63
BSS 3022 KARYA AGUNG MELAYU ANALISIS KARYA MODEN (SALINA - A.SAMAD SAID) NAMA NO.MATRIK MOHD AMIRUL ASRI BIN ZAHARUDDIN D20121061137 NOR AYUMI BINTI MD LAZIM D20131063272 JULIANA AZRENA BINTI BAHARUDDIN D20131063263 NURLIYANA BINTI AHAMAD DORMAD D20131063358 Nurrul wahidah binti hamid D20131063268

NOVEL SALINA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOVEL SALINA

BSS 3022KARYA AGUNG MELAYU

ANALISIS KARYA MODEN(SALINA - A.SAMAD SAID)

NAMA NO.MATRIK

MOHD AMIRUL ASRI BIN ZAHARUDDIN D20121061137

NOR AYUMI BINTI MD LAZIM

D20131063272

JULIANA AZRENA BINTI BAHARUDDIN D20131063263NURLIYANA BINTI AHAMAD DORMAD D20131063358

Nurrul wahidah binti hamid D20131063268

Page 2: NOVEL SALINA

SINOPSIS Novel Salina mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong

kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu

(Malaysia) pada tahun 50-an.

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung

Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua.

Penduduk di kampung ini tinggal di kandang kambing yang disewakan oleh

seorang lelaki India.

Salina adalah seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang

malas bekerja dan sering meminta duit daripada Salina untuk pergi berjoget dan

minum arak.

Page 3: NOVEL SALINA

Antara penghuni lain yang tinggal di kampung ini ialah Siti

Salina dan kekasihnya, Abdul Fakar, Hilmy dan ibunya, Kadijah,

Zarina, seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur

dan Sunarto, anak yang dipungut oleh arwah bapa Nadihah,

serta Haji Karman.

Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di

kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-

tengah kehancuran kehidupan selepas perang

Page 4: NOVEL SALINA

PEMIKIRAN

Page 5: NOVEL SALINA

1. Kesempitan hidup dalam meneruskan kehidupan semasa tragedi Perang Dunia Kedua.

Peperangan yang berlaku antara Jepun dan Singapura meninggalkan kesan yang mendalam bagi masyarakat Singapura apabila akhirnya Singapura telah jatuh ke tangan Jepun.

Kesannya, rakyat Singapura hidup dalam kesusahan serta kesempitan apabila harta benda serta segala kekayaan yang mereka peroleh telah musnah akibat peperangan yang terjadi.

Berdasarkan novel Salina, pengarang jelas menggambarkan kedaifan hidup rakyat Singapura ketika itu yang kehilangan segala harta benda mereka dan hanya tinggal sehelai sepinggang dan mencari rumah untuk berteduh.

Page 6: NOVEL SALINA

“ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai wang kopi masuk ke rumah itu dan setelah berjanji bersedia membayar dua puluh ringgit setiap bulan dengan waktu pembayarannya ditetapkan, maka baharullah bilik yang beratapkan zing-zing tong minyak, daun rumbia dan kulit-kulit kayu balak dengan berlapiskan tikar-tikar getah yang buruk dan di atasnya pula merayap-rayap liar daun-daun labu yang segar, berdindingkan kayu-kayu, peti susu,zing-zing tong minyak, kulit-kulit balak, kadbod-kadbod serta berlantaikan tanah itu menjadi hak milik sewaannya, tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan.”

(Salina, 1980: 2)

Sambungan...

Page 7: NOVEL SALINA

2. Penindasan golongan kaya terhadap golongan miskin

Dalam novel Salina, eksploitasi dan penindasan ini dapat dilihat sewaktu orang kaya atau pemilik rumah atau bilik itu telah menindas dan mengeksploitasi orang miskin yang menyewa rumahnya kerana dia sedar bahawa tindakannya tidak akan memberikan apa-apa kesan kepadanya memandangkan orang miskin tersebut sememangnya memerlukan tempat tinggal untuk berlindung.

Oleh itu, mereka boleh melakukan tindakan seperti menaikkan harga sewa rumah dengan sewenang-wenangnya memandangkan tiada tindakan yang akan diambil daripada perbuatannya.

Page 8: NOVEL SALINA

Sambungan...

