(2) KESESUAIAN BERPAKAIAN

Preview:

Citation preview

Ahmad Fazil Bin Zainal AbidinKU Perhubungan Awam dan Protokol

IPG Kampus Tuanku Bainun

KESESUAIAN BERPAKAIANImej seseorang itu dinilai dari beberapa

perkara yang antaranya ialah gerak-geri cara bercakap, bahasa yang digunakan, nada suara, kebersihan diri dan pakaian. Antara perkara tersebut, pakaian merupakan tumpuan utama kerana pakaian memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keperibadian seseorang individu. Pakaian seseorang itu ialah imejnya atau cerminnya yang memberi kesan yang paling lama dalam ingatan orang yang melihatnya.

KESESUAIAN BERPAKAIANOrang akan lebih ingat pakaian yang

berwarna merah daripada muka bujur sirih atau hidungnya yang mancung; baju yang berkilau daripada rambut yang mayang atau lehernya yang jinjang. Ada yang berpendapat bahawa kalau hendak menjadi pegawai tinggi, pakailah pakaian yang biasa dipakai oleh pegawai tinggi dan jika hendak menjadi seorang profesional, pakailah pakaian yang setaraf dengan pakaian seorang profesional.

KESESUAIAN BERPAKAIANSeelok-eloknya pakaian hendaklah yang

sederhana dan tidak keterlaluan (over-dressed) atau kurang berpakaian (under-dressed). Sesuaikan pakaian dengan keadaan diri, jawatan dan tahap ekonomi masing-masing. Tidak semestinya pakaian yang mahal itu selalu sesuai kerana selain harga, faktor-faktor lain juga memainkan peranan yang penting, misalnya tubuh badan, warna kulit, bentuk muka dan padanan warna.

KESESUAIAN BERPAKAIANPakaian seluar putih, kasut putih dan stoking

putih apabila dipakai di dalam sesuatu majlis terutama majlis pada waktu malam amatlah tidak sesuai walaupun harganya mahal kerana pakaian demikian hanya sesuai untuk ke disko atau kelab malam.

KESESUAIAN BERPAKAIANSeseorang boleh menilai individu dengan pakaian yang dipakai dari segi:

Kedudukan ekonomiTahap pelajaranTahap kedudukan sosialKejayaannyaMoralKecanggihan atau kehebatannyaImej diriMasa hadapannya

KESESUAIAN BERPAKAIANUntuk menggayakan pakaian peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diambil kira:

Mengenali bentuk badanPotongan dan warna pakaian yang dipilihKesesuaian pakaian Kesesuaian dengan umurKesesuaian dengan badan

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Dalam memilih pakaian seperti baju, hendaklah diambil ingatan tentang jenis kain, corak kain dan bentuk kolar. Kain jenis kapas merupakan jenis yang sesuai bagi iklim negara kita. Kain ini apabila dipakai akan terasa selesa, lembut dan terasa sejuk. Bagaimanapun, kain ini mudah berkedut.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Kain polyster juga merupakan jenis kain yang sesuai kerana kain ini tidak mudah berkedut dan sesuai bagi mereka yang ingin dalam keadaan sentiasa kemas. Kain kapas campuran polyster ialah jenis wash-and-wear dan sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Apabila memilih jenis kemeja hendaklah teliti dan disesuaikan dengan bentuk badan, warna kulit dan iklim negara. Elakkan daripada memakai kain jenis yang berkilat dan terlalu jarang dan warna-warna garang kerana ini tidak begitu sesuai untuk lelaki. Kemeja yang dipilih hendaklah selesa apabila dipakai, tidak terlalu ketat dan terlalu besar.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pemilihan kolar kemeja juga perlu diambil ingatan. Kolar apabila dibutangkan hendaklah selesa dan tidak terasa ketat atau longgar dan apabila dipasang tali leher akan kelihatan kemas dan rapi.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Kesesuaian memilih kolar baju berpandu kepada bentuk muka. Bermuka kecil dan leher jinjang berkolar tinggi dan lebar sedikit akan menampakkan wajah muka lebar. Elakkan daripada memilih kolar yang panjang dan lurus. Muka lebar jika berkolar rendah akan menampakkan leher jinjing. Bagi muka bujur elakkan berkolar bulat kerana menampakkan wajah bertambah bulat.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Corak dan warna merupakan pilihan peribadi. Warna yang paling mudah ialah putih kerana warna ini mudah dipadankan dengan tali leher dan sut (suit). Kemeja satu warna (plain colour) juga mudah untuk dipadankan dengan tali leher. Elakkan warna kuning pekat dan merah jambu.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Warna baju hendaklah lebih muda daripada suit. Warna tali leher hendaklah lebih gelap daripada warna baju. Baju yang berjalur ada dua corak, iaitu jalur halus dan jalur kasar. Elakkan daripada memakai baju yang berjalur kasar.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Jalur halus mudah dipadankan dengan tali leher. Baju berjalur biasanya mempunyai kain yang berlatarkan warna putih. Elakkan baju berwarna-warni kerana susah hendak dipadankan dengan tali leher.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Apabila memilih tali leher hendaklah mengetahui panjangnya supaya sesuai dan kemas apabila dipakai. Jenis kain tali leher yang baik ialah sutera dan ini diikuti dengan kain polyster, kain campuran polyster dengan sutera, wool dan kapas. Tali leher hanya dipakai dengan baju lengan panjang kecuali pakaian seragam.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKIYang berikut ialah peraturan asas bagi memakai tali leher:

