDIAKAN :

RABE'AH ADAM

MK121004

MKTC1JA

IBD UTM

68