View
229
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
HHHC9701 KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN
SET 20
PENSYARAH:En MOHD NASIR BIN MOHD SAUKANI
NAMA:
MUHAMMAD FAUZAN BIN ROSLI
(A145135)
SEMESTER 1 - SESI 2013/2014FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Nama Pelajar: Muhammad Fauzan bin Rosli
Nombor Matrik: A145135
Fakulti: Fakulti Pengajian Islam (FPI)
Nama projek: Majlis Makan Malam Rasmi Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (JPATI)
Kod kelulusan projek Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel): DN00082 /2014
Jawatan yang disandang: Ahli Jawatankuasa Biro Pendaftaran
Tarikh mula merancang projek:
Tarikh tamat projek: 9 Mei 2014
Pada 9 Mei 2014 yang lepas, Kelab Mahasiswa Pengajian Arab Dan Tamaddun Islam (NAHDAH) telah
menganjurkan sebuah program majlis makan malam rasmi yang bertemakan Disulam Budi Diikat Kasih
telah berjaya menggumpulkan keluruhan ahli Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, daripada para
pelajar pra-Siswazah tahun 1,2 dan 3, para pelajar Siswazah serta para pensyarah jabatan, malah para
staff sokongan jabatan turut hadir menjayakan majlis tersebut.
Program ini bertempat di Dewan Utama Kelab Golf Danau Ukm yang bermula pada sekitar jam
9.00 malam yang pada awalnya dirancang untuk dilakukan di Residence Hotel, namun atas beberapa
permasalahan teknikal, perancangan itu ditukar. Saya yang telah dilantik sebagai ahli bagi Biro
Pendaftaraan bagi menguruskan kehadiran dan kelacancaran awal program, telah berada di kawasan
kejadian sejak awal pagi lagi bagi menjayakan program tersebut. Melalui penjawatan sebagai ahli Biro
Pendaftaraan dalam projek ini, saya telah mempelajari banyak kemahiran, terutamanya kemahiran
Pengurusan Dan Keusahawanan.
Majlis makan malam ini adalah acara tahunan bagi Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam
ataupun mudah dikenali sebagai JPATI yang dikelola oleh Kelab NAHDAH. Dalam usaha menyatukan ahli-
ahli jabatan terutama para pelajar yang berbeza tahun dan sesi pengajian, majlis makan malam ini
dijadikan acara wajib NAHDAH. Dengan menyatukan kepimpinan baru iaitu daripada pelajar pra-
Siswazah tahun 1 dan 2, majlis makan ini mampu mengukuhkan hubungan sesama ahli jabatan.
Sebagai ahli Biro Pendaftaran, kami bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan-tugasan
penting yang diperlukan dalam menjayakan program ini. Antaranya, Biro Pendaftaran perlu membuat
sebuah senarai nama lengkap para hadirin yang bakal menghadiri majlis pada malam tersebut. Kami
membahagikan kepada beberapa bahagian bagi mengumpulkan senarai nama itu dengan lebih mudah.
Urusan mengumpulakan yuran majlis makan malam daripada para peserta juga dilakukan oleh kami
yang bekerjasama dengan unit Bendahari program. Dengan mendapat tugasan ini, kemahiran yang perlu
saya miliki adalah pengurusan masa dan kerja yang baik. Untuk menguruskan senarai nama agar tidak
bercampur kumpulan mereka, kumpulan kami mengaturkan beberapa langkah mudah. Dalam situasi ini,
saya perlu mengumpulkan senarai nama para peserta daripada tahun saya sendiri, iaitu pra-Siswazah
tahun 1, manakala rakan-rakan setugas yang lain menguruskan para pelajar pra-Siswazah tahun 2, pra-
Siswazah tahun 3, Siswazah, para pensyarah jabatan dan staff sokongan jabatan.
Selain itu, Biro Pendaftaran juga menguruskan pendaftaran semasa hari kejadian berpandukan
senarai nama yang telah dikumpulkan sebelum ini. Oleh itu, kami perlu hadir lebih awal berbanding yang
lain. Senarai nama itu juga membatu pergerakkan rakan-rakan yang menerima portfolio yang lain kerana
dapat digunakan untuk pembahagian cenderamata sebelum masuk ke dewan makan ketika majlis
sedang berlansung. Saya juga ditugaskan untuk menyemak setiap peserta yang hadir ketika hari kejadian
dan memberi cenderamata kepad para hadirin.
Sebelum memulakan tugasan ini, beberapa kali ketua kami telah melakukan perjumpaan untuk
mencerahkan lagi kepentingan posisi kami dalam pasukan ini serta penkhususan terhadapan tugasan
yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap biro dalam majlis makan mala mini juga perlu mengumpulkan
dana bagi membantu kewangan program.
Gambar 1 Ketika Perjumpaan Awal
Gambar 2 Berbincang bersama AJK yang lain
Gambar 3 Menyiapkan senarai nama peserta
1. Surat Permohonan HEPA
2. Surat Pertukaran Tarikh dan Tempat
3. Kertas Kerja Makan Malam
Recommended