Upload
idmac2015
View
349
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 393
KEFAHAMAN TERHADAP PERBANKAN ISLAM (PI) DALAM
KALANGAN GURU MUSLIM DI DAERAH SIK1
Yusliamir Mohd Yusoff2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Abstrak
Kertas kerja ini mengkaji tentang kefahaman perbankan Islam dalam kalangan guru
Muslim. Perbankan Islam merupakan sebuah institusi perbankan yang berlandaskan
Syariah. Perbankan Islam mengamalkan sistem yang bebas daripada unsur riba dan
berbeza sekali dengan perbankan konvensional yang jelas mengamalkan riba.
Pengguna Muslim merupakan golongan yang bijak dalam membuat sesuatu pilihan
termasuklah dalam aktiviti perbankan. Sebagai seorang pelanggan perbankan Islam
guru Muslim juga turut terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti perbankan.
Namun begitu, mengapakah masih terdapat guru Muslim terutamanya menggunakan
perkhidmatan dan produk daripada perbankan konvensional? Adakah disebabkan
kekurangan kefahaman terhadap perbankan Islam menyebabkan guru Muslim masih
meletakkan perbankan konvensional sebagai pilihan yang tepat? Objektif kertas kerja
ini ialah mengenal pasti kefahaman tentang perbankan Islam dalam kalangan guru
Muslim. Selain itu, menganalisis tahap kefahaman guru Muslim dan
merumuskannya. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan data dikutip dengan
menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dan statistik inferens. Dapatan kajian ini mendapati tahap kefahaman terhadap PI
dalam kalangan guru Muslim adalah terdiri daripada 80.6 peratus responden
mempunyai tahap yang sederhana, 11.9 peratus tahap yang rendah manakala 7.5
peratus adalah di tahap yang tinggi. Kesimpulannya, institusi perbankan Islam
perlulah memberi perhatian dalam meningkatkan kefahaman terhadap perbankan
Islam terhadap masyarakat terutamanya orang Islam.
Kata kunci: Perbankan Islam, kefahaman, pengguna Muslim
1 Kertas kerja yang dibentangkan di IDMAC 2015 ( The 9
th ISDEV International Islamic Development
Management Conference 2015) “Islamic Asset Management” di Dewan Persidangan Universiti,
Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 8 dan 9 Disember 2015 2 Pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia Pulau
Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 394
PENGENALAN
Penubuhan Mit Gahmr Local Saving pada tahun 1963 merupakan sejarah awal
perbankan Islam (PI) moden yang bermula di Mesir. Bank tersebut mendapat
sambutan yang menggalakkan terutamanya golongan petani di sekitar Lembah
Sungai Nil namun terpaksa memberhentikan operasinya pada tahun1967 di atas
faktor kekacauan politik. Tempoh operasi penubuhan institusi ini adalah terlalu
singkat namun kejayaannya telah mencuri perhatian dan menjadi tumpuan dunia
Islam secara khususnya dalam menawarkan produk-produk perbankan Islam.
Sejarah PI di Malaysia bermula dengan penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung
Haji (LUTH) pada tahun 1963 adalah sama dengan penubuhan Mit Gahmr Local
Saving di Mesir. Aktiviti utama LUTH pada masa itu hanyalah menjalankan operasi
seperti menyimpan wang oleh bakal-bakal haji dan menjalankan aktiviti pelaburan.
Dengan penubuhan LUTH ini telah memberikan kesan yang besar dalam usaha
mewujudkan sebuah institusi PI. Pada tahun 1983 wujudnya sebuah bank Islam yang
dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan bank Islam
pertama di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965. BIMB juga menawarkan produk-
produk dan perkhidmatan seperti bank-bank konvensional yang lain namun segala
perkhidmatan yang dijalankan oleh BIMB adalah berlandaskan prinsip-prinsip
Syariah (Mokhtar Mahmad dan Izah Mohd Tahir, 2010).
Penubuhan institusi perbankan di Malaysia kini telah memberikan persaingan yang
sihat dalam meningkatkan ekonomi negara. PI di Malaysia terpaksa bersaing sesama
sendiri dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang efektif dalam memastikan
pelanggan sentiasa berpuas hati. PI juga terpaksa bersaing dengan perbankan
konvensional dalam menarik lebih ramai pelanggan Muslim dan juga pelanggan
bukan Muslim. Dalam memastikan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dan
produk yang terbaik PI perlulah memberikan kefahaman yang jelas tentang fungsi
dan peranan yang dilakukan oleh mereka. Kefahaman bermaksud mengetahui
sesuatu perkara yang dipelajari dan dibincangkan menurut (Kamus Dewan Edisi
Keempat).
Haron et. al (1994) telah menjalankan kajian terhadap pelanggan Muslim dan bukan
Muslim mengenai pengetahuan terhadap PI di Malaysia mendapati bahawa kesemua
responden menyedari kewujudan PI dan 63 peratus responden Muslim dapat
membezakan antara PI dengan perbankan konvensional. Kajian ini telah melihat
bahawa pelanggan Islam dan pelanggan bukan Islam mempunyai kefahaman
terhadap PI yang telah wujud seiring dengan perkembangan perbankan konvensional.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Ahmad Azrin Adnan (2009) terhadap penentu
ekstrinsik dalam pemilihan bank menurut tuntutan syarak mendapati bahawa terdapat
5 faktor ekstrinsik penentu dalam pemilihan bank iaitu (1) polisi institusi perbankan
Islam, (2) reputasi dan pengesyoran, (3) ciri-ciri produk dan perkhidmatan, (4)
keselesaan dan (5) pemasaran dan pengiklanan. Kajian ini memperlihatkan bahawa
penentu-penentu terhadap pemilihan PI mempunyai hubungan dengan tahap
kefahaman pelanggan itu sendiri terhadap PI.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 395
Kertas kerja ini ingin melihat faktor yang mempengaruhi kefahaman PI dalam
kalangan guru Muslim. Guru Muslim secara langsung turut terlibat dengan PI dalam
mendapatkan pembiayaan serta pelaburan dalam meningkatkan jumlah kewangan
mereka. Melalui kewujudan institusi PI yang semakin mendapat sambutan,
mengapakah masih terdapat pelanggan terutamanya guru Muslim masih memilih
perbankan konvensional berbanding PI? Adakah disebabkan kekurangan kefahaman
terhadap PI menyebabkan guru Muslim masih meletakkan perbankan konvensional
sebagai pilihan yang tepat?
