38
15 Resepi Jutawan Facebook (Beginner) Penulis Mohd Hafizie Bin Suhaimi

Resepi Jutawan Facebook

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Resepi Jutawan Facebook

15

Resepi Jutawan Facebook

(Beginner) Penulis Mohd Hafizie Bin Suhaimi

Page 2: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

2

Isi Kandungan

Bahagian Pertama : Membangunkan Laman Perniagaan Syarikat ................................................5

1.1 Pengenalan ....................................................................................................................5

1.2 Langkah 1: Menentukan kategori latarbelakang perniagaan ...........................................6

1.3 Langkah 2: Memasukkan maklumat umum perniagaan .................................................7

1.4 Langkah 3: Memuat naik profil gambar syarikat ...........................................................8

1.5 Langkah 4: Memperkenalkan latar belakang syarikat ....................................................9

1.6 Langkah 5: Menetapkan alamat URL Facebook .......................................................... 10

2. Bahagian Kedua; Membentuk Komuniti ............................................................................ 11

2.1 Pengenalan .................................................................................................................. 11

2.2 Langkah 1: Pembentukkan Kumpulan Facebook Syarikat/Organisasi .......................... 12

2.3 Langkah 2: Mendaftarkan Nama Kumpulan ................................................................ 13

2.4 Langkah 3: Pautan Pada Kumpulan Lain ..................................................................... 16

3. Bahagian Ketiga; Menguruskan Maklumat ........................................................................ 17

3.1 Pengenalan .................................................................................................................. 17

3.2 Langkah 1: Jenis Maklumat......................................................................................... 18

3.2.1 Langkah 1(a) : Ringkasan Maklumat Syarikat ...................................................... 18

3.2.2 Langkah 1(b) : Penerangan Produk atau Perkhidmatan ......................................... 18

3.2.3 Langkah 1(c) : Gambar dan Harga Produk atau Perkhidmatan .............................. 18

3.2.4 Langkah 1(d) : Testimonial .................................................................................. 18

3.2.5 Langkah 1(e) : Pertandingan ................................................................................ 19

3.2.6 Langkah 1(f) : Tawaran Istimewa ......................................................................... 19

3.2.7 Langkah 1(g) : Pemberitahuan Produk Akan ........................................................ 19

3.3 Langkah 2: Respon kepada maklumbalas pelanggan terhadap produk anda ................. 20

3.3.1 Pengenalan:.......................................................................................................... 20

3.3.2 Melibatkan interaksi pelanggan ............................................................................ 20

3.4 Langkah 3 : Melaksanakan komunikasi satu-satu terhadap pelanggan ......................... 22

3.5 Langkah 4: Refleksi yang baik terhadap kritikan ......................................................... 23

3.6 Langkah 5 : Mengemaskini maklumat daripada bentuk penulisan dan video................ 24

4. Bahagian 4 : Menganalisa Pengguna .................................................................................. 26

4.1 Pengenalan: ................................................................................................................. 26

4.2 Langkah 1 : Analisa .................................................................................................... 26

4.2.1 Langkah 1(a) : Facebook ...................................................................................... 26

Page 3: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

3

5. Bahagian Kelima : Mengoptimum Kebolehlihatan ............................................................. 31

5.1 Pengenalan .................................................................................................................. 31

5.2 Langkah 1: Pautan laman perniagaan anda dengan perantaraan aplikasi lain................ 31

5.3 Langkah 2 : Memaparkan program terkini menggunakan kemudahan Event ................ 34

5.4 Langkah 3: Mengiklankan laman perniagaan Facebook............................................... 35

5.4.1 Langkah 3(1) : Membina iklan laman perniagaan ................................................. 35

5.4.2 Langkah 3(2) : Mempromosi iklan laman perniagaan ........................................... 36

5.5 Langkah 4 : Membina akaun bank atas talian ( Online Banking) ................................. 37

Page 4: Resepi Jutawan Facebook

Garis Panduan Kebolehlihatan Penggunaan Sosial Media Bagi IKS

Terdapat lima bahagian utama garis panduan:

1. Bahagian Pertama : Membangunkan Laman Perniagaan Syarikat

2. Bahagian Kedua : Membentuk Komuniti

3. Bahagian Ketiga : Menguruskan Maklumat

4. Bahagian Keempat : Menganalisa Pengguna

5. Bahagian Kelima : Mengoptimum Kebolehlihatan

Garis panduan ini berdasarkan kepada persekitaran laman Facebook

Page 5: Resepi Jutawan Facebook

1. Bahagian Pertama : Membangunkan Laman Perniagaan

Syarikat 1.1 Pengenalan

Berikut adalah langkah pertama yang perlu diberi perhatian oleh anda sebagai seorang usahawan

bagi meningkatkan pemasaran syarikat anda menggunakan laman Facebook. Penggunaan

Facebook mampu memberi impak yang hebat kepada personaliti perniagaan syarikat anda.