“Ohooo,” kata Benggali jaga itu:suaranya besar dan penuh kahak ditekaknya. “Berapa itu bilik punya sewa sekarang? Apa sudah naik lagikah?” “Ya. Sekarang lagi sikit naik. Dulu Paliamah lima orang tinggal, dia punya sewa lapan belas ringgit. Tapi sekarang saya dengan KurupayaSamy kasi naik lagi. Sekarang dua puluh ringgit satu bulan,” kata pekedai India itu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangan seperti selalu dibuatnya bila bercakap. “ Alamak, ini Kurupaya banyak cilaka. Sudah banyak wang, sekarang mahu banyak wang lagi,” kata Benggali jaga itu meludah-ludah sambil pergi duduk pula dijurinya. “Berapa itu orang tua kasi wang kopi?” “Lima Puluh ringgit,” kata pekedai India kurus panjang itu sambil masuk semula ke dalam kedainya untuk melayan pembeli lain. Selepas itu dia keluar semula lalu berkata: “Sekarang lima puluh ringgit orang tak ada kira; orang bayar. Rumah banyak susah mahu dapat. Seratus ringgit pun orang bayar.” “Ya, ya itu betul. Tapi gasak orang miskin punya wang banyak-banyak tak ada baiklah!” kata Benggali jaga itu.

(Salina, 1980: 3)

Page 9: NOVEL SALINA

3. Kepincangan keluarga

Dalam novel Salina, pengarang menunjukkan aspek kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus atau tamak manusia terhadap kebahagiaan duniawi.

Zarina iaitu ibu angkat kepada Sunarto sanggup memarahi serta bergaduh dengan Sunarto hanya kerana Sunarto tidak memberikan wang yang banyak kepadanya. Zarina juga sanggup memaki hamun dan menghalau Sunarto.

Zarina termakan pujuk rayu dan hasutan Fakar sehinggakan Sunarto dihalaunya daripada rumah.

Page 10: NOVEL SALINA

Sambungan...

“Bergaduh dengan siapa?”“Gaduh dengan Narto. Narto bawa wang sikit dah dua tiga hari ni. Emak marah. Dia mahukan duit lebih banyak lagi. Kata narto beca dah susah nak dapat sewa sekarang ni. Tak macam dulu, beca sikit. Katanya sekarang teksi dah mula banyak. Orang lebih suka naik teksi. Sebab itulah susah nak dapat sewa banyak,” Nadihah menerangkan.

(Salina, 1980: 18)

Page 11: NOVEL SALINA

Walaupun, Salina seorang pelacur tetapi dia masih mempunyai sifat baik hati apabila dia membantu Hilmy anak jirannya dengan membiayai pelajarannya dan bukunya.

Walaupun pada hakikatnya Siti Salina tidak mempunyai pertalian darah dengan Hilmy dan Kadijah, namun dia tetap membantu masyarakatnya yang memerlukan bantuannya.

Jelas disini bahawa pengarang ingin menunjukkan bahawa kita yang hidup dalam bermasyarakat haruslah saling tolong-menolong terutamanya terhadap golongan yang memerlukan.

4. Sikap tolong- menolong dan saling membantu terhadap golongan yang memerlukan.

Page 12: NOVEL SALINA

“ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus, “kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya, cakaplah kepada kakak. Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah. Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada kakak tolong carikan,” suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri, adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu dirasakannya akhir-akhir ini.

(Salina, 1980: 84)

Sambungan...

Page 13: NOVEL SALINA

ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Page 14: NOVEL SALINA

SENI BAHASA

Estetik berkait rapat dengan persoalan keindahan yang membicarakan unsur keindahan pembinaannya, bahasanya dan pengalaman keseronokan membacanya.

Menurut Nik Hassan Basri (2007), gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalandan sebagainya dalam karya yang dihasilkan

Page 15: NOVEL SALINA

PERSONAFIKASI

Personafikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa, atau idea yang abstrak.

Contoh :Suara budak-budak menjerit riuh itu kedengaran semula.Juga suara enjin kilang menggergaji balak yang sedang ‘bernyawa’,suara wap berhembus dari kilang…(Salina : 33)

Page 16: NOVEL SALINA

SIMILESimile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita mengganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata ‘’seperti’, ‘’laksana’’, ‘’bagai’’, ‘’umpama,’’bak’’, ‘’sebagai’’, ‘’peneka’’, ‘’serupa’’, dan macam-macam lagi.