SOROTAN KARYA
Perkhidmatan
Kajian-kajian lepas berkenaan perbankan Islam merupakan kajian yang sangat
penting dalam melihat pelbagai faktor yang mempengaruhi kefahaman pelanggan
terhadap institusi perbankan Islam. Haron et. al (1994) telah melakukan kajian
terhadap responden yang terdiri daripada pelanggan Islam dan pelanggan bukan
Islam di bank-bank di Kedah dan Perlis. Kajian ini mengutamakan faktor-faktor
pemilihan bank dan hasil kajian mendapati bahawa responden pelanggan Islam
memilih PI adalah disebabkan perkhidmatan yang cepat dan efisien. Bagi responden
pelanggan bukan Islam keramahan pekerja bank merupakan faktor terpenting dalam
pemilihan PI.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Gerard dan Cunningham (1997) melakukan
kajian terhadap responden Islam dan responden bukan Islam di Singapura berkenaan
persepsi mereka terhadap PI. Dapatan dalam kajian ini juga mendapati pemilihan
perkhidmatan yang cepat dan efisien terhadap PI merupakan faktor paling penting
dalam pemilihan bank. Begitu juga dengan kajian Asyraf Wajdi Dusuki dan
Nurdianwati Irwani Abdullah (2007) menunjukkan kualiti perkhidmatan, kemesraan
petugas bank Islam dan kakitangan bank yang cekap serta berpengetahuan menarik
perhatian pengguna dalam menggunakan produk Islam. Faktor ini selari dengan
kajian Fathiah Fathil (2008) yang mengatakan faktor utama dalam penerimaan
masyarakat bukan Islam terhadap produk perbankan Islam ialah layanan dan
perkhidmatan yang memuaskan. Kajian yang dilakukan oleh Zulkifli Hasan (2011)
melihat persepsi para ulama Syariah terhadap sistem tadbir urus yang berlandaskan
Syariah telah mendapati bahawa terdapat perbezaan pandangan ditunjukkan oleh
para ulama Syariah yang telah ditemu ramah mengenai beberapa isu, dan mereka
juga telah mengakui bahawa ada jurang yang signifikan dan kelemahan yang terdapat
di dalam kesemua enam bidang utama tadbir urus Syariah. Hasil kajian ini juga
mengakui bahawa terdapat kekurangan dan kelemahan kepada rangka kerja tadbir
urus yang sedia ada yang perlukan peningkatan dan penambahbaikan.
Produk
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara harga di PI dengan perbankan
konvensional yang dilakukan di Bangladesh. Kajian ini telah menggunakan data
bulanan bagi tempoh 2009-2013. Hasil kajian ini menunjukkan tiada perbezaan
statistik yang signifikan antara kadar pinjaman purata bulanan PI dan perbankan
konvensional. Namun begitu, hasil kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 396
yang signifikan antara kadar deposit. Dalam kajian yang dilakukan oleh Rizwan
Ahmad dan Azizi Che Seman (2009) adalah ingin melihat maslahah konsep nilai
masa wang yang digunakan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini
mendapati bahawa penggunaan nilai masa wang dalam setiap produk yang
ditawarkan oleh PI seperti BBA adalah menyamai konsep riba dalam perbankan
konvensional. Namun begitu, disebabkan para ulama telah bersetuju bahawa konsep
nilai masa wang yang digunakan oleh PI adalah dibenarkan berdasarkan hujah-hujah
daripada para ulamak mengikut mazhab masing-masing di atas maslahah yang
berlaku berlandaskan maqasid Syariah. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati
bahawa model pemasaran yang digunakan oleh PI memberikan kesan terhadap
kesedaran pelanggan dalam pemilihan PI. Kajian yang telah di lakukan oleh Zakaria
Bahari (2015) turut mendapati bahawa kesedaran terhadap istibdal wakaf di
semenanjung Malaysia adalah di tahap yang tinggi dengan melalui responden yang
terdiri dalam kalangan masyarakat Muslim.
Pemasaran
Dalam kajian ini, faktor pemasaran penting dalam pemilihan produk Islam kerana
kekurangan promosi menyebabkan jumlah penggunaan produk Islam masih rendah
(Hussin et al, 2010). Selain itu, ciri-ciri dana yang bersifat kepelbagaian,
kemampuan, pengurusan yang profesional, kecairan, fleksibiliti dan pemantauan
prestasi mempengaruhi dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam merupakan
dapatan dalam kajian yang dilakukan oleh Rajwanti Sharma (2013). Dalam kajian
lain yang dilakukan di Australia oleh Rammal dan Zurbruegg (2007) mendapati
bahawa responden yang terdiri daripada orang Islam mengetahui tentang PI. Kajian
ini adalah ingin mendapatkan maklumat tentang pengetahuan orang-orang Islam di
negara bukan Islam. Pengetahuan terhadap PI di negara bukan Islam adalah sangat
penting bagi mengetahui bahawa penduduk Islam terutamanya menyedari bahawa PI
juga turut wujud di negara-negara bukan Islam dalam bersaing dengan perbankan
konvensional.
Dalam kajian Mokhtar dan Izah Tahir (2010) mengkaji persepsi pelanggan bukan
Islam terhadap PI dan mendapati kebanyakan pelanggan masih lagi mempunyai
tahap pengetahuan yang rendah mengenai PI kerana sumber pengetahuan yang
terhad. Selain itu, terdapat juga responden yang tidak yakin dan tidak berminat untuk
menggunakan PI. Kajian ini juga mendapati responden turut berminat menggunakan
PI kerana faktor-faktor seperti faedah yang tinggi, tabungan yang selamat dan juga
pengurusan yang efisien. Ahmad dan Haron (2002) telah membuat kajian terhadap
korporat dalam kalangan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia
mengenai persepsi mereka terhadap PI. Kajian ini mendapati bahawa faktor yang
paling penting dalam pemilihan terhadap PI ialah kos dan keuntungan. Kefahaman
mereka terhadap kos dan keuntungan menjadikan mereka sebagai pilihan utama
dalam menggunakan PI.
Reputasi
Selain itu, reputasi bank juga merupakan antara item yang terdapat dalam faktor
ekstrinsik bagi memberikan kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim.
