30
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA(P.S.S.G.M) DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 7

silat gayong note

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: silat gayong note

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA(P.S.S.G.M)

DICIPTA DAN DIASASKAN OLEH

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim

Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 7

(Milik kekal Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman)

Maksud Gayong

Page 2: silat gayong note

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

 

Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.

 

Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.

i. Motto Gayong

Page 3: silat gayong note

“Kata Bersahut, Gayong Bersambut”

ii. Makna Lambang Silat Gayong

BULAN DAN BINTANGMelambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini. 

BUMIMenunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIRSimbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAUMelambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan

Page 4: silat gayong note

ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGAMenunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga  merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANGSimbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUAMelambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CHULA VIIMelambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.

iii. Bendera dan Warna

Page 5: silat gayong note

HITAMMelambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua ahli dalam Silat Seni Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula)

PUTIHBermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Silat Seni Gayong bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam konteks Silat Seni Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.

KUNINGMelambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

MERAHTanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar kebenaran dan tuntutan agama.

iv. Sajak dan lagu Gayong

Tempana Nipis nama asalku,Keris pusaka Ratu Dewangga,Niat derhaka kepada rajaku,Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,

Page 6: silat gayong note

Dengan Bismillah mula dikata,Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,Kerana wajib telah ternyata,Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,Naungan aneka hikmat mulia,Rahsia tersimpan di purbakala,Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,Bersatu kepada putera dan puteri,Agama yang mulia junjunglah tinggi,Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,Mengingatkan junjungan empunya seru,Sama sendiri bantu membantu,Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,Tanahnya subur ditanam padi,Keris dihunus, dipegang, dijulang,Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,Bekalan air raja kesakti,Keris kuhunus langkah kumula,Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,Anak panah Sang Rajuna,Kembali Gayong kebudayaan asli,Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,Keris pusaka Ratu Dewangga,Niat derhaka kepada rajaku,Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,

Page 7: silat gayong note

v. Ikrar Silat Gayong

Bahawasanya kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

BahawasanyaKami mengaku taat setia kepada AllahKami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)Kami mengaku taat setia kepada guru kamiKami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kamiKami mengaku taat setia kepada negara kamiKami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

BahawasanyaKami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kamiKau murahkanlah rezeki kamiKau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kamiKau tetapkanlah iman kamiKau lindungilah kami daripada segala malapetaka jin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami.

Page 8: silat gayong note

vi. Amanat Mahaguru kepada murid-murid gayong

“Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak

berbelah bahagi. Tamak-tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri

ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.”

Jangan ditepuk susu di dulang Anak harimau tak dapat menyusu 

Janganlah pecah rahsia hulubalang Nanti harimau hilang kuku

Jangan ditepuk darah di dulang Anak harimau mencari ibu 

Jangan pecah mentera hulubalang Nanti harimau hilang asu

Jikalau ada dulang di tangan Jangan biar jatuh terhempas Jikalau ada senjata di tangan 

Jangan biar orang rampas

Pecah GAYONG di dalam dulang Dulang hanyut di lautan tujuh 

Pecah GAYONG perpecahan sayang Di satu masa balik berpadu (teguh)

Biduk berlalu kiambang bertaut,Kata bersahut Gayung menyambut.

Page 9: silat gayong note

vii. Pantun perguruan Silat Gayong.

-Pantun seruan khas muda-mudi.

Acap-acap di tepi laut,Buaya ganas melintang kuala,Sebelum ajal berpantang maut,Takkan Melayu hilang di dunia.

Anak Cina bermain gasing,Mari bermain di kota raja,Bangsa Melayu tidak terpusing,Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka,Tempat lahir panglima negara,Wahai pemudi juga pemuda,Bangunlah kamu mempertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba,Tempat berbagai aneka sejarah,Kalau kata sudah dikota,Pantang Melayu menyerah kalah.

-Pantun rahsia perguruan gayong

Anakku Anak Ibumu

Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang di kaki;

Berguru kepalang ajar,Alamat binasa badan sendiri.

Mendaki gunung meredah lurah,Mencari ramuan pengubat hati;

Ilmu GAYONG bukannya mudah,Seni turunan wali kesakti.

Mencari ramuan pengubat hati,Beranyut ke hilir panduan resemi;

Seni turunan wali kesakti,Menjaga air mengawal bumi.

Beranyut ke hilir panduan resemi,Lenggang bertapak seni

memandang;Menjaga air mengawal bumi,

Tegap menapak teguh menjulang.

