View
234
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
1/25
RANCANGAN
PEMBANGUNAN TANAH
DAN WILAYAH(FELDA)
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
2/25
SENARAI KANDUNGAN
Senarai Kandungan M/S
Tajuk Kajian 1
Senarai Kandungan 2
Penghargaan 3
Objektif Kajian 4
Kaedah Kajian 5
Hasil Kajian
- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
- Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan- Carta organisasi dan senarai pentadbir
i. Latar Belakang
-Sejarah penubuhan
-Undang - undang tubuh
-Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas
pentadbir
-Cara perlantikan pentadbir tempatan
ii. Peranan
-Ekonomi
-Pendidikan
-Kemasyarakatan
-Kebudayaan
-Pelancongan
iii. Perkembangan
-Sumber kewangan
-Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
-Kemajuan yang dicapai
-Pengiktirafan / Penghargaan
6 -24
Rumusan 25
2
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
3/25
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
4/25
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang institusi pentadbiran tempatan di negara
kita.Institusi yang dipilih oleh saya ialah Rancangan pembangunan Tanah dan wilayah FELDA
.Kajian saya merangkumi objektik-objektif berikut:
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti Institusi pentadbiran di
negara kita.Ini akan dapat membatu saya membuat suatu informasi tentang institusi
pentadbiran yang menjana ekonomi negara
b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan
di negara kita
c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan
generasi muda melalui kajian ini.
4
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
5/25
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut.Antaranya
ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi daripada
kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah
enskilopedia di dalam internet.Kita boleh mendapat banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya
dalam pelbagai bahasa.Selain itu,melalui penyelidikan di perpustakaan,menganalisa dokumen,
mengikuti rancangan di radio dan telivisyen,akhbar,majalah dan buku-buku berkaitan
Penyelidikan juga dijalankan dengan merujuk buku,akhbar, majalah serta bahan ilmiah
yang diperolehi dari perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awan FELDA Nitar 02 serta Pejabat
FELDA.
Saya juga melayari internet bagi mendapatkan maklumat untuk tajuk tugasansya pada kali
ini.Alamat laman web yang saya kaji tersebut ada disertakan di setiap helaian kertas saya
Di samping itu, saya juga menemurah seorang responden sebagai sumber maklumat
tambahan berkaitan dengan bangunan bersejarah yang dikaji.
Sumber lain yang diperolehi termasuklah saluran Radio Klasik Nasional Malaysia melalui
rancangan Suara Generasi FELDA yangdisiarkan setiap hari Isnin,Rabu dan Jumaat.Melalui
rancangan tersebut,banyak maklumat yang diperolehi sehingga saya dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan.
5
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
6/25
HASIL KAJIAN
Nama rasmi dan nama lain
Institusi yang saya kaji ialah FELDA.Ia juga dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah
dan Persekutuan atau ringkasnya L.K.T.P
Lokasi
Institusi yang saya kaji mempunyai sebuah pejabat pengurusan di peringkat pusat iaitu ibu pejabat
FELDA yang terletak di bangunan Wisma FELDA yang beralamat di Jalan Perumahan
Gurney,54000,Kuala Lumpur,Malayasia.Disamping itu terdapat juga pejabat-pejabat pengurusan
FELDA di peringkat wilayah di seluruh negara.Contonhya wilayah Segamat,wilayah Johor
Bahru,wilayah Terolak dan lain-lain.Di semenanjung Malaysia terdapat 317 buah FELDA.Seramai
112,635 peneroka yang ada di semenanjung Malaysia.Di tempat tinggal saya pejabat FELDA
terletak di Jalan Kesidang,FELDA Nitar 02,Mersing
6
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
7/25
Visi FELDA
FELDA sebagai peneraju industri kelapa sawit dan warga peneroka bependapatantinggi
Misi FELDA
Meningkatkan kesejahteaan hidup warga FELDA melalui:
Penghasilan kebun yang tinggi
Meyediakan kemudahan dan infrastruktur moden
Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan.
Mewujudkan budaya inivasi dan kreativiti
Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tiggi.
Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia
Memupuk budaya kecermelangan
.
.