Guru Muslim akan melihat reputasi dan imej bank sebagai pemilihan yang bijak
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 397
dalam berurusan mengenai kewangan mereka. Reputasi PI yang semakin meningkat
dan imej PI yang baik sendiri kini telah menarik ramai pelanggan terutamanya guru
Muslim. Dengan ini kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim turut
menimbulkan rasa untuk berurusan dengan PI secara langsung. Guru Muslim akan
lebih berasa yakin dengan PI yang mempunyai reputasi dan imej yang baik
berbanding perbankan konvensional.
Antara kajian yang telah dilakukan dan mendapati bahawa reputasi yang cemerlang
dan imej yang baik daripada institusi perbankan dapat memberikan kefahaman
terhadap institusi itu sendiri. Dengan ini, guru Muslim juga lebih cenderung untuk
memahami PI melalui reputasi dan imej yang baik dalam urusan kewangan mereka.
Antara kajian yang telah dilakukan turut menyatakan bahawa faktor reputasi dan
imej yang dapat memberikan kefahaman kepada pelanggan seperti kajian Ahmad dan
Haron (2002), Mu’allim (2004), Dasuki dan Abdullah (2007), dan Metawa dan
Almossawi (1998).
Kefahaman Terhadap Riba
Kajian yang telah dilakukan oleh Gerard dan Cunningham (1997) terhadap penduduk
di Singapura mendapati bahawa responden Muslim dan bukan Muslim telah
mengetahui dan memahami istilah riba. Dengan ini, guru Muslim juga memberi
kesan kefahaman terhadap PI yang secara jelas tidak mengamalkan dan melibatkan
aktiviti yang terdapat unsur riba. Guru Muslim turut mengetahui bahawa amalan riba
adalah dilarang dalam Islam. Kajian yang dilakukan oleh Hassan R (2007) dan Khan
et. al (2008) turut mendapati bahawa majoriti responden di Pakistan dan Bangladesh
telah memahami istilah riba dan konsep-konsep PI.
Dengan ini, pengetahuan tentang istilah riba dalam guru Muslim merupakan faktor
intrinsik dalam melahirkan kefahaman terhadap PI. PI merupakan perbankan yang
secara jelas menolak dan tidak menjalankan aktiviti yang melibatkan riba. Manakala
perbankan konvensional secara jelas mengamalkan riba atau faedah (interest) dalam
aktiviti mereka. Melalui pengetahuan tentang istilah riba dapat melahirkan
kefahaman yang jelas terhadap PI dalam kalangan guru Muslim.
Kepatuhan Beragama
Dalam kajian Ahmad Azrin Adnan, Abdul Azizi Abdullah dan Rokiah Sidek (2012)
mendapati persepsi terhadap PI mempunyai hubungan antara agama dan pendidikan
tidak dapat diwujudkan dengan persepsi bahawa penubuhan PI akan meningkatkan
kemudahan perbankan keseluruhan kerana kebanyakan responden tidak pasti produk
dan perkhidmatan PI yang semakin popular di kalangan bukan Muslim. Kebanyakan
responden menyangka bahawa perbankan Islam akan menguasai perbankan
konvensional dalam masa terdekat di Malaysia.
Faktor kepatuhan beragama amat penting kerana membincangkan prinsip-prinsip
syariah dalam pelaburan di pasaran modal Islam seterusnya membentuk kefahaman
umat Islam terhadap sistem pelaburan dana amanah Islam (Wan Daud Bakar, 2002).
Faktor pulangan maslahat yang dinyatakan oleh Ahmad Azrin Adnan (2010) lebih
kepada tujuan penggunaan dengan matlamat Syarak iaitu penggunaan produk yang
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 398
bertepatan dengan prinsip syariah, natijah yang di peroleh di sebalik penggunaan
produk tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada pengguna dan keluarga
serta kebaikan umum. Faktor kepatuhan beragama adalah faktor yang mendorong
seseorang dalam memilih produk perbankan Islam (Metawa & Almossawi, 1998).
Justeru semakin tinggi tahap kepatuhan beragama, maka semakin tinggi kemahuan
mereka memilih produk perbankan Islam tersebut (Nor Aini et al, 2006). Malah
dalam urusan muamalat pertimbangan untuk mendapatkan keselamatan di dunia dan
di akhirat turut diutamakan (Zaharuddin Abd Rahman, 2009).
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan analisis
statistik deskriptif dan statistik inferens. Pengambilan sampel dibuat melalui
pensampelan rawak mengikut guru Muslim yang mengajar di sekolah rendah dan
sekolah menengah di daerah Sik berjumlah seramai 320 orang responden. Data
dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada konstruk,
dimensi dan item. Analisis dilakukan dengan menggunakan Statistical package
Social Science (SPSS) versi 22 bagi meneliti statistik deskriptif dan statistik inferens
yang bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman terhadap PI dan menganalisis tahap
kefahaman guru Muslim serta merumuskannya. Sebelum kajian sebenar di lapangan
dijalankan, kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu dan mendapati kesahan dan
kebolehpercayaan ujian boleh diterima untuk dilakukan penyelidikan.
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS KEFAHAMAN TERHADAP PI
DALAM KALANGAN GURU MUSLIM
Penilaian kefahaman PI dalam kalangan guru Muslim di daerah Sik dilakukan untuk
melihat secara terperinci bagi mengetahui apakah faktor-faktor konstruk yang
mempengaruhi kefahaman terhadap PI. Konstruk yang terbentuk adalah terdiri
daripada faktor intrinsik, faktor ekstrinsik dan kepatuhan beragama yang akan
mempengaruhi kefahaman guru Muslim di daerah Sik dan sekali gus menjawab
persoalan pertama kajian bagi mencapai objektif kajian. Kontruk intrinsik terdiri
daripada dua dimensi iaitu kefahaman mengenai riba dan pertimbangan halal dan
haram. Selain itu konstruk faktor ekstrinsik terdiri daripada dimensi seperti produk,
perkhidmatan, reputasi dan pemasaran. Dan konstruk seterusnya adalah kepatuhan
beragama yang terdiri daripada dimensi patuh ajaran Islam.
