View
251
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
bahan esaimen
Citation preview
1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP BAHASA
Bahasa Melayu telah dituturkan oleh orang-orang melayu daripada satu generasi
kepada generasi yang lain sejak zaman-berzaman lagi. Pewarisan bahasa daripada
satu generasi kepada generasi ini tentunya akan menyebabkan perubahan berlaku
pada bahasa tersebut,sama ada dari segi bunyi bahasa,bentuk kata,makna atau
struktur ayat. Bahasa yang hidup ialah bahasa yang sentiasa berkembang dan terus
dituturkan oleh bangsa berkenaan. Demikian juga bahasa yang bermigrasi akan terus
hidup di tempat barunya jika ada kumpulan manusia yang menuturnya. Jangka hayat
sesuatu bahasa itu juga akan lebih lama jika terdapat usaha-usaha penutur untuk
menuturkannya kepada anak cucu mereka.
Sesuatu bahasa itu mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan
kawasan penuturnya menetap dan berada. Penyebaran bahasa ini berlaku disebabkan
oleh beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor penarik merujuk kepada tempat yang
hendak didatangi mereka itu dan menawarkan keadaan hidup yang lebih daripada di
tempat yang sedia ada. Faktor penolak pula adalah kerana mereka ingin lari daripada
keadaan yang tidak selesa di tempat asal mereka seperti kejadian kemarau,banjir,
taufan dan malapetaka lain. Selain itu, migrasi penutur sesuatu bahasa juga berlaku
atas sebab-sebab politik,sosial,dan ekonomi.
1
2.0 SEJARAH BAHASA MELAYU2.1 ASAL USUL BANGSA MELAYU
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah. R.H. Geldern ialah seorang
ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic
Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal
dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau
menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,
Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau
temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah
kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa
Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan
beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan,
haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di
Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa
buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan,
nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di
Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan
bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di
Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula
mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala
Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan
daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt
dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah
banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata
berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan
2
bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada
bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi
bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa
dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa
mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku
Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat
dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa
Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat
kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia
merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga
menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya
berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa
Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji
Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa
perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan
juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung,
melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak
pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan
perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.
Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan
perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu
Purba merupakan anggapan yang keliru.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia
dan Tibet-China (rujuk carta alir di muka surat seterusnya). Bahasa Melayu termasuk
3
dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa
Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
CARTA ALIRAN ASAL USUL MELAYU
4
2.2 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga
bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno
ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Oleh itu, bahasa Melayu sering dianggap oleh para cendekiawan sebagai berasal dari
Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta
juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil
bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia.
Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh
penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka
dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu
dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan
merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-
bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa
Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa
Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa
Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia,
Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang
dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap
tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan
nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia
atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan
semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali
kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk
semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai
5
Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah
Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami
sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai
perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau
bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa
Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau
Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran
antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di
negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum
peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan
bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah
imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada
sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968,
tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan
masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa
Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk
rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam
menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi
digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor
Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa
Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura
mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di
selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan
Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan
daripada kerajaan.
6
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM
mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih
separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
2.3 PENGERTIAN PERKATAAN MELAYU
Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam
tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu
masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang
datangnya dari Kerajaan Mo-lo-yeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644
Masihi. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian
Selatan) yang ada sekarang ini.
Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib
Buddha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya
sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Buddha di Universiti
Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu.
Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua
kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya
berhampiran dengan Palembang.
Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta
Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou
Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat perkataan Mo Lou YŸ (u terdapat
dua titik).
Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He
Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-
negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada
masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu.
7
Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang
ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh
1286 M. Dan di dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan
nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini: "Kata
sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera),
Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu
Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang
yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu
namanya".
Harun Aminurrashid mengatakan bahawa "...bangsa yang bernama Melayu itu
diam di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai
Batanghari (kini Sungai Jambi). Di kawasan hulu Sungai Jambi itulah dahulu pada kira-
kira seribu lima ratus tahun lebih, telah ada sebuah Kerajaan Melayu sebelum (ada
dan) semasa terkenal Kerajaan Sriwijaya atau Palembang Tua . Kerajaan Sriwijaya
telah mengalahkan Kerajaan Melayu sekitar abad ke-7 M. Walaupun dari segi
pemerintahan Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu terus berkembang dan
digunakan bersama semasa menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa rasmi
pemerintahan Sriwijaya. Malahan pada Batu Bersurat Kartanegara yang dijumpai di
Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, ditemui perkataan Malayapura yang
ertinya Kerajaan Melayu".
Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar
Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh
832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu. Padahal Batu Bersurat
Gandasuli ini ditulis dengan huruf Dewanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara
bagi penyebaran agama Budha. Demikian juga batu yang telah ditemui di Kedu (Jawa
Timur) yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti namun bahasanya
menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh
bahasa Melayu.
