28
Pendahuluan Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggakan terdapat negara-negara dunia yang maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan Amerika Syarikat seakan-akan saling bersaing dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk teknologi yang tercanggih. Dari hari ke hari, pelbagai rekaan teknologi canggih terhasil yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Melihat kepada situasi ini, bidang perubatan juga tidak terlepas untuk terkena tempiasnya. Peningkatan kemajuan teknologi secara mendadak turut memberi faedah dalam bidang perubatan, yang semestinya menguntungkan kakitangan hospital dan juga pesakit. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan akan sia-sia sekiranya kekurangan mahupun tiada individu yang memiliki kepakaran untuk mempraktikkannya. Dengan kesedaran yang wujud, pihak atasan hospital berikhtiar dengan sedaya upaya untuk membekalkan ilmu teknologi kepada kakitangan hospital terutamanya para doktor dan jururawat dalam rutin harian jagaan pesakit. Pebagai program latihan dan kursus ICT diadakan untuk para jururawat yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) demi memastikan mereka benar-benar memahami tujuan serta kepentingan ICT dan penggunaan sistem C-Hets. Oleh itu, kami menjalankan sebuah kajian untuk menilai tahap keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat PPUKM. Kajian ini juga akan megakses tahap pengetahuan serta kemahiran para jururawat sebelum dan selepas menyertai program ICT. Di sini, kami juga cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka dan cara-cara untuk mengatasi halangan tersebut. Pandangan daripada para jururawat semestinya perlu dititikberatkan agar sebarang penambahbaikan serta idea-idea mereka membantu dalam meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.

Overall combined

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Overall combined

Pendahuluan

Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggakan terdapat negara-negara

dunia yang maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan Amerika Syarikat seakan-akan saling bersaing

dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk teknologi yang tercanggih. Dari hari ke hari,

pelbagai rekaan teknologi canggih terhasil yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Melihat

kepada situasi ini, bidang perubatan juga tidak terlepas untuk terkena tempiasnya. Peningkatan

kemajuan teknologi secara mendadak turut memberi faedah dalam bidang perubatan, yang

semestinya menguntungkan kakitangan hospital dan juga pesakit.

Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan akan sia-sia sekiranya kekurangan

mahupun tiada individu yang memiliki kepakaran untuk mempraktikkannya. Dengan kesedaran

yang wujud, pihak atasan hospital berikhtiar dengan sedaya upaya untuk membekalkan ilmu

teknologi kepada kakitangan hospital terutamanya para doktor dan jururawat dalam rutin harian

jagaan pesakit. Pebagai program latihan dan kursus ICT diadakan untuk para jururawat yang

berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) demi memastikan

mereka benar-benar memahami tujuan serta kepentingan ICT dan penggunaan sistem C-Hets.

Oleh itu, kami menjalankan sebuah kajian untuk menilai tahap keberkesanan program

latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat PPUKM. Kajian ini juga akan megakses tahap

pengetahuan serta kemahiran para jururawat sebelum dan selepas menyertai program ICT. Di

sini, kami juga cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka dan cara-cara untuk

mengatasi halangan tersebut. Pandangan daripada para jururawat semestinya perlu

dititikberatkan agar sebarang penambahbaikan serta idea-idea mereka membantu dalam

meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.

Page 2: Overall combined

Pernyataan Masalah

Sebagai pelajar kejururawatan UKM tahun 3, kami telah menjalani posting klinikal

selama 2 tahun setengah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Dalam

jangka masa ini, kami mendapati bahawa segelintir jururawat menghadapi masalah untuk

menggunakan komputer dalam kerja seharian secara cekap dan penyelenggaran komputer.

Sebilangan kecil daripada mereka hanya tahu menggunakan komputer untuk kerja seperti

memasukan maklumat dan menanda kehadiran serta menjana keputusan makmal pesakit.

Ramai daripada mereka yang boleh menggunakan komputer dengan betul tetapi tidak

memahami sistem yang digunakan. Mereka hanya menggunakan sistem tersebut seperti yang

diarahkan tanpa mengetahui konsep sebenar penggunaan teknologi tersebut. Daripada

pemantauan kami, kami mendapati bahawa kecekapan penggunaan komputer dan teknologi

dalam hospital berkait rapat dengan program latihan dan kursus ICT yang diadakan.

Justeru, kami ingin membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan dan kursus

ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM. Dalam kajian ini, kami ingin mengetahui sama ada

data demografik seperti umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan juga tahun

perkhidmatan mempengaruhi keberkesanan program ICT yang dijalankan. Di samping itu, kami

juga ingin mendapatkan maklumat tentang perbezaan pengetahuan dan kefahaman jururawat

sebelum dan selepas menjalani kursus ICT. Tambahan pula, kami ingin mengaji tentang

kebaikan menjalani kursus ICT dan masalah serta cadangan para jururawat PPUKM dalam

meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang.