Contoh :Dan soal mengapa seorang yang sesihat dan segar Abdul Fakar sanggup merelakan dirinya menjadi seperti anjing menanti belas kasihan tuannya sahaja berpusar-pusar juga di kepalanya.

(Salina : 194)

Page 17: NOVEL SALINA

Sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berketurunan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri,2007).

Contoh :

Dia diam pula kerana disedarinya bahawa Hilmy tidakmendengarkannya sepenuhnya, mungkin tidak semuanya. Dia melanjutkan dengan suara yang semakin ditinggikan: suara meninta…

(Salina : 35)

ANAFORA

Page 18: NOVEL SALINA

HIBERPOLAHiperbola yang merupakan salah satu daripada kelompok gaya bahasa pertentangan sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau waima daripada segi jumlahnya, ukuran atau sifatnya.

Contoh : “Dan dia ketawa terbahak-bahak. Budak-budak muda yang sedang bercerita itu segera ketawa juga-ketawa memanjang-manjang. Seorang daripada mereka yang berambut panjang seperti sudah tiga bulan tidak digunting.

Page 19: NOVEL SALINA

SINKOF

Sinkof atau sinkop ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran huruf sisip atau suku kata perkataan dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan, atau pewujudan kata singkat atau ringkas, iaitu kata yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Contoh gaya bahasa sinkof dalam novel ‘Salina’ ini ialah :

‘’Kaufikir kau mau mengcekik saja ya?’’suara Zarina semakin mengancam didengarnya.

Page 20: NOVEL SALINA

DisfemismeDisfemisme ialah kebalikan daripada eufemisme. Disfemisme memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama kata-kata kasar selalunya bertujuan untuk bergurau dan berjenaka. Ungkapan disfemisme banyak terdapat dalam pantun jenaka. Disfemisme turut digunakan dalam bahasa daerah.

Contoh : ‘’Narto tak ada kat rumah? Tanya Abdul Fakar kepada

Nahidah.‘’Tak ada’’.jawab Nahidah jujur.‘’Sudah mampuskah?’’ tanya Abdul Fakar lagi; hatinya panas.

(Salina : 220)

Page 21: NOVEL SALINA

PolisidentonPolisidenton ialah penggunaan kata hubung yang banyak dalam sesuatu ayat. Dalam novel Salina, terdapat juga penggunaan gaya bahasa ini seperti yang dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut:

Di sana sini lecak sahaja, dan di tanah banyak air yang tertakung-bertakung di tanah yang lekak-lekuk dan di beberapa buah tin dan botol yang

terselit-selit di celah pokok pisang. (Salina: 25)

Page 22: NOVEL SALINA

AnastropAnastrop adalah susunan kata yang lazim. Fungsi utamanya ialah untuk memberikan penekanan. Takrifan anastrop menurut Umar Junus (1989) merujuk kepada pembalikkan susunan ayat dengan tujuan supaya frasa yang diletakkan pada awal lebih penting daripada frasa yang di belakang.

...daunnya yang hijau kekuningan yang sebelum itu digigit-gigit kambing Kurupaya Samy dan dicakar-cakar oleh tiga ekor anak kucing Siti Salina itu, semakin koyak-koyak kerana ditiup angin kuat selamanya.

Page 23: NOVEL SALINA

KEPENGARANGAN

Kepengarangan merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya (Mohd. Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, 2014: 96).

Dalam sesebuah karya, nilai estetik dan kepengarangan merupakan dua aspek penting yang boleh mempengaruhi kedudukan teks tersebut.

Page 24: NOVEL SALINA

Penulisan novel Salina berbentuk autobiografi

Novel Salina berbentuk autobiografi kerana pengarang sendiri yang mengarangnya. Novel ini membuka dan membongkar keperitan hidup masyarakat Melayu di sebuah perkampungan kecil di Singapura akibat Perang Dunia Kedua.

ditulis berdasarkan kesan pengalaman hidup yang musnah dalam peperangan, iaitu pengalaman langsung pengarang sebagai mangsa perang ketika itu.

Page 25: NOVEL SALINA

Kepelbagaian teknik penulisan Salina Teknik dialog pengarang novel Salina, A. Samad Said memasukkan teknik dialog untuk menjadikan cerita lebih hidup dan dekat dengan pembaca. Teknik ini dapat menarik perhatian pembaca.