Jadual 1: Min responden daripada item-item dalam dimensi kefahaman
terhadap riba
Dimensi Item Min
(M)
Sisihan
Piawai (SP)
Kefahaman
mengenai riba
Saya mengetahui istilah riba 4.39 0.700
Saya mengetahui hukum riba adalah haram. 4.79
0.407
Saya dapat membezakan maksud riba dan
kadar faedah.
4.15 0.787
Saya mengetahui bahawa perbankan Islam
tidak mengamalkan aktiviti riba.
4.24 0.846
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 399
Saya mengetahui bahawa perbankan
konvensional mengamalkan aktiviti riba.
4.16 0.901
Perbankan Islam tidak mengenakan riba dalam
pembiayaan yang ditawarkan.
4.26 0.819
Perbankan konvensional mengenakan riba
dalam pinjaman yang ditawarkan.
4.27 0.873
Jadual 1 menunjukkan min responden daripada item-item dalam dimensi kefahaman
terhadap riba yang mempengaruhi kefahaman PI dalam kalangan responden.
Dimensi kefahaman terhadap riba terdiri daripada tujuh item. Secara keseluruhan
guru Muslim di daerah Sik bersetuju bahawa dimensi kefahaman mengenai riba
dapat mempengaruhi kefahaman terhadap PI. Kesemua item terhadap dimensi
kefahaman mengenai riba mencatatkan skor min melebihi empat menunjukkan
bahawa kesemua item tersebut mempunyai kefahaman PI yang tinggi. Data yang
diperoleh daripada responden mengetahui hukum riba adalah haram mencatatkan
skor min yang tertinggi iaitu (M=4.79, SP=0.407) menunjukkan bahawa majoriti
guru Muslim di daerah menganggap bahawa kefahaman mengenai riba dapat
mempengaruhi kefahaman terhadap PI. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan
oleh Hassan (2007) di Pakistan mengenai tahap pengetahuan tentang PI mendapati
bahawa 90 peratus responden memahami istilah riba. Ini menunjukkan bahawa guru
Muslim mempunyai kefahaman yang jelas terhadap PI kerana di pengaruhi oleh
kefahaman yang jelas terhadap riba melalui definisi, hukum dan kesan daripada
pengambilan riba yang digunakan oleh perbankan konvensional.
Jadual 2 Min responden daripada item-item dimensi pertimbangan halal dan
haram
Dimensi Item Min
(M)
Sisihan
Piawai (SP)
Pertimbangan
halal dan
haram
Setiap urusan muamalat berkait rapat
dengan unsur dosa dan pahala.
4.56 0.540
Saya amat berhati-hati dalam urusan
muamalat kerana Allah SWT sentiasa
memerhatikan saya.
4.61 0.508
Saya di dorong oleh akidah saya untuk
berurusan dengan PI.
4.50 0.648
Sebagai seorang Muslim, saya wajib
memilih hanya kemudahan PI.
4.54 0.651
Saya tetap meneruskan simpanan di PI
meskipun kadar keuntungannya lebih
rendah daripada perbankan konvensional.
4.49 0.643
Jika perlu berhutang, saya tetap memilih
produk Islam meskipun ia lebih mahal
daripada produk konvensional.
4.37 0.824
Saya menolak kemudahan perbankan yang
diragui kehalalan.
4.54 0.607
Jadual 2 menunjukkan min responden pertimbangan halal dan haram terdiri daripada
tujuh item yang keseluruhan daripada responden guru Muslim mempunyai
kefahaman terhadap PI. Dimensi pertimbangan halal dan haram mencatatkan skor
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 400
min antara 4.37 hingga 4.61 menunjukkan bahawa kefahaman terhadap PI dalam
kalangan guru Muslim turut dipengaruhi oleh faktor intrinsik yang terdiri daripada
dimensi pertimbangan halal dan haram. item yang mempunyai skor min tertinggi
dalam dimensi pertimbangan halal dan haram ialah (M=4.61, SP=0.508) dengan
berhati-hati dalam urusan muamalat kerana mereka yakin bahawa Allah SWT
sentiasa memerhati segala tindakan dan perbuatan mereka. Menurut kajian Juniza
Mohamad Jumari (2012) turut mendapati bahawa pertimbangan halal dan haram
adalah penting bagi responden Muslim wajib untuk memilih produk yang halal dan
haram.
Jadual 3: Min responden daripada item-item dimensi produk
Dimensi Item Min
(M)
Sisihan Piawai
(SP)
Produk Semua produk yang ditawarkan oleh PI
mematuhi prinsip syariah.
4.11 0.744
Semua pembiayaan yang disediakan oleh PI
adalah berdasarkan prinsip syariah.
4.18 0.716
Semua pelaburan dalam PI melibatkan
produk dan perkhidmatan halal.
4.30 0.754
Semua keuntungan dari PI diperoleh
daripada sumber yang halal.
4.20 0.797
Pengguna memilih PI kerana PI mematuhi
kehendak syarak.
4.39 0.619
Saya memahami istilah arab yang digunakan
dalam produk perbankan Islam.
3.80 0.924
Caj perkhidmatan kemudahan PI berpatutan
adalah penting kepada saya.
3.98 1.094
Kadar pembiayaan produk simpanan PI yang
menarik adalah penting kepada saya.
4.31 0.817
Kadar keuntungan produk simpanan yang
diperoleh dari PI penting kepada saya.
4.16 0.978
Dalam Jadual 3 menunjukkan responden mempunyai kefahaman yang sangat tinggi
dalam dimensi produk ini kerana PI telah mematuhi kehendak syarak dalam
menawarkan produk-produk kepada pelanggan dengan skor min sebanyak (M=4.39,
SP=0.619). Selain itu, skor min kedua yang tertinggi dalam dimensi produk dengan
catatan sebanyak (M=4.31, SP=0.817) mendapati kadar pembiayaan produk telah
menarik minat mereka dan kefahaman terhadap PI. Jumlah skor min yang ketiga
tertinggi mencatatkan sebanyak (M=4.30, SP=0.754) dalam dimensi produk ialah
segala produk pelaburan yang ditawarkan oleh PI adalah sepenuhnya daripada
pelaburan yang halal. Skor min yang terendah dalam dimensi produk ini mendapati
bahawa responden memahami istilah arab yang digunakan dalam produk-produk di
PI dengan jumlah (M=3.80, SP=0.924). Seterusnya min responden yang diperoleh
seperti produk yang mematuhi prinsip syariah (M=4.11, SP=0.744), pembiayaan
yang mematuhi prinsip syariah (M=4.18, SP=0.716), sumber keuntungan produk
adalah halal (M=4.20, SP=0.797), caj perkhidmatan bagi produk yang berpatutan
(M=3.98, SP=1.094) dan kadar keuntungan produk simpanan (M=4.16, SP=0.978)
merupakan min responden untuk dimensi produk yang memberikan kefahaman
terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di daerah Sik. Menurut kajian Yoesrizal
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 401
Muhammad Yuesoef (2014) mendapati bahawa majoriti 74.1 peratus responden
menerima Bank Syariah di Aceh adalah memalui produk-produk yang ditawarkan.
