View
937
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
EDU 3103EDU 3103
MURID DAN ALAM BELAJAR
OLEH:
JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID
Alam BelajarAlam Belajar
KONSEP ALAM BELAJAR
Persekitaran yang menggalakkan dan
mempercepatkan perkembangan , keupayaan,
kebolehan menguasai sesuatu .
Hasil persekitaran ini akhirnya membawa
kepada perubahan tingkah laku manusia.
Konsep Alam BelajarKonsep Alam Belajar
• Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah.
Konsep Alam BelajarKonsep Alam Belajar
• Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.
Konsep Alam BelajarKonsep Alam Belajar• Definisi alam belajar ialah suatu keadaan
atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
• Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-Aspek Fizikal, Aspek Psikososial, Aspek Komuniti Pembelajaran
Aspek FizikalAspek Fizikal
• Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaranlah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya.
Aspek FizikalAspek Fizikal• Kanak-kanak belajar untuk berkawan,
berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.
• Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai, berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza.
• Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.
Aspek FizikalAspek Fizikal
• Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpamanya.
Aspek FizikalAspek Fizikal
• Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akan memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.
Aspek PsikososialAspek Psikososial
• Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif.
Aspek PsikososialAspek Psikososial
• Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpamanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran yang merangsangkan.
Aspek PsikososialAspek Psikososial
• Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat.
• Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat.
Aspek PsikososialAspek Psikososial
• Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan, membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.
Aspek PsikososialAspek Psikososial• Menurut Abraham Maslow (1943),
keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.
• Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak, selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. Ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. Contohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Contohnya, semasa kita masih bayi, di mana bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.
• Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran• Komuniti pembelajaran membina kesedaran
bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia.
• Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-- Keahlian- Pengaruh- Memenuhi keperluan individu- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. Lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap.
• Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. Sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam membentuk peribadi murid-murid.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumpulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid.
Aspek Komuniti PembelajaranAspek Komuniti Pembelajaran
• Lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.
PERSEKITARAN
Psikososial Fizikal
Keselamatan
Kebersihan
Kesihatan
Kemesraan
Bilik Darjah
ABM,BBM,ABB dan BBB
Persekitaran
Pembelajaran
Pengalaman Belajar kanak-Kanak
Pengalaman Langsung
Penglibatan Aktif
Kebebasan Belajar
Pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum ialah BERMAIN
PERANAN DAN KEPENTINGAN
BERMAIN DALAM PROSES
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
sifat semulajadi kanak-kanak
dapat dikaitkan dengan JERIS
JERIS
RohaniIntelek
Sosial
Jasmani
Emosi
CIRI-CIRI DAN JENIS-JENIS MAINCIRI-CIRI DAN JENIS-JENIS MAIN
JENIS-JENIS MAINAN
Main Sosial
Mainan Bebas
(Informal)Mainan Sosial Dramatik
Main Di Luar Bilik Darjah
(outdoor Play)
Mainan Dengan Objek / Mainan
Kognitif
CIRI-CIRI BERMAINCIRI-CIRI BERMAIN
i. Jasmani - Peraturan yang mudah,
Penglibatan secara aktif
ii. Emosi - Penglibatan secara aktif,
membolehkan kanak-kanak
berasa seronok dan selesa.
iii. Rohani - Perasaan seronok dan selesa,
membolehkan kanak-kanak
berada dalam keadaan yang
stabil dan lega .
iv. Intelek - Semasa bermain,kanak-kanak
akan berfikir cara-cara bermain,
dan cara mengharungi cabaran yang
dihadapinya.
v. Sosial - Berpeluang bercampur-gaul dengan
kumpulan kanak-kanak yang lain
dan seterusnya dapat membina
hubungan yang mesra dan harmoni.