Lenggang bertapak seni memandang,

Memohon tahjud menadah sentiasa;

Tegap menapak teguh menjulang,Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Page 10: silat gayong note

viii. Adat istiadat

-Mandi Tapak(mengikut guru tempat masing2)

Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja. 

Pengkeras/Mas Kahwin yang dikenakan adalah sebanyak RM11.50 

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Tapak/ Batu Putih/ Buyung:1. Sesisir pisang emas 2. Sebiji limau nipis 3. Akar sintuk 4. Asam jawa 5. Garam halus 6. Kemenyan 7. Bertih beras 8. Tujuh bilah jarum 9. Beras kunyit/putih

-Mandi Seni(mengikut guru tempat masing2)

Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk). 

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni1. Sesisir pisang emas 2. Sebiji limau nipis 3. Akar sintuk 4. Asam jawa 5. Garam halus 6. Kemenyan 7. Bertih beras 8. 21 pucuk jarum 9. Tujuh jenis kuntuman bunga 

Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita: • Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya • Pengkeras sebanyak RM11.50

10. Sebatang lilin putih 11. Pengkeras sebanyak RM21.00

Page 11: silat gayong note

ix. Adat menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa: 1. Penerimaan penabalan 2. Memohon izin bergelanggang 3. Memberi hormat kepada majlis 

Caranya:Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan

kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat). a) Mengikut darjat bermaksud di antara:     1. yang memberi hormat     2. yang dihormatkan b) Duduk berlutut pada ahli silat:     1. Peringkat Tapak         Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila

mengundur.    2. Peringkat Seni       Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.

x. Adat membuka Gelanggang

i) Surah Al-Fatihah (1 kali)ii) Surah Al-Ikhlas (11 kali)iii) Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)iv) Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan

binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut.v) Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga

akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.vi) Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan

kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.

vii) Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak 11 kali.

xi. Adab dalam Gelanggang

Page 12: silat gayong note

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:   1.Tidak meludah.   2.Tidak memakai alas kaki.   3.Tidak bergurau senda   4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu     seseorang di luar gelanggang.   5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan.   6.Tidak makan atau minum.

Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa menikmati juadah atau makanan. 

xii. Khatam Keris

Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:• Ayam (seekor) • Bunga (tujuh jenis,tujuh warna) • Sirih pinang berkapur gambir • Pisang emas (sesikat) • Kuih-muih Melayu(tujuh jenis) • Lilin (sebatang) • Pulut putih/kuning (sepiring) • Limau nipis/akar sintuk 

xiii. Mandi Minyak

• Pelepah pisang • Sehelai daun kelapa • Rokok daun bertembakau (segulung) 

Page 13: silat gayong note

Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga silat sering disalahtafsirkan. Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut. 

Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai. Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga pesilat dapat diasuh dan dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan pesilat Gayong yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Islam.

xiv. Peringkat Pelajaran

Page 14: silat gayong note

Tapak Gayong 

Terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau, elakan dan tangkapan kunci mati (21 buah tapak kunci mati) bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata. 

Seni Tapak GayongLanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup (teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Juga merangkumi pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan (21 buah). 

Seni Keris 

Pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris (Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau (Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua) 

Seni SimbatPelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing. Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat (kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota (kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung (kunci dan permainan), Seni Parang Panjang (kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing (kunci dan permainan), Seni Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi. 

Seni Yoi Pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai (21 buah pukulan). 

Seni BelianPermainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan. Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau. 

Seni Cindai Pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan

Page 15: silat gayong note

dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk (21 buah), Tebar (21 buah), Serkap (21 buah), Kain Tudung (21 buah), Awang Bodoh (21 buah), Pukat (21 buah), dan Kalung Puteri (21 buah). 

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang,Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api (jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi. 

Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong: 

Seni Gayong Payung PusakaNaungan Aneka Hikmat MuliaRahsia Tersimpan Di PurbakalaIlham Menyusun Zahir Semula 

Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.

xv. Silibus Bengkung

(a) Bengkung Kosong(mengikut guru masing-masing)