Jadual 4: Min responden daripada item-item dimensi perkhidmatan
Dimensi Item Min
(M)
Sisihan
Piawai (SP)
Perkhidmatan Perkhidmatan IPI adalah yang saksama
kepada semua pelanggan termasuk pelanggan
bukan Muslim.
4.36 0.721
Perbankan Islam menyediakan kemudahan
perbankan atas talian dengan efisien.
3.89 0.842
PI adil dalam memberikan layanan kepada
pelanggan.
4.18 0.843
Perkhidmatan PI yang cekap dan cepat
penting kepada saya.
4.32 0.712
Jaminan kerahsiaan maklumat pelanggan
adalah penting kepada saya.
4.52 0.638
Jadual 4 menunjukkan min responden bagi dimensi perkhidmatan yang mendapati
bahawa dalam dimensi ini jaminan maklumat-maklumat pelanggan adalah penting
dengan skor min tertinggi adalah (M=4.52, SP=0,638), manakala skor min kedua
tertinggi iaitu (M=4.36, SP=0.721) adalah kerana PI menawarkan perkhidmatan yang
sama kepada pelanggan termasuk juga pelanggan bukan Muslim. Skor min yang
ketiga tertinggi iaitu (M=4.32, SP=0.712) dalam dimensi perkhidmatan adalah
kerana pelanggan sangat mementingkan perkhidmatan yang cekap daripada PI.
Seterusnya min responden dalam dimensi perkhidmatan mencatatkan (M=4.18,
SP=0.843) PI memberikan layanan yang adil kepada pelanggan dan (M=3.89,
SP=0.842) skor min menunjukkan PI turut memberikan perkhidmatan atas talian
secara efisien. Oleh itu, kefahaman PI dalam kalangan guru Muslim turut
mementingkan perkhidmatan daripada PI dalam memastikan kerahsiaan maklumat
peribadi mereka dijaga dengan selamat. Sifat amanah dalam pekerja institusi PI
terutamanya ketika memberikan perkhidmatan sangatlah penting kepada pelanggan
dalam mempengaruhi kefahaman terhadap PI. Kajian yang dilakukan oleh Hameedah
Sayani (2015) matlamat sesebuah industri perbankan bukan sahaja mementingkan
keuntungan sahaja namun perlu memberi perhatian kepuasan kepada pelanggan
termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dalam kajian yang dilakukan di
negara Emiriah Arab Bersatu.
Jadual 5: Min responden daripada item-item dimensi reputasi
Dimensi Item Min (M) Sisihan
Piawai (SP)
Reputasi PI memberikan insentif yang sama kepada 4.16 0.759
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 402
semua pelanggan.
IPI mengamalkan ketelusan dalam semua hal
atau perkara.
4.02 0.719
PI sentiasa mematuhi etika jual beli menurut
Islam.
4.30 0.706
Manfaat yang saya peroleh daripada
penggunaan produk PI adalah sama seperti
yang dipromosikan.
4.22 0.741
Saya memilih PI kerana prestasi kewangannya. 4.01 0.807
Jadual 5 menunjukkan min responden yang diperoleh dalam kalangan guru Muslim
terhadap dimensi reputasi dalam melihat kefahaman terhadap PI mencatatkan skor
min tertinggi (M=4.30, SP=0.706) iaitu PI sentiasa mematuhi etika jual beli menurut
Islam. Selain itu, skor min responden kedua tertinggi ialah manfaat yang ditawarkan
oleh PI adalah sama seperti yang dipromosikan (M=4.22, SP=0.741) serta skor min
ketiga tertinggi (M=4.16, SP=0.759) iaitu PI memberikan insentif yang sama kepada
semua pelanggan termasuk bukan Muslim. Seterusnya skor min bagi dimensi
reputasi ialah responden memilih PI kerana prestasi kewangan (M=4.02, SP=0.759)
dan melihat PI mempunyai ketelusan dalam semua perkara dalam aktiviti yang
disediakan kepada pelanggan iaitu (M=4.01, SP=0.807). reputasi sesebuah institusi
PI juga merupakan faktor dalam memberikan kefahaman kepada guru Muslim di
daerah Sik dalam memilih PI terutamanya etika yang diamalkan yang menurut
perintah-perintah Islam. Kajian Farhana Ismail, M. Shabri Abd. Majid dan
Rossazana Ab. Rahim (2013) mendapati reputasi yang baik ditunjukkan dalam
memastikan penggunaan kos secara efisien dalam industri perbankan di Malaysia
dapat mengukuhkan kedudukan institusi perbankan itu sendiri. Dengan ini, guru
Muslim lebih berasa yakin dengan melihat reputasi PI yang kukuh bagi menjamin
kewangan mereka.
Jadual 6: Min responden daripada item-item dimensi pemasaran
Dimensi Item Min
(M)
Sisihan
Piawai (SP)
Pemasaran Tawaran hadiah oleh PI adalah yang dibenarkan
oleh syarak.
4.15 0.733
Publisiti meluas di media massa yang dibenarkan
syarak mendorong saya untuk berurusan dengan
PI.
4.17 0.832
Risalah daripada PI mendorong saya untuk
menggunakan kemudahannya.
4.10 0.897
Prosedur PI yang mudah adalah penting kepada
saya dalam melakukan sebarang urusan.
4.20 0.809
PI mempunyai tabungan yang selamat berbanding
perbankan konvensional.
4.18 0.937
PI menyebarkan maklumat aktiviti perbankan
melalui media massa.