8
Walaupun penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) memperlihatkan
tulisan yang digunakan ialah huruf Palava, ia tidak bermakna bahawa tidak ada tradisi
tulisan sebelum itu. Sebelum orang India datang ke alam Melayu, di kawasan
Nusantara ini telah dikenali tulisan atau aksara Lontara di Sulawesi Selatan, aksara
Batak di Sumatera Utara, dan aksara Rencong di Sumatera Selatan
Pada masa itu aksara Rencong ini digunakan untuk merakam cerita, pantun,
atau yang sejenisnya. Setakat ini, aksara Renconglah yang dianggap sebagai huruf asli
bahasa Melayu. Oleh kerana ia ditulis pada daun dan kulit kayu maka dengan
sendirinya tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun, aksara Rencong
ini kini masih dapat disaksikan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies,
London. Berkenaan dengan aksara Batak atau Surat Batak yang disebutkan di atas,
E. St. Harahap berpendapat bahawa orang Batak termasuk bangsa yang tua di dunia,
sama tuanya dengan bangsa Assiria, Kaldea, dan Mesir Tua. Dengan demikian,
tentulah aksara Batak, atau aksara Lontara mahupun aksara Rencong bukan peniruan
daripada huruf India sama ada Brahmi, Palava, Dewanagari, atau aksara Sanskrit.
Bandingkanlah aksara Lontara, Batak, dan Rencong di atas dengan aksara Brahmi,
Palava, Dewanagari, dan Sanskrit. Walau bagaimanapun, pengaruh aksara India Kuno
terlihat jelas pada aksara Jawa.
Bukti yang dapat dilihat tentang bentuk dan sifat Bahasa Melayu hanya diperoleh
sejak tahun 683 Masihi. Bukti tersebut boleh dilihat melalui empat buah batu bersurat
yang dijumpai di:
1) Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi. Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai Musi bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain. Dicatat oleh RAMLI BIN YAHYA.
2) Talang Tuwo, pelembang pada 684 masihi. Batu Bersurat Talang Tuwo
merupakan sebuah Batu Bersurat yang dijumpai di Sumatera SelatanSu dan
dipercayai ditulis sekitar tahun 684 masihi
3) Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 686 Masihi.Pada Batu Bersurat Kota Kapur
perkataan/bahasa melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit
9
semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa melayu kuno sebahagian telah
memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti:
abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam,
dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat,
kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga,
sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang.
Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -
an.
Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah
pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan
Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari
Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu
lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686
Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat. Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat
Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau
Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.
Seterusnya,penentuan penggolongan bahasa ke dalam melibatkan kaedah dan
pertimbangan yang amat rumit lagi teperinci. Pengolongan ini berdasarkan kenyataan
bahawa bahasa yang ditakrifkan sebagai sistem lambang yang bersifat arbitrari iaitu
sewenang-wenagnya. Jikalau bahasa ini tiada hukum alami yang menentukan bentuk
bagi sesuatu makna, kita akan membuat kesimpulan bahawa kesamaan bentuk dan
makna dalam dua bahasa yang menunjukkan hubungan sejarah antara dua bahasa
tersebut. Misalnya, kalau dalam bahasa melayu beras beerti ‘padi yang sudah digiling’
dan dalam bahasa Tagalog bigas pula beerti ‘padi yang sudah digiling-giling’, maka kita
beranggapan bahawa kedua-dua bahasa itu sememangnya mempunyai pertalian
sejarah.
Pendekatan seperti ini sememangnya memerlukan prosedur yang amat cermat
dan harus mengetepikan unsur yang bersifat sejarah. Misalnya,persamaan yang
disebabkan unsur ikonik perlu diasingkan. Begitu juga persamaan yang hanya wujud
secara kebetulan perlu disingkirkan dari pertimbangan kita. Persamaan ikonik biasanya
10
terbatas kepada sebahagian kosa kata saja, umpamanya kata ajuk-ajukan, kata
penyampaian parasaan dan sebagainya. Persamaan yang terjadi secara kebetulan
atau tidak tidak teratur dan tidak banyak.
Setelah kita mengenepikan unsur yang tidak berpunca dari sejarah,maka
tinggallah persamaan yang untuk membedakan persamaan yang disebabkan
peminjaman daripada persamaan yang memang berasaskan kekerabatan. Kata
pinjaman dapat dikesani kerana bentuk fonetiknya sering berbaza daripada sistem
fonologi dalam bahasa peminjam. Kadang-kadang kata pinjaman melibatkan teknologi,
konsep atau budaya asing. Jelaslah bahawa kata-kata ini dipinjam melalui
pertembungan daripada dua bahasa yang terlibat.
Namun begitu, ada juga persamaan yang tidak disebabkan pertembungan atau
pinjaman bahasa, tetapi diwarisi dari bahasa purba yang sama. Maka rumpun bahasa
ini diandaikan kerana persamaan linguistik yang ketara daripada beberapa bahasa.