Tujuan garis panduan bahagian pertama ini adalah sebagai inisiatif syarikat untuk dikenali

dikalangan komuniti siber. Secara tidak langsung, kaedah pada bahagian ini adalah prasyarat

untuk memasuki dunia perniagaan media sosial.

Membangunakan laman Facebook perniagaan syarikat kurang didedahkan kepada usahawan

yang baharu menggunakan aplikasi ini untuk memulakan perniagaan. Ini menyebabkan terdapat

usahawan tidak dapat menguasai penggunaan aplikasi Facebook ini dengan lebih baik. Menerusi

garis panduan ini, ia memudahkan usahawan membangunkan laman perniagaan dengan lebih

mudah dan sistematik.

Page 6: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

6

1.2 Langkah 1: Menentukan kategori latarbelakang perniagaan

Anda perlu membangunkan akaun perniagaan baharu di pautan berikut

http://www.facebook.com/pages/create.php ( lihat Rajah 1 ). Jika anda membangunkan laman

perniagaan menerusi akaun persendirian anda, anda tidak perlu khuatir berkenaan maklumat

peribadi anda diakses oleh pelanggan anda. Setiap maklumat peribadi anda di dalam akaun

peribadi tidak akan bertindan dengan laman perniagaan yang anda bangunkan.

Semasa anda membangunkan laman perniagaan, anda perlu berhati-hati memilih kategori yang

akan dipilih. Pemilihan kategori yang salah menyebabkan anda tidak dapat mengubahnya pada

masa hadapan. Pada peringkat permulaan, anda disyorkan untuk memilih “local business or

place” bagi membangunkan laman perniagaan .Untuk makluman, bagi kategori “Brand or

Product”, ia lebih sesuai bagi produk yang telah dikenali di pasaran sesebuah Negara. Jika anda

seorang artis, lebih sesuai untuk memilih kategori “Artist, Band, or Public Figure”.

Rajah 1 : Menentukan Kategori Laman Perniagaan

Page 7: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

7

1.3 Langkah 2: Memasukkan maklumat umum perniagaan

Pada langkah ini, anda perlu memasukkan maklumat umum perniagaan berkenaan maklumat

perniagaan dan lokasi perniagaan. Maklumat ini penting bagi pelanggan untuk mengetahui latar

belakang dan lokasi perniagaan anda. Secara tidak langsung, pelanggan dapat memahami dengan

mudah berkenaan perniagaan yang anda jalankan tanpa perlu mengeksplorasi dengan lebih

terperinci.

Rajah 2 : Memasukkan maklumat umum perniagaan

Page 8: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

8

1.4 Langkah 3: Memuat naik profil gambar syarikat

Secara psikologi, manusia tertarik terhadap sesuatu yang menarik dan memperdaya pandangan

mata. Langkah ini adalah penting bagi menarik seramai yang boleh pelanggan terhadap laman

perniagaan anda. Memuat naik gambar dan banner yang menarik mampu menampakkan identiti

syarikat anda dikalangan pengguna media sosial. Gambar profil syarikat yang kaku dan

membosankan akan menyebabkan syarikat anda kurang mendapat trafik yang tinggi berbanding

penggunaan grafik yang lebih dinamik..

Rajah 3 : Memuat naik profil gambar profil syarikat

Page 9: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

9

1.5 Langkah 4: Memperkenalkan latar belakang syarikat

Memperkenalkan secara ringkas berkenaan latar belakang syarikat dan mudah

Rajah 4: Memperkenalkan profil syarikat secara ringkas

Page 10: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

10

1.6 Langkah 5: Menetapkan alamat URL Facebook

Langkah terakhir ini adalah penting di dalam bahagian pertama ini. Ia memainkan peranan yang

penting semasa anda membangunkan laman perniagaan anda. Mudah diingati, ringkas dan

menarik merupakan antara ciri-ciri nama alamat URL yang anda perlu bangunkan. Disamping itu

juga ia merupakan salah satu strategi di dalam pemasaran secara viral dan atas talian. Nama

alamat URL yang menarik dan catchy membolehkan komuniti siber sentiasa menyebut dengan

mudah nama syarikat anda.

Rajah 5 : Menetapkan alamat laman perniagaan

Nota :

Pemasaran Viral bermaksud pemasaran sacara atas talian yang menggunakan aplikasi atas

talian sebagai medium penyampaian maklumat produk. Pemasaran ini sangat cepat penyampaian

maklumat kepada pelanggan dan konsep penyampaian maklumat seperti penyebaran penyakit

menerusi virus.Pemasaran viral dilaksanakan oleh pengguna Facebook dengan berkongsi

maklumat produk syarikat anda di paparan dinding laman Facebook milik pelanggan.

Perkongsian maklumat ini akan dapat dilihat pula oleh rakan-rakan kepada pelanggan tersebut.