3.96 1.057
Jadual 6 menujukkan min responden terhadap dimensi pemasaran dengan segala
urusan yang dilakukan oleh PI kerana prosedur yang mudah dan cepat (M=4.20,
SP=0.809) merupakan skor min tertinggi dalam dimensi pemasaran. Skor min kedua
tertinggi ialah (M=4.18, SP=0.937) iaitu PI menyatakan bahawa tabungan kewangan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 403
mereka adalah selamat berbanding perbankan konvensional, manakala yang ketiga
tertinggi dalam dimensi pemasaran ialah (M=4.17, SP=0.832) ialah responden lebih
cenderung memilih PI kerana menggunakan publisiti melalui media massa yang
dibenarkan syarak. Seterusnya skor min responden bagi dimensi pemasaran iaitu
(M=4.15, SP=0.733) PI menawarkan hadiah yang dibenarkan syarak, PI
mengeluarkan risalah-risalah berkaitan PI (M=4.10, SP=0.897) dan PI turut
menyebarkan maklumat aktiviti mereka melalui media massa dengan skor min
(M=3.96, SP=1.057). Pemasaran yang digunakan oleh PI dapat memberikan
kefahaman kepada guru Muslim dengan menggunakan medium yang lebih sesuai
dan berkesan serta dibenarkan syarak. Menurut kajian Khaliq Ahmad, Ghulam Ali
Rustam dan Micheal M. Dent (2011) mendapati bahawa pemasaran terhadap
penjenamaan, kemudahan pengguna dan kualiti dapat memberikan kepuasan kepada
pelanggan PI. Oleh itu, kefahaman guru Muslim terhadap PI adalah melalui
pemasaran yang dilakukan oleh PI secara terancang dan berkesan dapat memudahkan
mereka mendapatkan segala tawaran yang dipromosikan oleh PI melalui pelbagai
saluran.
Jadual 7 Min responden daripada item-item dimensi patuh ajaran Islam
Dimensi Item Min (M) Sisihan Piawai
(SP)
Patuh ajaran
Islam
Keimanan saya kepada Allah SWT
mempengaruhi pemilihan saya terhadap
PI.
4.57 0.619
Ibadat wajib dan sunat yang saya
lakukan setiap hari membuatkan saya
memilih PI.
4.45 0.782
Ketaatan kepada suruhan Allah SWT
membuatkan saya memilih PI
berbanding perbankan konvensional.
4.57 0.634
Akidah saya mempengaruhi saya
memilih PI berbanding perbankan
konvensional.
4.57 0.620
Jadual 7 menunjukkan skor min bagi responden terhadap dimensi patuh ajaran Islam
mencatatkan tiga item mempunyai skor yang tertinggi dengan jumlah yang sama
iaitu (M=4.57) dengan mementingkan keimanan mereka kepada Allah SWT
mendorong mereka memilih PI (SP=0.619), ketaatan kepada Allah SWT menjadikan
mereka memilih PI berbanding perbankan konvensional (SP=0.634) dan akidah juga
merupakan sebab mereka memilih PI (SP=0.620). Selain itu, skor min bagi ibadat
wajib dan sunat yang dilakukan setiap hari mendorong mereka memilih PI iaitu
(M=4.45, SP=0.782). Kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di daerah
Sik menunjukkan mereka patuh kepada ajaran Islam menjadikan mereka memilih
untuk menggunakan PI berbanding perbankan konvensional. Segala amalan yang
dilakukan di dunia ini adalah kerana mereka patuh kepada perintah Allah SWT
termasuk dalam aktiviti muamalah. Kajian Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2014)
juga menemukan dimensi patuh ajaran Islam mempunyai tanggapan positif yang
tinggi dalam mempengaruhi niat untuk berwakaf tunai dalam kalangan staf Muslim
Universiti Sains Malaysia (USM).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 404
TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP PI DALAM KALANGAN GURU
MUSLIM DI DAERAH SIK
Tahap kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di daerah Sik diukur dan
dianalisis berdasarkan jumlah min yang diperoleh daripada tiga konstruk iaitu faktor
intrinsik dengan dimensi kefahaman mengenai riba dan pertimbangan halal dan
haram. selain itu, konstruk faktor ekstrinsik terdiri daripada dimensi produk,
perkhidmatan, reputasi dan pemasaran. Seterusnya konstruk kepatuhan beragama
terdiri daripada dimensi patuh ajaran Islam. Dimensi-dimensi ini akan dianalisis bagi
mengukur dan menilai tahap kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di
daerah Sik.
Jadual 8 Tahap kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di
daerah Sik
Konstruk Dimensi Min
(Total)
Interpretasi
Faktor intrinsik 1. Kefahaman mengenai riba
2. Pertimbangan halal dan
haram
4.32
4.51
Sederhana
Tinggi
Faktor
ekstrinsik
1. Produk
2. Perkhidmatan
3. Reputasi
4. Pemasaran
4.15
4.25
4.14
4.12
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Kepatuhan
beragama
1. Patuh ajaran Islam 4.54 Tinggi
Dalam jadual 8 menunjukkan tahap kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru
Muslim di daerah Sik mencatatkan nilai min dimensi patuh ajaran Islam paling
tinggi iaitu (M=4.54), manakala nilai min kedua tertinggi adalah pertimbangan halal
dan haram iaitu (M=4.51). Hanya dimensi ini yang menunjukkan bahawa kefahaman
guru Muslim terhadap adalah tinggi manakala nilai min dimensi yang lain adalah
tahap sederhana. Nilai min yang berada di tahap sederhana seperti dalam jadual 4.8
ialah dimensi kefahaman mengenai riba (M=4.32), dimensi produk (M=4.15),
dimensi perkhidmatan (M=4.25), dimensi reputasi (M=4.14) dan dimensi pemasaran
(M=4.12).