7
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
8/25
8
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
9/25
Latar belakang FELDA
Pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan. Kini ia lebih
dikenali sebagai FELDA, iaitu Federal Land Development Authority. FELDA merupakan sebuah
agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong,
Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka
adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah.
Mereka melakukan semua jenis dan peringkat kerja, dari menebang menebas hutan hingga
menanam dan menoreh, dengan menggunakan tenaga empat kerat sendiri. Mula-mula mereka
tinggal di rumah panjang secara membujang. Hanya setelah mereka mendirikan rumah sendiri
barulah keluarga mereka dibawa bersama.
Pada tahun 1960 diluluskan Group Settlement Act, untuk menyelaras semua rancangan kemajuan
berkelompok, termasuk FELDA, FELCRA dan Tanah Pinggir. Tujuan utama rancangan FELDA
dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh
pelopornya Tun Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan
masyarakat desa. Pada ketika itu lebih 60 peratus rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup
dalam kemiskinan.
Menghapus kemiskinan merupakan tujuan ekonomi. Akan tetapi, disebaliknya tersirat juga tujuan
politik, iaitu untuk memastikan sokongan dari kalangan rakyat ramai kepada Kerajaan. Agenda
yang tidak dinyatakan ialah ia juga merupakan salah satu projek untuk mengatsi cabaran dari parti-
parti lawan, termasuk PAS, Fron Sosialis dan PKM. Apabila konsep serta rancangan kemajuan
kampung, yang diperkenalkan kerajaan dengan Buku Hijau, FELDA menjadi projek terpenting di
dalamnya.
Peneroka FELDA dipilih terutama dari kalangan petani yang tidak mempunyai tanah sama sekali.
Namun dipilih juga mereka yang memiliki tanah kurang dari dua ekar. Tanah pertanian seluas ini
dianggap tidak ekonomik dan tidak boleh menjamin kehidupan.
Selepas kelulusan akta tahun 1960 itu, cara pengurusan rancangan FELDA berubah. Kebanyakan
kerja, seperti menebang, menebas, menyediakan benih dan menanam dikelolakan oleh Lembaga
FELDA. Kerja-kerja ini bisanya dilaksanakan secara kontrak. Segala bayaran yang dikenakan bagi
semua kerja ini dianggap sebagai hutang peneroka.
9
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
10/25
Cara peneroka membayar hutang ialah dengan pihak Lembaga memotong sebahagian pendapatan
dari jualan hasil yang dikeluarkan. Semua hutang, yang berjumlah sekitar RM25,000, dengan
bunga agak tinggi, iaitu 6.25 peratus, harus dibayar dalam tempoh 15 tahun.
Inilah kali pertama para petani dibebankan dengan jumlah hutang sebegitu besar. Selalunya
jumlah pendapatan yang boleh dibawa balik oleh peneroka bergantung kepada harga pasaran hasil
pengeluaran mereka. Harga getah dan kelapa sawit tidak stabil, sering turun naik mengikut
pasaran dunia.
Bagi peneroka getah dan kelapa sawit, jumlah ini agak besar juga manakala harga di pasaran dunia
tinggi. Akan tetapi, apabila harganya meleset, ada yang tidak dapat membawa balik sesen pun.
Bahkan kadang-kadang mereka terpaksa berhutang pula lagi untuk membeli barang-barang
keperluan harian. Ramai peneroka yang merasa mereka tidak terlepas dari belenggu kemiskinan
dan bebanan hutang.
Setiap bidang tanah FELDA diberi khusus untuk peneroka yang asal. Apabila peneroka
meninggal, tanahnya tidak boleh dibagi-bagikan kepada warisnya mengikut hukum faraid. Begitu
juga semasa hidup peneroka tidak boleh memindahkan milik atau mewasiatkan tanah kepada
seorang atau semua warisnya.
