33
ISU HALAL HARAM (PEMAKANAN) Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

Isu Halal Haram Pemakanan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Isu Halal Haram Pemakanan

ISU HALAL HARAM (PEMAKANAN)

Pusat Pemikiran dan Kefahaman IslamUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SHAH ALAM

Page 2: Isu Halal Haram Pemakanan

DASAR DALAM MAKAN MINUM

“Wahai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu

adalah musuh yang nyata bagimu.”

(al-Baqarah: 168)

Page 3: Isu Halal Haram Pemakanan

DASAR DALAM MAKAN DAN MINUM

88. dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (S. al-Ma’idah)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat perkara yang belum jelas (syubhah), maka lebih baik dijauhi.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Page 4: Isu Halal Haram Pemakanan

DASAR DALAM MAKAN MINUM

“Wahai anak Adam, pakailah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid. Makanlah dan minumlah kamu tetapi janganlah

sampai berlebih-lebihan, kerana Allah tidak suka kepada yang melampau (berlebihan)……..”

(al-A’raf: 31)

Page 5: Isu Halal Haram Pemakanan

DASAR DALAM MAKAN MINUM

“…dan Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang

buruk….”

(al-A’raf: 157)

Page 6: Isu Halal Haram Pemakanan

MAKANAN HALAL

KATEGORI TUMBUH-TUMBUHAN

Semua jenis tumbuhan adalah halal kecuali yang bernajis, membahayakan dan yang memabukkan.

“Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan menilik nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Ma’idah: 90)

Page 7: Isu Halal Haram Pemakanan

91. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Ma’idah)

Page 8: Isu Halal Haram Pemakanan

HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali: Tidak disembelih mengikut hukum syarak Anjing & babi Haiwan yang bertaring kegunaannya untuk membunuh seperti

harimau,kucing, kera, gajah dll Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar Haiwan yang diperintah Islam membunuhnya seperti tikus, kala, ular,

lipan dll Haiwan yang dilarang membunuhnya seperti semut, lebah, burung

belatuk dll Haiwan yang dipandang jijik seperti kutu, lalat, ulat Haiwan yang hidup di darat dan di air

Page 9: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI HALAL

a) Tidak mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang tidak halal kepada orang Islam mengikut hukum syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak;

b) Tidak mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

c) Selamat dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan atau tidak memudaratkan kesihatan;

Page 10: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI HALAL

d. Tidaklah disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut hukum syarak.

e. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak;

f. Tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak menepati keperluan dalam butiran (a – e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

Page 11: Isu Halal Haram Pemakanan

Antara Musuh Iblis

•Orang yang beramal dengan ilmunya•Orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran•Orang yang azan untuk sembahyang fardhu•Orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim•Orang yang penyayang•Orang muda yang taat kepada Allah•Orang yang menjaga makan minumnya (yang halal)•Orang yang suka sembahyang berjemaah•Orang yang suka bertahajjud di tengan malam•Orang yang sentiasa mengekalkan wudhuk•Orang yang murah hati suka bersedekah•Orang yang menjaga tuturkata dan akhlaknya•Orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas•Orang yang menjaga waktu solatnya

Page 12: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAYYIBAT)

UNSUR HALAL DAN HARAM MAKANAN

Segala makanan yang haram adalah terkeluar dari kriteria tayyibat. Jika ada fuqaha yang mengharuskan menggunakan perkara-perkara yang haram untuk tujuan tertentu seperti perubatan atau kerana terpaksa, ia adalah kerana darurat dan terpaksa, lalu ia adalah hukum pengecualian.

Page 13: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAYYIBAT)

UNSUR KHASIAT ATAU RACUN YANG TERKANDUNG DALAM MAKANAN

Oleh kerana Islam dan sains tidak saling bertentangan, maka seharusnya makanan yang tayyibat harus memenuhi kriteria pemakanan moden yang seimbang dari segi kandungan zat seperti karbohaiderat, protein, lemak, vitamin dan juga garam galian.

(Contoh makanan harian Rasulullah: daging, buah-buahan, roti, tamar, susu)

Page 14: Isu Halal Haram Pemakanan

MAKANAN BERKHASIAT

24. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya):25. Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.26. kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -27. lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,28. dan buah anggur serta sayur-sayuran,29. dan zaitun serta pohon-pohon kurma,30. dan taman-taman yang menghijau subur,31. dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -32. untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

(Surah ‘Abasa)

Page 15: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAIYYIBAT)

MAKANAN YANG SEGAR, BARU DAN ASLI

Makanan segar & baru memberi khasiat kepada badan dan akal.

Makanan yang asli yang tidak dicampur dengan bahan pengawet, pewarna atau perasa.

Page 16: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAIYYIBAT)

UNSUR RASA (LAZAT DAN ENAK)

“(Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum.”

(Surah al-Saffat: 46)

Makanan Rasulullah SAW ialah:Daging

Page 17: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAIYYIBAT)UNSUR TABIAT PEMAKANAN YANG SEIMBANG MENGIKUT KEPERLUAN TUBUH

Page 18: Isu Halal Haram Pemakanan

DEFINISI BAIK (TAIYYIBAT)

• UNSUR BENTUK • RESEPI MAKANAN• GUBAHAN• HIASANyang mencetuskan selera…

Page 19: Isu Halal Haram Pemakanan

GENERASI ULUL ALBAB• Ulul Albab bermaksud mereka yang

mempunyai kekuatan akal fikiran dan daya ingatan yang tajam.

• Contoh Ulul Albab ialah Imam Ahmad bin Hanbal yang menghafal sejuta hadis.

• Antara rahsia mempunyai kekuatan akal yang cerdas• Menjauhi segala maksiat• Makan tidak berlebihan

Page 20: Isu Halal Haram Pemakanan

PESAN LUQMAN AL-HAKIM “Hai anakku, apabila perutmu telah penuh

sesak dengan makanan, tidurlah fikiranmu, kelulah hikmah (kebijaksanaan) dan berhentilah (malaslah) segala anggotamu dari beribadat kepada Allah dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang daripada keduanya lah diperolehi kelazatan munajat berbekasnya zikir pada jiwa.”

Page 21: Isu Halal Haram Pemakanan

IBU SEGALA UBAT

IALAH MENGURANGKAN

MAKAN

Page 22: Isu Halal Haram Pemakanan

PETUA MENGUATKAN AKALMenurut ahli perubatan Islam:

• Makan kismis kadar 21 biji sehari• Makan buah badam• Makan daging kambing• Makan buah-buahan limau

Page 23: Isu Halal Haram Pemakanan

LARANGAN

• Mengelakkan minum yang terdapat semut di dalamnya

• Mengurangkan makanan yang masam• Mengelakkan makan ikan di bahagian

kepala• Mengelakkan tidur selepas subuh, asar

dan maghrib• Tidur selepas makan – tidur selepas

makan akan mengeraskan hati

Page 24: Isu Halal Haram Pemakanan

ADAB MAKAN

• BERMULA DENGAN NAMA ALLAH DAN BERAKHIR DENGAN ALHAMDULILLAH

• MAKAN DENGAN TANGAN KANAN, MENGHULURKAN MAKANAN DENGAN TANGAN KANAN DAN MENGAGIHKAN MAKANAN MENGIKUT TURUTAN KE KANAN

• AMBIL MAKANAN YANG BERHAMPIRAN DULU

• TIDAK BERNAFAS DAN MENIUP DALAM BEKAS MAKANAN. SEBALIKNYA HENDAKLAH BERNAFAS DI LUAR DARIPADA GELAS

Page 25: Isu Halal Haram Pemakanan

ADAB MAKAN

• JANGAN MAKAN SAMBIL BERBARING ATAU MENGIRING

• TIDAK MENGHINA MAKANAN

• MAKAN SEKADAR 1/3, MINUM 1/3 DAN UNTUK UDARA 1/3. KATA PEPATAH ARAB: PERUT ADALAH LUBUK SEGALA PENYAKIT DAN BERPANTANG PULA ADALAH IBU SEGALA PENAWAR.

• MAKAN SEBELUM LAPAR DAN BERHENTI SEBELUM KENYANG.

Page 26: Isu Halal Haram Pemakanan

AKIBAT MAKAN MINUM YANG HARAM

• DAGING YANG TUMBUH DENGAN MAKANAN HARAM AKAN DIBAKAR OLEH API NERAKA

• DOA TIDAK AKAN DIMAKBULKAN ALLAH

• TIDAK BERKAT DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT

Page 27: Isu Halal Haram Pemakanan

Tandakan √ mana yang berkenaan dengan diri anda:

Saya seorang yang rajin berdoa

Saya berwirid dan berdoa selepas solat

Saya menunaikan solat tahajjud sebulan sekali

Saya berdoa ketika dalam kesusahan sahaja

Saya berdoa ketika susah dan senang

Saya memahami dan menghayati apa yang saya sebut dalam doa

Saya membaca doa dalam bahasa Melayu

Saya berdoa dalam bahasa Arab dan memahaminya

Saya berdoa dalam bahasa Arab tetapi tidak memahaminya

Saya mulakan doa dengan memuji Allah dan bersalawat ke atas Nabi

Saya berdoa mana yang penting sahaja

Saya berdoa sepenuhnya doa-doa yang saya tahu

Page 28: Isu Halal Haram Pemakanan

3 GOLONGAN AHLI SYURGA

Sabda Rasulullah SAW: Ahli syurga itu ada 3 golongan: 1)orang yang

mempunyai kuasa yang adil dan selalu bersedekah kepada fakir miskin, selalu taat kepada Allah; 2)orang yang hatinya lembut dan penuh kasih sayang terhadap sanak saudara; 3)orang miskin yang selalu menahan dirinya dari hal-hal yang haram, mempunyai keluarga, tetapi cintanya terhadap keluarga tidak mendorong untuk melakukan yang haram.

(R.Muslim)

Page 29: Isu Halal Haram Pemakanan

Sesungguhnya Allah swt itu baik, tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah berfirman (seperti dalam hadis yang ertinya) : Wahai sekalian Rasul! Makanlah dari yang baik-baik dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman : Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah direzekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa) : Hai TuhanKu! , Hai TuhanKu!, pada hal makanannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?

Riwayat Imam Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w.

Page 30: Isu Halal Haram Pemakanan

“Setiap daging yang tumbuh daripada

makanan yang haram, maka api neraka itu adalah terlebih layak

baginya”

Sabda Rasulullah s.a.w.

Page 31: Isu Halal Haram Pemakanan

“Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang

berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal,

maka harta itu akan membawanya ke Neraka”

Riwayat Al-Bukhari

Sabda Rasulullah s.a.w.

Page 32: Isu Halal Haram Pemakanan

32

Page 33: Isu Halal Haram Pemakanan

Rujukan

Tafsir Pimpinan al-Rahman, Bahagian Hal Ehwal Islam, 1980

Mustafa Abdul Rahman. 1989. Hadith 40 ; Terjemahan dan Syarahnya, Dewan Pustaka Fajar : Kuala Lumpur

Hj Johari Hj Alias. Membina Semangat Positif. 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Yusuf al-Hajj Ahmad. Sains Moden Menurut Perspektif al-Quran & as-Sunnah. Cet.3, 2011. Perniagaan Jahabersa: JB

Prosiding Seminar Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam. 2010. CITU Shah Alam.

Yusuf al-Qardhawi. Halal dan Haram Dalam Islam. 1983. Singapura: Pustaka Nasional.

Wahbah al-Zuhaily. Fiqh & Perundangan Islam Jilid 3. KL: Dewan Bahasa & Pustaka.