Dalam jadual 8 menunjukkan bahawa patuh ajaran Islam (M=4.54) merupakan faktor
yang paling dominan bagi menyatakan kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru
Muslim di daerah Sik kerana sebagai orang Muslim adalah wajib bagi mereka
mematuhi segala perintah Allah SWT dalam segala aspek termasuk dalam aktiviti
muamalah. Oleh itu, guru Muslim di daerah Sik mempunyai kefahaman yang tinggi
terhadap PI kerana segala yang berlaku dalam PI adalah berlandaskan prinsip-prinsip
syariah dan meletakkan agama sebagai pilihan utama. Dapatan ini disokong oleh
kajian Ahmad Azrin Adnan (2009) faktor patuh agama adalah penting dan faktor
yang menentukan bagi orang Muslim dalam memilih PI berbanding perbankan
konvensional serta memiliki nilai-nilai Islamik yang positif.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 405
Dimensi kedua yang dominan ialah pertimbangan halal dan haram iaitu (M=4.51)
dalam memberikan kefahaman guru Muslim terhadap PI mereka akan memastikan
bahawa segala aktiviti yang dijalankan mestilah bebas daripada unsur-unsur yang
haram dan mengikut prinsip-prinsip syariah. Pertimbangan halal dan haram dalam PI
adalah penting agar sumber kewangan yang mereka peroleh adalah daripada sumber
yang halal bagi mendapat keberkatan dalam kehidupan guru Muslim. Dimensi ini
juga ditemukan dalam kajian Juniza Mohamad Jamari (2012) bahawa pelajar USM
turut mementingkan dimensi pertimbangan halal dan haram terhadap takaful hayat
kerana bersesuaian dengan prinsip syariah.
Dimensi yang ketiga dominan ialah kefahaman mengenai riba dapat memberikan
kefahaman PI dalam kalangan guru Muslim. Guru Muslim mengetahui dengan jelas
tentang definisi riba, hukum dan kesan sekiranya mengamalkan riba. Jelaslah dalam
dimensi ini guru Muslim mengetahui PI tidak mengamalkan riba sebaliknya
perbankan konvensional mengamalkan riba. Dapatan ini juga ditemukan dalam
kajian Asmadi Mohamed Naim (2004) bahawa segala transaksi gadaian
konvensional mempunyai unsur riba dan yang diharamkan dalam perundangan Islam
dengan penepatan kadar faedah.
Dimensi yang keempat ialah perkhidmatan yang diberikan oleh PI dapat
mempengaruhi kefahaman dalam kalangan guru Muslim. Perkhidmatan yang efisien
dalam PI telah memberikan kepuasan kepada guru Muslim untuk memilih PI
berbanding perbankan konvensional kerana layanan yang telus turut semasa
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk pelanggan bukan Muslim.
Oleh itu, kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan menjadikan PI sebagai
pilihan kepada pelanggan. Menurut kajian Asyraf Wajdi Dusuki dan Nurdianwati
Irwani Abdullah (2007) pelanggan lebih memastikan kualiti perkhidmatan,
kemesraan petugas PI dan kakitangan yang cekap dapat menarik pengguna dalam
menggunakan produk Islam.
Dimensi yang kelima ialah kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim
adalah melalui produk yang ditawarkan oleh PI. Guru Muslim lebih cenderung untuk
memilih PI kerana produk-produk yang ditawarkan oleh PI adalah produk yang
mematuhi prinsip-prinsip syariah yang dikawal oleh badan-badan penasihat Shariah.
Kajian Ahmad dan Aizi Che Seman (2009) melihat produk PI yang ditawarkan
berdasarkan penggunaan nilai masa wang adalah menyamai konsep riba dalam
perbankan konvensional. Namun begitu, para ulama membenarkannya berdasarkan
hujah-hujah di atas maslahah yang berlaku berlandaskan maqasid Syariah.
Dimensi reputasi terhadap PI merupakan dimensi yang keenam. Dimensi reputasi
merupakan dimensi yang memberikan kefahaman PI dalam kalangan guru Muslim di
daerah Sik. Dengan reputasi yang baik daripada PI menjadikan pemilihan utama
kepada guru Muslim dalam menguruskan aktiviti kewangan mereka. Reputasi
dengan kedudukan pertumbuhan jumlah aset setiap tahun serta penjenamaan PI yang
bagus menjadikan pelanggan lebih yakin kepada PI. Dapatan ini turut melihat
reputasi yang cemerlang dan imej yang baik dalam PI dapat memberikan kefahaman
kepada pelanggan seperti kajian Ahmad dan Haron (2002) dan Metawa dan
Almossawi (1998).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 406
Dimensi yang terakhir ialah dimensi pemasaran yang menunjukkan bahawa faktor
pemasaran dapat memberikan kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim.
Pemasaran yang berkesan melalui pelbagai sumber adalah penting bagi memastikan
dan menarik pelanggan untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan PI. Guru
Muslim mendapat maklumat berkenaan PI adalah melalui sumber media massa dan
risalah-risalah yang dikeluarkan oleh PI. Dalam kajian Rammal dan Zurbruegg
(2007) bahawa responden di Australia ingin mendapatkan maklumat tentang PI juga
wujud dan digunakan dalam negara bukan Islam namun terdapat juga penduduk
Muslim di Australia. Oleh itu, pemasaran juga merupakan faktor penting yang perlu
dimainkan oleh PI agar maklumat PI sampai ke pengetahuan pelanggan dan turut
melahirkan kefahaman terhadap PI.
MERUMUSKAN TAHAP KEFAHAMAN PI DALAM KALANGAN GURU
MUSLIM DI DAERAH SIK
Melalui dapatan yang diperoleh bagi melihat tahap kefahaman PI dalam kalangan
guru Muslim sebanyak 80.6 peratus dalam kalangan responden mempunyai tahap
kefahaman yang sederhana terhadap PI manakala sebanyak 11.9 peratus mempunyai
tahap kefahaman yang rendah dan hanya 7.5 peratus sahaja dalam kalangan guru
Muslim mempunyai tahap kefahaman PI yang tinggi. Majoriti tahap kefahaman PI
dalam kalangan guru Muslim di daerah Sik masih berada di tahap yang sederhana.
Menurut kajian Rammal dan Zurbruegg (2007) majoriti responden Muslim di
Australia mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap kewujudan PI begitu juga
dapatan yang diperoleh dalam guru Muslim daerah Sik mempunyai tahap kefahaman
yang sederhana terhadap PI.
Namun begitu, 7.5 peratus dalam kalangan guru Muslim mempunyai tahap
kefahaman yang tinggi terhadap PI mungkin dipengaruhi oleh faktor kepatuhan
beragama mendorong mereka memilih PI berbanding perbankan konvensional.