Page 11: Resepi Jutawan Facebook

2. Bahagian Kedua; Membentuk Komuniti 2.1 Pengenalan

Bahagian ini mengenengahkan cara-cara membentuk sebuah komuniti media sosial di dalam

populasi komuniti internet. Tujuan bahagian ini adalah untuk menarik lebih ramai pelawat laman

perniagaan anda termasuk daripada dalam dan luar syarikat. Ini merupakan kaedah terbaru untuk

berhubungan dengan pekerja anda menerusi beberapa kaedah menerusi saluran sosial media

seperti blog syarikat, kumpulan facebook, sembang atas talian dan Youtube.

Terdapat dua jenis interaksi semasa anda membentuk komuniti ini iaitu interaksi dalaman dan

luaran (Rajah 7). Komuniti dalaman melibatkan interaksi pekerja di dalam syarikat dengan anda

sebagai pihak pengurusan syarikat. Platform ini membolehkan komuniti di dalam syarikat dapat

menjalankan aktiviti di dalam syarikat secara atas talian. Antara aktiviti yang dapat dijalankan

adalah perbincangan, mesyuarat, dan memberi komen berkenaan produk dan perkhidmatan yang

akan dilancarkan sebelum dilancarkan di pasaran. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan

penggunaan kos dan terbukti ia mudah digunakan.

Interaksi luaran adalah melibatkan kepada dua kaedah interaksi iaitu pertama; antara pelanggan

sedia ada dengan syarikat dan kedua; antara syarikat dengan kumpulan-kumpulan (group)yang

lain di dalam komuniti media sosial. Interaksi luaran ini adalah penting bagi meningkatkan lagi

jumlah komuniti seterusnya menambahkan lagi bilangan akses trafik ke laman media sosial anda.

Rajah 7 : Pembentukkan komuniti Media Sosial Facebook

Komuniti

Dalaman

Luaran

Pelanggan sedia ada

Kumpulan Lain

Page 12: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

12

2.2 Langkah 1: Pembentukkan Kumpulan Facebook Syarikat/Organisasi

Penerangan : Pembentukkan kumpulan Facebook syarikat adalah satu fungsi yang

membolehkan pelanggan dan pekerja di dalam sesebuah organisasi berinteraksi antara satu sama

lain. Menerusi komuniti yang terlibat ini membolehkan komuniti yang terdiri daripada komuniti

luaran dan dalaman dapat berkongsi, memberi pendapat dan komen bagi membincangkan isu-isu

berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan di dalam syarikat. Secara tidak

langsung ia mampu mendekatkan lagi hubungan diantara pelanggan dan pihak syarikat dalam

aspek peningkatan pembangunan produk dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Rajah 8

menunjukkan laman media sosial sebuah kumpulan yang melibatkan kumpulan pendidikan di

Universiti Utara Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar-pelajar pascasiswazah yang

menggunakan platform media sosial untuk berdiskusi dan berinteraksi antara satu sama lain. .

Rajah 8 : Perbincangan dijalankan di dalam komuniti

Page 13: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

13

2.3 Langkah 2: Mendaftarkan Nama Kumpulan

Ini merupakan langkah permulaan untuk membentuk komuniti kumpulan anda. Pertama anda

perlu membentuk sebuah laman kumpulan anda terlebih dahulu. Klik pada pautan Create Group

seperti di dalam Rajah 9 untuk membentuk kumpulan.

Rajah 9 : Pautan untuk membentuk komuniti

Page 14: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

14

Seterusnya, anda perlu menetapkan nama kumpulan yang anda ingin bangunkan seperti di dalam

Rajah 10. Anda perlu menetapkan ahli kumpulan yang akan menyertai kumpulan ini.

Keberjayaan kumpulan ini juga diukur berdasarkan kepada jumlah bilangan ahli kumpulan anda.

Anda juga perlu menetapkan kerahsiaan kumpulan anda samaaada terbuka (open), tertutup

(closed) dan rahsia (secret). Untuk anda lebih kebolehlihatan, anda digalakkan untuk memilih

jenis terbuka (open) bagi memastikan lebih banyak trafik pengunjung bakal melawati dan

menyertai laman perniagaan anda.

Rajah 10 : Menetapkan maklumat berkenaan kumpulan yang dibangunkan

Seterusnya anda perlu memilih logo bagi kumpulan yang telah anda bangunkan (Rajah 11).

Pemilihan logo ini adalah bagi memudahkan ahli kumpulan anda dan pelawat di kalangan

komuniti siber untuk mengenali kumpulan anda. Akhirnya, kumpulan anda telah berjaya

dibentuk. Tahniah !!!!

Page 15: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

15

Rajah 11 : Menetapkan ikon kumpulan

Page 16: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

16

2.4 Langkah 3: Pautan Pada Kumpulan Lain

Langkah ini adalah penting bagi memastikan anda mendapat lebih banyak pautan menerusi

jumlah pelawat yang akan mengunjungi laman perniagaan Facebook anda. Secara tidak langsung

akan meningkatkan populariti syarikat anda. Anda perlu mencari laman-laman kumpulan lain

yang mempunyai bilangan ahli kumpulan yang banyak, kemudian anda perlu menjadi ahli

kumpulan tersebut. Interaksi dan jaringan sosial yang baik diantara kumpulan anda dan

kumpulan lain akan meningkatkan lagi kebolehlihatan laman perniagaan Facebook anda di

dalam komuniti siber. Sebagai contoh di dalam Rajah 12 yang menunjukkan laman perniagaan

Racebook iaitu Kedai Serbaneka yang mempunyai lebih 27,000 ahli di dalam kumpulan ini. Ini

merupakan jalan pintas untuk anda mendapatkan trafik pengunjung yang banyak di dalam waktu

yang singkat.

