33
WADI’A H Dalam Pandangan Islam

Wadiah Dalam Pandangan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Wadiah Dalam Pandangan Islam

Citation preview

Page 1: Wadiah Dalam Pandangan Islam

WADI’AHDalam Pandangan Islam

Page 2: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Sesuatu yang diamanahkan untuk dijagaIbn Manzhur di dalam Lisân al-‘Arab, wadî’ah

Secara Bahasa

Page 3: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Harta yang dititipkan oleh pemiliknya kepada orang lain untuk disimpan(Rawdhah ath-Thalibin Imam an-Nawawi,Subul as-Salam ash-Shan’ani al-Amir dan Bidayah al-Mujtahid Ibn Rusyd)

Secara Istilah

Page 4: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Harta yang disimpan, iaitu amanah yang ditinggalkan pada orang lain untuk disimpan dengan sengaja (al-Qamus al-Fiqhi Sa’di Abu Habib)

Secara Istilah

Page 5: Wadiah Dalam Pandangan Islam

SECARA SYAR’IE:Akad yang

mewajibkan penyimpanan

harta oleh orang lain.

Page 6: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Wadî’ah itu merupakan amanah, walaupun amanah sifatnya lebih umum dari wadî’ah.

Setiap wadî’ah merupakan amanah, sebaliknya tidak setiap amanah merupakan wadî’ah.

Page 7: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Wadî’ah merupakan jenis wakalah yang bersifat khusus, iaitu wakalah yang berkaitan dengan menempatkan orang lain pada posisi diri sendiri dalam menjaga sesuatu sahaja, dan tidak sampai pada tasharruf (mengelola) pada sesuatu itu yang merupakan tanda wakalah yang bersifat mutlak.

Page 8: Wadiah Dalam Pandangan Islam

HUKUM WADIAH:

BOLEH/MUBAH

Page 9: Wadiah Dalam Pandangan Islam

“Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh pemiutang).Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)…”(TMQ Al Baqarah, 2:283)

��ا ض ع� ب� كم ك� ع� ب� ب� م ب�� ع� م�ا ب� � ‌�� ض ب� ك�و ع� � ب �� ض �ـ ب� م ب� ��ا ض م! ب"ا ا� ك%و م& ب! عم ب' بو ( ض ب( ب* ـ+ ب, ب- عم ك. ك"ن م��� د0بو ب2 ك3 ع, م5ى ب� '�ب ٱك7 ب. بن �ـ ب ب�� ب� م8 ك! ع9  ٱ

Page 10: Wadiah Dalam Pandangan Islam

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya...”(TMQ An Nisaa‘, 4:58)

Page 11: Wadiah Dalam Pandangan Islam

م�ن� �خ�ن� ت � و�ال �ك� �م�ن �ت ائ م�ن� �ل�ى إ �ة� م�ان� األ �د� أ�ك� ان خ�

“Tunaikan amanah kepada orang yang mengamanahimu dan jangan khianati orang yang

mengkhianatimu.”(HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ahmad, al-Hakim, al-Baihaqi)

Page 12: Wadiah Dalam Pandangan Islam

RUKUN WADÎ’AH

Al-‘aqidân, iaitu al-Mûdi’ (yang menitipkan) dan al-wadî’ atau al-mustawda’ (yang dititipi);

Al-Mûda’ (harta yang dititipkan) atau yang disebut al-wadî’ah;

Shighat atau ijab dan qabul.

Page 13: Wadiah Dalam Pandangan Islam

SYARAT WADÎ’AH

Pertama,syarat terkait dengan al-‘aqidân:• Al-Mûdi’ (yang menitipkan) disyaratkan

harus orang yang sah melakukan tasharruf, dan ia adalah pemilik atau wakil dari pemilik harta titipan itu.

• Al-Wadî’ atau al-mustawda’ (yang dititipi) juga disyaratkan harus orang yang sah melakukan tasharruf dan jelas orangnya saat melaksanakan aqad.

Page 14: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Kedua, syarat terkait ijab dan qabul. • Ijab dan qabul itu harus

berdasarkan kerelaan kedua pihak.