Page 3: Overall combined

Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah kerana subjek GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam

Pendidikan tersenarai dalam Semester II Tahun 3 dan wajib kepada semua pelajar Ijazah Sarjana

Muda Kejururawatan Tahun 3.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan program kursus dan

latihan ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tambahan pula, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

jururawat dalam mengikuti program latihan dan kursus ICT.

Objektif Kajian

i. Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program

latihan dan kursus ICT.

ii. Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa manjalani

program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit

dalam tugasan harian seorang jururawat.

iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk

meningkatkan keberkesanan program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.

Page 4: Overall combined

Skop Kajian

i. Mengenal pasti sejauh mana tahap penglibatan dan kefahaman dalam meningkatkan

pengetahuan terhadap program dan kursus ICT dalam kalangan jururawat.

ii. Mengkaji keberkesanan program dan kursus ICT dalam meningkatkan kualiti

jagarawatan pesakit

iii. Mengetahui kaedah memperkasakan program latihan dan kursus ICT.

Persoalan Kajian

i. Apakah kepentingan menyertai program latihan dan kursus ICT bagi jururawat?

ii. Apakah yang dapat diaplikasikan oleh jururawat setelah menyertai program latihan

dan kursus ICT?

iii. Adakah program latihan dan kursus ICT ini dapat meningkatkan kualiti jagarawatan

pesakit?

iv. Bagaimanakah program latihan dan kursus ICT ini dapat membantu jururawat

menguasai ilmu dan pengetahuan dalam tugas kerja seharian?

v. Apakah masalah yang dihadapi oleh jururawat dalam meningkatkan keberkesana

program latihan dan kursus ICT?

vi. Apakah cadangan yang dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan

jururawat dalam ICT kelak?

Page 5: Overall combined

Metodologi Kajian

i. Kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang respondan dalam

kalangan jururawat daripada berlainan wad di PPUKM.

ii. Kaedah pengumpulan data menggunakan soalan terikat (data demografik) dan tidak

terikat ( soalan berbentuk pernyataan dengan menggunakan skala likert)

Skala Pilihan Jawapan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

iii. Borang diedarkan secara rambang tanpa mengira umur, jantina, status, dan tahap

pendidikan respondan.

iv. Analisis data dibuat secara objektif dan subjektif. Terdapat 10 soalan di bahagian B,C

dan D masing-masing. Jumlah soalan pada bahagian objektif ialah 30 soalan. Pada

akhir borang soal selidik, disertakan satu soalan subjektif bagaimana cara-cara untuk

meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.

Page 6: Overall combined

Dapatan Kajian

Bahagian A : Data Demografik

i. Umur

Peringkat umur respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan

kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM).

Carta bar di atas menunjukkan terdapat empat lingkungan umur yang menyertai kajian ini yang

bekerja sebagai jururawat di PPUKM. Kebanyakan respondan kajian ini berumur antara 31 tahun

hingga 35 tahun iaitu seramai 17 orang dengan peratusan sebanyak 57% manakala yang paling

kurang peratusannya adalah dalam lingkungan umur 36 tahun sehingga 40 tahun iaitu sebanyak

10% bersamaan dengan tiga orang.

Hal ini membuatkan lingkungan umur ini berada dalam kumpulan yang minoriti. Tambahan itu,

kelihatan dua lingkungan umur yang mempunyai peratusan dan bilangan jururawat yang sama

Page 7: Overall combined

iaitu seramai lima orang bersamaan dengan 17%. Peratusan yang sama ini melibatkan umur dari

21 tahun sehingga 25 tahun dan 26 tahun sehingga 30 tahun.

ii. Jantina

Perbezaan jantina respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan

kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM).

Carta pai di atas menunjukkan bilangan jantina respondan yang terlibat dalam kajian ini. Seramai

27 daripada 30 orang respondan adalah perempuan. Hal ini bersamaan dengan 90% daripada

keseluruhan peratusan respondan. Manakala Cuma terdapat tiga orang respondan adalah

daripada respondan yang berjantina lelaki dalam kalangan jururawat di PPUKM. Hal ini

menyumbang kepada peratusan sebanyak 10%.