Contoh :‘’Narto tak ada kat rumah? Tanya Abdul Fakar kepada Nahidah.‘’Tak ada’’.jawab Nahidah jujur.‘’Sudah mampuskah?’’ tanya Abdul Fakar lagi; hatinya panas.

(Salina : 220)

Page 26: NOVEL SALINA

Teknik monolog dalamanTeknik yang menonjolkan watak-watak berkata-kata dalam hati tanpa sebarang ucapan. Semua perasaan atau kata yang tersirat di hati watak-watak itu dipaparkan oleh penulis atau pengarangnya (Nik Hassan Basri, 2007).

Contoh:Zarina berkata di dalam hatinya sungguh-sungguh. “Ya, laki-laki tentu akan tergila-gilakan Nahidah!”.

(Salina: 252)

Page 27: NOVEL SALINA

FALSAFAH DALAM NOVEL SALINA

Page 28: NOVEL SALINA
Page 29: NOVEL SALINA

1. FALSAFAH SOSIAL

Sosial ialah gambaran kehidupan realiti manusia.

Novel Salina memaparkan gambaran sebenar golongan masyarakat

yang menjadi mangsa perang dunia kedua sehingga membawa

kesengsaraan dan kemiskinan kepada mereka dan ada segelintir

golongan masyarakat yang terlibat dengan kehidupan yang tidak sihat

Bentuk yang diketengahkan ialah bentuk yang bersifat realisme, iaitu

cerminan budaya masyarakat pada ketika itu.

Novel bersifat mimetik sastera: karya seni yang merupakan tiruan atau

salinan semula daripada dunia sebenar.

Page 30: NOVEL SALINA

Penduduk di Kampung Kambing sangat daif sehinggakan

keperluan air perlu dicuri-curi ambil dari bangunan berek pejabat

kerajaan yang terletak berdepan dengan kampung tersebut.

Rumah-rumah mereka pula sebenarnya kandang kambing yang

telah diubah suai sebagi rumah setinggan.

Ia deretan bilik yang disewa oleh tuan kandang kambing tersebut.

Penghuni-penghuninya kebanyakkan sisa-sisa ledekan perang

dunia kedua yang telah hilang kaum keluarga, kerja dan tempat

bergantung

Page 31: NOVEL SALINA

• “rumah-rumah kandang kambing itu semuanya tidak sempurna.

Dindingnya terbuat dari papan-papan peti susu yang buruk dan

berbulu-bulu, kulit-kulit kayu balak yang tebal dan

bercendawan, zink-zink tong minyak berkarat yang sudah

dileperkan (tetapi masih kemik di sana sini) dan kadbod-kadbod

yang sudah berbulu dan berbelang-belang oleh resapan air

hujan,”

(Salina, 1961:3)

Page 32: NOVEL SALINA

2. FALSAFAH ETIKA

Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran.

Dalam novel Salina, falsafah etika dapat dilihat melalui ilmu

pengetahuan yang masih menjadi keutamaan dalam masyarakatnya.

Walaupun Katijah mengalami kemusnahan hidup setelah Perang

Dunia Kedua, dia masih mampu menyekolahkan Hilmy malah Hilmy

dapat dilihat sebagai pelajar yang pandai kerana mampu bersekolah

di sekolah Melayu Kota Raja dan berpindah ke sekolah Inggeris

Monk’s Hill dan Victoria School secara percuma.

Page 33: NOVEL SALINA

Memang dari sekolah Melayu dulunya; sesudah

sekolah Melayu barulah dihantar ke sekolah

Inggeris. Kalau hendak dihantar ke sekolah

Inggeris terus saja, siapa yang mampu?

Ayahnya bukan ada. Untunglah dapat sekolah

free, jawab Katijah menerangkan.

(Salina, 1961:10)

Page 34: NOVEL SALINA

Seterusnya, falsafah etika dapat ditunjukkan melalui peranan

kaum wanita sebagai pelayan.

Pekerjaan sebagai pelayan dalam kalangan golongan wanita

begitu dominan pada zaman perang.

Melalui novel Salina ini, memperlihatkan watak wanita yang

bekerja sebagai seorang pelayan.

Dalam novel ini, memperlihatkan watak Zarina dan Nahdah.

Zarina merupak ibu tiri kepada Nahidah dan bekerja sebagai

seorang pelayan untuk menyara hidupnya.