• Ijab harus sama dengan qabul dan ada pertautan, iaitu harus dalam satu majlis.

SYARAT WADÎ’AH

Page 15: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Ketiga, syarat terkait al-wadî’ah atau al-mûda’ (harta yang dititipkan), iaitu harus berupa harta yang jelas dan boleh dikuasakan. Sebagian fuqaha menambahkan syarat harta itu haruslah harta bergerak sehingga aset seperti tanah, kilang, rumah dsb, tidak boleh diwadî’ahkan.

SYARAT WADÎ’AH

Page 16: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Agar akad wadî’ah itu sah dan sempurna maka harta yang dititipkan harus diserahkan kepada al-wadî’ (yang dititipi) dan dipindahkan dalam kekuasaan al-wadî’ itu.

Sebab, al-wadî’ tidak dapat menjaga dan menyimpannya kecuali harta itu diserahkan kepada dirinya dan dipindahkan dalam kekuasaannya untuk dia simpan dan dijaga.

Page 17: Wadiah Dalam Pandangan Islam

HUKUM WADI’AHPertama:• Para fukaha sepakat bahawa akad wadi’ah

merupakan ‘aqdun jâ’izun, iaitu bukan akad yang mengikat.

• Bermaksud, baik al-mûdi’ (yang menitipkan) atau al-wadî’ (yang dititipi) bila-bila sahaja boleh membatalkan akad wadi’ah itu tanpa bergantung pada kerelaan dari pihak yang lain.

• Akan tetapi, ada pengecualian menurut fuqaha Syafiiyah seperti yang diungkapkan oleh asy-Syihab ar-Ramli, bahawa akad-akad ja’iz jika fasakh (pembatalannya) menyebabkan dharar terhadap pihak lain maka itu terlarang dan menjadi lâzimah (mengikat).

Page 18: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Kedua: • Para fukaha sepakat bahawa akad wadi’ah pada

dasarnya merupakan akad tabarru’ yang tegak di atas asas kelemahlembutan, ta’awun, bantuan.

• Maka dari itu, al-mûdi’ (yang menitipkan) tidak perlu memberikan balasan/ganjaran kepada al-wadî’ (yang dititipi) atas penyimpanan itu.

• Jadi wadi’ah itu bukan akad mu’awadhah (ganjaran).

• Jika untuk penyimpanan itu ada ganjaran yang disepakati untuk al-wadî’, maka akad tersebut bukan lagi akad wadi’ah melainkan akad ijarah.

• Contoh: Layanan safe deposit box di bank

HUKUM WADI’AH

Page 19: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Ketiga:Wajibnya al-wadî’ (yang dititipi) menjaga wadi’ah yang ada padanya seperti ia menjaga hartanya sendiri.Nabi saw. bersabda:

ت�ى ح� ذ�ت� أ�خ� ا م� ال�ي�د ع�ل�ىت�ؤ�د�ى�

“Tangan itu wajib (menjaga) apa yang ia ambil sampai ia tunaikan.” (HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad, al-Hakim, al-Baihaqi)

HUKUM WADI’AH

Page 20: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Keempat: • Al-wadî’ (yang dititipi) wajib

segera menyerahkan harta wadi’ah ketika diminta oleh pemiliknya (al-mûdi’)

• Lihat: TMQ al-Baqarah [2]: 283

HUKUM WADI’AH

Page 21: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Kelima: • Para fukaha sepakat bahawa al-wadî’ah

itu merupakan akad amanah. • Status al-wadî’ (yang dititipi) adalah

yad al-amânah. • Sebab itu, jika harta wadi’ah itu hilang,

rosak atau lainnya, al-wadî’ tidak bertanggung jawab dan tidak menanggungnya kecuali jika itu disebabkan kesengajaannya atau ia lalai menjaganya.

• Jadi status al-wadî’ itu bukanlah yad adh-dhamânah.