Rajah 12 : Antaramuka laman perniagaan Kedai Serbaneka

Page 17: Resepi Jutawan Facebook

3. Bahagian Ketiga; Menguruskan Maklumat 3.1 Pengenalan

Garis panduan pada bahagian ini akan membimbing anda untuk menguruskan maklumat dan

informasi laman perniagaan Facebook dengan lebih baik dan sistematik. Maklumat yang sentiasa

dikemaskini dan terkini berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat

penting untuk dihidangkan kepada pelanggan. Terdapat dua bahangian yang penting semasa anda

menguruskan maklumat bagi membolehkan laman perniagaan Facebook anda dapat dilihat dan

popular di dalam komuniti siber. Pertama (1) adalah pengurusan maklumat yang baik dan

kedua (2) adalah sentiasa respon dan pengemaskinian maklumat. Di bahagian ini lima

langkah yang lebih terperinci akan diterangkan. Langkah pertama melibatkan bahagian pertama

iaitu bahagian pengurusan maklumat manakala langkah kedua (2) hingga langkah kelima (5)

dikhususkan di dalam bahagian kedua iaitu bahagian sentiasa respon dan pengemaskinian

maklumat. Rajah 13 menerangkan secara ringkas berkenaan pengkhususan langkah-langkah

yang terlibat.

Rajah 13 : Pengkhususan langkah-langkah di bawah bahagian menguruskan maklumat

Bahagian 3:

Menguruskan maklumat

Bahagian 1

Pengurusan Maklumat yang Baik

Langkah (1)

Bahagian 2

Sentiasa Respon dan Pengemaskinian Maklumat

Langkah (2)

Langkah (3)

Langkah (4)

Langkah (5)

Page 18: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

18

3.2 Langkah 1: Jenis Maklumat

Ini adalah langkah permulaan yang perlu anda jalankan semasa anda menguruskan maklumat di

dalam laman perniagaan Facebook syarikat anda. Pada langkah pertama ini melibatkan tujuh

langkah utama iaitu:

3.2.1 Langkah 1(a) : Ringkasan Maklumat Syarikat

Langkah ini telah diterangkan di dalam bahagian pertama. Walaubagaimanapun, di dalam

bahagian ini anda perlu menerangkan berkenaan latar belakang maklumat syarikat dengan lebih

terperinci dan jelas. Ini membolehkan pelawat laman perniagaan anda akan lebih yakin dengan

perniagaan yang anda jalankan.

3.2.2 Langkah 1(b) : Penerangan Produk atau Perkhidmatan

Pada langkah ini anda perlu menyediakan pelawat dan pelanggan yang terdiri daripada komuniti

siber berkenaan maklumat terperinci produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ini adalah

penting supaya dapat memberi pemahaman dan maklumat yang jelas berkenaan jenis produk dan

perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan. Maklumat yang jelas berkenaan produk dan

perkhidmatan membolehkan pelanggan anda mudah memahami dan secara tidak langsung

menjadi simbol pengenalan kepada syarikat anda.

3.2.3 Langkah 1(c) : Gambar dan Harga Produk atau Perkhidmatan

Di dalam langkah ini anda perlu meletakkan gambar produk anda yang terkini dan baharu.

Gambar produk yang diambil adalah lebih baik disediakan di dalam banyak dimensi bagi

memastikan pelanggan dapat menilai dan melihat rupabentuk produk yang ditawarkan dengan

begitu jelas. Maklumat harga juga perlu ditekankan semasa anda mempamerkan pelanggan dapat

mengetahui maklumat harga produk anda tanpa perasaan prejudis dan ragu-ragu.

3.2.4 Langkah 1(d) : Testimonial

Testimonial daripada pelanggan merupakan medium dan alat yang mempunyai kuasa untuk

menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk anda. Anda perlu berkompromi dengan

pelanggan anda yang setia untuk memaparkan testimont berkenaan keberkesanan produk atau

perkhidmatan yang ditawarkan . Langkah ini adalah penting bagi menarik perhatian komuniti

siber berkenaan keberkesanan dan keberjayaan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sebagai contoh dalam perspektif produk kesihatan. Testimoni yang baik daripada pelanggan

yang menggunakan produk kesihatan tersebut yang mana mampu merawat penyakit kronik

mampu menarik minat pelanggan secara psikologi.

