22
Ekonomi Masyarakat Tamadun China

Ekonomi masyarakat tamadun china

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ekonomi masyarakat tamadun china

Ekonomi Masyarakat Tamadun China

Page 2: Ekonomi masyarakat tamadun china

Tamadun CinaLokasi

• Seperti dalam tamadun yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho.

• Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara negara China.

• Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke teluk Bo Hai di sebelah Timur. Lokasi tamadun jauh daripada pusat-pusat tamadun yang lain.

Page 3: Ekonomi masyarakat tamadun china

Kerangka Masa

• Kemunculan dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang di katakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M. Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada tahun 2205-1766 S.M.

Page 4: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

• Dalam aspek ekonomi Pembinaan sistem pengaliran

Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengaliran ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut

Page 5: Ekonomi masyarakat tamadun china

Konsep dan Sistem Ekonomi Masyarakat Tamadun China

• Di China, sejak zaman berzaman lagi pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya.

• Aktiviti ekonomi bermula di zaman Dinasti Shang iaitu kira-kira pada 1600S.M-1046S.M yang diklasifikasikan sebagai masalah protofeudal atau masyarakat feudal.

• Aktiviti bermula dengan tanaman gandum dan sekoi yang merupakan bijiran utama ditanam di negara ini. Dinasti ini bergantung penuh kepada pertanian dan petani merupakan sumber tenaga buruh yang penting.

Page 6: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Semasa menjalani aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, kuda dan kambing. Lembu penting kerana terdapatnya upacara pengorbanan lembu secara besar-besaran terutamanya ketika pengkebumian.

• Aktiviti ekonomi bersifat primitif kerana petaninya hanya menggunakan bajak, cangkul dan penukul. Terdapatnya juga sistem pengairan tetapi bukan dalam bentuk yang besar dan meluas. Selain itu, golongan bangsawan ketika itu manggunakan kain sutera berbanding dengan kaum petani yang memakai kain rami.

Page 7: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Semasa Dinasti Chou Barat, keseluruhan penduduk kampung terikat di bawah sistem buruh paksa.

• Pada zaman ini telah wujudnya satu sistem pertanian yang di panggil Well-field System apabila tanah dibahagikan kepada sembilan bahagian dengan lapan bahagian diushakan oleh petani untuk diirnya sendiri sementara yang kesembilan diserahkan kepada tuan tanah yang memerintah. Oleh yang demikian, sebahagian petani yang mengusahakan tanah adalah terikat dengan sistem buruh paksa dan cukai.

Page 8: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Masyarakat pada ketika itu tetap terikat dengan sistem feudal yang diperintah oleh golongan bangsawan dan pahlawan. Dalam zaman Chou Barat ini juga, keadaan pertaniannya juga tidak banyak berubah berbanding dengan Dinasti Shang sebelum ini.

• Pertanian masih merupakan aktivitinya utamanya tetapi berlaku kemerosotan dalam aktiviti utamanya tetapi berlaku kemerosotan dalam aktiviti ternakan. Walaubagaimanapun mereka telah memulakan aktiviti pertanian dengan adanya sistem pengairan.

Page 9: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Berbanding dengan ekonomi pada zaman Chou Timur pula, terdapat kemajuan dalam teknik pengeluaran pertanian apabila mereka telah menggunakan peralatan pertanian yang diperbuat daripada besi. Besi mula digunakan sebagai alatan pertanian sebelum digunakan untuk membuat senjata.

• Penggunaan alatan besi ini telah meluaskan sistem pengairan, sistem pembajakan dan kawalan air yang telah dijalankan dengan sungguh berkesan sehingga banyak hasil pertanian diperoleh.

Page 10: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Pada zaman akhir pemerintahan Dinasti Chou, banyak projek intensif seperti ini berkembang luas ke seluruh kawasan dan pelbagai bahagian dalam negara. Misalnya, projek pengairan yang terkemuka di Ch‘engtu di Szechuan.

• Aktiviti ekonomi semasa Dinasti Chou ini turut berkembang dengan aktiviti seni. Seni kraf tangan seperti bahan seni lukis telah membuka pasaran aktiviti ekonomi mewah, sehinggakan pakar-pakar kraft tangan semasa di akhir kerajaan telah menjadi tukang-tukang mahir yang bebas yang tidak lagi terikat dengan mana-mana peraturan oleh golongan bangsawan.

Page 11: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sistem ekonomi Tamadun Cina boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

• Sistem ekonomi sara diri

• Sistem ekonomi komersial

• Sistem ekonomi perdagangan

Page 12: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sistem Ekonomi Sara Diri

• Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan.

• Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan.

• Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian.

Page 13: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah.

• Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.

Page 14: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sistem Ekonomi Komersial

• Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak.

• Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan.

Page 15: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.

• Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain.

• Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara.

Page 16: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi.

• Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin.

 

Page 17: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan penggunaan baju.

• Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.

Page 18: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sistem Ekonomi Perdagangan

• Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).

 

 

Page 19: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali.

• Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.

• Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali.

Page 20: Ekonomi masyarakat tamadun china

• Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota.

• Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.

• Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.

 

Page 21: Ekonomi masyarakat tamadun china

 • Pada zaman pemerintahan Monggol,

perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi.

• Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.

Page 22: Ekonomi masyarakat tamadun china

Sekian, terima kasih