30
WACANA OLEH: AFIFAH BINTI ABIDIN MOHD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH 2 PPISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 1 2015 PENULISA N GWP 1092 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU

WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

WACANA

OLEH:AFIFAH BINTI ABIDIN

MOHD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH2 PPISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 1

2015

PENULISANGWP 1092

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU

Page 2: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

BAB 2 : KEUTUHAN WACANA

2.1

• KEUTUHAN SEMANTIK

2.2

• KEUTUHAN LEKSIKAL

2.3

• KEUTUHAN FONOLOGI

2.4

• KEUTUHAN GRAMATIKAL

Page 3: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

KONSEP KEUTUHAN WACANA

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit-unit bahasa atau unsur-unsur seperti kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan fikiran yang utuh.

Kesatuan yang utuh itulah yang menunjukkan ianya sebuah wacana yang baik.

Page 4: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

“Wacana yang baik dikenali sebagai keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil apabila wujudnya susunan yang teratur dan berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan wacana penting bagi menentukan sesuatu satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.” (Raminah Hj. Sabran et. al., (1987). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, hal. 221)

Keutuhan wacana boleh dinilai dengan melihat wujudnya hubungan-hubungan dari aspek semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa dan fonologis.

Page 5: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2.1 HUBUNGAN DARI SEGI SEMANTIK

Hubungan semantik

umum

Hubungan semantik interaktif

Page 6: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

HUBUNGAN SEMANTIK UMUM

• Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam bentuk berikut:o a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibato b. Hubungan pasangano c. Hubungan tempoh masao d. Hubungan kebenaran kesahihano e. Hubungan ikatano f. Hubungan prafrasao g. Hubungan penekanano h. Hubungan suasana dan perlakuan

Page 7: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibat

• Hubungan sebab dan akibat. Contohnya: i. Siti tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.(sebab) Dia gagal dalam peperiksaan.(akibat)

• Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya:i. Anwari belajar bersungguh-sungguh.(sebab) Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(tujuan)ii. Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

• Hubungan sebab dan hasil. Contohnya:i. Adli seorang usahawan yang gigih.(sebab) Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan terbesar di Brunei.(hasil)ii. Ibrahim sangat rajin bekerja. Dia dinaikkan pangkat.

Page 8: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

• Hubungan alasan dan kesan. Contohnya:i. Oleh kerana dia hantar tugasan lambat.(alasan) Saya dimarahi guru.(kesan)ii. Gara-gara Ibrahim jalan lambat. Saya tertinggal bas untuk pulang.

• Hubungan syarat dan hasil. Contohnya:i. Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam perniagaan nanti.

• Hubungan sebab dan kesan. Contohnya:i. Pintu rumah Razi tidak dikunci semalaman. Beberapa barang berharga telah dicuri.

Page 9: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

b. Hubungan pasangan

• Hubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan dua bentuk, iaitu:

a) PerbezaanContoh: Semua pelajar menangis kecuali Intan.

b) PerbandinganContoh: Kalau ayah pun berperangai buruk, apatah lagi si anak.

Page 10: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

c. Hubungan tempoh masa

• Hubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat berdasarkan dua jenis hubungan yang menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa iaitu:

i. Mengikut turutan kronologiContoh: Syafik akan melawat adiknya yang sakit di hospital, kemudian ke rumah abangnya, dan selepas itu bertolak ke Thailand.

ii. Pertindanan masaContoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Merbok, hujan turun.

Page 11: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

d. Hubungan kebenaran kesahihan• Bermaksud perkaitan yang menggambarkan

pertentangan fakta. Berdasarkan Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang dikaitkan dengan hubungan ini iaitu:

a. Pernyataan pengesahan. Contoh: Ali perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia boleh berjaya. b. Pernyataan penafianContoh: Dia memang lemah, itu semua tidak benar sama sekali. c. Penafian pembetulanContoh: Dia bukannya lemah. Dia cuma dia tidak sihat ketika itu. d. Luar jangkaanContoh: Mereka bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya terpaksa bertahan.

Page 12: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

e. Hubungan ikatan

• Hubungan ini menunjukkan perkaitan makna antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam beberapa bentuk, iaitu:

1. Berpasangan. Contoh: Dia memakai seluar merah dan baju biru.2. Pasangan bertentangan. Contoh: Dia cuba mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.3. Pengecualian penyataan. Contoh: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia telah mula mencari pekerjaan untuk menampung belanja.

Page 13: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

f. Hubungan prafrasa

• Merujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula kenyataan awal. Contoh:

• Dia bukan seorang yang baik. Dia jahat.• Bakar memulakan serangan. Dia mula

melawan.

Page 14: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

g. Hubungan penekanan

• Ia boleh dilihat berdasarkan bentuk-bentuk berikut:

a. Penekanan istilah. Contoh: Inilah pahlawan yang dibunuhnya.b. Penekanan predikat. Contoh: Dia menyesali atas apa yang telah berlaku.