HUKUM WADI’AH

Page 22: Wadiah Dalam Pandangan Islam

�ه� �ي ع�ل ض�م�ان� � ف�ال و�د�يع�ة$ �ود�ع� ت اس� م�ن�“Siapa yang dititipi wadi’ah maka tidak ada

tanggungan atasnya.”(HR al-Baihaqi)

Page 23: Wadiah Dalam Pandangan Islam

HARUS DIINGAT…Amanah itu hanyalah amanah untuk menyimpan dan menjaga wadi’ah itu; tidak termasuk di dalamnya hak untuk men-tasharruf-nya.

Page 24: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Sebagai seorang amîn, al-wadî’ (yang dititipi) haram mengkhianati amanah wadi’ah itu.

Page 25: Wadiah Dalam Pandangan Islam

KHIANAT terhadap amanah wadi’ah itu boleh dalam bentuk:Tanpa izin al-mûdi’ (yang menitipkan), al-wadî’ (yang dititipi) • mencampurkan harta wadi’ah itu

dengan hartanya sendiri atau harta orang lain,

• men-tasharruf-nya seperti menggunakannya atau bentuk tasharruf lainnya,

• lalai tidak menjaganya, • sengaja merosakkan atau

menghilangkannya, dan sebagainya.

Page 26: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Dalam semua keadaan itu, al-wadî’ (yang dititipi) perlu bertanggungjawab, yakni dia wajib menanggung (dhamân). Jika harta wadi’ah itu hilang atau rosak maka ia wajib menggantinya.

Page 27: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Jika ada izin dari al-mûdi’ (yang menitipkan) kepada al-wadî’ (yang dititipi) untuk men-tasharruf harta wadi’ah maka hal itu membuat fakta akad tersebut bukan lagi akad wadi’ah.

Page 28: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Jika izinnya adalah izin untuk mengambil atau menggunakan manfaat dari harta itu sementara zat hartanya tetap atau tidak berubah maka akad tersebut merupakan akad i’ârah (pinjam pakai).

Page 29: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Jika izinnya adalah izin untuk menggunakan zat harta itu sehingga al-wadî’ (yang dititipi) boleh mengkonsumsinya, menjualnya, atau yang lainnya, dan dia menjamin untuk menyerahkan harta itu ketika al-mûdi’ memintanya, maka akad tersebut merupakan akad hutang baik dalam bentuk qardhun ataupun dayn.

Page 30: Wadiah Dalam Pandangan Islam

PERBANKANJika al-wadî’ (yang dititipi) men-tasharruf wadi’ah dan memanfaatkannya dengan izin pemilik, maka ada 3 kemungkinan dalam hal ini:1. Wakalah - Jika izin tasharruf itu dalam bentuk wakalah maka al-wadî’

(bank) menjadi wakil al-mûdi’ (yang menitipkan) dalam men-tasharruf wadi’ah dan labanya untuk al-mûdi’.

2. Mudharabah - Jika izin itu dalam bentuk mudharabah atau musyarakah maka al-wadî’ menjadi mudharib (rakan bisnes) dan labanya dibahagikan menurut kesepakatan.

3. Ijarah – Jika al-mudi’ memberikan upah kepada al-wadi’ (Bank), dia atas tasharruf yang dilakukan oleh Bank, dan kesemua hasil laba diberikan kepada al-mudi’.

4. Qardhun - Jika tasharruf itu untuk kepentingan al-wadî’ (bank) maka wadi’ah berupa wang itu menjadi qardh (utang) dan labanya (keuntungan) untuk penghutang (bank).

KES

Page 31: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Jika ditetapkan bahawa wadi’ah perbankan adalah qardhun, maka

maknanya bahawa apa yang dibayarkan oleh bank sebagai

tambahan atas jumlah wadi’ah (simpanan) merupakan riba.

Page 32: Wadiah Dalam Pandangan Islam

Atas dasar itu, apa yang diistilahkan sebagai bonus yang diberikan oleh bank atau lembaga kewangan lainnya terhadap akaun wadi’ah, apapun namanya, ia jelas merupakan riba.

Page 33: Wadiah Dalam Pandangan Islam