Page 19: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

19

3.2.5 Langkah 1(e) : Pertandingan

Pertandingan merupakan satu kaedah yang dapat menarik lebih ramai bilangan komuniti siber

untuk menyertainya. Langkah ini secara tidak langsung membolehkan pelanggan anda

menjalankan pemasaran viral di mana mereka akan berkongsi di paparan utama dinding

Facebook berkenaan pertandingan yang disertai. Hadiah dan insentif yang baik secara tidak

langsung dapat meningkatkan lagi jumlah penyertaan. Peruntukkan sebahagian bajet pemasaran

anda dapat meningkatkan bilangan trafik yang maksimum pada masa yang singkat..

3.2.6 Langkah 1(f) : Tawaran Istimewa

Kebanyakkan pelanggan akan lebih tertarik dengan tawaran istimewa daripada syarikat anda.

Pelanggan akan sentiasa menunggu tawaran istimewa yang akan anda umumkan. Sebagai contoh

anda menawarkan tawaran harga rendah kepada pelanggan pada waktu tertentu. Secara tidak

langsung menggalakkan pelanggan anda untuk sentiasa melayari laman perniagaan Facebook

anda dengan lebih kerap dan meningkatkan peratus trafik pelanggan melawati laman anda.

3.2.7 Langkah 1(g) : Pemberitahuan Produk Akan Datang

Langkah ini menjadikan pelanggan sentiasa menunggu kemunculan produk baharu syarikat anda.

Langkah ini telah berjaya dilakukan oleh syarikat Apple. Apple menggunakan aplikasi jaringan

sosial Facebook untuk menjalankan prapromosi Ipad3 dan strategi ini menjadikan pelanggan

begitu fanatik dan tidak dapat menunggu untuk memiliki produk tersebut.

Page 20: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

20

3.3 Langkah 2: Respon kepada maklumbalas pelanggan terhadap produk anda

3.3.1 Pengenalan:

Jaringan sosial pada hari ini telah menjadi fenomena di kalangan pengguna internet. Facebook

merupakan aplikasi jaringan sosial yang paling popular dan mendapat sambutan yang tinggi dari

sudut jumlah penggunanya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed pada tahun 2011,

menyatakan pengguna Facebook telah mencapai 750 juta orang pengguna. Langkah ini

menekankan kepada pendekatan yang perlu anda lakukan iaitu memberi respon kepada

pelanggan anda. Respon dan pandangan daripada pelanggan adalah sangat penting untuk

mendapatkan maklumbalas berkenaan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

3.3.2 Melibatkan interaksi pelanggan

Interaksi antara syarikat dan pelanggan adalah merupakan pendekatan yang sangat baik

dilakukan. Interaksi bersama pelanggan anda boleh menerusi interaksi komentar di dinding

Facebook syarikat anda. Interaksi yang baik dengan pelanggan anda menjadikan laman media

sosial Facebook syarikat anda sentiasa mendapat kedudukan yang tinggi untuk dilawati oleh

pengguna internet. Selain daripada menggunakan kaedah komentar, terdapat beberapa kaedah

lain antaranya adalah menggunakan aplikasi undi, kajian dan pertandingan yang menawarkan

hadiah yang menarik. Kaedah ini akan meningkatkan interaksi yang positif pelanggan terhadap

laman perniagaan Facebook syarikat anda. Rajah 14 dan 15 menunjukkan contoh kaedah

pengundian bagi mendapatkan respon daripada pelanggan anda. Rajah 14 menggunakan

applikasi dokumen Google manakala Rajah 15 menggunakan aplikasi Asked Question di dalam

Facebook.

Page 21: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

21

Rajah 14 : Pengundian menggunakan aplikasi Google

Rajah 15 : Pengundian menggunakan Facebook

Page 22: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

22

3.4 Langkah 3 : Melaksanakan komunikasi satu-satu terhadap pelanggan

Penerangan : Di dalam paradigma komunikasi baharu (Rajah 16), Mangold (2009) menyatakan

media sosial memainkan peranan yang penting dalam interaksi antara anda dan pelanggan.

Interaksi satu ke satu adalah interaksi secara personal di antara satu individu dengan individu lain

secara khusus tanpa melibatkan interaksi individu lain. Komunikasi satu ke satu dapat dijalankan

menerusi mesej personal di dalam aplikasi Facebook. Menerusi mesej personal ini, pelanggan

lebih selesa kerana komunikasi yang terlibat adalah lebih tertutup dan hanya diketahui oleh dua

pihak sahaja. Adalah lebih baik untuk anda menyediakan seorang staf yang menguruskan

komunikasi secara privasi ini. Pelanggan akan lebih menghargai komunikasi satu ke satu ini kerana

pelanggan lebih memberi pandangan yang lebih telus terhadap produk atau perkhidmatan yang

ditawarkan berbanding dengan menyatakan pendapat di laman utama dinding Facebook syarikat

anda.