Page 15: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

h. Hubungan suasana dan perlakuan

• Menunjukkan perkaitan makna dalam ayat yang merujuk kepada tempat. Contoh berkenaan dengan hubungan ini adalah seperti berikut:

a. Lokasi perlakuan. Contoh: Arif dikurung di dalam biliknya.b. Arah perlakuan. Contoh: Dia menghalau lembu itu ke padang.c. Keadaan perlakuan. Contoh: Dia merawat pesakit itu dengan baik.

Page 16: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

HUBUNGAN SEMANTIK INTERAKTIF

• Hubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan bagi menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Winfred Crombie (1985) lagi, terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau perbualan iaitu:

a. Inisiatif : Contoh; Ke mana awak pergi?b. Respon : Contoh; Ke sekolah.c. Susulan : Contoh; Baguslah.

Page 17: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

• Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contoh:

a. Penyoalan : Contoh; Di manakah buku saya?b. Arahan : Contoh; Nyah kau dari sini!c. Persetujuan : Contoh; Ya, baiklah.d. Pemberitahuan : Contoh; Buku Sejarah ada di atas meja.• Dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab. Rahman

Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga dalam Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan oleh Raminah Hj. Sabran, et. al., (1987) ada menyatakan ciri-ciri keutuhan wacana dari segi konteks atau latar wacana, ia dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu:

a. Laras bahasa.b. Kesepaduan tajuk.c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar.

Page 18: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

a. Laras bahasa. Misalnya:• Laras bahasa dalam iklan. “Cepat, cepat! Jangan

lambat! Jualan pengahabisan stok”. (Walaupun ayat-ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi kita masih dapat memahaminya. Oleh demikian, ia masih dianggap sebagai wacana.)

b. Kesepaduan tajuk. Misalnya:• Muka Aishah semakin berseri-seri. Dia kini gembira dan

tenang. Perubahannya sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan dahulunya sering dalam keadaan muram dan kesedihan.)

c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Misalnya:• Ali : Dah siap?• Abu : Belum. Dakwat habis. (Kedua-dua orang penutur

memahami apa yang dimaksudkan, walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

Page 19: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2.2 HUBUNGAN DARI ASPEK LEKSIKAL

• Hubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa kata yang serasi dan sesuai. Terdapat beberapa cara memperoleh hubungan leksikal. Antaranya ialah:

1) Mengulang kata yang sama (Pengulangan).“Semalam dia menelaah pelajaran. Hari ini dia menelaah lagi. Tampaknya dia memang seorang yang rajin menelaah.”

Page 20: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2) Menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal.• “Sindrom skim cepat kaya semakin menular dalam kalangan

masyarakat kini. Gejala ini sungguh membimbangkan.”

3) Menggunakan antonim.• “Hidup segan, mati tak mahu.”

4) Menggunakan hiponim. • “Terdapat pelbagai jenis baju wanita di butik itu antaranya

baju kebaya, kurung, kebaya nyonya, sari, jubah dan cheongsam.”

5) Menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan).• “Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal ini telah

menyebabkan hidupan akuatik semakin pupus dan hilang tempat tinggal.”

Page 21: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

6) Memanfaatkan unsur bersambut.• “Guru mengemukakan soalan. Pelajar

memberikan jawapan.”7) Pembuka dan penutup wacana.• Contoh diambil daripada buku Kajian Bahasa

untuk Pelatih Maktab Perguruan iaitu alkisah, sebermula, maka dengan hormatnya (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan juga kata-kata seperti sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.

Page 22: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2.3 HUBUNGAN DARI SEGI FONOLOGI

• Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan suara dan nada suara. Sebagai contoh:

1. Abang Ali sudah makan nasi.(Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan ‘abang’, maka ayat ini membawa maksud ‘Ali’ yang sudah makan nasi. Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas perkataan ‘Ali’, maka ayat ini bermaksud ‘abang Ali’ yang sudah makan nasi.)

Page 23: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2. Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada suara yang berbeza. Misalnya perkataan ‘makan’. Jika ia diungkapkan dengan nada suara yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir kata, ia akan menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang tidak boleh ditentang ataupun ia juga boleh menjadi ayat soal, “makan?” Tetapi, jika ianya disebut dengan nada yang lembut, ia akan berubah menjadi ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.

Page 24: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2.4 HUBUNGAN DARI ASPEK TATABAHASA ATAU GRAMATIKAL

• Keutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya. Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:

i. Kata rujukano Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam

bahasa Melayu kerana fungsinya yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contohnya:

o Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya.

Page 25: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantian• Merupakan satu konsep apabila perkataan

yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut:

o 1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya.

Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)

Page 26: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan ‘kotak’ tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami)3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang dalam ayat)

Page 27: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

• iii. Kata penghubungKata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata penghubung iaitu:

Page 28: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

1. Fungsi penghuraian• Fungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh

dibuat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya. Contoh:

• Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.

2. Fungsi pengembangan• Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan

idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:

• a) Dia tidak hadir kerana hujan• b) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih

baik.

Page 29: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

3. Fungsi penambahan• Ianya sering digunakan bagi menyatakan

masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya. Contoh:

• a) Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang.

• b) Mereka datang, kemudian cuba mencari ayah.

Page 30: WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA

Sekian, terima kasih.