Page 16: silat gayong note

Asas Gerakan 1     1. Tumbuk Pintal Tali    2. Pancung Dayung    3. Tumbuk Pintal Tali Bertapak    4. Lambung Kemudi    5. Tolak Lintang    6. Tebar Jala    7. Gulungan 10        1. Lambung Kemudi Kiri        2. Tebar Jala Kanan        3. Tolak Lintang Kiri        4. Pancung Dayung Kiri        5. Tumbuk Bertapak        6. Tolak Lintang Kiri        7. Pancung Dayung Kiri        8. Tumbuk Bertapak        9. Tolak Lintang Kiri        10. Duduk Anak Harimau Asas Elakan 1    1. Tangkis Kuak Sisi Dalam    2. Tangkis Bawah    3. Tangkis Atas / Sangga Langit    4. Kilas Dayung Tebar Jala    5. Masuk Luar Tumbuk Pintal Tali    6. Elak Dalam    7. Juring Pelipat Balas Pancung

 Buah Tapak Kunci Mati    1. Kilas Sawa Berendam    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat    3. Kilas Sangga Maut/ Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung    4. Kacip Emas / Kancing Emas    5. Patah Dayung / Pasung Emas    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung Buah Tapak Kunci Hidup    1. Pentas 1    2. Tempur Bebas (1 lawan 1) Lompatan Harimau    1. Tenggiling hadapan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting ulat    2. Harimau Menghambur Mangsa berhalangan rendah (Anak Kambing 5 halangan)    3. Harimau Melompat Pagar

Page 17: silat gayong note

(b) Bengkung Awan Putih(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 2    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi    2. Tumbuk Balas Pancung    3. Tumbuk Bertapak Balas Siku Belakang Sambil Tangkis Kuak Sisi Dan Tangkis Bawah    4. Lambung Kemudi Balas Juring    5. Tebar Jala Balas Tolak Lintang    6. Cakar Helang Balas Hentak    7. Gulungan 21 (Bersedia dalam kedudukan harimau menyimpan kuku di rusuk kiri)        11. Tumbuk Balas Pancung        12. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun        13. Cakar Helang Balas Hentak         14. Tendang Lambung Kemudi        15. Pancung Dayung Ke Hadapan        16. Padam Lampu        17. Tolak Lintang        18. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah        19. Tebar Jala        20. Sepak Rajang        21. Duduk Anak Harimau     Asas Elakan 2    1. Tolak Lintang Kiri    2. Tolak Lintang Kanan    3. Tebar Jala Kanan    4. Rimbat Helang Kiri    5. Rimbat Helang Kanan    6. Jala Tebar Kanan    7. Rimbat Relang Balas Juring Kiri Buah Tapak Kunci Mati     1. Kilas Sawa Berendam    2. Kilas Payung / Patah Dayung Pikul Mayat / Pangku Mayat    3. Kilas Sangga Maut / Tali Gantung / Umpil Dayung Tali Gantung    4. Kacip Emas / Kancing Emas    5. Patah Dayung / Pasung Emas    6. Cekak Banting (Kacip Emas) / Kacip Emas Cekak Banting    7. Kacip Selak Emas / Selak Mati Kacip Emas / Kacip Emas Kilas Dayung    8. Pasung Cina    9. Tali Gantung / Malaikul Maut    10. Kilas Dayung Tali Gantung    11. Selak Mati (Buaya Berendam) / Kilas Maut    12. Kilas Tali / Patah Dayung Tali Gantung / Pasak Lintang    13. Tolak Lintang (Kacip Emas) / Pasung Bumi    14. Sekapur Sirih / Selak Dayung Buaya Berendam / Selak Mati    15. Patah Layar Perahu Karam    16. Patah Julang / Patah Dayung Perahu Karam / Patah Selak Dayung    17. Patah Sangga / Selak Mati Patah Gelang Geta / Rangkam Dayung

Page 18: silat gayong note

    18. Kilas Biawak / Patah Dayung Selak Mati Buaya Berendam    19. Sangga Kilas Patah Tebu / Patah Tebu Selak Dayung Kacip Emas / Umpil Maut    20. Pasak Mati / Tembi Siku Pasung Emas Patah Dayung / Lintang Mayat    21. Kilas Buaya Berendam / Kuda Gila Lipat Maut Buaya Berendam

Serangan Harimau     1. Patah Dayung Nasi Hangit    2. Patah Dayung Kuda Gila    3. Tarian Kuda Gila    4. Humban Ketam Kawah Pecah    5. Kipas Gayong Selak Gayong    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong Buah Tapak Kunci Hidup    1. Pentas 1    2. Pentas 2    3. Tempur Bebas (1 Lawan 3)

Lompatan Harimau    1. Tengiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (Lenting Pacat) (1 Kali)    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (7 Halangan)    4. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (5 Halangan)    5. Harimau Melompat Pagar Berhalang   