Rajah 16: Paradigma Komunikasi Baharu (Komunikasi 1-1)

Sumber daripada (W. Glynn Mangold, 2009)

Page 23: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

23

3.5 Langkah 4: Refleksi yang baik terhadap kritikan

Pengenalan : Interaksi diantara anda dan pelanggan merupakan nadi kepada syarikat anda. Cara

dan bentuk komunikasi anda bersama pelanggan merupakan kriteria penilaian pelanggan

membeli produk atau perkhidmatan syarikat anda. Sehubungan dengan itu, reputasi syarikat anda

akan ditentukan berdasarkan cara anda memberi respon atau refleksi kepada pelanggan anda.

Kritikan dan komen daripada pelanggan adalah sangat penting untuk mengesahkan keupayaan

dan kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Refleksi pelanggan bertindak sebagai

cermin kepada keupayaan produk itu sendiri. Disamping anda menggunakan laman perniagaan

Facebook untuk mendapatkan respon berkenaan produk anda, anda boleh menggunakan

beberapa cabang laman media sosial lain seperti aplikasi Blog.

Berikut adalah panduan semasa anda memberikan respon dan refleksi kepada pelanggan:

a. Kenalpasti permasalahan yang berlaku dengan cepat. Jangan lengahkan respon anda;

kerana boleh mengakibatkan pelanggan akan membuat kritikan viral iaitu kritikan

tersebut akan dipautkan ke laman lain.

b. Memohon maaf

c. Memberi penyelesaian

d. Memberi maklumbalas yang positif

e. Sentiasa tenang

Page 24: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

24

3.6 Langkah 5 : Mengemaskini maklumat dalam bentuk penulisan dan video

a. Paparan Dinding Utama Facebook

Sentiasa menulis dan mengemaskini maklumat terbaru- pelanggan sentiasa tertunggu-tunggu

maklumat terbaru daripada syarikat anda. Pelanggan yang setia akan sentiasa mengikuti

perkembangan terbaharu laman perniagaan Facebook anda setiap masa. Cuba untuk

mengemaskini maklumat yang berkaitan produk, promosi dan syarikat setiap hari. Diingatkan

supaya anda mengemaskini maklumat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ini kerana, jika

anda kurang mengemaskini laman perniagaan Facebook anda, pelanggan akan beranggapan

laman perniagaan anda tidak aktif dan kurang mendapat sambutan . Ini menyebabkan pelanggan

tidak akan melawati laman perniagaan anda.

Peringatan!!!

Sekiranya seseorang pelanggan telah meninggalkan laman perniagaan anda, pelanggan tersebut

tidak akan melawati laman perniagaan Facebook anda semula.

b. Aplikasi Youtube

Memuat naik video anda – Gunakan aplikasi Youtube untuk memuat naik video berkenaan

produk dan perkhidmatan anda (Rajah 17). Interaksi menggunakan video ini adalah nilai tambah

kepada maklumat kepada syarikat anda. Penggunaan rakaman kamera web dapat digunakan

untuk merakam video. Anda perlu membuat pautan video yang telah dibangunkan kepada laman

perniagaan Facebook anda. Ini akan mempelbagaikan variasi bentuk maklumat di dinding utama

laman perniagaan Facebook anda.

Untuk menjadikan video anda lebih kebolehlihatan, anda perlu melibatkan penglibatan

pelanggan untuk memberi respon kepada video yang telah anda muat naikkan. Ini adalah penting

bagi meningkatkan lagi bilangan trafik ke laman Youtube video syarikat anda.

Page 25: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

25

Rajah 17: Memuat naik video di Youtube

Rajah 18: Video talah dimuatnaik di dalam aplikasi Youtube

Page 26: Resepi Jutawan Facebook

4. Bahagian Keempat : Menganalisa Pengguna 4.1 Pengenalan:

Bahagian keempat di dalam garis panduan ini adalah untuk menganalisa pelanggan menerusi tren

pasaran. Bahagian ini amat praktikal kepada anda dan syarikat untuk merangka strategi untuk

lebih kebolehlihatan di dalam komuniti siber menerusi analisis sikap pelanggan. Analisa sikap

pelanggan ini dapat dinilai menerusi tren pelanggan melayari laman perniagaan anda

berdasarkan jenis maklumat dan informasi yang telah dikemaskini. Di samping itu juga, garis

panduan pada bahagian ini dapat mengukur sikap pelanggan berdasarkan kepada perbualan dan

komentar yang diberikan terhadap informasi laman perniagaan anda. Secara tidak langsung, anda

dapat mengetahui bentuk dan dimensi tren komentar pengguna dengan lebih terperinci.

4.2 Langkah 1 : Analisa

Penerangan : Penilaian analisa tidak hanya melibatkan kepada pihak pelanggan sahaja, tetapi ia

melibatkan kepada beberapa pihak termasuk anda, pekerja, pelanggan dan bakal pelanggan. Ia

berkait rapat dengan ketiga-tiga bahagian sebelum ini yang telah diterangkan seperti interaksi

terhadap pelanggan dan juga maklumat produk dan perkhidmatan yang dikemaskini. Faktor-

faktor berikut akan meningkatkan trafik pengguna ke laman perniagaan Facebook syarikat anda.

