112133654 elemen-elemen-multimedia

Preview:

Citation preview

Elemen-elemen

multimedia

5 ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA

UNSUR-UNSUR PADA ELEMEN MULTIMEDIA

UNSUR DINAMIK

- benda-benda yang bergerak atau mengubah

- Elemen : audio, video dan animasi

UNSUR STATIK

- benda-benda yang tidak bergerak

- Elemen : teks dan grafik

Setiap elemen mempunyai peranan dan interaktif sesama sendiri.

TEKS- Merupakan salah satu

media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai:

Menu utamaSistem navigasi

(navigation)Tujuan penyampaian

sesuatu isi kandungan perisian.

• Teks adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.

• Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita.

• Teks digunakan untuk :

- menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja,

- membantu pengguna meneroka aplikasi

- menyebarkan maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang telah direkabentuk.

• Dalam multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak digalakkan.

• Ini kerana teks tidak dapat pamerkan maklumat dengan menarik

Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi teks hanya digunakan pada bahagian-bahagian yang penting sahaja.

Penggunaan teks dalam aplikasi multimedia

Berikut adalah beberapa garis panduan yang diperlukan semasa membangunkan sebuah aplikasi multimedia yang melibatkan teks:

1. Ringkas tetapi padat2. Penggunaan typeface dan font yang bersesuaian.

3. Memastikan teks yang digunakan boleh dibaca.

4. Pemilihan gaya tulisan dan warna teks.- Untuk memberikan penekanan dan

membezakan isi kandungan dengan bahagian lain pada paparan atau media cetak.

- Kontras antara aksara adalah penting menentukan kejelasan dan kebolehbacaan perkataan atau ayat.

5. Mengawal pemilihan font serta konsisten- Rekabentuk skrin tidak terlalu semak atau

sukar dibaca.- Pembangun seharusnya tidak

menggunakan terlalu banyak font, typeface,gaya dan warna.

- Perlu menekankan konsep konsistensi dalam penggunaan teks.

ANIMASI Paparan susunan imej-

imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan.

Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah program wayang gambar atau video.

Animasi merujuk kepada paparan visual yang bersifat dinamik.

Ia juga suatu proses menjadikan objek kelihatan hidup atau gambaran bergerak tetapi pada asalnya statik.

Animasi mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.

Dengan menggunakan animasi kita boleh menerangkan sesuatu yang sukar menggunakan perkataan disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.

Dengan menggunakan animasi juga dapat menceriakan proses penyampaian.

Sesuatu yang disampaikan kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding menggunakan teks.

Animasi mampu memberi penegasan bagi membolehkan penonton fokus pada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Web sangat sesuai dalam penggunaan animasi.

Penggunaan animasi boleh juga dalam bentuk video.

Animasi membantu meningkatkan kualiti P&P.

Animasi digital mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas.

Kepentingan /kelebihan animasi

Mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik.

Proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu yang kompleks akan lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar.

Boleh membantu dalam proses pemahaman.

GRAFIK Grafik adalah persembahan imej yang tidak

bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.

Ia sangat penting bagi memberi penekanan dalam proses penyampaian maklumat.

Grafik mampu membantu menerangkan sesuatu maklumat dengan tepat dan berkesan.

Grafik menjadikan sesuatu persembahan lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Kepentingan grafik:1. Meningkatkan penekanan

sesuatu maklumat.

2. Menarik perhatian pengguna

3. Mengilustrasikan sesebuah konsep.

4. Bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

AUDIO Audio atau bunyi disebarkan oleh getaran

molekul atau jirim udara disekeliling kita.

Getaran dikenali sebagai gelombang bunyi.

Kesan audio salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang.

Audio dalam multimedia ialah:- Rakaman suara- Suara latar- Muzik- Kesan khas audio dll..

Dalam sistem multimedia interaktif, elemen audio membantu proses penyampaian persembahan agar lebih mantap dan berkesan.

Audio juga mampu meningkatkan motivasi kepada pengguna agar lebih berminat untuk mengikuti proses penyampaian maklumat.

Penggunaan audio mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin disampaikan.

VIDEO

Video adalah elemen multimedia yang paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen lain.

Video adalah gabungan pelbagai media seperti:

- Teks- Grafik- Audio dll dalam satu medium.

Video membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna.

Ini dapat mempengaruhi perasaan emosi pengguna dengan lebih nyata.

Antara perkakasan yang digunakan ialah:- kamera video- Camcoder (pita video)- Video capture card dll.

Manakala perisian video:- Adobe Premiere- Video Fusion- Ulead Media Pro dll.

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

SEKIAN..TERIMA

KASIH…

Kuiz Pengukuhan

Jawab semua soalan dibawah.

Senaraikan 5 elemen multimedia beserta contoh.

Apakah unsur-unsur yang terdapat pada elemen multimedia?

Recommended