Page 8: Overall combined

Daripada hasil kajian, dapat kita lihat bahawa golongan wanita yang memonopoli sektor

kesihatan dalam bidang kejururawatan ini berbanding golongan lelaki. Selain itu, wanita lebih

cenderung dan berminat menceburkan diri mereka dalam bidang kejururawatan malah

kebanyakan lelaki merasakan bahawa kerjaya sebagai jururawat lebih sesuai dengan karakter dan

perwatakan seorang wanita.

iii. Status

Status respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT

dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan telah berkahwin. Terdapat 19

orang jururawat yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia daripada 30

orang respondan telah berkahwin manakala 11 orang adalah masih bujang. Hal ini sedikit

sebanyak telah memberi kesan terhadap hasil kajian kami kerana komitmen kerjaya dan keluarga

mampu menghalang seseorang itu untuk mengikuti program latihan dan kursus ICT.

Page 9: Overall combined

Namun, kebanyakan yang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT ini penting dan

perlu dalam meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit adalah daripada golongan yang sudah

berkahwin. Status seseorang itu tidak perlu dijadikan alasan sekiranya ada kemahuan dalam

meningkatkan penguasaan ICT dengan mengikuti program latihan dan kursus ICT ini.

iv. Taraf Pendidikan

Tahap pendidikan respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan

kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM).

Carta bar di atas menunjukkan tahap pendidikan bagi respondan jururawat di PPUKM. Dapat

kita lihat di sini bahawa, tidak ada respondan yang memiliki Sijil dan Ijazah Sarjana dalam skop

kajian kami. Hal ini mungkin dapat dilaksanakan bagi menampakkan variasinya maklumat dan

info kajian kami. Terdapat 24 orang respondan mempunyai Diploma iaitu bersamaan dengan

80% manakala enam orang memiliki Ijazah Sarjanamuda bersamaan dengan 20%.

Page 10: Overall combined

Bahagian B : Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas

menyertai program kursus dan latihan ICT.

Soalan 1 : Pengetahuan saya dalam bidang teknologi amat baik walaupun tidak menyertai

sebarang program kursus dan latihan ICT.

Seramai 19 orang daripada 30 respondan bersetuju bahawa tahap pengetahuan mereka amat baik

walaupun tidak pernah meyertai sebarang program latihan dan kursus ICT. Jumlah ini

mencatatkan sebanyak 57% dan merupakan pilihan jawapan terbanyak yang dipilih. Seramai 7

orang respondan (23%) menyatakan pendapat kurang bersetuju dengan kenyataan yang

mengatakan tahap pengetahuan mereka amat baik dengan tidak menyertai program ICT.

Manakala, respondan yang mencatatkan peratusan sebanyak 10% iaitu 3 orang mengatakan

mereka tidak setuju bahawa mereka mahir dalam bidang ICT. Hanya seorang (3%) daripada 30

orang repondan yang dipilih secara rawak mengatakan bahawa tahap penguasaan beliau amat

lemah sebelum menghadiri mana-mana program ICT.

Di sini, kita dapat simpulkan bahawa majoriti jururawat di PPUKM berpengetahuan dan mahir

dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Walaupun hanya mencatkan sebanyak

Page 11: Overall combined

57%, ia tetap merupakan hasil kajian yang agak memuaskan mengenai tahap pengetahuan

mereka dalam bidang ICT.

Soalan 6 : Tahap pengetahuan serta kefahaman saya dalam bidang ICT meningkat setelah saya

menyertai Program Kursus dan Latihan ICT.

Seramai 2 orang respondan megakui bahawa program latihan ICT tidak berjaya dalam membantu

mereka untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang teknologi. Dan keputusan

mencatatkan sebanyak 7% yang mengatakan apara jururawat sangat tidak bersetuju bahawa

tahap pengetahuan dan kefahaman mereka meningkat setelah menyertai program sedemikian.

Majoriti sebanyak 77% iaitu seramai 22 orang bersetuju mengatakan mereka telah dapat

meningkatkan kemahiran dan ilmu yang baru sepanjang program ICT. Selain itu, hanya 16%

iaitu 5 orang daripada jumlah keseluruhan amat bersetuju bahawa kandungan dalam program

ICT sememangnya telah meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada.

Kesimpulannya, apa yang dapat kita lihat ialah lebih separuh daripada respondan dalam kalangan

jururawat bersetuju yang program latihan ICT memang membantu mereka dari segi

penambahbaikan ilmu serta kemahiran.

0

5

10

15

20

25

Sangat TidakSetuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

2

23

5

Page 12: Overall combined

Soalan 10 : Saya berkeupaya untuk mengaitkan pengetahuan ICT yang sedia ada dengan

kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian semasa jagarawatan pesakit selepas

menghadiri program kursus dan latihan ICT.

Hasil kajian mencatatkan sebanayak 3% daripada respondan yang masing-masing mengatakan

mereka sangat tidak setuju dan kurang bersetuju apabila ditanya mengenai adakah ilmu

pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam jagarawatan harian pesakit di wad.

Seramai 2 orang (7%) yang mengatakan bahawa hasil daripada program ICT yang diadakan

tidak begitu membantu mereka dalam tugasan harian sebagai jururawat.

Hasil keputusan yang memberangsangkan ialah seramai 22 orang iaitu 73% berpendapat

respondan bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka berkeupaya untuk mengaitkan

pengetahuan ICT yang sedia ada dengan kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian

semasa jagarawatan pesakit selepas menghadiri program kursus dan latihan ICT. Graf bar di atas

mencatatkan seramai 4 orang iaitu 14% respondan amat bersetuju bahawa ilmu pengetahuan

yang diperoleh sepanjang program latihan ICT sememangnya membantu mereka untuk

diaplikasikan dalam jagarawatan pesakit yang boleh meningkatkan kualiti rawatan pesakit.

Page 13: Overall combined

Konklusinya, ramai daripada respondan yang mengatakan dan bersetuju bahawa program kursus

dan latihan ICT secara langsung dapat membantu dalam kerjaya mereka. Hasil daripada program

kursus dan latihan ICT, para jururawat dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang

diperoleh semasa memberikan perkhidmatan jagarawatan kepada pesakit. Hasil kajian yang

dianalisa amat menggembirakan kerana para jururawat sedar akan kepentingan menghadiri

program dan kursus ICT. Tahap pengetahuan serta kemahiran jururawat meningkat setelah

menyertai program sedemikian.

Bahagian C : Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa

manjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti

jagarawatan pesakit dalam tugasan harian seorang jururawat.

Soalan 4 : Saya berpendapat bahawa kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah

menyertai program latihan dan kursus ICT apabila para jururawat majoritinya celik IT.

60%

23%

14%3%

Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Amat setuju

Page 14: Overall combined

Merujuk kepada rajah di atas, lebih daripada separuh jumlah respondan berpendapat bahawa

kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah para jururawat menyertai program latihan

dan kursus ICT. Sebanyak 18 daripada 30 responden, iaitu 60% respondan kajian ini bersetuju

bahawa medical errors dapat dikurangkan selepas para jururawat menyertai program latihan dan

kursus ICT. Dalam program latihan dan kursus ICT, para jururawat diajar tentang cara-cara

untuk menguasai dan menggunakan sistem-sistem komputer dan perisian komputer yang terbaru.

Selain itu, 4 daripada 30 orang respondan, iaitu 14% respondan kajian ini amat bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Manakala disebaliknya, seramai 7 daripada 30 respondan, iaitu 23%

respondan kajian ini kurang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat membantu

dalam mengurangkan medical errors. Tambahan pula, terdapat seorang daripada 30 orang

respondan, iaitu 3% respondan kajian ini juga sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Sejak menggunakan sistem C-Hets, para doktor dan pegawai farmasi tidak perlu lagi untuk

menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak

diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada

pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat

yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan. Sebagai

kesimpulannya, jika seseorang jururawat itu sangat mahir dan celik dalam ICT, medical errors

dalam kerjayanya dapat dikurangkan dan kualiti kesihatan pesakit juga terjamin.

Soalan 5 : Program latihan dan kursus ICT ini memudahkan saya menjalankan tugasan harian

saya seperti pemantauan keputusan darah para pesakit saya.

Page 15: Overall combined

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 19 daripada 30 orang respondan, iaitu 63% respondan

kajian bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian

mereka seperti dalam pemantauan keputusan darah pesakit mereka. Selain itu, 7 daripada 30

responden kajian ini, iaitu 24% responden kajian ini amat setuju dengan penyataan tersebut.

Manakala, terdapat segolongan kecil daripada respondan kajian pula kurang bersetuju bahawa

program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian mereka sebagai seorang

jururawat.

Sebanyak 4 orang daripada 30 orang responden, iaitu 13% respondan kajian ini kurang bersetuju

dengan pernyataan tersebut. Dalam soalan ini, tidak ada respondan (0%) yang tidak setuju atau

sangat tidak setuju dengan pernyataan bahawa program latihan dan kursus ICT ini dapat

memudahkan tugasan harian mereka seperti dalam pemantauan keadaan pesakit. Para jururawat

boleh menggunakan teknologi ICT yang sedia ada di wad-wad seperti komputer, telefon ataupun

telefon pintar mereka untuk berkomunikasi dan memantau keadaan pesakit.

Page 16: Overall combined

Soalan 6 : Saya mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat

yang mendalam untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit.

Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan bersetuju bahawa mereka

mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat yang mendalam

untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Sebanyak 23 orang jururawat iaitu bersamaan

dengan 77% menyokong program latihan dan kursus ICT ini dilaksanakan bagi melancarkan

penggunaan teknologi baru yang diguna pakai di wad dan PPUKM. Selain itu, terdapat 10%

jururawat iaitu bersamaan dengan tiga orang amat bersetuju dengan pelaksanaan program ini.

Tiga orang respondan ini akan sentiasa berusaha menghadiri setiap program yang dianjurkan

dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat yang tinggi. Namun, terdapat empat orang

jururawat merasakan program latihan dan kursus ICT ini mengganggu waktu seharian mereka

bersama keluarga. 13% jururawat yang kurang bersetuju ini mengatakan bahawa mereka tidak

berminat dengan program yang wajib mereka hadiri ini. Tambahan pula, program dan kursus

ICT ini membebankan bagi mereka yang perlu menguruskan pengambilan anak-anak mereka

yang pulang dari sekolah. Namun, mereka berpendapat bahawa dengan mengikuti program dan

kursus ICT ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan kualiti jagarawatan para pesakit.

Page 17: Overall combined

Soalan 7 : Saya merasakan penting dan berfaedah menguasai bidang ICT bagi meningkatkan

ilmu pengetahuan dan skill seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan.

Melalui carta bar diatas, tidak ada seorang pun daripada 30 orang respondan yang tidak bersetuju

dengan pernyataan bahawa penguasaan ICT penting dan berfaedah bagi meningkatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan. Namun,

terdapat seorang jururawat yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, terdapat lima

orang respondan daripada kajian ini yang amat bersetuju bahawa ICT amat penting dalam sistem

kesihatan sekarang.

Mereka berpendapat bahawa amat rugi sekali jika seorang pengamal kesihatan seperti jururawat

khususnya tidak mampu menguasai ICT pada zaman serba canggih ini. Selain itu, terdapat 24

orang respondan bersetuju bahawa ICT banyak faedahnya dan penting. Jika tidak ada program

dan kursus ICT maka jururawat akan ketinggalan dalam kemajuan arus teknologi ini.

Page 18: Overall combined

Soalan 9 : Saya mengaplikasikan pengetahuan saya dalam bidang ICT daripada program latihan

dan kursus ICT yang telah dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila

melakukan tugasan harian yang melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar

tidak berlaku sebarang kecuaian

Merujuk kepada graf di atas, dapat kita lihat bahawa kebanyakan respondan bersetuju bahawa

mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada program dan kursus ICT yang telah

dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila melakukan tugasan harian yang

melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar tidak berlaku sebarang kecuaian.

20 daripada 30 respondan (67%) ini mengakui bahawa besar tanggunjawab seseorang jururawat

ketika menguruskan pesakit. Manakala terdapat 8 orang respondan iaitu bersamaan dengan 27%

daripada kajian ini amat bersetuju dengan pernyataan ini. Kecuaian yang dilakukan dapat

dielakkan jika pengetahuan ICT dapat diaplikasikan dengan teliti malah sikap teliti ini mampu

menyelamatkan nyawa pesakit, seperti kesilapan memberi ubat kepada pesakit yang salah

(medication errors).

Selebihnya mereka merasakan kurang setuju dengan pernyataan ini, iaitu sebanyak dua orang

(7%) daripada seluruh respondan merasakan tidak semua kecuaian yang melibatkan ICT

Page 19: Overall combined

dilakukan oleh jururawat. Hal ini kerana kadang-kadang terjadinya sistem ICT itu sendiri yang

bermasalah. Walaupun jururawat sudah bersikap teliti namun masalah kecuaian ini sering disalah

tafsirkan bahawa semuanya disebabkan kecuaian para jururawat.

Bahagian D : Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk

meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang.

Untuk bahagian D, kami telah membuat kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh

para jururawat sewaktu menjalani program latihan dan kursus ICT yang dianjurkan. Antara

contoh-contoh masalah yang dihadapi oleh para jururawat ialah, program ICT mengganggu

waktu istirehat, teknik pengajaran pengajar yang kurang efektif, kurang publisiti mengenai

program ICT, minat seseorang individu dan lain-lain lagi.

Soalan 3 : Teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik.