Maklumbalas merupakan kaedah yang terbaik untuk menganalisa sikap pelanggan terhadap

produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Anda dapat menjalankan proses analisa terhadap

pelanggan yang melawati laman perniagaan anda menerusi aplikasi Facebook Insight

4.2.1 Langkah 1(a) : Facebook

Anda dapat menganalisa terhadap laman perniagaan anda dengan mudah menerusi laman

perniagaan Facebook. Facebook menawarkan perkhidmatan ini bagi memudahkan anda untuk

menganalisa sikap pelanggan anda dengan lebih terperinci. Daripada Rajah 19, di bahagian

paparan admin, anda akan memperolehi maklumat secara ringkas berkenaan statistik pelawat

laman perniagaan Facebook syarikat anda. Secara keseluruhan, anda dapat mengetahui jumlah

pelawat laman perniagaan anda berdasarkan kepada jumlah like dan bilangan pelanggan yang

bercakap tentang laman perniagaan anda.

Page 27: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

27

Rajah 19: Ringkasan analisa laman perniagaan Facebook

Page 28: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

28

Pada Rajah 20, anda dapat menganalisa maklumat statistik bilangan capaian pelanggan ke laman

perniagaan Facebook anda. Graf capaian pelanggan ini mudah difahami. Maklumat daripada graf

ini membolehkan anda mengetahui tren pelanggan setiap hari melawati laman perniagaan anda.

Anda dan staf syarikat dapat membincangkan perkembangan statistik hasil lawatan pelanggan ini

dengan lebih terperinci dan dapat merangka strategi bagi meningkatkan hasil capaian ke laman

perniagaan anda.

Rajah 20: Statistik bilangan pengunjung

Page 29: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

29

Dalam Rajah 21, Facebook menyediakan maklumat statistik pelawat laman perniagaan anda

dengan lebih terperinci dan sistematik. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan kepada

maklumat demografik seperti jantina, tempat dan bahasa yang digunakan pelanggan untuk

berinteraksi dengan laman perniagaan anda. Maklumat ini adalah penting bagi syarikat anda

untuk menilai dengan lebih terperinci pelawat laman perniagaan anda dengan lebih cepat dan

mudah.

Rajah 21: Statistik terperinci pelanggan

Page 30: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

30

Di dalam Rajah 22 menunjukkan graf pelawat laman perniagaan anda. Terdapat dua garis yang

terlibat iaitu garis berwarna biru dan garis berwarna kuning. Garis biru menunjukkan pelawat

baru manakala garis kuning menunjukkan pelawat setia iaitu pelanggan yang melawat laman

perniagaan anda lebih daripada sekali. Daripada graf ini anda dapat menganalisa jumlah pelawat

anda yang terdiri daripada pelawat baru dan setia.

Rajah 22: Graf statistik pelawat baru dan setia

Page 31: Resepi Jutawan Facebook

5. Bahagian Kelima : Mengoptimum Kebolehlihatan 5.1 Pengenalan

Garis panduan pada bahagian ini bertujuan untuk mengoptimumkan kebolehlihatan laman

perniagaan Facebook anda di kalangan komuniti siber. Bahagian kelima ini adalah penting

dipraktikkan bagi memastikan laman perniagaan anda mendapat tempat dan popular di dalam

ekosistem perniagaan secara atas talian. Disamping popular di dalam ekosistem internet, garis

panduan bahagian ini mampu memperkasakan kredibiliti syarikat anda dengan melaksanakan

beberapa langkah yang akan diterangkan di bawah.

5.2 Langkah 1: Pautan laman perniagaan anda dengan perantaraan aplikasi lain

Salah satu cara efektif adalah dengan berkongsi video berkenaan informasi produk atau

perkhidmatan yang ditawarkan. Anda boleh menggunakan Youtube seperti yang telah

diterangkan di dalam bahagian ketiga. Daripada rajah 23 di bawah, anda boleh menyalin pautan

fail yang telah diberikan di dalam aplikasi Youtube. Kemudian anda perlu paste atau menampal

pautan fail tersebut di laman utama dinding laman perniagaan Facebook anda. Pautan video

tersebut akan dipaparkan di laman perniagaan anda dan akan dilihat oleh pelanggan anda.

Rajah 23: Pautan aplikasi Youtube

Terdapat beberapa kaedah susulan yang dapat anda lakukan untuk mempautkan laman

perniagaan Facebook anda menggunakan teknik berikut:

Page 32: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

32

a. Blog – Blog dapat digunakan untuk mengemaskini maklumat terkini laman perniagaan

anda dengan mempautkan informasi terkini dengan laman perniagaan Facebook anda.

Rajah 24 menunjukkan pautan maklumat yang terdapat di dalam blog dipautkan ke laman

perniagaan Facebook.

Rajah 24: Pautan aplikasi Blog

b. Aplikasi jaringan sosial lain – Anda boleh menggunakan aplikasi jaringan sosial lain

seperti Twitter untuk dipautkan kepada laman perniagaan anda. Twitter merupakan

aplikasi jaringan sosial kedua popular selepas Facebook. Rajah 25 menunjukkan paparan

kod pautan yang perlu anda salin dan dipautkan di dinding utama laman perniagaan

Facebook anda.