10
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
11/25
Peranan Felda
Ekonomi
PRESTASI KEWANGAN FELDA
PINJAMAN DAN KUTIPAN BAYARAN KEMBALI (BK)
Jumlah kutipan BK Sawit dan Getah sehingga Disember 2009 adalah seperti berikut :
SEHINGGA DISEMBER 2009
Tanaman
Baki Hutang
Sehingga
31.12.2009
Patut
Dikutip
(RM)
Kutipan
Sebenar
(RM)
%
Kutipan
Tunggakan
(RM)
Jumlah
Tunggakan
(RM)
Baki
Hutang
(RM)
Sawit 116,234,156 4,085,143 2,862,183 70.06 3,090,223 78,197,711 110,281,750Getah 41,789,092 1,020,835 506,595 49.63 2,224,009 37,254,395 39,058,488
Jumlah 158,023,248 5,105,978 3,368,778 65.98 5,314,232 115,452,106 149,340,238
Sawit mencatat kutipan sebanyak 70% berbanding jumlah BK yang patut dikutip manakala
getah mencapai 49.6% kutipan sehingga Disember 2009.
Pendidikan
11
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
12/25
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan
mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan,
kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini
mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain.
Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga
(3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan
memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya
merangsang minda mereka melalui aktiviti :
mencungkil kreativiti
membina personality
kemahiran berinteraksi
kemahiran sosial
PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha
FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan.
Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra
Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan
berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini
Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang
dijalankandi PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk
kanak-kanak dibawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan
Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
12
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
13/25
Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam
peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah
dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam
Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270
buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:
Tahap Bilangan
Tahun 5 14,351
Tahun 6 15,357
Tingkatan 3 14,579
Tingkatan 5 14,679
Jumlah 58,966
Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan
penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat
Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu
pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan
kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajaran dan
FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS,
programprogram tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan
lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.
PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama
dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4). Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan
13
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
14/25
kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan
Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS
bagi pelajar-pelajar dari kalangan anakanak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C
dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-
up,pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career
Explorer Camp ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM),
Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu
seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan
Bahasa Inggeris).
Kemasyarakatan
Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 20
Ogos 1998 dan mula beroperasi pada tahun 1999. Penubuhannya bertujuan melaksana dan
menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang pembelajaran, sosial dan ekonomi
untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara Malaysia.
Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dalam bidang pendidikan,
kesihatan, kebajikan, ekonomi dan kebudayaan untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara
Malaysia selaras dengan keperihatinan Kumpulan Felda kepada tanggungjawab sosialnya.
Menyelaras program kebajikan dan kemasyarakatan Kumpulan Felda melalui sumbangan, bantuan
dan pelaksanaan program amal.
14
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
15/25
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
16/25
Felda Residence Kuala Terengganu
FELDA turut membantu dalam menggalakkan industri pelancongan tempatan. Dengan pembinaan
hotel setinggi 20 tingkat ini di Kuala Terengganu dapat menjana ekonomi dan industri
pelancongan Negara amnya dan mempromosikan FELDA khususnya. FELDA Residence Kuala
Terengganu dilengkapi dengan 98 buah bilik biasa dan tiga (3) bilik suite, bilik seminar, galeri dan
kemudahan lain yang sesuai dengan kehendak pengunjung terutamanya pelancong. FELDA
Residence Kuala Terengganu mula dibina pada 3 Januari 2006 dan telah beroperasi pada 4 Julai
2008. Majlis Perasmian oleh Timbalan Pendana Menteri Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib Tun Abd
Razak dijangka akan diadakan pada awal tahun 2009.
Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah (TRAP)
Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah Fasa III ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007 yang
merangkumi kerja-kerja pembinaan bagi kemudahan 64 buah bilik penginapan. Projek ini telah
siap sepenuhnya pada Jun 2008 dan mula beroperasi pada Ogos 2008. Majlis Perasmian pula
telah disempurnakan oleh Y.B. Dato Hasan Malek Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri pada 22 November 2008.
Perkembangan
16
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
17/25
Pengiktirafan 2010
UTUSAN MALAYSIA, MONDAY 20 DECEMBER 2010
FELDA KERNEL RAIH ANUGERAH TERBAIK
INDUSTRI MINYAK SAWIT
KUALA LUMPUR 19 Dis - Anak syarikat Kumpulan Felda
Global, Felda Kernel Products Sdn. Bhd. (Felda Kernel) telahmenerima anugerah Industri Minyak Sawit Malaysia tahun
2009/2010 bagi kategori Kilang Pelumat Isirong Sawit terbaik.