Bunyi-bunyi beberapa bahasa pula menunjukkan kesepadanan teratur, dikatakan
bahawa bahasa-bahasa itu merupakan satu keluarga bahasa.
Oleh itu, jelaslah bahawa Bahasa Melayu ini wujud daripada revolusi
perkembangan bahasa dari zaman purba lagi.
2.4 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Perkembangan Bahasa Melayu ini bermula dari perkembangan Bahasa melayu
Kuno,Klasik, sehinggalah ke moden.Oleh itu,kedatangan agama Hindu, Islam dan
penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara
berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat
memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap
tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno
mempunyai pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu Buddha yang kuat, dan bahasa
11
Melayu klasik terpengaruh dengan Bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu
moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
2.4.1 Bahasa Melayu Kuno
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang
Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok,
Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama
mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi
orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di
Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang
sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.
Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam
kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum
munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang
disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama
tempat) di Pulau Sumatera.
Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju
Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju ke India. Pelayaran
dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan
yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi
menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis
lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh
India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu.
Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu
Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai
bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya
ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua
franca dan bahasa pentadbiran.Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana bahasa ini bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar,
12
tidak terikat dengan perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai system yang
lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.
Bahasa Melayu klasik juga banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata
dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini mudah
dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu, bahasa Sanskrit
terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan hierarki yang tinggi dan sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Pallawa:
a) Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) .Tulisan batu bersurat ini
merupakan tulisan huruf palava.
b) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).
e) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M)
ditulis dalam huruf Nagiri.
Antara ciri-ciri bahasa Melayu kuno pula ialah penuh dengan kata-kata pinjaman
Sanskrit, susunan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh:
bulan - wulan), bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan),awalan
ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas),awalan di- ialah ni-
dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat), ada bunyi konsonan yang
diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:sukhatbhta, sukhatthta, sukhatphta,
sukhatdhta,sukhatkhta,sukhathta) dan huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh:
semua-samuha, saya-sahaya).
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Kepada Bahasa Melayu Klasik ini juga dikaitkan
dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-
13.Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan tulisan.
13
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke
dalam bahasa Melayu:
Contohnya:
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Dosa Dosa
Dukkha Duka
Deva Dewa
Rupa Rupa
Samsara Sengsara
2.4.2 Bahasa Melayu Klasik
Apabila Zaman Melayu Kuno mengalami kejatuhan telah timbulnya pula Bahasa
Melayu Klasik di tanah Melayu . Peralihan ini dikatakan bahawa datangnya islam ke
Asia Tenggara pada abad ke-13, hal ini membuktikan bahawa kedatangan agama islam
telah menyebabkan perubahan atara dua Zaman ini. Kegemilangan Bahasa Melayu
Klasik ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu pada Zaman Kerajaan
Melaka, Zaman Kerajaan Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau.
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam memperjuangkan Bahasa
Melayu Klasik dalam penulisan mereka pula ialah antaranya Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Antara ciri-ciri bahasa klasik pula ialah ayatnya yang panjang , berulang,dan
berbelit-belit dan banyak menggunakan ayat pasif dan ayat yang songsang.
14
Seterusnya, bahasa klasik kebanyakan menggunakan bahasa istana, menggunakan
kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih), banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal
ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan ayatnya pula adalah songsang. Di
samping itu, bahasa klasik banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' ,
menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang
ditambah dengan beberapa huruf tambahan, unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam
banyak tulisan Melayu seperti dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf,ilmu Aqa’id al-Iman dan
lain-lain. Ini sangat berbeza dengan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Sanskrit.
Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu
bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan.
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf
India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm
Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad
ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam
tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam
bahasa Melayu pada abad itu.
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua
bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam
penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu pengaruh melalui
penyebaran cerita panji dan pengaruh melalui interaksi nasional.
15
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai
wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh
nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada
zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang
Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan
migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang
Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa
meresap ke dalam Bahasa Melayu.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan Maksudnya
Andong Kereta kuda(sewaan)
Batok tempurung
berangasan mudah naik marah
wedana ketua daerah
adipati raja
2.4.3 Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden ini bermula pada abad ke-19, iaitu hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan bagi zaman Bahasa Melayu Moden. Sebelum
16
Zaman Penjajahan British lagi Bahasa Melayu telah pun mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai Bahasa Perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan, dan sebagai
Bahasa Pengantar di pusat pendidikan islam.
Selepas saja meletusnya Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasar
yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantar dalam sistem pendidikan
pada masa itu. Semasa Malaysia telah pun mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dalam Perkara 152 telah menetapkan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan. Dalam pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
telah pun menetapkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara. Laporan Razak
1956 pula telah mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dalam
sistem pendidikan Negara.
