Upload
sherry-ally
View
10.596
Download
9
Tags:
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
Pengajaran Peribahasa•Objektif Pengajaran:
Murid-murid dapat memahami peribahasa yang dikemukakan.
Murid-murid dapat melengkapkan teka silang kata bagi menguji pemahaman mereka.
•Peringkat:Darjah 3
•Masa / Kaedah Pengajaran: 30 minit / Pengajaran Berpusatkan murid
Terang akal
Lihat gambar dan kata-kata dibawah ini. Apakah yang dapat kamu fahami melalui kata-kata dibawah ini?
Terang Akal Terang Akal memberi maksud memberi maksud
tajam akal, tajam akal, cerdik atau cerdik atau
pandai.pandai.
Terang Akal adalah salah satu
PERIBAHASA Melayu.
Apakah itu Peribahasa ?Ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannyaMempunyai maksud dan nilai moral tertentu.Digunakan untuk menghiasi percakapan atau karangan sebagai kiasan dan pengajaran.
MATA
TANGAN KAKI
Dibawah ini terdapat beberapa peribahasa yang mengandungi perkataan-perkataan berikut.
Mata duitan
Menjolok mata
Mata keranjang
Lepas tangan
Buah tangan
Panjang tangan
Kaki ayam
Kaki judi
Kaki bangku
Mata DuitanOrang yang tamakkan wang Sikap mata duitan Ramli membuatkan dia berkawan dengan orang yang kaya sahaja.
Mata KeranjangLelaki yang suka mengusik dan memikat wanita cantik. Lelaki yang mata keranjang itu diberi amaran supaya berhenti mengusik gadis-gadis di situ.
Menjolok mata
Emak menyuruh kakak menukar pakaiannya kerana baju yang dipakai itu terlalu nipis dan menjolok mata.
Perbuatan atau cara berpakaian yang tidak sopan.
Lepas tangan
Ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan terhadap pelajaran anak-anak mereka.
Tidak sama-sama bertanggungjawab; tidak masuk campur
Panjang Tangan
Murid yang panjang tangan itu telah ditangkap dan didenda oleh guru besar.
Suka mencuri
Buah tangan
Emak membawa sedikit buah tangan semasa melawat keluarga Encik Ahmad di Sabah.
Oleh-oleh atau hadiah
Kaki ayam
Janganlah suka berkaki ayam ketika berjalan, takut terpijak kaca atau paku.
Berjalan dengan tidak berkasut.
Kaki bangku
Ismail hanya memerhatikan kawan-kawannya bermain bola sepak kerana dia kaki bangku.
Orang yang tidak pandai bermain bola sepak.
Kaki judi
Encik Samad terpaksa menanggung hutang anaknya yang kaki judi setelah dia menghilangkan diri.
Orang yang suka berjudi.
MENGUJI DIRI
Teka Silang Kata 2
Teka Silang Kata 3
Teka Silang Kata 1
45
3
1
2
7
8
6
(1) Kematian ibu bapa.Ke Bawah :
(3) Semua yang diminta
akan diberi.(5) Disayangi lebih dari
yang lain.(7) Seorang anak sahaja.
Melintang :(2) Di bawah jagaan
seorang ketua.(4) Anak kepada isteri
baru.(6) Anak orang lain yang
diambil.(8) Bekerja sebagai kelasi.