Dalam kajian ini mendapati bahawa faktor kepatuhan agama merupakan faktor yang
signifikan dalam mempengaruhi tahap kefahaman PI dalam kalangan guru Muslim di
daerah Sik. Menurut kajian Ahmad Azrin Adnan (2010) mendapati bahawa
fenomena kepatuhan beragama adalah tinggi dalam kalangan pengguna Muslim bagi
mendorong mereka memilih PI berbanding perbankan konvensional. Dapatan dalam
kajian ini juga mencatatkan 96.6 peratus dalam kalangan responden guru Muslim
pernah berurusan dengan PI dan hanya 3.4 peratus responden guru Muslim di daerah
Sik tidak pernah berurusan dengan PI.
Selain itu, dapatan yang diperoleh turut menganalisis menunjukkan sebanyak 66.6
peratus dalam kalangan responden turut mempunyai pengalaman berurusan dengan
perbankan konvensional dan hanya 33.4 peratus guru Muslim tidak pernah berurusan
dengan perbankan konvensional. Majoriti responden guru Muslim di daerah Sik
masih menggunakan perbankan konvensional mungkin di atas maslahat yang berlaku
memaksa mereka menggunakan perbankan konvensional. Menurut kajian Juniza
Mohamad Jamari (2012) menunjukkan bahawa pulangan maslahat pengaruh yang
signifikan terhadap pemilihan takaful hayat dalam kalangan pelajar USM.
KESIMPULAN
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 407
Kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim adalah dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti faktor ekstrinsik dan intrinsik. Dalam memastikan kefahaman
guru Muslim yang jelas terhadap PI, pihak institusi PI perlulah berusaha dengan
lebih efektif dalam memberikan kesedaran bagi memastikan bahawa PI sentiasa
menjadi pilihan utama berbanding perbankan konvensional. Selain itu, PI turut dapat
menarik lebih ramai pelanggan bukan Muslim dalam menggunakan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan. PI juga dapat melihat hubungan yang khusus
terhadap objektif utama selain bermotifkan keuntungan adalah dengan memberikan
kesan yang mendalam tentang kefahaman PI kepada pelanggan. Guru Muslim yang
mempunyai kefahaman yang jelas dapat menjadikan sekolah sebagai medium awal
dalam mendedahkan peranan dan kelebihan institusi PI berbanding perbankan
konvensional.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek, & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of
Non-Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia. International
Journal of Business and Social Science, Vol. 3 No. 11.
Abdul Halim, & Norizaton Azmin Mohd Nordin. (2001). A Study On Islamic
Banking Education And Strategy For The New Millenium-Malaysia
Experience. International Journal of Islamic Financial Services Vol. 2 No. 4
Ahmad Azrin Adnan. (2009). Siri Kertas ISDEV. Pandangan Pakar Terhadap
Penentu Ekstrinsik Dalam Pemilihan Bank Menurut Tuntutan Syarak.
Asyraf Wajdi Dasuki, & Abdullah. (2007) Why Do Malaysian Customer Patronize
Islamic Bank’s? International Journal of Bank Marketing, 25 (3).
Chua, Y.P. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.
Australia: National Library Australia.
Fathiah Fathil. (2008). Penerimaan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Produk
Perbankan Islam di Bank Rakyat: Kajian di Pulau Pinang. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Gerard P., & Cunningham J.B. (1997). Islamic Banking: A Study in Singapore,
International Journal of Marketing, Vol 15 (6)
Hameedah Sayani. (2015). Customer satisfaction and loyalty in the United Arab
Emirates banking industry. International Journal of Bank Marketing, Vol. 33
Iss 3 pp. 351 – 375.
Haque, A. & Osman, J. (2009). “Factor Influences Selection of Islamic Banking: A
study on Malaysia Customer preferences”. American Journal of Applied
Sciences 6 (5)
Jalal, A. A. (2006). A Mini Guide to Islamic Banking & Finance. Kuala Lumpur:
CERT Publications Sdn Bhd.
Julie Pallant. (2005). SPSS Survival Manual. A Step by Step Guide to Data Analysis
Using SPSS for Window (Version 12-14): Allen & Unwin. Australia.
Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains
Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana Sains
Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) Universiti Sains Malaysia
(USM). Tidak Diterbitkan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 408
Kabiru Jinjiri Ringim. (2013). Understanding of Account Holder in Conventional
Bank Toward Islamic Banking Products. Middle-East Journal of Scientific
Research 15 (2)
Metawa, Almossawi. (2001). “Bank Selection Criteria Employed by College
Students in Bahrain: An Emperical Analysis.” International Journal of Bank
Marketing 19 (3)
Mistofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho, & Ali Asy-Ayarbaji. (2009). Kitab Fikah
Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Mohd Herwan Sukri Mohammad Hussin, & Mohd Hawari Mohammad Hussin.
(2011). Understanding Shari'ah And Its Application In Islamic Finance.
Kuala Lumpur: IBFIM (763075-W).
Mohd Hilmi Rozali, Kamarul Azmi Jasmi, & Nik Mohd Rohimi Nik Yusoff . (2012).
Pemahaman Guru Tentang Konsep Asas Ilmu Qiraat, Qiraat Imam 'Asim dan
Imam Hamzah. Journal of Islamic and Arabic Eduction, 61-72.
Mokhtar Mahamad, & Izah Tahir. (2010). Persepsi Pelanggan Bukan Islam
Terhadap Perbankan Islam: Kajian Rintis. Jurnal Kemanusiaan, Bil 16.
Norafifah Ahmad, & Sudin Haron. (2000). Perception of Malaysian Corporate
Customers Towards Islamic Banking Products & Services. International
Journal of Islamic Financial Services, Vol. 3 No. 4
Sarwar Uddin Ahmed, Md. Ashikur Rahman, Samiul Parvez Ahmed, & G. M. Wali .
(2014). Pricing Linkage between Islamic Banking and Conventional.
International Journal of Finance & Banking Studies, Vol.3 No.4,.
Shanmugan B., Perumal V., & Alfieya Hanuum Ridzwa. (2004). Islamic Banking:
An International Perspective. Selangor: Universiti Putra Malaysia Press.
Sudin Haron. (2005). Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala
Lumpur Business School Sdn Bhd.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah,
Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2005).
Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, 45-62.
Yoesrizal Muhammad Yoesoef. (2014). Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap
Produk Perbankan Islam : Kajian Di Bank Syariah Mamdiri Cawangan
Aceh. Universiti Malaya.
Zainudin Awang. (2010). Research Methodology for Business & Social Science.
Shah Alam: University Publication Center (UPENA), UiTM.