Frekuensi

Peratus

Peratusan sah

Peratus kumulatif

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Amat Setuju

8

6

8

8

0

26.667

20

26.667

26.667

0.0

26.667

20

26.667

26.667

0.0

26.667

46.667

73.334

100.0

100.0

Jumlah

30

100 100

Page 20: Overall combined

Mengikut graf di atas, teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik

adalah dipersetujui oleh sebahagian respondan, manakala sebahagian tidak bersetuju dan juga

sebahagian beranggapan sangat tidak bersetuju. Ini ditunjukkan melalui pilihan yang diperolehi

dimana 8 orang respondan bersamaan 26.67 % adalah sangat tidak setuju, 6 orang respondan

beranggapan tidak setuju bersamaan 26.67 %, 8 respondan beranggapan kurang setuju

bersamaan 26.67 % dan tiada responden yang beranggapan amat setuju tentang soalan ini.

Sesetengah respondan beranggapan bahawa teknik pengajaran pengajar program kurang efektif

dan tidak menarik dan majoritinya beranggapan teknik pengajar program sangat efektif dan

menarik kerana ia bergantung kepada cara pembelajaran individu tersebut.

Page 21: Overall combined

Soalan 4 : Saya sukar mendapat maklumat tentang program-program kursus ICT yang diadakan.

Frekuensi

Peratus

Peratusan sah

Peratus kumulatif

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Amat Setuju

6

6

10

6

2

20

20

33.333

20

6.667

20

20

33.333

20

6.667

20

40

73.333

93.333

100.0

Jumlah 30 100 100

Merujuk kepada graf di atas, para jururawat sukar untuk mendapat maklumat tentang program-

program kursus ICT yang diadakan hanya kepada sesetengah respondan sahaja, manakala

kebanyakannya mengatakan mudah untuk mendapat informasi tentang program ICT yang

diadakan.

0

2

4

6

8

10

Category 1

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju

Page 22: Overall combined

Ini ditunjukan melalui pilihan yang diperolehi di mana 6 respondan bersamaan 20% beranggapan

sangat tidak setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan bahawa tidak setuju, 10 respondan

bersamaan 33.333% beranggapan kurang setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan

setuju dan 2 responden bersamaan 6.667% beranggapan amat setuju. Kebanyakan responden

beranggapan bahawa informasi tentang program-program ICT yang diadakan adalah senang

untuk mengetahuinya melalui papan-papan penyataan di setiap ward di PPUKM dan melalui

pesanan-pesanan ringkas di telefon pintar.

Soalan 7 : Software dan sistem yang digunakan dalam program ICT tidak sama dengan alat yang

terdapat di tempat klinikal (PPUKM).

Carta di atas menunjukkan respon jururawat terhadap satu masalah yang dihadapi semasa

program dan kursus ICT dijalankan. Sebanyak 20% daripada respondan bersetuju bahawa

software dan sistem yang digunakan dalam program ICT yang dianjurkan itu tidak sama dengan

alat yang terdapat di klinikal. Manakala seramai 10 daripada 30 orang responden kurang

bersetuju dengan penyataan ini. 30% responden berpendapat bahawa software dan sistem yang

digunakan semasa program adalah sama seperti yang terdapat di PPUKM. 5 orang daripada

mereka sangat tidak setuju dengan masalah ini.

Page 23: Overall combined

Daripada hasil kajian ini, kami dapat mengesan masalah yang dihadapi iaitu dari segi bahan

pengajaran yang digunakan semasa kursus ICT kurang sesuai untuk meningkatkan

keberkesanannya. Untuk mencegah masalah ini, kami harus berbincang dengan pihak

penganjuran kursus dan program ICT untuk menambahbaik isi pengajaran supaya selari dengan

sistem yang terdapat di PPUKM.

Soalan 10 : Kurang penganjuran program kursus dan latihan ICT di PPUKM.

Berdasarkan carta bar di atas, seramai 11 orang daripada 30 respondan ataupun 36.67% kurang

setuju dengan masalah kurang penganjuran program kursus dan ICT di PPUKM. Akan tetapi,

23.33% responden berpendapat bahawa PPUKM kurang menganjurkan program kursus dan

latihan ICT. Di samping itu, bilangan yang amat setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3

orang ataupun 10%. Jika dibandingkan dengan respondan yang sangat tidak setuju, respondan

yang tidak setuju melebihi respondan yang sangat tidak setuju seramai 1 orang, ataupun 3.33%.

Page 24: Overall combined

Untuk masalah ini, 10 dari 30 orang respondan ataupun seramai 30% beranggapan bahawa

kursus dan program latihan ICT kurang dianjurkan di PPUKM. Ada yang berpendapat bahawa

kursus tersebut hanya dibuka kepada jururawat yang baru sahaja. Kami berpendapat bahawa

kursus dan program ICT ini sepatutnya dianjurkan lebih kerap agar sejajar dengan kemajuan dan

teknologi baru yang dihasilkan supaya semua jururawat dapat menambahkan pengetahuan

mereka tentang teknologi maklumat yang terdapat dalam dan luar negara. Jika program seperti

ini diperhebatkan, serta isi dan bahan adalah sepadan dengan sistem di PPUKM, maka

keberkesanan program latihan dan kursus ICT dapat ditingkatkan.

