42
KOMPONEN-KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA Disediakan Oleh : Nassruto

KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KOMPONEN-KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KELUARGA

Disediakan Oleh : Nassruto

Page 2: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

PENGENALANCawangan Kesihatan Keluarga adalah salah satu

cawangan di dalam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Bermula daripada satu unit Kesihatan Ibu Mengandung & Kanak-kanak pada tahun 1964 sehingga tahun 1991.

Program-program baru seperti Kesihatan Primer, Kesihatan Warga Tua, Kesihatan Remaja dan Kesihatan Mental telah diperkenalkan pada tahun 1995.

Pusat Kesihatan juga telah dikenali sebagai Klinik Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada masyarakat.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kesihatan Awam pada tahun 1996.

Program Penggalakan Kesihatan Sekolah telah dilancarkan setahun kemudian.

Page 3: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• Cawangan ini berkembang dengan pesat, dan kini mempunyai 8 unit iaitu ;

i ) Kesihatan Ibu Mengandung dan Perinatal, ii ) Kesihatan Kanak-kanak, iii ) Kesihatan Sekolah iv ) Kesihatan Remaja, v ) Kesihatan Wanita, vi ) Kesihatan Warga Emas, vii ) Kesihatan Mental viii ) Rehabilitasi/OKU

Page 4: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

OBJEKTIF Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang

komprehensif dengan penekanan kepada:• Pencegahan• Penggalakan• Kuratif dan Rehabilitasi.

Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal mental dan sosial sesebuah keluarga.

Untuk meningkatkan dan mengekal kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dengan tumpuan kepada kumpulan berikut: • Wanita dalam kumpulan umur reproduktif • Ibu dan perinatal • Bayi & kanak-kanak (pra-sekolah/sekolah) • Remaja • Warga tua

Page 5: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

WAWASANKe arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati kehidupan

yang berkualiti sepanjang hayat.

Untuk melahirkan institusi keluarga yang sihat sejahtera, Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat.

Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor dan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan keluarga.

MISIMISI

Page 6: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA

Unit ini terdiri daripada 2 komponen perkhidmatan kesihatan yang utama iaitu:• Kesihatan Keluarga (Maternal and Child Health) • Kesihatan Primer (Primary Health Care)

UNIT-UNIT DI BAWAH PENGURUSANUNIT-UNIT DI BAWAH PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA KESIHATAN KELUARGA

Kesihatan Ibu & Perinatal Kesihatan Kanak-kanak Kesihatan Remaja Kesihatan Warga Emas Kesihatan Sekolah Rehabilitasi / Kesihatan OKU Kesihatan Mental

Page 7: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN IBU DAN PRENATAL Program ini dipandang penting kerana golongan yang rentan adalah

golongan ibu terutama semasa hamil, saat melahirkan dan semasa selepas melahirkan dan bayi yang baru lahir.

OBJEKTIF• Objektif utama unit ini adalah untuk mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil, bersalin dan selepas bersalin serta penjagaan perinatal kearah peningkatan tahap kesihatan ibu dan perinatal.

WAWASAN• Ke arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati

kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat.

Page 8: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

MISI• Merancang perkhidmatan penjagaan kesihatan yang

berkualiti, berkesan serta berteknologi terkini yang bersesuaian, mudah serta mampu diperolehi oleh setiap ibu semasa mengandung, bersalin, selepas bersalin dan bayi di peringkat perinatal

FUNGSI• Unit ini bertanggungjawab untuk merancang,

menyelaras,menyelia, memantau dan menilai semula semua aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil, bersalin dan selepas bersalin dan bayi dalam peringkat perinatal dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Page 9: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

AKTIVITI• Penjagaan Antenatal (jagaan semasa hamil)• Perbidanan dirumah atau di pusat bersalin alternatif• Penjagaan postnatal (jagaan selepas bersalin)• Penjagaan bayi baru lahir dan neonate.

AKTIVITI KEPASTIAN KUALITI KESIHATAN IBU DAN PRENATAL

Memastikan kurangnya penyakit :• Eklampsia• Puerperal Sepsis (jangkitan baru lahir)• Jaundis Neonatal Teruk (penyakit kuning)• Neonatal Tetanus (kancing gigi)

Page 10: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN KANAK-KANAK

• Program Kesihatan Kanak-kanak telah bermula sejak tahun 1950an sebagai program kesihatan ibu dan anak.

• Ia telah berkembang ke kawasan luar bandar dan juga bandar dan pada masa ini perkhidmatan kesihatan kanak-kanak dijalankan di semua klinik kesihatan dan juga klinik desa di seluruh negara.