GALAH PANJANG
Pengenalan:Sejenis permainan dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong
Gelanggang itu mengandungi 2 lajur dan
beberapa baris bergantung kepada
bilangan pemain
Contohnya Jika pemain 10 orang , gelanggang dibuat mengandungi 4 barisPermainan melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang menempuh gelanggangPihak yang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang boleh menang dengan mudahKepentingan galah panjang kepada perkembangan JERIS
Permanent Galah Panjang
KEPENTINGAN PERMAINAN ITU
KEPADA PERKEMBANGAN JERIS
KANAK-KANAK
KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH
PANJANG
Jasmani
Emosi
RohaniIntelek
Sosial
KONSEP PENGAJARAN DAN KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPEMBELAJARAN
PENGERTIAN PENGAJARAN Aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan pembelajaran ataupun pengajaran merupakan sesuatu tugasan.
Aktiviti menyampaikan bahan pelajaran dengan jelas dan sempurna.
Rancangan guru yang bersistematik untuk membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
Proses memperolehi
ilmu pengetahuan atau kemahiran
PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN
PRINSIP PEMBELAJARAN
Pengalaman Unsur Jenaka
Menyusun Pengajaran
Objektif
Pengajaran
MotivasiKesediaan Pembelajaran
JENIS-JENIS PEMBELAJARANJENIS-JENIS PEMBELAJARAN
3 jenis pembelajaran3 jenis pembelajaran
((a) PEMBELAJARAN FORMALa) PEMBELAJARAN FORMAL
Pendidikan diterima secara langsungPendidikan diterima secara langsung
( sekolah, maktab atau universiti )( sekolah, maktab atau universiti )
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN FORMAL
- Pembelajaran berasaskan sukatan pelajaran- Diwajibkan kepada semua kanak-kanak(umur 7
- 13 tahun)- Pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah- Dilaksanakan oleh guru –guru terlatih/bertauliah- Penilaian formatif,sumatif,peperiksaan awam- Tekankan JERIS
(b) PEMBELAJARAN INFORMAL
Didikan dan asuhan ibu bapa , pergaulan dengan rakan-rakan , menghadiri
seminar, menonton television dan
lain-lain
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN INFORMAL
Tidak berasaskan sukatan pelajaranMelalui pemerhatian , perbualan dan pengalamanPembelajaran yang berterusanBerlaku setiap masa tanpa melibatkan tempat tertentuMemperolehi pengetahuan dan kemahiran secara tidak langsungTidak memerlukan guru-guru terlatih atau pakarTidak melibatkan penilaian
( c ) PEMBELAJARAN NON-FORMAL
pembelajaran yang berlaku secara sampingan
dan bertujuan menambahkan dan
melengkapkan pembelajaran formal
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN NON-FORMAL
Wujudnya keperluan untuk mempertingkatkan kepakaran dalam bidang tertentuKursus-kursus pendek ,ceramah, forum, bengkelMasa hanya beberapa jam atau hariBayaran minimum – saguhati kepada penceramahTempat kursus – dewan sekolah , pusat latihan dan lain-lainKandungan kursus – lebih mendalam dan berkaitan dengan kandungan pembelajaran formal
KESIMPULANKESIMPULAN
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran menuju kepadaguru yang menjalankan aktiviti pengajaran yang boleh dihuraikan sebagai menyalurkan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bermakna dan menyeronokkan kepadakumpulan sasaran kita yang dipanggil pelajar agar pembelajaran berlaku dalam keadaan formal atautidak formal supaya ia dapat berfungsi dengan baik danberkesan kepada pelajar untuk mencari ilmu sepanjanghayat.
TUGASAN
• Pilih satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah di sekolah rendah bagi mana-mana mata pelajaran. Jelaskan secara ringkas kenapa anda memilih kaedah tersebut.
• Jelaskan model, pendekatan dan strategi yang sesuai yang berkaitan dengan kaedah P&P yang dipilih itu.
• Jelaskan bagaimana kaedah P&P yang dipilih itu dapat dilaksanakan dalam bilik darjah.
Sekian , terima kasih.
Recommended