Page 35: NOVEL SALINA

• “Mak dah pun carikan kerja untuk kau,” kata

Zarina mendekat ke maksud utamanya. “Kerja tu

dah pun mak dapatkan, cuma tunggu jawapan dari

kau saja. Mak harap benar kau mahu bekerja.”

(Salina,1961:162)

Page 36: NOVEL SALINA

3. FALSAFAH METAFIZIK

Falsafah metafizik memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan.

Dalam novel Salina ini, falsafah metafizik boleh ditunjukkan melalui watak

Haji Karman.

Haji Karman selalu menjadi penghuni surau sendiri.

Beliau selalu mengajak seorang dua anak muda bersembahyang. Beliau

juga sering menegur secara bersopan keserakahan dan kejahilan segelintir

penghuni Kandang Kambing.

Haji Karman sedar bahawa beliau tidak dapat masalah perjuangan mereka

yang berusaha keras demi sesuap nasi pagi dan petang.

Page 37: NOVEL SALINA

4. FALSAFAH EKONOMI

Ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta

benda.

Falsafah ekonomi selepas perang dunia kedua yang

paling ketara dapat ditunjukkan apabila kaum

perempuan bekerja sebagai pelayan.

Zarina merupakan ibu tiri kepada Nahidah memaksa

Nahidah menjadi pelayan untuk menyara keluarganya.

Page 38: NOVEL SALINA

“Mak dah pun carikan kerja untuk kau,” kata

Zarina mendekat ke maksud utamanya. “Kerja tu

dah pun mak dapatkan, cuma tunggu jawapan dari

kau saja. Mak harap benar kau mahu bekerja.”

(Salina,1961:162)

Page 39: NOVEL SALINA

Falsafah ekonomi boleh ditunjukkan melalui watak Sunarto. Beliau

seorang anak muda yang saban hari kerjanya membawa

beca.Dengan becanya, dia dia mencari rezeki bagi menampung dan

menyara keluarga angkatnya, Zarina Mansur dan Nahidah.

Melalui novel Salina, kita dapat melihat watak seorang ibu tunggal,

iaitu Katijah yang terpaksa bekerja sebagai tukang cuci di empat

buah rumah orang inggeris demi menyara anaknya yang sedang

belajar, iaitu Hilmy.

Page 40: NOVEL SALINA

• “Bukan kerja apa-apa; cuma cuci kain dan baju saja,” Katijah menerangkan. “Hari ni kakak cuci kain baju di rumah Nyonya Swee Kim dan Encik Burhan. Esok cuci di rumah orang lain pula. Begitu bergilir-gilir. Kalau tak begitu manalah nak dapat duit,” Katijah memandang Hilmy dan berkata, “nak harapkan budak ni, kurang-kurang kena tunggu dua tiga tahun lagi…

(Salina, 1961: 38)

Page 41: NOVEL SALINA

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Page 42: NOVEL SALINA

NILAI BUDAYA1. NILAI BUDAYA

MENGENANG BUDI

Nilai ini ditonjolkan pada watak Sunarto yang mengenang budi ayah angkatnya, iaitu Mutalib yang menyelamatkannya yang menghidap penyakit demam malaria sewaktu dibawa oleh tentera Jepun ke Siam.

Walaupun ayah angkatnya telah meninggal dunia dan dirinya sering diherdik dan dihina oleh Zarina namun dia tetap tinggal di rumah Zarina kerana ingin membalas jasa ayah angkatnya dengan menjaga Nahidah dan Mansur dengan baik. Hal ini hasil daripada didikan ayah angkatnya yang sering bercerita kepadanya tentang budi bahasa dan dia masih mengingati kata-kata ayahnya, iaitu:

Page 43: NOVEL SALINA

Sewaktu di kampungnya dahulu ayahnya sendiri sering bercerita kepadanya tentang budi bahasa. Walaupun di masa itu tidak diketahuinya sungguh-sungguh apa sebenarnya budi bahasa itu dalam erti yang mendalam, tetapi kata-katanya “budi baik jangan kau lupakan sehingga bila-bila” itu tetap semarak itulah yang menghalangnya untuk meninggalkan keluarga Zarina-keluarganya. Ya, budi baik orang tak boleh kulupa sampai bila-bila, bisik Sunarto di dalam hatinya.

(Salina, 62) 

Sambungan...