Perkembangan sistem Bahasa Melayu ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek
termasuklah dalam sistem pendidikan yang dipakai sehingga ke hari ini. Dalam
perubahan tersebut terdapatnya pula pengubahan huruf-huruf atau perkataan pada
zaman kuno sehingga zaman ini supaya ia lebih senang digunakan dan memendekkan
perkataan itu sendiri.
Antara perubahan perkataan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Moden
ialah seperti jadual di bawah :
BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU MODENNasyik Asyik
Marwawa Membawa
Saribu Seribu
Dangan Dengan
Vanakna Banyaknya
Ko Ke
BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA
17
Dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu secara persendirian seperti Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said dan Za’ba. Mereka
berusaha secara berkumpulan untuk mengerakkan bahasa Melayu Pramerdeka ini.
Daripada perjuangan mereka ini telah mewujudkan Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (Pakatan). Setelah wujudnya Pakatan ini, telah wujud beberapa
pertubuhan lain iaitu Persaudaraan Sahabat Pena Malaya(PASPAM), Pejabat Karang
Mengarang dan Angkatan Sasterawan’50(ASAS 50) . Persatuan ini telah berjuang
untuk memajukan bahasa Melayu. Terdapat juga institut yang memainkan peranan
dalam mengembangkan bahasa Melayu. Mereka telah memainkan peranan penting
dalam memodenkan dan memelihara bahasa Melayu ini. Mereka juga telah mengubah
bahasa Melayu ini menjadi bahasa melayu standard dengan mengubah dan mencipta
ejaan dan perkataan baru. Mereka juga telah menerbitkan beberapa buah buku untuk
dijadikan panduan kepada pengguna bahasa Melayu Moden ini.
BAHASA MELAYU PASCAMODEN
Setelah berlakunya perkembangan bahasa ini bahasa Melayu telah
diselaraskan dan taraf perkembangannya dikaji menerusi perancangan bahasa.
Perancangan ini bertujuan untuk untuk memupuk bahasa kea rah taraf yang lebih maju.
Badan perancangan bahasa ini telah mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).DBP ini telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam
Kementerian Pelajaran. Pada mulanya jabatan ini disebut sebagai Balai Pustaka, tetapi
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga telah mencadangkan namanya diubah
kepada dewan Bahasa dan Pustaka.
Terdapat dua peringkat perancangan bahasa iaitu Perancangan taraf bahasa yang
memperluaskan taraf penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Kedua
adalah Perancangan Korpus bahasa yang meningkatkan pembinaan bahasa dalam
merekodkan atau kodifikasi bahasa Melayu dan memupukkan bahasa Melayu dalam
masyarakat dalam mengembangkan bahasa itu sendiri dalam masyarakat dan mampu
diterjemahkan kepada bangsa lain.
2.5 KESIMPULAN
18
Asal usul bahasa Melayu adalah filum bahasa Austris. Filum bahasa Ustris
dibahagi kepada dua rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun
Austronesia. Bahasa Melayu mempunyai penutur yang paling banyak jumlahnya
berbanding dengan bahasa-bahasa sekeluarga dengannya seperti Melanesia,
Mikronesia dan Polinesia.
Bahasa Melayu yang paling awal disebut sebagai bahasa Melayu Kuno yang
wujud dalam kerajaan Sriwijaya dan Sailendra. Selepas itu pula, wujud bahasa Melayu
Klasik seperti pada zaman kerajaan Pasai-Samudera, Melaka dan seterusnya Johor
lama. Dari zaman Johor lama timbul pula zaman bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa
Melayu Johor-Rian terbahagi kepada dua iaitu Johor dan Riau. Bahasa Melayu Johor
berkembang di daerah Johor yang mewarisi daerah empayar Melaka dan dari situ
menjadi bahasa Melayu yang digunakan di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan
tanah jajahan Inggeris di Borneo. Sekarang bahasa ini digunakan di Malaysia,
Singapura dan Brunei Darussalam. Bahasa Melayu Riau berkembang terus di daerah
Hindia Timur Belanda dan akhirnya menjadi bahasa Indonesia.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini
sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka?
Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada
hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai
Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh
W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.
Agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga
anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang
keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang
kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan
bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri
Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.
Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling
asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah
19
dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan
ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu:
Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya
berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat
penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu
bukan berasal daripada bahasa Jawa.
Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa
Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap
sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai
masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga
tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan
berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua
bahasa ini telah wujud.
Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin
sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai.
Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja
Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah
Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah
kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di
sekitarnya.
Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu
Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu
dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain
daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih
digunakan hingga abad ke-18).
Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa
Melayu dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi
daerah Jambi berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-
dua bahasa ini tentulah ada pertaliannya.
20
Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak
(secara khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang
disebut rumpun bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara.
Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan
asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih terperinci, seperti rekonstruksi bahasa
Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa yang terdapat di benua Asia ini.
21
Recommended