Page 11: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Aktiviti

Page 12: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

JADUAL LAWATAN KANAK-KANAK KE KLINIK KESIHATAN

Page 13: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• IMUNISASIImunisasi yang diberi kepada kanak-kanak adalah salah

satu perkhidmatan yang diintergrasi ke perkhidmatan kesihatan kanak-kanak.

Ia boleh di dapati di semua kemudahan kesihatan di bandar dan luar bandar pada sesi perkhidmatan kesihatan kanak-kanak. Imunisasi juga di beri di hospital dan juga klinik swasta.

Page 14: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
Page 15: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN REMAJA• Program ini diwujudkan bagi membangun dan

memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan untuk golongan remaja selaras dengan matlamat, objektif dan strategi yang ditetapkan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara.

• OBJEKTIF Merancang dan menyediakan perkhidmatan kesihatan

kepada semua remaja yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual untuk memperkasakan remaja ke arah pengamalan tingkahlaku yang sihat.

• WAWASAN Remaja akan menikmati kehidupan yang sejahtera,

berkualiti dan diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengamalkan tingkahlaku yang sihat.

Page 16: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• MISIMenyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh

dan optima serta sokongan yang mencukupi untuk remaja, melalui peningkatan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kerjasama antara agensi dengan masyarakat serta penglibatan remaja yang aktif dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan.

Page 17: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KONSEP PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA

• Sesebuah klinik ditakrifkan sebagai menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Remaja sekiranya klinik tersebut menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan berikut:

Perkhidmatan Promosi dan Pendidikan Kesihatan Remaja Perkhidmatan Saringan Kesihatan Remaja Perkhidmatan Perawatan Remaja Perkhidmatan Khidmat Nasihat/ Kaunseling Remaja Perkhidmatan Rujukan

Page 18: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

SKOP PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA

• Skop perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah seperti berikut: Perkhidmatan Kesihatan Pertumbuhan dan Perkembangan. Perkhidmatan Kesihatan Pemakanan. Perkhidmatan Kesihatan Mental. Perkhidmatan Kesihatan Seksual dan Reproduktif. Perkhidmatan Kesihatan Tingkah Laku Berisiko. Perkhidmatan Kesihatan Fizikal.

Page 19: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN SEKOLAH• Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu

perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di selururh Malaysia.

• Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 22 September 1997.

• Strategi dan aktiviti PBSS telah diolah bagi mencapai matlamat “untuk mewujudkan warga sekolah yang sihat dalam persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah menuju Wawasan 2020”.

Page 20: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Komponen utama perkhidmatan kesihatan di sekolah.

Page 21: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• OBJEKTIF Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling

optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit,

rawatan dan rujukan. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

• MISIMelahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang

sihat,selamat dan berkualiti kearah pencapaian wawasan negara.

Page 22: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada

pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu.

Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melaui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah.

Pendidikan kesihatan individu pula merujuk kepada khidmat nasihat yang diberikan oleh anggota kesihatan semasa sesi pemeriksaan kesihatan.

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh pasukan

pergigian sekolah yang melawat semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Page 23: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEKOLAH Perkhidmatan Persekitaran Sekolah dilaksanakan

oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran secara bersepadu.

Pemeriksaan persekitaran sekolah meliputi pemeriksaan infrastrukur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin sekolah.

Page 24: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN ORANG KURANG UPAYA

(Rehabilitasi)

• Pengenalan • Perkhidmatan Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU)

telah ditubuhkan pada tahun 1996.• Merangkumi penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas

serta dewasa kurang upaya (OKU). • Antara perkhidmatan yang disediakan adalah; i )pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas di

peringkat klinik kesihatan dan komuniti ii )aktiviti pencegahan dan kawalan masalah pekakkan

dan kebutaan.

Page 25: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• Fokus perkhidmatan dari tahun 1996 hingga 2005 tertumpu pada pengendalian kanak-kanak berkeperluan khas.

• Bermula tahun 2006 Unit Kesihatan OKU telah mula merancang perkhidmatan bagi OKU dewasa.

Page 26: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak Keperluan Khas

1.  Perkhidmatan di Klinik Kesihatan • Perkhidmatan yang disediakan adalah aktiviti rehabilitasi

atau pemulihan di klinik kesihatan. • Aktiviti ini dilaksanakan oleh jururawat kesihatan dan

diselia oleh jurupulih anggota dan jurupulih carakerja.• Sehingga kini sebanyak 242 klinik kesihatan telah

menyediakan perkhidmatan ini.

Page 27: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah;

Page 28: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• Bilangan klinik kesihatan yang menyediakan aktiviti rehabilitasi telah meningkat dari tahun 1996-2007(Rajah 1).

• Dalam tahun 2008, sebanyak 1412 kes baru telah dikesan sementara jumlah kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan pemulihan di klinik adalah seramai 3509 orang.

Page 29: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Rajah 1

Page 30: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

2.  Sistem saringan awal bagi masalah autisme dikalangan kanak-kanak

• Projek rintis Saringan Masalah Autisme telah dilaksanakan menggunakan senarai semak ‘M-CHAT’ (iaitu Modified Checklist for Autism among Toddlers)

• Telah dilaksanakan pada tahun 2005-2006.• Hasil kajian menunjukan kadar kejadian masalah autisme di

kalangan kanak-kanak 18 bulan hingga 3 tahun adalah 1.6 per 1000 kanak-kanak.

• Ekoran dari kajian ini keputusan dibuat supaya saringan diteruskan dan diperkembangluaskan keseluruh negara secara berperingkat.

Page 31: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• Bermula tahun 2007, senarai semak M-CHAT dimuatkan kedalam buku rekod kesihatan kanak-kanak yang baru.

• Apabila buku rekod ini digunakan diseluruh Negara, semua kanak-kanak berumur 18 bulan yang menghadiri sesi di klinik kesihatan akan disaring bagi masalah autisme.

Page 32: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN MENTAL

Pengenalan• Sejak tahun 1977, Kementerian Kesihatan Malaysia telah

menyediakan Program  Kesihatan Mental dalam Komuniti dengan visi, misi dan objektifnya.

• Program Kesihatan Mental dalam komuniti dijalankan untuk menggalakkan integrasi perkhidmatan kesihatan mental ke dalam peringkat penjagaan kesihatan primer.

Visi• Melahirkan masyarakat seimbang dan sihat dari segi

psikologi dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan  mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial

Page 33: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Misi• Mempromosikan perkembangan kesihatan

mental individu• mengurangkan atau mengelakkan kerencatan

psikososial• menyediakan rawatan optima dan sokongan

psikososial kepada pesakit mental dan merangsang potensi optima  pesakit mental dalam komuniti.

Page 34: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Objektif• Untuk menggalakkan kesihatan mental yang positif

melalui peningkatan kemahiran hidup dan amalan gaya hidup sihat.

• Mengurangkan prevalen penyakit mental di kalangan kumpulan berisiko tinggi melalui saringan dan intervensi awal di peringkat penjagaan primer.

• Meningkatkan kefungsian psikososial individu-individu yang mempunyai penyakit mental  bagi menjalani hidup berdikari di dalam komuniti

• Memberi rawatan dan penjagaan berterusan di peringkat komuniti

Page 35: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Berdasarkan objektif di atas, Program Kesihatan Mental Komuniti mempunyai komponen-komponen berikut:

• Promosi Kesihatan Mental• Penjagaan Perawatan Pesakit Mental dalam Komuniti• Pemulihan Psikososial  (PSR) bagi Pesakit Mental di

Klinik Kesihatan

Page 36: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

KESIHATAN WARGA EMAS

• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) telah mentakrifkan bahawa sesebuah negara itu akan mengalami ‘fenomena ketuaan’ (ageing phenomenon) apabila jumlah warga tuanya mencapai 7% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negara tersebut.

Page 37: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

Objektif

• Untuk menggalakkan penyertaan warga emas dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat serta mempertingkatkan taraf kesihatan warga emas.

• Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mesra umur,berkemampuan dari segi kos,saksama,mudah diperolehi,setanding dengan budaya,tidak mendiskriminasi gender dan mempunyai sistem berkesinambungan, serta diberi secara holistik di semua peringkat.

Page 38: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

AKTIVITI

• Promosi dan pendidikan kesihatan.• Ujian saringan dan penilaian kesihatan.• Pemeriksaan perubatan, kaunseling, rawatan dan

rujukan.• Lawatan ke rumah dan perawatan di rumah.• Perkhidmatan rehabilitasi(fisioterapi dan

pemulihan cara kerja).• Sosial, rekreasi dan kebajikan.

Page 39: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

RUMUSAN

• Komponen – komponen dalam kesihatan keluarga adalah salah satu komponen yang penting dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kompreshensif dengan memberi penekanan kepada :

• 1. Pencegahan• 2. Penggalakan• 3.Kuratif dan Rehabilitasi.

Page 40: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

• Ia adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan secara holistik dari peringkat awal.

• Memberi perkhidmatan kesihatan kepada semua peringkat umur manusia (bayi – warga emas).

Page 41: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

RUJUKAN

• http://www.myhealth.gov.my/myhealth• http://fh.moh.gov.my• http://pkmersing.moh.gov.my

Page 42: KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA

SekianTerima Kasih