Ikatan tali leher yang biasa dan sesuai ialah jenis simpul segi tiga.

Hujung bahagian tali leher mestilah mencecah bahagian “kepala” tali pinggang.

Tali leher jenis “sharp-end” atau hujung segi tiga lebih sesuai. Elakkan dari memakai tali leher yang terlalu besar.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padankan tali leher berjalur dengan baju plain dan tali leher plain dengan baju berjalur.

Baju yang berjalur timbul (bold) dan sewarna boleh dipakai dengan tali leher berjalur halus

Elakkan daripada memakai tali leher plain dengan baju plain kerana padanan ini hanya sesuai jika memakai sut urusan (lounge suit)

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padankan dan sesuaikan warna tali leher dengan baju. Jika tiada pilihan sesuaikan dengan seluar.

Elakkan memakai tali leher yang berwarna terlalu cerah atau garang.

Elakkan memakai tali leher terlalu singkat atau terlalu labuh.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Jika menggunakan pin tali leher, tempat yang sesuai ialah bersamaan bahagian tengah saku baju. Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah bersamaan dengan bahagian atas saku baju.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pakaian Sut Urusan (Lounge Suit)Di negara kita, pakaian lounge suit masih

dianggap sebagai pakaian rasmi (baju menghadiri Majlis Rasmi dan Formal). Di barat, pakaian lounge suit merupakan pakaian harian dan menjadikan pakaian ini sebagai pakaian informal.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pakaian Sut Urusan (Lounge Suit)Perkara-perkara yang perlu diambil ingatan

jika memakai lounge suit adalah seperti yang berikut:

Lounge suit yang berwarna gelap adalah untuk menghadiri majlis pada sebelah petang dan malam, manakala warna cerah adalah untuk majlis siang.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pakaian Sut Urusan (Lounge Suit)Tree piece suit tidak sesuai di negara kita,

kecuali bagi majlis yang tuan rumahnya meminta pakaian tersebut dipakai. Pakaian jenis ini di pakai bagi majlis malam atau pada awal pagi.

Baju lengan panjang sewarna adalah yang sesuai dipakai bagi lounge suit

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pakaian Sut Urusan (Lounge Suit)Elakkan dari memakai baju yang bercorak-

corak dan pelbagai warna apabila memakai lounge suit

Potongan seluar bagi lounge suit ialah jenis straight-cut dan elakkan dari jenis bell-bottom.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Pakaian Sut Urusan (Lounge Suit)Lounge suit hendaklah dipakai dengan

lengkap dan elakkan memakai suit yang berlainan warna dengan warna seluar.

Semasa berdiri di majlis satu butang lounge suit sahaja yang dikenakan (dilekatkan). Semasa duduk di kerusi, butang baju itu boleh ditanggalkan supaya dapat duduk dengan keadaan yang selesa.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

PerhiasanAlat hias bagi lelaki terhad dan biasanya

tidak lebih daripada dua, misalnya: pen di poket baju tidak lebih daripada dua batang. Sikat jangan diletakkan di dalam poket baju dan biasanya poket baju kosong, tanpa dipenuhi dengan pelbagai benda. Wang kertas juga tidak diletakkan di dalam poket baju.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padanan WarnaWarna yang sesuai bagi kemeja lelaki ialah

warna yang lembut atau plain colour. Warna lembut serap adalah yang paling sesuai dan dipadankan dengan warna seluar yang gelap. Elakkan dari memakai baju dan seluar jenis berjalur (stripes). Jika memakai baju berjalur, seluar sewarna dan begitulah sebaliknya.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padanan WarnaBagi lelaki lebih mudah memilih warna.

Elakkan memadankan warna biru dengan coklat kerana warnanya tidak sesuai.

Untuk rasa selesa dan selamat, pakailah pakaian daripada kumpulan warna yang sama

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padanan WarnaSebagai panduan warna yang sesuai atau

serumpun adalah seperti yang berikut:

Warna biru sama jenis biru,kelabu (grey)perak (silver)

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padanan WarnaSebagai panduan warna yang sesuai atau

serumpun adalah seperti yang berikut:

Warna perang kuning, hijau muda,coklat, jingga muda

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Padanan WarnaSebagai panduan warna yang sesuai atau

serumpun adalah seperti yang berikut:

Warna merah merah, putih, hitam

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Kasut dan StokingKasut hitam dianggap sebagai pakaian rasmi.