(c) Bengkung Pelangi Hijau(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 3    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Kun    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Pancung    3. Cakar Helang Balas Hentak Balas Lambung Kemudi

Page 19: silat gayong note

    4. Tendang Sula Balas Tendang Kuda    5. Tebar Jala Balas Jala Tebar Kaki Sama    6. Tebar Jala Kanan Balas Jala Tebar Kiri    7. Gulungan 31        22. Simbar Cakar Helang Kanan        23. Simbar Cakar Helang Kiri        24. Timang Puteri        25. Tumbuk Pintal Tali Tiga Kali         26. Tendang Sula Balas Tolak Lintang        27. Pusing Roda        28. Juring Terbang, Jatuh Mengiring        29. Juring Kanan        30. Juring Kiri        31. Duduk Anak Harimau    Asas Elakan 3    1. Elak Dalam Balas Pancung Kanan     2. Elak Luar Balas Pancung Kiri    3. Elak Putar Balas Pancung Kanan    4. Elak Putar Balas Pancung Kiri    5. Patah Tebu Siku    6. Elak Dalam Disusuli Serangan Tombak Todak    7. Hentak Adam Lutut Balas Sepak Penyawa

Pecahan Buah Tapak (7x21)

 Serangan Harimau     1. Patah Dayung Nasi Hangit    2. Patah Dayung Kuda Gila     3. (Tarian) Kuda Gila    4. Humban Ketam Kawah Pecah    5. Kipas Gayong Selak Gayong    6. Jinjit Kuali Kawah Pecah / Pangku Mayat Pecah Kawah Hentak Kawah    7. Kibas Gayong Pasak Gayong Selak Gayong    8. Tembi Gayong Pasak Gayong Selak Gayong    9. Lipat Gayong Pangku Kawah Pecah Kawah Kelek Kawah    10. Kawah Sepit Pecah Tebu / Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah     11. Tendang Kuda Kawah Tiarap    12. Tembi Kilas Pangku Mayat Kawah Pecah    13. Gasing Emas Tiarap Kawah    14. Panku Lutut Patah Tebu    15. Pangku Mayat Pancung Kawah Hentak Kawah     16. Pecah Kawah    17. Pikul Kawah Buang Kawah    18. Lambung Kawah Kawah Sepit Patah Tebu    19. Pangku Lutut Patah Tebu    20. Pulas Tebu Buang Kawah Jejak Tebu Patah Pucuk    21. Tarian Kuda Gila

Page 20: silat gayong note

 Buah Tapak Kunci Hidup    1. Pentas 4    2. Pentas 5    3. Pentas 6    4. Pentas 7    5. Tempur Bebas (1 Lawan 5)

Lompatan Harimau    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting (3 Kali)    3. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (9 Halangan)    4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Tinggi (5 Halangan)    5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Rendah (7 Halangan)    6. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (3 Halangan)    7. Harimau Menyusur Gelung Api (3 Halangan)     8. Pusingan Roda (3 Kali) 

(d) Bengkung Pelangi Merah(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 4    1. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah    2. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah Balas Pancung    3. Tumbuk Bertapak Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah    4. Lambung Kemudi Bertapak

Page 21: silat gayong note

    5. Tolak Lintang Bertapak     6. Tebar Jala Bertapak    7. Gulungan 41        32. Serangan Rajawali        33. Balas Hentak        34. Tembi Siku Kiri        35. Tembi Siku Kanan        36. Serangan Rajawali        37. Tumbuk Balas Tangkis Kuak Sisi Balas Tangkis Bawah        38. Tolak Lintang Kanan        39. Tolak Lintang Kiri        40. Duduk Anak Harimau        41. Tenggiling Ke Hadapan Dan Duduk Anak Harimau

Asas Elakan 4    1. Elak Kuak Sisi Balas Tampar Harimau Balas Padam Lampu    2. Elak Putar Diikuti Tembi Siku    3. Elak Putar Balas Pancung Balas Pecah Gendang, Cengkam Bahu Balas Alu Patah    4. Yoi Kiri Dan Alu Patah Kanan Dan Pancung    5. Elak Dalam Dan Tumbuk Pintal Tali    6. Sepak Rajang    7. Tolak Bahu Dan Bentis Hadapan Lompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangung Melenting Ulat + Harimau Melenting Ke Hadapan + Harimau Melenting Ke Belakang3. Harimau Membaling Angin Tanpa Halangan4. Harimau Menghambur Mangsa Berhalangan Rendah (10 - 15 Halangan)5. Harimau Menghambur Dahan Berhalangan Tinggi (7 Halangan)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menghentak Bahagian Sisi Kepala Dengan 3 Keping Genting (Wanita 2 Keping) 

