Upload
rzain-zul
View
1.831
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Analisis Kesalahan Kosa Kata
Kosa Kata
• Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut: - penggunaan bentuk jamak- kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri - penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama- penggunaaan kata yang tidak tepat- imbuhan
1. Penggunaan kata majmuk yang tidak betul contoh kesalahan:
- banyak kanak-kanak itu- sesetengah daripada idea-idea - semua kereta-kereta - para-para pelajar - empat orang abang-abang
2. Penggunaan kata ganti nama diri perlu dikaitkan dengan kesantunan bahasa
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya
• Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)- Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
• Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)- Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
• Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)- Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi
ianya. Misalnya:• Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
- Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul) Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan
hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
• “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )-“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
• “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )-“Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
3. Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainyacontoh kesalahan:
• Kata hubung
Salah:– Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.– Badannya besar kecuali kakinya kecil.– Kakak memandu kereta sementara mendengar radioBetul:– Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.– Badannya besar tetapi kakinya kecil.– Kakak memandu kereta sambil mendengar radio
Kata sendi nama• i - Dari
Salah:– Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.– Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.Betul:– Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.– Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
• ii - DaripadaSalah:– Tilam itu dibuat dari getah asli.– Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.– Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.Betul:– Tilam itu dibuat daripada getah asli.– Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.– Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
• iii - PadaSalah:– Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.– Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.– Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.Betul:– Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.– Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.– Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
• iv - DiSalah:– Saya dilahirkan diSarawak.– Ayah awak bekerja dimana ?Betul:– Saya dilahirkan di Sarawak.– Ayah awak bekerja di mana ?
4. Penggunaan kata tidak tepatcontoh kesalahan:
• Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan. (pendapat)
5. Kesalahan imbuhancontoh kesalahan:
• Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta. (memperbesar)- `memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif
• Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori. (menjatuhi)- Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'.