Dalam peraturan berpakaian, stoking sewajarnya dipadankan dengan warna seluar kecuali apabila berseluar putih. Stoking putih tidak sesuai dipakai dalam sebarang majlis rasmi kecuali untuk acara sukan.

KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI

Kasut dan StokingPadankan warna stoking dengan warna

seluar dan jika tidak, padankan warnanya dengan kasut. Biasakan memakai kasut berwarna gelap. Kasut putih kurang sesuai untuk majlis rasmi.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Berpakaian adalah untuk keselesaan dan bukan untuk dipertontonkan dan kesederhanaan adalah yang paling sesuai. Pakaian untuk bertugas hendaklah disesuaikan dengan tugas yang dijalankan. Jika penjawat awam yang memerlukan tugas rasmi dengan pakaian seragam, hendaklah pakaian seragam lengkap dan bukan dipakai hanya sebahagian sahaja.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Bagi yang lain, pakaian jenis labuh adalah paling sesuai terutama bagi mereka yang bertugas di pejabat. Seluar panjang bagi wanita adalah kurang sesuai, kecuali pakaian seragam, iaitu seluar merupakan sebahagian daripada pakaiannya. Misalnya, jururawat.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Permilihan JenisFesyen sentiasa berubah-ubah, begitu juga

dengan bentuk badan seseorang. Tidak semua fesyen itu sesuai dengan kita dan tidak juga dalam pelbagai keadaan. Sesuaikan pakaian seragam dengan tugas yang dijalankan supaya selesa dan elakkan daripada menjadi tumpuan perhatian orang lain.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Padanan WarnaPanduan asas bagi padanan warna pakaian

wanita dalam berpakaian adalah seperti yang berikut:

Elakkan daripada memakai pakaian yang menggunakan kain jenis berkilat atau berkilau pada waktu siang. Jenis kain tersebut sesuai bagi acara waktu malam.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Padanan WarnaElakkan memakai satu warna sahaja. Pakaian

daripada satu rumpun warna adalah sesuai. Bagi pakaian yang berwarna-warni, cuba

elakkan daripada menggunakan lebih daripada empat warna pada satu-satu jenis pakaian.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Padanan WarnaBentuk badan perlu diambil kira dalam

pemilihan kain kerana jenis kain tertentu boleh membantu dalam menggayakannya.

Gunakan kain jenis tipis dan lembut dan serap. Kain jenis tebal tidak sesuai bagi iklim negara kita.

Pemilihan lining (jika ada) hendaklah jenis yang sesuai.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Alat Hiasan TambahanPelbagai alat hiasan sama ada yang tulen atau

tiruan banyak terdapat di pasaran dan kita perlu mengetahui cara menggunakannya supaya walaupun alat perhiasan itu murah dan tidak tulen, tetapi jika kena dengan masa dan pakaian, kita kelihatan berseri. Hiasan yang keterlaluan tidak sesuai kerana akan menjadi tumpuan perhatian orang dan boleh memalukan.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Alat Hiasan TambahanBiasanya hiasan pada leher tidak melebihi

daripada dua jenis rantai dan penggunaan banyak cincin pada jari-jari tangan tidak sesuai. Hiasan lengan jenis berbunyi tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi dan bagi majlis pada malam hari. Gunakan hiasan berlian yang berkilat.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Alat Hiasan TambahanPewangi yang lembut sesuai pada siang hari

dan pewangi yang kuat baunya atau kuat daya tarikannya digunakan pada sebelah malam. Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu pewangi pada satu-satu masa kerana ini akan berlawanan.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Beg Tangan dan KasutSesuaikan warna beg dengan kasut. Padanan

warna pasangan ini lebih sesuai dan mudah. Beg tangan yang digunakan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil. Beg tangan yang sederhana besarnya sesuai digunakan pada sebelah siang semasa bertugas dan jenis bertali atau jenis kepit (clutch) bagi menghadiri majlis rasmi.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Beg Tangan dan KasutBeg tangan yang kecil bertali pendek adalah

sesuai dan untuk ke majlis jamuan makan pula, bawa bersama penyangkut supaya senang menyangkutkan beg tersebut di meja makan. Beg tangan yang berwarna-warni tidak begitu sesuai dibawa untuk menghadiri majlis yang penuh istiadat atau majlis rasmi.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Beg Tangan dan KasutGunakan kasut yang sewarna dan sesuai

warna dengan kain yang dipakai. Bagi majlis rasmi, kasut berwarna gelap adalah lebih sesuai. Pemilihan jenis kasut juga perlu diambil kira sesuai dengan majlis yang dihadiri.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA

Beg Tangan dan KasutJika majlis itu banyak berdiri, elakkan

memakai kasut yang tumitnya terlalu halus dan runcing kerana kasut jenis ini mudah memenatkan kaki. Bagi mereka yang menggunakan sarung kaki, gunakan jenis yang lembut dan mengikut warna kulit.