Seni Pisau (Pisau 1 dan Pisau 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Pisau (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1-21)

(e) Bengkung Pelangi Merah Cula 1(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 5    1. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Dalam Tapak    2. Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Bertapak    3. Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah    4. Serangan Rajawali Balas Hentak Balas Tendang Lurus Melangkah

Page 22: silat gayong note

    5. Tamparan Harimau Melangkah Balas Sepak Juring    6. Sepak Juring Bersilang Kaki    7. Golongan 51        42. Serangan Rajawali Balas Hentak         43. Lambung Kemudi        44. Simbar Cakar Helang        45. Tolak Lintang Ke Kanan        46. Tolak Lintang Ke Kiri        47. Layang Tembi Siku, Hentak Emas Sepukal Atas Telapak Tangan, Duduk Anak Harimau Dan Timang Puteri        48. Harimau Melenting Hadapan        49. Tenggiling Belakang (Atas Angin Belakang)        50. Melenting Ulat        51. Duduk Anak Harimau        Asas Elakan 5    1. Masuk Luar Dan Tumbuk Kepala    2. Pancung Dayung Kanan Balas Pancung Dayung Kiri    3. Kilas Tangan Penyerang (Penyerang Tertunduk) Sambil Tarik Tapak Ke Belakang    4. Tangkap Silang Dan Rebahkan Penyerang Ke Sisi    5. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka    6. Elak Putar Balas Tembi Siku Muka Balas Tolak Ke Hadapan Sambil Rimbat Kuda Gila    7. Elak Luar Dan Siku Muka Lompatan Harimau    1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang    2. Bangun Melenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang    3. Harimau Membaling Angin Halangan Rendah (7 Halangan)    4. Harimau Membaling Angin Halangan Tinggi (5 Halangan)    5. Harimau Memusing Roda Dan Melenting Ke Belakang (3 Kali)    Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)Menjurus Ke Bumi Bertatangkan 4 Keping Batu Genting (Wanita 3 Keping)

Seni Keris (Keris 1 dan Keris 2)    1. Asas Gerakan    2. Asas Elakan    3. Kunci Mati Keris (1 - 21)    4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

(f) Bengkung Pelangi Merah Cula 2(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 6

Asas Elakan 61. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kiri2. Elak Putar Dan Tamparan Harimau Kanan

Page 23: silat gayong note

3. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kiri4. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan5. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri6. Elak Tangkis Kuak Sisi Balas Tamparan Harimau Kanan Balas Tamparan Harimau Kiri, Rentap Bahu Balas Alu Patah7. Elak Putar Dan Duduk Melutut Diikuti Tendangan Kuda

Lompatan Harimau1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Bersenjata + Tenggiling Belakang2. Bangun  Lenting Ulat + Harimau Melenting Hadapan + Harimau Melenting Belakang + Harimau Membaling Angin Ke Hadapan + Harimau Membaling Angin Ke Belakang3. Harimau Memusing Roda + Harimau Melenting Ke Belakang (2 Kali ) + Harimau Membaling Angin Ke Belakang (1 Kali)

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 5 Keping / Wanita 4 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menjurus Dengan Tangan Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)

Seni Simbat / Simbat Suk1. Asas Gerakan2. Asas Elakan 3. Kunci Mati Simbat / Simbat Suk (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)

(g) Bengkung Pelangi Merah Cula 3(mengikut guru masing-masing)

Asas Gerakan 7

Asas Elakan 7

Seni Pemecahan 

Page 24: silat gayong note

Seni Pemecahan (Memecah Batu Genting)1. Menetak Dengan Tangan Kanan (Lelaki 7 Keping / Wanita 5 Keping)2. Menyiku Dengan Tangan Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)3. Menendang Separuh Bulatan Dengan Kaki Kiri (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)4. Menendang Juring Dengan Kaki Kanan (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping)5. Menghentak Dengan Kepala (Sisi Kepala) (Lelaki 3 Keping / Wanita 2 Keping) Seni Parang (Parang 1 dan Parang 2)1. Asas Gerakan2. Asas Elakan3. Kunci Mati Parang (1 - 21)4. Buah Tapak Senjata (1 - 21)