Page 44: NOVEL SALINA

Nilai ini dapat dilihat berdasarkan watak Katijah. Katijah sering menasihati Siti Salina agar meninggalkan Abdul Fakar yang selama ini menganiaya dan menyeksa Siti Salina.

Katijah juga sering bertanyakan sebab Siti Salina terlalu menyayangi Abdul Fakar sedangkan Abdul Fakar sering mempergunakan Siti Salina, tetapi Siti Salina tidak pernah merungut dan membiarkan sahaja dia diperlakukan begitu. Contohnya dapat dilihat pada petikan yang berikut:

2. NILAI BUDAYA Mengambil Berat Demi Kebaikan Orang Lain

Page 45: NOVEL SALINA

“Saya tak adil selama ini, kak,” katanya kepada Katijah. Katijah kehairanan juga mendengar jawapan itu.

Kenapa?”

“Sebab selama ini saya tak ambil berat segala apa kakak nasihatkan. Bukan saya tak tau apa yang kak masihatkan itu benar, tapi entahlah, saya tak mau menerima nasihat itu sehinggalah sekarang ini. Sekarang ini barulah saya sedar apa yang kakak nasihatkan itu ialah untuk kebaikan saya. Dan saya akan ikut sekarang,” kata Siti Salina.

(Salina, 527)

Sambungan...

Page 46: NOVEL SALINA

Nilai ketabahan ini dapat dilihat menerusi watak Siti Salina yang cekal dalam menghadapi dugaan hidup setelah ahli keluarganya meninggal dunia akibat terkena bom semasa Perang Dunia Kedua.

Berikutan dengan itu, Siti Salina mula terjebak dengan pelacuran kerana Siti Salina mengalami kesempitan hidup. Dalam masa yang sama, Abdul Fakar turut mengambil kesempatan terhadapnya dan Siti Salina dipukul dan dimarahinya. Contohnya :

“Kenapa kau sanggup diseksa orang sampai begitu?” Katijah bersuara sambil terbatuk-batuk dua tiga kali.

(Salina, 524)

3. Nilai Ketabahan dalam Menghadapi

Dugaan Hidup

Page 47: NOVEL SALINA

PANDANGAN HIDUP

Dalam novel Salina, abang Nahidah, iaitu Mansur sering menasihati Nahidah supaya sentiasa menjaga maruah dan nama baiknya kerana bagi Mansur tiada yang lebih berharga di dalam dunia ini melainkan nama baik dan maruah diri. Contohnya:

1. PANDANGAN HIDUP TENTANG KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI

Page 48: NOVEL SALINA

Abangnya suka, bercakap kepadanya tentang beberapa hal, bercakap sekali tentang rancangannya selepas habis sainnya dengan sojar itu, dan meminta sekali lagi supaya adiknya itu menjaga dirinya baik-baik, mengingatkan bahawa tidak ada yang lebih berharga di dalam dunia ini selain meninggalkan nama yang baik.                                                                                                           

(Salina, 435)

Berdasarkan contoh di atas, Mansur sangat menyayangi adiknya, Nahidah dan sentiasa menasihati adiknya supaya meninggalkan pekerjaan sebagai pelayan.

Walaupun Mansur mengetahui bahawa adiknya terpaksa bekerja sebagai pelayan kerana ibu tirinya, Mansur sentiasa berpesan kepada Nahidah supaya menjaga maruah dirinya dan tidak terlanjur melayani lelaki-lelaki di tempat kerjanya walaupun dibayar dengan harga yang tinggi.

Sambungan...

Page 49: NOVEL SALINA

Walaupun kehidupan masyarakat yang serba kekurangan namun pelajaran terhadap ilmu agama tetap dipentingkan.

Dalam Novel Salina ini jelas ditunjukkan dalam watak Pak Haji yang dianggap nyanyuk oleh Hilmy. Pak Haji merupakan orang tua yang sangat mementingkan nilai agama kerana dialah yang mengajar kanak-kanak yang ada di kawasan perumahan itu mengaji. Contoh:

“Entahlah kak, tapi saya rasa tidak pula begitu, dialah yang mengajar budak-budak mengaji di sini.  Murid-muridnya banyak.  Pendeknya, budak-budak di sini semuanya belajar mengaji dengannya,” kata perempuan muda yang cantik itu.

