Upload
5006
View
8.941
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DEFINISI DASAR
• Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak
DEFINISI PEMBANGUNAN
• Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
• Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas.
TUJUAN DASAR
Matlamat keselamatan
negara.
Perpaduan dan kestabilan
negara.
Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan
masyarakat.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
1. DASAR-DASAR EKONOMI
Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Sains dan Teknologi
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
2. DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA
Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
3. DASAR-DASAR LUAR NEGERI
• Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
• Antartika
Dasar Sains & Teknologi
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Pensyarikatan
Negara
Dasar Perindustrian
Negara
Dasar Sosial Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pertanian
Negara
Dasar Pandang Ke
Timur
DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI
• Dasar ini diumumkan pada bulan april 1986• Matlamatnya ialah ;
Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan
sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan
pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing
dengan negara-negara lain.
DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI Strategi pelaksanaan
i. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sainsii. Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor
dengan lebih agresifiii. Menggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam
penggunaan sains dan teknologi yang terkiniiv. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk
merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi
v. Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANObjektif
i. Untuk membentuk , mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
ii. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
Prinsip utamaiii. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utamaiv. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama
pembentukkan kebudayaan kebangsaanv. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Strategi
i. Meninggikan taraf dan mutu kesenianii. Memenuhi keperluan sosiobudaya
negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk
iii. Mengamalkan toleransi agama dan budaya
iv. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIADiperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, pada tahun 1983 sebagai pendekatan asas bagi pembangunan negara.
ObjektifPersyarikatan Malaysia bertujuan mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
Strategi Perlaksanaan i. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah
dihapuskan
ii. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara.
iii. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada.
iv. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama.
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Objektif
i. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya
ii. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara
iii. Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Strategi Perlaksanaan
i. Dasar perindustrian yang berpandangkan keluar bagi mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi
ii. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri.
iii. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport.
iv. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu
v. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
DASAR PENSWASTAAN
Objektif
i. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
ii. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.
iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
iv. Pengagihan sumber secara cekap.
v. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
DASAR PERTANIAN NEGARA• Dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 12 Januari
1984.
• Usaha Kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan).
• Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan dan meningkatkan eksport negara.
DASAR PERTANIAN NEGARA
Objektif
i. Meningkatkan sekuriti makanan (food security)ii. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor
pertanianiii. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lainiv. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk
sektor pertanianv. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli
secara mampan
DASAR PERTANIAN NEGARA
Strategi
i. Pembukaan Tanah Baruii. Pembangunan “In-Situ”iii. Perkhidmatan Sokongan Pertanianiv. Pembangunan Sosial & Institusiv. Penswastaan dan Penyertaan Pihak Swastavi. Pembangunan Komoditivii. Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung &
Luar Bandar
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
• Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah.
• Disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Objektif• Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan
menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
• Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)
• Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin
• Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
• Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Strategi Pelaksanaan
i. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semuaiv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikanv. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahunvii. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
DASAR PANDANG KE TIMUR
• Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 semasa 5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca di K.L.
• Contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan di malaysia
DASAR PANDANG KE TIMUR
Antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-i. Perubahan Struktur
i. Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)ii. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
ii. Perubahan Sikapi. Perkhidmatan Cemerlangii. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii. Latihan dan Kursusi. Latihan Perindustrian dan Teknikalii. Program Pengajian Akademik
DASAR SOSIAL NEGARA
• Satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
DASAR SOSIAL NEGARAMatlamat
• Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
• Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
DASAR SOSIAL NEGARAObjektif Umum
• Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
Objektif Khusus
i. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
ii. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayatiii. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosialiv. Menjana sinergi multisektor.
CABARAN DALAM MELAKSANAKAN DASAR-DASAR NEGARA
1. SIKAPi. Kurang cekapii. Tidak dedikasiiii. Tidak bersemangativ. Kurang inovasiv. Tidak jujurvi. Tidak ikhlasvii. Cepat puas hati
2. ILMU PENGETAHUANIlmu pengetahuan moden, sains & teknologi, penyelidikan dan pembangunan yang tidak kemas kini.
3. TAFSIRAN AGAMAKefahaman dan tafsiran agama yang singkat dan sempit yang menolak pembangunan menyebabkan dasar-dasar Kerajaan kurang mendapat sambutan rakyat.
4. ANCAMAN DALAM DAN LUAR NEGARA
Tomahan daripada kumpulan pendesak dalam negeri dan luar negara yang menyebabkan rakyat ragu-ragu.
RUJUKAN
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1271-dasar-dasar-ekonomi-.html
• http://web.moe.gov.my/bppk/pdf/penerbitan/DASAR%20AWAM%201.pdf
TAMATDASAR PEMBANGUNAN NEGARA