Anugerah itu dimenangi oleh kilangnya iaitu Kilang PelumatIsirong Sahabat di Sabah.
Felda Global dalam kenyataannya di sini berkata, kilang milik
Felda Kernel itu menduduki tempat teratas daripada kesemua
42 kilang pelumat isirong di seluruh negara atas penilaian olehLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malah, lima kedudukan terbaik yang disenarai pendek itu turut
diduduki oleh kilang Felda Kernel di Kuantan iaitu Kilang
Pelumat Isirong Semambu.
"Kilang Pelumat Isirong Sahabat memenangi anugerah itu
selepas merekodkan nilai tertinggi Kadar Perahan Dedak
Isirong Sawit (PKEER) di Sabah dan Sarawak.
"Pada 2009, kilang tersebut merekodkan OER dan PKEERmasing-masing pada kadar 46.02 peratus dan 50.97 peratus,"
kata Felda Global.
Bagi Tahun ini sehingga Oktober lalu,OER purata yang dicapai
kilang itu adalah 46.21 peratus.
Kilang yang terletak di tanah seluas 2.64 hektar berhampiranLahad Datu itu menggunakan sistem berinovasi tinggi dalam
operasinya untuk mengurangkan kadar penggunaan elektrik
dan air.
Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata,
pihaknya berbangga dengan anugerah tersebut kerana iamerupakan penghargaan kepada kumpulan itu yang berusaha
untuk meningkatkan produktiviti.
"Ia menggambarkan komitmen dengan penglibatan penuh
pihak pengurusan dan pemegang saham," kata beliau.
Pengurus Kilang Pelumat Isirong Sahabat, Ahmad Marzuki
Said mewakili Kumpulan Felda Global untuk menerimaanugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Perusahaan,
17
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
18/25
Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dalam
satu majlis, di sini baru-baru ini.
Selain merekodkan OER dan PKEER tertinggi, kilang itudinilai berdasarkan sistem penyelenggaraan dan
pengurusannya , tahap pusat pemerahan dan juga pusat
simpanan dedak.
Keistimewaan Felda
Maktab Rendah Sains Mara FELDA (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak
Persetujuan kerjasama penubuhan MRSMF di antara FELDA dan MARA telah dimenterai dalam Maj
Menandatangani Perjanjian (MOU) pada 30 Mac 2007. MRSMF ini merupakan smart partnership di
antara MARA dan FELDA di mana FELDA akan membiayai segala kos manakala urusan pentadbiran
dan pengurusan tenaga pengajar/kakitangan adalah dalam bidang kuasa pihak MARA. Perasmian
pembinaan MRSMF telah disempurnakan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5
Oktober 2007.
Kompleks MRSMF yang terletak di Feldajaya Trolak telah siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun
2010. Pengambilan pelajar MRSMF telah dimulakan pada Mac 2010 dijangka dapat menampung
sehingga 1,050 pelajar. Komplek MRSMF ini adalah infrastruktur yang paling moden dikalangan
MRSM-MRSM lain dan ianya merupakan satu transformasi pendidikan untuk semua generasi baru
Felda.
Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Semai Bakti
Kompleks Sukan Komuniti dikenali sebagai Gelanggang Sukan Komuniti dibina bertujuan untuk
memberikan kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam bidang sukan. Penyediaan
kemudahan sedemikian juga dapat membantu memupuk minat bersukan yang tinggi melalui pelbagai
18
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
19/25
aktiviti dan program sukan dan rekreasi di kalangan masyarakat rancangan. Selain itu, GSK ini mamp
menjadi tempat untuk masyarakat rancangan dan sekitar melaksanakan aktiviti sukan dan riadah secar
teratur dan sempurna.
Sehingga tahun 2009, FELDA telah membina sebanyak 17 GSK di seluruh kawasan rancangan Felda.
Daripada jumlah ini sebanyak 14 buah GSK telah siap dibina dan beroperasi manakala bakinya iaitu d
Felda Selasih, Felda Kemahang 2 dan Felda Sahabat masih dalam pembinaan.