 (Salina: 11)

2. PANDANGAN HIDUP TENTANG

KEPENTINGAN AJARAN ISLAM

Page 50: NOVEL SALINA

3. PANDANGAN HIDUP MENGENAI

KEPENTINGAN ILMU PELAJARAN

Perkara ini jelas ditunjukkan oleh watak Salina dan Hilmy yang sangat mementingkan pelajaran yang mana Salina menjelaskan kepada Hilmy betapa pentingnya pelajaran sekiranya hendak berjaya apabila dewasa kelak. 

Salina menjelaskan kepada Hilmy sekiranya mendapat peluang untuk menyambung pelajaran dia harus mengambilnya. 

Salina turut menyatakan mengenai biasiswa yang boleh didapati sekiranya pelajar itu kurang berkemampuan tetapi hebat dari segi akademik.  Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Salina amat mementingkan pelajaran.  Contoh:

Page 51: NOVEL SALINA

“Hilmy tak tau sekarang ini bagaimana susah orang nak dapat kerja?” kata Siti Salina menyambung lagi, “kalau tak ada certificate sekolah, tak dapat kerja. Kalau tak ada kerja bagaimana nak makan, dan kalau tak ada makan, bagaimana nak hidup? Orang sekolah hendak apa? Kerana nak senang kemudian harilah. Jadi terlanjur ada peluang bersekolah tu belajarlah baik-baik. Janganlah difikirkan soal lain dulu. Tunggulah dan belajarlah sampai dah lulus dan dah dapat certificate yang baik. Nanti bolehlah dapat kerja yang baik. Kalau berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri pun,  janganlah dilepaskan. Itulah yang lebih baik. Kakak fikir kalau Hilmy belajar betul-betul tentu Hilmy dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri; tentu Hilmy akan dapat scholarship. Sekarang ini khabarnya anak-anak orang miskin selalu diberi scholarship kalau otaknya baik.”

(Salina: 120)

Sambungan...

Page 52: NOVEL SALINA

NILAI ILMU

Page 53: NOVEL SALINA

Nik Hasan Basri Nik Ab. Kadir (2007) mendefinisikan nilai sebagai segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan.

Berdasarkan karya moden yang dikaji, iaitu novel Salina, terdapat beberapa ilmu yang telah dikenal pasti dalam kepengarangan A. Samad Said seperti ilmu pertukangan, ilmu ketenteraan, ilmu agama dan ilmu bahasa.

Page 54: NOVEL SALINA

1. ILMU PERTUKANGAN

ilmu yang berkaitan dengan kepandaian seseorang dalam pekerjaan tangan atau perbuatan memperbaiki sesuatu kerosakan.

Berdasarkan novel Salina, ilmu pertukangan dapat dilihat dalam diri watak utama itu sendiri iaitu, Siti Salina.

Setelah Siti Salina berpindah ke Kampung Kambing setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Siti Salina telah menyewa rumah di kampung tersebut, tetapi rumah yang didudukinya itu mengalami banyak kebocoran.

Page 55: NOVEL SALINA

“Tak dapat tidulah. Asyik kena betulkan atap saja. Sini dibetulkan sana bocor; sana dibetulkan sini pula bocor. Ada daun labu di atasnya pun tak guna. Bocor juga. Kalaulah begini saja tiap-tiap malam, pendeknya tak dapat tidur langsunglah,“ kata Hilmy. Kemudian, diam seketika; menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dan segera menyambung, “Rumah kakak tak bocor?’“Dah tak bocor sekarang. Dah kakak betulkan. Kalau tidak dulu bocor juga macam rumah Hilmy tu, “Siti Salina menjawab. Matanya memperhatikan api di dapurnya.

(Salina, 1961:42)

Sambungan...

Page 56: NOVEL SALINA

2. ILMU KETENTERAAN

Ilmu ketenteraan bermaksud ilmu yang berkaitan dengan perihal peperangan.

A. Samad Said memasukkan nilai ilmu ketenteraan dalam novel Salina secara tidak langsung. Hal ini demikian, peperangan banyak memberi kesan kepada masyarakat yang terlibat termasuklah dirinya sendiri.

ilmu ketenteraan ini hanya diceritakan secara asas sahaja seperti latihan-latihan yang dijalani oleh anggota tentera, seperti yang dialami oleh watak kekasih Salina, iaitu Muhammad Yusup seperti berikut:

Page 57: NOVEL SALINA

“Saya dan kawan-kawan lain akan dibawa ke suatu tempat yang masih belum diketahui lagi di mana. Khabarnya kamu akan belajar menggunakan senjata (tidak lagi belajar cara mengikat bandage dan merawat luka!) Saya dan kawan-kawan lain akan belajar pula cara hendak menggunakan senjata untuk membunuh manusia yang menjadi musuh.”