Page 33: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

33

Rajah 25: Pautan aplikasi Twitter

c. Menggunakan saluran pemasaran tradisional – anda boleh menggunakan pemasaran

tradisional sebagai contoh buletin bulanan atau majalah bagi mempromosi pautan laman

perniagaan Facebook anda kepada pelanggan

Page 34: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

34

5.3 Langkah 2 : Memaparkan program terkini menggunakan kemudahan Event

Anda perlu memaparkan kepelbagaian program yang akan dilaksanakan kepada pelanggan laman

perniagaan Facebook anda berkenaan program yang akan dilaksanakan. Sebagai contoh anda

ingin mengadakan “ Hari bertemu pelanggan” untuk bertemu pelanggan anda. Oleh yang

demikian anda boleh menggunakan kemudahan Event yang disediakan di dalam aplikasi

Facebook bagi mewarwarkan program tersebut. Ini adalah penting untuk menunjukkan syarikat

anda sangat aktif bukan sahaja di dalam alam maya tetapi juga aktif di aktiviti lapangan. Rajah

26 menunjukkan cara untuk membina program menggunakan kemudahan Event.

Rajah 26 : Menyiarkan maklumat program menggunakan kemudahah Event

Page 35: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

35

5.4 Langkah 3: Mengiklankan laman perniagaan Facebook

Pengenalan : Teknik pengiklanan ini adalah untuk mengiklankan laman perniagaan anda.

Sehingga tahun 2013, terdapat lebih satu billion pengguna Facebook yang menggunakan aplikasi

Facebook. Pengiklanan laman perniagaan anda adalah sangat releven kerana trafik pengguna

Facebook adalah sangat tinggi.

5.4.1 Langkah 3(1) : Membina iklan laman perniagaan

Anda perlu klik pada “Create Ad” yang terletak di posisi paling bawah di laman perniagaan

Facebook anda seperi di dalam Rajah 27. Kemudian anda akan ke antaramuka seterusnya seperti

di dalam Rajah 28. Mengikut Rajah 28, anda perlu menetapkan spesifikasi pelanggan anda

sebagai contoh, anda ingin memasarkan produk di dalam Malaysia sahaja, jadi anda perlu

menetapkan iklan tersebut hanya untuk pelanggan di Malaysia. Seterusnya anda perlu

menetapkan bajet promosi anda setiap hari. Anda boleh memilih jenis bajet pengiklanan laman

perniagaan anda berdasarkan peruntukkan syarikat anda. Jika anda memilih bajet yang tinggi,

aplikasi Facebook akan mengiklankan iklan laman perniagaan anda lebih kerap dalam sehari

Rajah 27 : Membina iklan Facebook

Page 36: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

36

Rajah 28 : Membina iklan Facebook

5.4.2 Langkah 3(2) : Mempromosi iklan laman perniagaan

Tujuan anda mempromosikan iklan adalah untuk meningkatkan bilangan trafik pelanggan ke

laman perniagaan anda. Kadar peningkatan trafik ini berdasarkan kepada peningkatan bilangan

“like” dalam sehari terhadap laman perniagaan anda. Anda perlu menekan butang “Promote

Page” dan seterusnya memasukkan maklumat berkenaan laman perniagaan anda seperti di dalam

rajah 29. Anda perlu menetapkan bajet dan maklumat negara pelanggan anda ingin jalankan

promosi. Setelah maklumat berkenaan dimasukkan, promosi laman perniagan anda akan

dilaksanakan di dalam satu hari.

Page 37: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

37

Rajah 29 : Mempromosi iklan Facebook

5.5 Langkah 4 : Membina akaun bank atas talian ( Online Banking)

Semasa anda menjalankan perniagaan secara atas talian, anda perlu memiliki akaun bank atas

talian. Akaun bank atas talian ini adalah sangat penting bagi memudahkan pelanggan anda

berurusan dengan anda terutama melibatkan transaksi pembayaran. Pembayaran atas talian telah

menjadi fenomena pada masa kini. Tidak dinafikan pembayaran secara tradisional seperti

menggunakan kaunter di bank dan mesin ATM masih digunakan untuk melakukan pembayaran,

tetapi penggunaan pembayaran atas talian semakin mendapat tempat dikalangan pengguna

internet.

Di Malaysia, penggunaan akaun bank yang popular adalah Cimbclicks (Rajah 30)dan

Maybank2U (Rajah 31) menjadi pilihan utama komuniti internet untuk menjalankan transaksi

jual beli. Sehubungan dengan itu, anda digalakkan mempunyai kedua-dua akaun ini.

Page 38: Resepi Jutawan Facebook

Resepi Jutawan Facebook (Beginner) 15

38

Rajah 30 : Antaramuka laman Cimbclicks

Rajah 30 : Antaramuka laman Maybank2U