Cadangan Kajian

Antara cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan

latihan ICT adalah mengambil penceramah yang berkualiti dan berpengalaman untuk memberi

pengisian dalam program kursus dan latihan ICT. Penceramah yang dapat menguasai ilmu

tentang ICT, sistem-sistem yang digunakan di hospital seperti sistem C-Hets amat penting dan

membantu para jururawat dalam memahami tentang sistem-sistem hospital. Selain itu, cara

penyampaian seseorang penceramah perlulah secara ringkas dan mudah difahami oleh para

jururawat. Dan teknik-teknik untuk menarik perhatian para peserta sangat diperlukan untuk

mengelakkan para peserta daripada mengantuk supaya program kursus dan latihan ICT boleh

menjadi lebih efektif.

Kedua, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT

juga memainkan peranan yang penting. Biasanya, program atau latihan untuk para jururawat di

PPUKM akan diadakan pada 2.30 atau 3 petang kerana jururawat yang bekerja syif pagi akan

tamat syif pada pukul 2 petang. Waktu ini sangat sesuai untuk mengadakan program kursus dan

latihan ICT kerana jururawat yang baru habis syifnya boleh terus menyertai program ini. Jikalau

program kursus dan latihan ICT diadakan pada pukul 4 atau 5 petang, sudah pasti ramai

jururawat tidak akan mengambil bahagian disebabkan perlu tunggu lama selepas syif atau malas

untuk datang semula ke hospital selepas pulang ke rumah.

Page 25: Overall combined

Selain daripada itu, tempoh untuk program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya

melebihi 2 jam. Hal ini disebabkan para jururawat yang telah letih bekerja dari pukul 7 pagi

hingga 2 petang akan mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian yang baik jika jangka

masa kursus yang diambil memakan masa yang terlalu panjang. Jarak tempat untuk mengadakan

program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya terlalu jauh daripada tempat kerja para

jururawat kerana jarak yang jauh akan menyebabkan para jururawat berasa malas untuk

menyertai program tersebut. Tambahan pula, tempat untuk mengadakan program kursus dan

latihan ICT perlulah selesa dan luas supaya para jururawat tidak terganggu dengan faktor

persekitaran yang panas, sempit atau bising.

Ketiga, program kursus dan latihan ICT perlu dianjurkan dengan lebih kerap supaya para

jururawat dapat mengetahui setiap perisian terkini terutamanya apabila terdapat perubahan dalam

sistem ICT hospital atau sewaktu menukar sistem yang baru. Ini juga dipanggil sebagai ‘’

Refresher course’’ bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan para jururawat tentang

sistem atau perisian yang baru. Selain itu, program kursus dan latihan ICT juga boleh dianjurkan

secara berperingkat setiap bulan kepada para jururawat untuk memastikan kemahiran dalam

penggunaan sistem ICT di hospital tercapai. Tambahan pula, pihak penganjur boleh

memperbanyakan lagi program kursus ICT, kempen-kempen ataupun bengkel-bengkel tentang

kebaikan ICT dalam bidang jururawat untuk meningkatkan mutu kerja seseorang jururawat.

Keempat, penglibatan para jururawat dalam program kursus dan latihan ICT juga sangat

membantu dalam menjayakan program ICT. Pihak pengurusan hospital seharusnya mengalakkan

ataupun mewajibkan bahawa setiap jururawat perlu menghadiri kursus ICT sekurang-kurangnya

2 kali setahun. Bagi jururawat yang terlibat dalam program kursus dan latihan, cuti kelonggaran

sepatutnya dapat dimohonkan dan penghargaan perlu diberi kepada yang menghadir program

kursus. Setelah itu, program kursus dan latihan ICT hendaklah dijalankan secara berperingkat

mengikut wad atau klinik supaya penglibatan para jururawat dapat secara menyeluruh. Program

kursus dan latihan ICT juga perlu dimasukkan ke dalam slot orientasi jururawat baru supaya

kesilapan medikal (medical error) boleh dikurangkan terutamanya dalam kalangan jururawat

yang baru.