JENIS-JENIS PAKAIANPada masa ini hampir semua jenis majlis

menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh tetamu. Peraturan pakaian ini ada disebut di dalam kad jemputan sama ada di sebelah kanan, di bawah ataupun di sebelah belakang kad. Antara jenis-jenis pakaian yang biasa terdapat dalam kad jemputan ialah:

Pakaian Kebangsaan RasmiPakaian Kebangsaan HitamPakaian kebangsaan

JENIS-JENIS PAKAIAN

Dark Lounge SuitWhite Tie atau tail CoatDinner Jacket, Black Tie atau Smoking JacketMorning dressPakaian kerja

JENIS-JENIS PAKAIAN

Lounge SuitBatik Lengan PanjangPakaian yang sesuaiPakaian SopanPakaian Bebas

JENIS-JENIS PAKAIAN

Pakaian Kebangsaan RasmiApabila pakaian kebangsaan rasmi

dikehendaki dipakai maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Tanjak berwarna hitamBaju Melayu warna hitam berleher cekak

musangSeluar hitam

JENIS-JENIS PAKAIAN

Pakaian Kebangsaan RasmiApabila pakaian kebangsaan rasmi

dikehendaki dipakai maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Samping warna hitam (songket)Bengkung warna hitamStoking warna hitamSepatu kulit hitam berkilatBerkeris (waktu malam tidak berkeris)

JENIS-JENIS PAKAIANPakaian Kebangsaan HitamApabila pakaian kebangsaan hitam dikehendaki

dipakai maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Songkok hitamBaju Melayu warna hitam berleher cekak musangSamping songket hitamStoking hitamSepatu kulit hitam berkilat

JENIS-JENIS PAKAIAN

Pakaian KebangsaanApabila pakaian kebangsaan dikehendaki

dipakai maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Songkok hitamBaju Melayu warna hitam berleher cekak

musangSamping songket hitam

JENIS-JENIS PAKAIAN

Pakaian KebangsaanApabila pakaian kebangsaan dikehendaki

dipakai maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Stoking hitamSepatu kulit hitam berkilat. Warna seluar,

baju dan samping merupakan pilihan sendiri tetapi hendaklah bersesuaian.

JENIS-JENIS PAKAIAN

Dark Lounge SuitApabila Dark Lounge Suit dikehendaki dipakai

maka pakaian ini hendaklah mengandungi:Lounge Suit berwarna gelapKemeja putih berkolarTali leher gelapStoking kulit hitam berkilatBersongkok ( jika disebut dan diperlukan)

JENIS-JENIS PAKAIAN

White tieApabila White Tie dikehendaki maka pakaian

ini hendaklah mengandungi:Tail Coat panjang hitamWaistcoat putihKemeja putih berkanji di sebelah hadapanWing Collar

JENIS-JENIS PAKAIAN

White tieApabila White Tie dikehendaki maka pakaian

ini hendaklah mengandungi:Bow-tie putihSeluar hitamStoking hitamSepatu kulit hitam berkilat

JENIS-JENIS PAKAIAN

Dinner Jacket “Balck Tie” atau “Smoking Jacket”

Apabila Black Tie dikehendaki maka pakaian ini hendaklah mengandungi:

Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau Shell Jacket putih (Tuxedos)

Kemeja putih berkanji di sebelah hadapanSoft CollarBow-Tie hitam

JENIS-JENIS PAKAIANDinner Jacket “Balck Tie” atau “Smoking

Jacket”Apabila Black Tie dikehendaki maka pakaian ini

hendaklah mengandungi:Cummerbund (bengkong) hitam atau Waist Coat

putihSeluar hitam dengan satu jalur sutera (silk stripe)Stoking hitamSepatu kulit hitam berkilat

JENIS-JENIS PAKAIAN

Morning dressApabila Morning Dress dikehendaki maka

pakaian ini hendaklah mengandungi:Tail Coat hitamWaistcoat hitamKemeja putihPalain Collar(stiff turndown)

JENIS-JENIS PAKAIAN

Morning dressApabila Morning Dress dikehendaki maka

pakaian ini hendaklah mengandungi:Tie warna kelabu (grey)Seluar hitam berjalur-jalurStoking hitamSepatu kulit hitam berkilat

KESESUAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI PELBAGAI MAJLIS

CONTOH PAKAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI PELBAGAI MAJLIS

Recommended