Dewan Semai Bakti
Pembinaan dewan serba guna di rancangan FELDA bertujuan menyediakan kemudahan rancangan
menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai salah satu usaha
mengeratkan perpaduan di kalangan warga rancangan FELDA. Sehingga akhir tahun 2008 sebanyak 4
19
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
20/25
buah dewan serba guna telah siap dibina di rancangan FELDA melibatkan peruntukan sebanyak
RM32.2 juta. Dua buah dewan serba guna jenis B di Rancangan Palong 11 dan Rancangan Sg Tiang
masih dalam pembinaan. Peningkatan bahan binaan menjadikan kos bagi pembinaan dewan serba gun
jenis A dianggarkan RM800,000.00 seunit dan bagi dewan serba guna jenis B pula adalah
RM600,000.00. Daripada sebanyak 47 buah dewan serba guna yang siap dibina, sebanyak 37 unit
adalah dewan serba guna jenis A dan 10 unit lagi adalah dewan serba guna jenis B.
Gelangggang Sukan Terbuka Semai Bakti
Mulai tahun 2008, FELDA membina gelanggang Sukan Terbuka Semai Bakti untuk faedah warga
FELDA ditanah rancangan. Gelanggang terbuka ini adalah idea Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yan
mahukan lebih banyak gelanggang dibina ditanah rancangan FELDA termasuk rancangan terpencil da
pendalaman.
Sebagai permulaan mulai 2008 gelanggang terbuka ini akan dibina di beberapa buah rancangan
diseluruh negara.Konsep gelanggang ini adalah sama dengan kompleks sukan yang mana kos
pembinaannya adalah sekitar RM 500,000.00 dan perbelanjaan penyelenggaraan yang lebih murah.
Reka bentuk Gelanggang Sukan Terbuka ini berbentuk marchy tent dan mengandungi kemudahan bilik
air dan persalinan.
Asrama Semai Bakti
Asrama Semai Bakti (ASB) mula ditubuhkan seperti berikut:
Kuala Lumpur - 1975
Kuantan - 1978
Johor Bahru - 1983
Kelana Jaya - 1989
20
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
21/25
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
22/25
yang baik kepada warga belia dan generasi ke 2 Felda dimana golongan ini yang ramai
menumpang di rumah keluarga kini memerlukan rumah sendiri untuk berdikari.
Bayangkan ada kedapatan keluarga yang begitu terdesak tinggal bersama keluarga sehingga
terpaksa berpindah kerana ketidakselesaan tinggal sebumbung dengan ibu dan ayah mereka. Ada
pula beberapa keluarga yang menghubungi kami memaklumkan kadang-kadang sehingga 2 hingga
3 keluarga tinggal sebumbung dengan ibu dan ayah mereka di Felda. Keadaan ini membuatkan
betapa keselesaan menjadi batu pengukur untuk mereka berpindah ke rumah lain.
Jika nasib agak baik bolehlah membina disebelah rumah orang tua mereka. itupun kalau ada tanah
dan kewangan yang tidak menghalang. Bagaimana dengan situasi yang sebaliknya. Akhirnya
mereka berpindah ke tempat lain, dibandar contohnya untuk keselesaan keluarga mereka.
Secara tidak langsung, dan ramai yang begitu, generasi ke 2 kini semakin kurang bermastautin
dikawasan felda dan mereka memilih untuk bekerja di bandar dan menetap disana. bayangkan kita
ada kemudahan sekolah, tadika, masjid dan perlbagai lagi prasarana di Felda. akhirnya tempat-
tempat ini kossong dan tidak dimanfaat sepenuhnya kerana ramainya generasi ke 2 Felda yang
berhijrah.
Oleh yang demikian, dalam mesyuarat Gabungan JKKR Wilayah Segamat yang lepas ada
beberapa cadangan saya utarakan untuk perhatian Felda dan pihak yang berkaitan untuk
difikirkan.
Pembagunan prasarana
Pembangunan tanah merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan bidang pertanian sebagai
sumber pendapatan negara seterusnya menaikan taraf ekonomi bumiputera.
Negara mempunyi kepakaran dan tenaga buruh yang mencukupi untuk menjayakanya
22
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
23/25
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
24/25
24
8/6/2019 13777110-KERJA-KURSUS-SEJARAH 2011
25/25
Recommended