Page 26: Overall combined

Akhirnya, cadangan kelima untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan

latihan ICT adalah mengkaji keberkesanan atau maklum balas tahap kemahiran dan pemahaman

jururawat terhadap sistem yang digunapakai. Ia perlu dinilai selepas menghadiri setiap program

kursus atau latihan. Sebagai contohnya, pihak Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) membuat

‘site round’ untuk mengetahui tahap kemahiran para jururawat. Ini dapat memastikan setiap

peserta program kursus atau latihan yang hadir dapat memahami kursus tersebut terutamanya

mereka yang banyak menggunakan sistem C-HETS.

Selain daripada itu, program kursus dan latihan ICT boleh disertakan dengan latihan amali atau

mengadakan sesi ‘mini test’ selepas sesi teori untuk menilai tahap kefahaman peserta. Akhirnya,

sesi soal jawab boleh diadakan untuk memberi peluang kepada para jururawat yang mempunyai

sebarang pertanyaan terhadap sistem-sistem atau perisian yang baru diperkenalkan.

Page 27: Overall combined

Kesimpulan

Seperti yang kita sedia maklum, teknologi maklumat amat penting penggunaanya, lebih-lebih

lagi dalam bidang perubatan. Kecanggihan teknologi perlu bergerak seiring dengan kemajuan

perubatan. Pusat Perubatan UKM turut tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyahut cabaran

globalisasi dalam mengaplikasikan sistem teknologi maklumat yang serba canggih (sistem C-

Hets) dalam jagarawatan pesakit.

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan kepada respondan yang dipilih secara rawak dalam

kalangan jururawat daripada berlainan wad, kami mendapati bahawa majoriti daripada mereka

ialah jururawat yang celik IT. Sememangnya, dapatan kajian ini menggembirakan kami kerana

kecanggihan teknologi di PPUKM diperkuatkan lagi dengan kakitangannya yang bergenersai IT.

Walaupun sebelum menyertai kursus IT, mereka mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan

idea tentang bagaimana sesebuah sistem itu berfungsi. Maka, ilmu pengetahuan dan teori itu

diperkuatkan lagi dengan menghadiri program kursus dan latihan ICT yang dianjurkan.

Setelah menyertai program latihan dan kursus ICT, para jururawat mengakui bahawa tahap

pengetahuan serta kefahaman mereka meningkat, dan mereka berupaya untuk mengaitkan teori

yang dipelajari semasa program tersebut dengan tugasan klinikal. Mereka juga bersetuju bahawa

salah satu kepentingan ICT ialah untuk mengurangkan medical errors yang dilakukan secara

tidak sengaja. Selain itu, manfaat yang lain ialah, memudahkan mereka untuk menilai serta

mengakses para pesakit dengan mudah dalam masa yang singkat. Pelbagai keputusan ujian

makmal dapat diakses hanya dengan tekan pada papan kekunci komputer.

Walau bagaimanapun, kami juga cuba dalam mengenalpasti halangan-halangan yang terpaksa

dihadapi oleh para jururawat semasa menghadiri program kursus dan latihan ICT. Antaranya

ialah, kesesuaian waktu dan tempat, teknik penyampaian pengajar, silibus program dan

sebagainya. Mungkin masalah-masalah yang timbul akan gagal menarik minat para jururawat

untuk menyertainya pada masa akan datang.

Page 28: Overall combined

Namun, sebahagian besar daripada mereka tetap menyertainya walaupun terdapat masalah yang

timbul. Mereka menganggap cabaran-cabaran tersebut sebagai masalah yang kecil dan dapat

diatasi dengan penambahbaikan pada masa akan datang.

Rujukan

Abdul Manan, M.D., Mohd Kamil, H. Kajian tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi

maklumat di kalangan anggota jabatan kesihatan negeri Terengganu

Berner ES, Webster GD, Shugerman AA, Jackson JR, Algina J, Baker AL, Ball EV, Cobbs CG,

Dennis VW, Frenkel EP, et al. Performance of four computer-based diagnostic systems. N Engl J

Med. 1994 Jun

Elhanan G, Socratous SA, Cimino JJ. Integrating DXplain into a clinical information system

using the World Wide Web. Proc AMIA Annu Fall Symp. 1996

Rind DM, Safran C, Phillips RS, Wang Q, Calkins DR, Delbanco TL, Bleich HL, Slack WV.

Effect of computer-based alerts on the treatment and outcomes of hospitalized patients. Arch

Intern Med. 1994 Jul

Sager N, Lyman M, Bucknall C, Nhan N, Tick LJ. Natural language processing and the

representation of clinical data. J Am Med Inform Assoc. 1994

http://www.healthit.gov/providers-professionals/electronic-medical-records-emr

http://www.ptm.ukm.my/wp-content/uploads/2011/10/dasartm3a.pdf

https://www.youtube.com/watch?v=zmVKGshelcQ