View
220
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/31/2019 5 Lgk Pengubahsuaian Sumber P & P.
1/2
Analisis kos-faedah (Cost-benefit analysis):
Ia adalah suatu percubaan untuk mengetahui sama ada kos pengeluaran peralatan
setara dengan faedah apabila dibandingkan dengan kos pembelian model komersial
dari kilang.
Peralatan yang diperlukan:
Setelah analisis kos-faedah menunjukkan bahawa sesuatu peralatan tersebut lebih
berfaedah sekiranya ia diubahsuaikan, maka langkah seterusnya adalah untuk
mempertimbangkan sama ada peralatan-peralatan yang perlu untuk membuat
pengubahsuaian tersebut disediakan.
Kemahiran yang diperlukan:
Selain dari peralatan tertentu, pengubahsuaian sumber pengajaran dan
pembelajaran kemungkinan memerlukan beberapa kemahiran yang spesifik seperti
kerja kayu dan logam.
Bahan Binaan:
Tujuan utama pengubahsuaian adalah untuk menjimatkan kos. Kos pengeluaran
sesuatu barang yang diubahsuai terdiri daripada jumlah kos bahan binaan dan kos
tenaga buruh. Untuk mengurangkan kos pengeluaran maka kos bahan binaan mesti
diminimakan. Satu sumber bahan binaan adalah bahan buangan yang boleh dikitar
semula. Pemilihan sesuatu bahan binaan bergantung kepada kosnya sama ada ia
boleh diperoleh secara mudah atau tidak.
Proses Pembinaan:
Matlamat utama sesuatu peralatan yang telah siap dibina adalah ia mesti berfungsi.
Setelah memastikan peralatan tersebut berfungsi barulah diteruskan dengan proses
perbaikan. Bengkel dan percubaan di bilik darjah perlu dilakukan untuk mendapat
7/31/2019 5 Lgk Pengubahsuaian Sumber P & P.
2/2
maklum balas tentang penggunaanya. Maklumat yang diperoleh melalui bengkel dan
percubaan di bilik darjah akan digunakan untuk memperbaiki peralatan tersebut.
Produk ini menjadi prototaip.
Recommended