(Salina, 1961:184-185)

Sambungan...

Page 58: NOVEL SALINA

3. ILMU BUDI BAHASA

Di dalam novel Salina, penulis turut memasukkan ilmu budi bahasa.

Ilmu berbudi bahasa ini

sewajarnya diketahui dalam masyarakat setempat terutamanya kaum Melayu tentang etika dalam berbahasa.

Antara bukti yang menunjukkan ilmu budi bahasa adalah seperti:

Page 59: NOVEL SALINA

Sewaktu di kampungnya dahulu ayahnya sendiri sering bercerita kepadanya tentang budi bahasa. Walaupun di masa itu tidak diketahuinya sungguh-sungguh apa sebenarnya budi bahasa itu dalam erti kata yang mendalam tetapi kata-kata ayahnya “Budi baik orang jangan kau lupakan sampai bila-bila” itu tetap semarak dalam hatinya.dan kata-kata yang semarak itulah yang menghalangnya meninggalkan keluarga Zarina- ‘Keluarga’nya!“ Ya, budi baik orang tak boleh kulupakan sampai bila-bila”, bisik Sunarto di dalam hatinya.

(Salina, 1980 : halaman 42)

Sambungan...

Page 60: NOVEL SALINA

4. ILMU MEMIKAT

Novel Salina karya A.Samad Said merupakan novel yang melibatkan kaum hawa dalam mempertahankan hidup meskipun dalam bidang yang sering dipandang serong dalam kalangan masyarakat.

Penulis turut memasukkan unsur pemikat atau ilmu memikat.

Ilmu memikat dan melayan ini merupakan ilmu yang sangat diperlukan dalam kerjaya Salina sebagai pekerja kelab dan pelayan. Dalam ilmu memikat, Salina perlu pandai melayan dan bersifat lemah lembut, dan bergurau manja.

Ilmu memikat Salina sering dipandang serong oleh masyarakat Kampung Kambing.

Page 61: NOVEL SALINA

Di waktu sarapan pagi dia duduk melayan di sebelah Abdul Fakar. Dia melayannya dengan lemah lembut, dan kalau perlu, ini selalu diajaknya Abdul Fakar bergurau sekali biar selera itu “terbuka”. Dan kalau Abdul Fakar ‘malas makan’-ini selalu disengajakan oleh Abdul Fakar- dia akan menyuapkan makanan-makanan itu; didekatkannya makanan itu ke mulut Abdul Fakar dan bila Abdul Fakar menggeleteknyya. Dan dia ketawa manja. Dan selalunya sarapan pagi itu tidak akan “ sempurna” bukan makanan tapi sulaman gurauannya itu tidak sampai ‘meliar-liar’… sehingga makan pagi itu lebih sesuai benar kalau terpanggil “makan bergurau” sahaja.

( Salina, 1980 : halaman 101)

Sambungan...

Page 62: NOVEL SALINA

KESIMPULAN Kesimpulannya, novel Salina boleh dianggap sebagai sebuah karya yang

unggul kerana mempunyai nilai estetik yang tinggi dari aspek

kepengarangannya.

Ciri-ciri karya yang hebat terdapat dalam novel Salina memperlihatkan

keunggulan pengarang dalam menyampaikan mesej kepada pembaca.

Dalam hal ini, novel Salina memperlihatkan kepengarangan A. Samad Said

yang mampu mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan dan

menceritakan keadaan hidup bangsa Melayu selepas perang dunia kedua

yang hidup dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa melacurkan diri

demi ingin terus hidup.

Page 63: NOVEL SALINA

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Napiah et. al .(2014). Karya Agung Melayu. Tanjong Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

A.Samad Said. (2003). Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana (2013). Berdiri di akar diri: kritikan sastera Melayu pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Nik Hassan Basri. (2007). Komsas Pengangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn. Bhd.

Siti Aisah Murad .(2007). A.Samad Said dalam esei dan kritikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka