39
KEUTAMAAN ZAKAT DAN SEDEKAH PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU) UiTM SHAH ALAM

Keutamaan Zakat dan Sedekah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Program tazkirah PTAR bagi bulan Mac 2011

Citation preview

Page 1: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KEUTAMAAN ZAKAT DAN SEDEKAH

PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU)

UiTM SHAH ALAM

Page 2: Keutamaan Zakat dan Sedekah

ZAKAT

Page 3: Keutamaan Zakat dan Sedekah

RUKUN ZAKAT

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

– Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”-

Surah An-Nur (ayat 56)

Page 4: Keutamaan Zakat dan Sedekah

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” -

Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Page 5: Keutamaan Zakat dan Sedekah

PENGERTIAN ZAKAT

BahasaZakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Istilah SyarakZakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Page 6: Keutamaan Zakat dan Sedekah

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

Membersihkan diri pembayar zakat.

Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.

Page 7: Keutamaan Zakat dan Sedekah

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

Page 8: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??

Page 9: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??

Page 10: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??

Page 11: Keutamaan Zakat dan Sedekah

HARTA YANG WAJIB DIZAKAT

Terdiri daripada dua jenis zakat iaitu :

a) Zakat fitrah

b) Zakat harta

Page 12: Keutamaan Zakat dan Sedekah

JENIS-JENIS HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT

Page 13: Keutamaan Zakat dan Sedekah

Ma’adinIalah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

KunuzIalah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

RikazIalah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Page 14: Keutamaan Zakat dan Sedekah

ASNAF (PENERIMA) ZAKAT

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

(Surah At-Taubah : ayat 60)

Page 15: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KATEGORI ASNAF

Asnaf FakirFakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

Asnaf MiskinMiskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

Page 16: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KATEGORI ASNAF

Asnaf Amil

Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau

Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

Asnaf Muallaf

Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang

dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya

mereka teguh mencintai Islam.

Page 17: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KATEGORI ASNAF

Asnaf RiqabIaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

Asnaf GhariminOrang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:• Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.• Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.• Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Page 18: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KATEGORI ASNAF

Asnaf FisabilillahFisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

Asnaf Ibnu SabilOrang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:

Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

Page 19: Keutamaan Zakat dan Sedekah

LIMA GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MENERIMA ZAKAT

Keluarga Rasulullah dan keturunannya Orang kaya , dengan harta atau dengan usahanya Orang yang sibuk beribadat sunat untuk kepentingan

sendiri dan lupa menunaikan kewajipan mencari nafkah Orang kafir yang memusuhi Islam (harbi/atheis) Hamba sahaya atau mereka yang nafkahnya menjadi

tanggungan orang yang mengeluarkan zakat.

Page 20: Keutamaan Zakat dan Sedekah

ANCAMAN KEPADA GOLONGAN YANG ENGGAN

MENGELUARKAN ZAKAT Dari sahabat Ibnu Umar r.a:

“Bahawasanya orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat, di akhirat nanti akan ditempatkan dengan Qarun dan Firaun yang sudah terkenal dalam sejarah sebagai manusia-manusia yang ingkar.

Dari Ibnu Abbas r.a :

“Bahawasanya kewajipan solat dan zakat tidak boleh dipisah-pisahkan. Jika zakat tidak ditunaikan nescaya solat seseorang tidak akan diterima (mardud) , demikian pula sebaliknya.”

Page 21: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SEDEKAH

Page 22: Keutamaan Zakat dan Sedekah

DEFINISI SEDEKAH

Bahasa : pemberian yang disunatkan

Istilah : pemberian seseorang secara ikhlas, kepada yang berhak menerimanya yang diiringi oleh pemberian pahala dari Allah.

Page 23: Keutamaan Zakat dan Sedekah

ANJURAN BERSEDEKAH

Surah Al-Baqarah : ayat 254

“ Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman ( yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Page 24: Keutamaan Zakat dan Sedekah

ANJURAN BERSEDEKAH

Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :

“ Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.

( Riwayat muslim )

Page 25: Keutamaan Zakat dan Sedekah

HUKUM BERSEDEKAH

Hukumnya adalah “Sunat” –mengikut kemampuan pemberi.Ini berdasarkan dalil-dalil tersebut :

a) Al-Baqarah : ayat 280

b) Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

“ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.

(HR Ibn Al-Mubarak)

Page 26: Keutamaan Zakat dan Sedekah

BENTUK-BENTUK SEDEKAH (Secara Umum-meliputi segala bentuk kebaikan)

Bersedekah dengan harta yang dimiliki Menolong orang yang memerlukan dan berhajat Melakukan kebaikan dan mencegah diri dari melakukan

kejahatan Mendamaikan dua orang yang bermusuhan secara adil Menolong seseorang menaiki tunggangannya Mengangkat barang-barang saudaranya ke atas

tunggangan

Page 27: Keutamaan Zakat dan Sedekah

BENTUK-BENTUK SEDEKAH

Menyingkirkan rintangan dari jalan Setiap langkah yang diatur untuk mengerjakan solat Membaca takbir, tahmid,tahlil dan istighfar Amar makruf nahi mungkar Membuang duri dan batu di jalanan Menuntun orang buta Memperdengarkan orang tuli dan bisu Senyum

Page 28: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SEDEKAH YANG TERBAIK/ AFDHAL

1) Pemberian sedekah secara tersembunyi

"Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir, maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat."

(Surah Al-Baqarah :ayat 271).

Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :

“Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.

Page 29: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SEDEKAH YANG TERBAIK / AFDHOL

2) Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat terdekat yang sedang memerlukannya sebelum diberikan kepada orang lain. Namun sedekah sewajarnya diberikan kepada orang yang benar-benar sedang memerlukan kepada huluran tangan orang lain.

3) Menyedekahkan harta yang elok dan disukai ikhlas kerana Allah (Surah Al-Insan : ayat 8)

Page 30: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang (berkat). Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.

” Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya”.

(Surah Al-Baqarah : ayat 276)

Sedekah berupaya menyembuhkan penyakit

”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.

Page 31: Keutamaan Zakat dan Sedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Menghapuskan dosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Membersihkan harta kekayaan Menyenangkan dan menggembirakan hati orang miskin

Page 32: Keutamaan Zakat dan Sedekah

LIMA KEBAIKAN BERSEDEKAH DI AKHIRAT

Sedekah akan menjadi naungan baginya Sedekah akan meringankan hisab perhitungan

amalnya Memberatkan timbangan mizan Memudahkan pemberinya menyeberangi titian

siratul mustaqim Bertambah darjatnya di syurga

Page 33: Keutamaan Zakat dan Sedekah

TIGA GOLONGAN MANUSIA DALAM BERSEDEKAH

Golongan pertama – bersedekah kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia. Dia tidak akan mendapat bahagiannya di akhirat malah menjadi orang pertama yang dibakar dalam api neraka

Golongan kedua – bersedekah kerana malu. Dia memperoleh pahala dan ganjaran. Ada pula yang bersedekah kerana sudah menjadi kebiasaan

Golongan ketiga – bersedekah dengan ikhlas. Dialah yang mendapat pahala dan dialah hamba Allah. (Al-Baqarah : ayat 5)

Page 34: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SEDEKAH YANG TIDAK DIBOLEHKAN

Harta milik bersama, jika diambil tanpa izin pihak satu lagi (Cth: isteri menyedekahkan harta suami tanpa izin ). Tetapi, dibolehkan sekiranya ia telah menjadi amalan dan kebiasaan dalam satu rumah tangga.

Harta yang haram dari segi zat (daging babi, anjing, arak dll) atau haram dari segi sumber (hasil judi,merompak,rasuah dll-Surah Al-Mukminun : ayat 51/ Al-Baqarah : ayat 172)

Page 35: Keutamaan Zakat dan Sedekah

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SEDEKAH

Al-Mann (membangkit-bangkit) – Orang yang bersedekah terus mengingat-ingat dan menyebut-nyebut di hadapan orang lain bahawa dia bersedekah.

Al-Adza (menyakiti) – Pemberi sedekah menyakiti hati penerima dengan perbuatan / perkataannya.

Riya’ (memperlihatkan) – Menunjuk-nunjuk kepada orang lain, seperti hanya bersedekah di hadapan orang ramai, namun kikir di saat bersendirian, menghebahkan sedekahnya supaya disanjung dan dipuji sebagai dermawan.

(Rujuk Surah Al-Baqarah:ayat 261/262/264)

Page 36: Keutamaan Zakat dan Sedekah

PERBEZAAN ANTARA ZAKAT DAN SEDEKAH

KRITERIA ZAKAT SEDEKAHGolongan yang mengeluarkannya

Diwajibkan kepada orang-orang kaya yang telah memenuhi syarat (cukup nisab dan haul)

Disunatkan kepada setiap orang beriman sama ada yang kaya atau miskin, kuat atau lemah

Bentuk harta yang dikeluarkan

Harta kekayaan secara fizikal

Tidak terbatas kepada harta kekayaan secara fizikal, malah mencakupi semua kebaikan

Penerima 8 asnaf yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Quran sahaja

Kepada sesiapa sahaja termasuk haiwan

Page 37: Keutamaan Zakat dan Sedekah

CABARAN BERZAKAT DAN BERSEDEKAH

Syaitan sering mengancam dan menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan kefakiran dengan bersedekah.

(Surah Al-Baqarah : ayat 268)

Page 38: Keutamaan Zakat dan Sedekah

SIAPA YANG MENOLAK LIMA(5), MAKA ALLAH AKAN MENOLAK

DARIPADANYA LIMA (5) Siapa yang menolak untuk mengeluarkan zakat, maka

Allah akan menolak keselamatan hartanya. Siapa yang menolak (enggan) bersedekah, maka Allah

akan mengurangkan kesihatannya. Siapa yang menolak mengeluarkan pengeluaran zakat

tanamannya, maka Allah akan menolak berkat tanahnya. Siapa yang menolak untuk berdoa, maka Allah tidak

suka menerimanya. Siapa yang meringankan solatnya, maka Allah akan

menolak kalimah La ilaha Illahnya ketika mati.(sukar untuk mengucapkan syahadah)

Page 39: Keutamaan Zakat dan Sedekah

RUJUKAN Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni, Jagalah Allah, Allah Menjagamu (2006),

Jasmin Enterprise,Kuala Lumpur. M.Natsir Arsyad, Seputar Rukun Iman dan Rukun Islam (1992),

Penerbit Al-Bayan,Indonesia. Ustaz Hj.Hassan Mahmud Al-Hafiz,Mukmin Sejati (2003), Al-

Hidayah Publishers,Kuala Lumpur. Dastghaib Shirazi, Bermasyarakat Menurut Al-Quran (2005),Penerbit

Al-Huda,Jakarta. Dr.A.Rahman Ritonga, Fiqh Muamalah (1999), Penerbit Edaran

Kalam,Kuala Lumpur. Abullaits Assamarqandi Hj.Salim Bahreisy, Tanbihul Ghafilin, Jilid

1&2 (1989),Victory Agency,Kuala Lumpur. Abu Muhammad haziq, Himpunan Dosa-dosa Besar dan Larangan

Dalam Islam (2003), Pustaka Ilmi,Kuala Lumpur. http://www.e-zakat.com.my/info-zakat