22
Page 1 PENGENALAN Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihan raya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang pilihan raya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat persekutuan ataupun negeri (Wariya, 2007) dan Akta Pilihan raya 1965 menafsirkan Pilihan raya adalah suatu pilihan raya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000) Di Malaysia, sistem pilihan raya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.

Pilihan Raya di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan, Sejarah, Proses, Perbezaan, Rumusan

Citation preview

  • 1. Page1 PENGENALAN Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang pilihanraya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat persekutuan ataupun negeri(Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihan raya adalah suatu pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000) Di Malaysia, sistem pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.

2. Page2 SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihan raya hanya dijalankan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951. Pilihan raya ini bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan. Kemudiannya pada zaman pilihan raya merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya ini adalah proseslatihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi. Pada Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan yang merupakan pilihan raya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 52 kerusi telah dipertandingkan. Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majoriti dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihan Raya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang diingati sehingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak.Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. 3. Page3 FUNGSI PILIHAN RAYA Melalui pilihan raya yang dijalankan, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti. Ini termasuklah peranan pilihan raya itu sendiri. Antara yang dapat disimpulkan mengenai peranan ataupun fungsi pilihan raya ialah:- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi Mengekalkan pucuk pimpinan Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara Pilihan raya juga dijadikan sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana ia sikap adil disebabkan rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin mereka. Pilihanraya inimelibatkan rakyat dimana rakyat akan melahirkan sebuah pentadbiran yang kukuh dengan bergantung kepada segala peraturan yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Dengan prosedur-prosedur pilihan raya juga seperti kempen pilihan raya dan manifesto, rakyat sebenarnya dibimbing bagaimana cara memilih pemimpin yang benar-benar dapat memimipn mereka. Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir mengikut apa yang telah mereka janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi oleh rakyat.Keperluan mengadakan pilihanraya juga adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama. 4. Page4 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:- Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Negeri. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19). Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. 5. Page5 ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA Elemen-elemen penting yang dapat disimpulkandalan sesebuah pilihan raya adalah:- Bahagian Pilihan Raya Pemilih/Pengundi Calon Bertanding Proses Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya Bahagian pilihan raya ini merangkumi Dua aspek iaitu:- Bilangan Bahagian Pilihan Raya Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri. Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengkaji semula sempadanbahagian pilihan raya parlimen dan negeri. Suruhajaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun. 6. Page6 Pemilih/Pengundi Terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan mengenai pemilih atau pengundi iaitu:- Pendaftaran Pemilih Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:- Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia Tidak hilang kelayakan Hilang Kelayakan Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempohlebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Telah memperoleh kerakyatan asing 7. Page7 Semakan Daftar Pemilih Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar- daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan. Calon Bertanding Calon yang bertanding dalam pilihan raya perlulah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini merangkumi:- Kelayakan Calon Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding 8. Page8 Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:- Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman Didapati seorang yang bankrap Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit' Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempohtidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan Telah memperoleh kewarganegaraan asing. 9. Page9 PROSES PILIHAN RAYA Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia mempunyai beberapa peringkat iaitu:- Pengeluaran writ Penamaan calon Kempen Hari mengundi Pengiraan undi Penjumlahan rasmi undi Pengumuman Keputusan Pengeluaran Writ Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan. PenamaanCalon Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan; calon, pencadang atau penyokong juga perlu 10. Page10 menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan. Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkancalon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding. Kempen Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan- pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding. Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan- peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan 11. Page11 jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas- petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon- calon dan petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan raya adalah berupa:- Pengedaran risalah dan surat Poster Ceramah tertutup dan ceramah umum Kempen dari rumah ke rumah Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.Parti-parti politik dibenarkan membentang dan memperjelaskan manifesto mereka masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Deposit akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi. Sepanjang tempoh berkempen, pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yamg bertanding untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman. 12. Page12 Hari Mengundi Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:- Tarikh mengundi Lokasi tempat mengundi Waktu mengundi di semua tempat mengundi Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi. Pengiraan Undi Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi). Semua Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada 13. Page13 orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 (Penyata Kertas Undi). Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Borang15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos).Semasa undi dikira, hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:- Ahli- ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kerani pengiraan undi Calon, wakil dan ejen mengira undi Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus. Penjumlahan Rasmi Undi Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi iaini setelah semua keputusan Borang 14 (Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang) dan Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos) diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.Keputusan- keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. 14. Page14 Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan Borang 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya. 15. Page15 ELEMEN-ELEMEN LAIN DALAM PILIHAN RAYA Deposit Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:- Pilihan Raya Parlimen;RM 10,000.00 Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri;RM 5,000.00 Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Penggunaan Simbol Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi. 16. Page16 Barung SPR Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan sebarang pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuannya adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan lancar dan teratur. Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja dibenarkan masukuntuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:- Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya Calon-calon dan wakil calon Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 17. Page17 Cara-cara Mengundi Di petak mengundi, seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja. Pemilih dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini seperti tanda 'X' perlu dibuat pada lajur calon iaini di sebelah nama calon yang dipilih sahaja. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya memasukkan ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya yang serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada PARLIMEN dan NEGERI. Undi Pos Undi pos ini merupakan salah satu cara pengundian dari jarak jauh sekiranya pemilih tinggal jauh dari tempat pengundian. Selain itu undi pos ini dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi. Ejen Mengundi Undang-undang kini telah membenarkan calon untuk melantik ejen mengundi. Ini bertujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan. 18. Page18 Petisyen Pilihan Raya Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan- alasan berikut:- Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pilihan raya Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya. Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya. Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya Calon-calon dibenarkan membelanjakan wang untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :- Dewan Rakyat : Tidak lebih daripada RM200,000.00 Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00 19. Page19 Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau gagal mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon. Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri. 20. Page20 PERBEZAAN PILIHAN RAYA UMUM DENGAN PILIHAN RAYA KECIL PILIHAN RAYA UMUM PILIHAN RAYA KECIL Pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya kecil diadakan selepas salah satu Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya umum diadakan secara berpenggal iaitu lima tahun sekali. Pilihan raya kecil tidak mengikut jadual ataupun penggal. Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli- ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil hanya akan diadakan apabila terdapat kekosongan dalam mana-mana dewan sama ada Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. 21. Page21 RUMUSAN Melalui pilihanraya yang diadakan, dapat dirumuskan serta disimpulkan di sini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya. Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran. Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik, diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi negara kita. 22. Page22 Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walau pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding) Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara. Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka. Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih akan beransur hilang. Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien. Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin.