View
251
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
AlamSekitar 5.2-1
5.2 ALAM SEKITAR
Aktiviti pembangunan tanah dan sumber-sumber semulajadi merupakan teras kepada
pembangunan ekonomi, sosial dan kualiti hidup di negara kita. Aspek alam sekitar dan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) adalah penting di dalam perancangan pembangunan
di Jajahan Machang bagi mencapai pembangunan mampan. Untuk itu, langkah-langkah
pemeliharaan, pemuliharaan dan mitigasi alam sekitar akan digariskan manakala perolehan
maklumat tentang masalah alam sekitar, punca-punca dan potensi pencemaran serta risiko
keselamatan lain akan diambilkira bagi merumuskan strategi pembangunan dan
mengenalpasti penggunaan aktiviti guna tanah.
Beberapa skop kajian telah dikenalpasti dalam kajian ini. Di antaranya adalah mengenalpasti
tahap kualiti alam sekitar termasuk topografi dan sistem saliran, kualiti air sungai, kualiti udara
kawasan, kualiti aras hingar serta mengenalpasti Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS);
mengkaji sumber semula jadi (air, hutan, kawasan bukit, kawasan tadahan air, kuari dan lain-
lain) serta mengenalpasti isu dan halangan terhadap kegunaan dan pemeliharaan sumber-
sumber tersebut; dan mengenal pasti isu-isu alam sekitar semasa serta aktiviti-aktiviti yang
berpotensi untuk menyumbang kepada pencemaran akan datang.
5.2.1 Topografi dan Sistem Saliran Semulajadi
Dari segi geografinya, kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah Negeri
Kelantan Darul Naim serta berhampiran dengan zon tanah tinggi dan hutan simpan kekal.
Jajahan Machang ini bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah utara, Jajahan
Kuala Krai di sebelah selatan, Jajahan Tanah Merah di sebelah barat manakala Jajahan Pasir
Puteh pula di sebelah timur.
Secara umumnya, keadaan mukabumi di sebelah timurnya merupakan tanah tinggi (melebihi
300 meter) dan menjadi semakin beralun dan landai (kurang daripada 150 meter) ke arah
barat Jajahan Machang. Kawasan tertinggi terletak di sebelah timur iaitu di Hutan Simpan
Kekal Ulu Sat. Secara relatifnya, taburan kawasan tanah tinggi juga mempunyai perkaitan
yang rapat denga kelas kecerunan. Ini menunjukkan kawasan yang mempunyai kecerunan
melebihi 24 darjah juga terletak di sebelah timur Jajahan Machang, iaitu di kawasan tanah
tinggi Hutan Simpan Kekal Ulu Sat.
Faktor geografinya ini mempengaruhi bentuk dan jajaran sungai di Jajahan Machang.Jajahan
Machang terletak di Lembangan Sungai Kelantan iaitu lembangan sungai terbesar di negeri
Kelantan. Sungai Kelantan merupakan sungai utama yang terletak di sebelah barat Jajahan
Machang. Beberapa anak sungai yang turut mengairi Sungai Kelantan, seperti Sungai Sat
Sungai Bagan, Sungai Sawa, Sungai Lubok Buaya dan Sungai Panyu (Rajah 5.2.1). Jaringan
sungai ini bermula di kawasan tengah jajahan ini dan menuju ke sebelah barat kawasan ini
untuk bertemu dengan Sungai Kelantan yang juga merupakan sempadan kawasan ini dengan
Jajahan Tanah Merah di sebelah baratnya.
AlamSekitar 5.2-3
5.2.2 Kualiti Air Sungai
Kawasan Jajahan Machang terbentuk dari satu lembangan utama iaitu lembangan Sungai
Kelantan. Tiga cawangan sungai iaitu Sungai Sat, Sungai Bagan dan Sungai Kerak mengalir
daripada kawasan pedalaman yang lebih tinggi di sebelah timur ke dalam Sungai Kelantan.
Selain daripada itu, terdapat banyak sungai-sungai kecil yang mengairi kawasan ini seperti
Sungai Kerawang, Sungai Mas, Sungai Kwang Hitam, dan Sungai Bechah Rotan. Kawasan
pedalaman ini merupakan tadahan untuk Jajahan Machang. Pihak Alam Sekitar Malaysia Sdn
Bhd (ASMA) mempunyai tiga stesen pemantauan kualiti air sungai yang terletak di kawasan
Jajahan Machang (Rajah 5.2.1 dan Jadual 5.2.1).
Jadual 5.2.1: Lokasi Stesen Sampel Air di Bawah Pemantauan ASMA, 2010
Lembangan Sungai Longitud Latitud Lokasi sampel
Sungai Kelantan
Kelantan E102 08.867 N05 46.549
4KE01: Jambatan Kusia
Kerilla E102 05.253 N05 41.014
4KE02: Hulu kawasan kelapa sawit
Ladang Kerilla
Kerilla E102 06.062 N05 41.453
4KE03: Jambatan kayu ke ladang Kerilla
Sumber: ASMA, 2010
Jadual 5.2.2 menunjukkan tahap bacaan bagi Indeks Kualiti Air (IKA) beserta dengan enam
parameter utama bagi IKA seperti mengikut standard Jabatan Alam Sekitar (Lampiran 5.2.1).
Analisis kualiti air sungai melibatkan indikator IKA beserta enam parameternya iaitu pH,
Oksigen terlarut (DO), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia(COD),
Ammoniacal Nitrogen (NH3) dan Pepejal Terampai (Total Suspended Solid, TSS).
AlamSekitar 5.2-4
Jadual 5.2.2: Pengkelasan Indeks Kualiti Air
Parameter Unit Kelas
I II III IV V
Ammoniacal Nitrogen mg/l <0.1 0.1-0.3 0.3-0.9 0.9-2.7 >2.7
Biochemical Oxygen
Demand (BOD) mg/l <1 1-3 3-6 6-12 >12
Chemical Oxygen Demand
(COD) mg/l <10 10-25 25-50 50-100 >100
Oksigen Terlarut mg/l >7 5-7 3-5 1-3 <1
pH - >7 6-7 5-6 <5 >5
Pepejal Terampai (Total
Suspended Solid(TSS)) mg/l <25 25-50 50-150 150-300 >300
Indeks Kualiti Air (IKA)) - <92.7 76.5-92.7 51.9-76.5 31.0-51.9 >31.0
Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2010
Dalam konteks negara, menurut Laporan Tahunan Alam Sekitar 2008, kesemua sungai di
negeri Kelantan berada dalam kategori bersih berbanding dengan lain-lain negeri seperti
Selangor dan Pulau Pinang. Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh tahap kepesatan
pembangunan di mana bagi negeri Kelantan, secara keseluruhannya tiada pencemaran
sungai yang serius dilaporkan berlaku pada tahun 2008. Menurut laporan tersebut, bacaan
IKA bagi dua stesen pemantauan kualiti air sungai di Sungai Kerilla mencatatkan indeks 93
(Kelas I), di mana ianya merupakan bacaan terbaik berbanding dengan lain-lain sungai di
negeri Kelantan bagi tahun 2008.
Bacaan IKA bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menunjukkan kualiti air sungai di Jajahan
Machang berada pada kelas dua (II) yang bermaksud bekalan air mentah memerlukan
rawatan biasa. Tren selama tiga tahun mendapati kualiti air sungainya agak konsisten bagi
dua stesen kecuali stesen 4KE02 yang semakin bertambah baik dengan peningkatan IKA
(Jadual 5.2.3 dan Lampiran 5.2.2). Stesen 4KE02 (hulu kawasan kelapa sawit Ladang Kerilla)
mencatatkan kualiti air sungai terbaik iaitu 91.9 IKA yang menunjukkan indeks bersih pada
tahun 2009. Secara keseluruhannya, kualiti air sungai di Jajahan Machang adalah bersih dan
selamat untuk digunakan untuk tujuan perikanan,kegiatan rekreasi dan pengairan kawasan
pertanian. Tahap kualiti air sungai ini menggambarkan bahawa aktiviti pertanian yang
mendominasi kawasan Jajahan Machang dan tahap perbandaran yang agak rendah
mempengaruhi sumber-sumber yang berpotensi mencemarkan kualiti air sungainya.
Penemuan awal mendapati bahawa punca utama pencemaran air sungai adalah dari aktiviti
bengkel-bengkel kenderaan yang melepaskan bahan cecair dari operasi mereka ke air larian
atau longkang terbuka tanpa dirawat dahulu.
Jadual 5.2.3: Tahap Indeks Kualiti Air (IKA) bagi Jajahan Machang, 2007, 2008 & 2009
Lembangan Nombor stesen
Lokasi sampel 2007
unit mg/l 2008
unit mg/l 2009
unit mg/l
Sungai Kelantan
4KE01 Jambatan Kusia 74
(Kelas II) 84
(Kelas II) 82.4
(Kelas II)
4KE02 Hulu kilang kelapa sawit
Ladang Kerilla 87
(Kelas II) 94
(Kelas I) 91.
(Kelas II)
4KE03 Jambatan kayu ke ladang
Kerilla 88
(Kelas II) 90
(Kelas II) 89.9
(Kelas II)
Sumber: ASMA, 2010
AlamSekitar 5.2-5
Jadual 5.2.4 menunjukkan bacaan bagi setiap enam paratemer pada tahun 2009 bagi Jajahan
Machang di ketiga-tiga stesen berbanding dengan standard yang dikeluarkan oleh Jabatan
Alam Sekitar (JAS). Data dari ketiga-tiga stesen ini dipantau secara berkala oleh ASMA
melalui ujikaji in-situ dan ujikaji makmal. Data yang diambil pada penghujung tahun 2009 di
mana keadaan cuaca adalah cerah dan air berada pada paras tinggi.
Jadual 5.2.4: Bacaan Parameter Kualiti Air di Jajahan Machang, 2009
Lembangan Nombor stesen
Lokasi sampel BOD unit mg/l
COD unit mg/l
NH3N unit mg/l
pH DO unit
mg/l
TSS unit mg/l
Sungai Kelantan
4KE01 Jambatan
Kusia 2 15 0.08 6.8 5.97 120
4KE02
Hulu kawasan
kelapa sawit
Ladang Kerilla
1 6 0.08 7.62 7.12 33
4KE03
Jambatan kayu
ke ladang
Kerilla
2 9 0.09 7.54 7.01 40
Sumber: ASMA, 2010
i. Nilai pH
Julat purata pH yang diperolehi dari rekod ASMA adalah di antara 6.8-7.62. (Rajah 5.2.2).
Nilai pH yang tertinggi adalah bacaan bagi Sungai Kerilla dengan 7.62, sementara bacaan
terendah pula adalah di Sungai Kelantan dengan nilainya 6.8. Perbandingan dengan
pengkelasan National Water Quality Standard (NWQS) untuk pH menunjukkan satu stesen
berada dalam Kelas I, manakala dua lagi stesen berada dalam Kelas II. Kebiasaannya, nilai
pH yang tinggi mempunyai pengaruh korelasi yang sama dengan kepekatan nilai Keperluan
Oksigen Biokimia (BOD) yang rendah di stesen yang sama. Di antara faktor penyebabnya
ialah proses penguraian bahan-bahan organik yang terdapat dalam air kurang berlaku.
Rajah 5.2.2: Bacaan pH di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
6.8 7.62 7.540
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Sungai Kelantan Sungai Kerilla I Sungai Kerilla II
pH
Lokasi Stesen Pengawasan Air
NWQS Class II for pH = 6.0-7.0
Sumber: ASMA, 2010
Kelas III
Kelas I
AlamSekitar 5.2-6
ii. Oksigen terlarut (DO)
Bagi tahun 2009, bacaan julat kepekatan DO di stesen yang terletak di Jajahan Machang
adalah di antara 5.97 hingga 7.12 (Rajah 5.2.3). Bacaan ini menunjukkan kepekatan DO
adalah tinggi di kawasan hilir lembangan Sungai Kerilla jika dibandingkan dengan lain-lain
stesen yang terletak di hulu Sungai Kelantan. Bacaan DO yang paling rendah adalah di
stesen 4KE01 Jambatan Kusia. Perbandingan dengan pengkelasan NWSQ mendapati DO
yang dicatatkan berada dalam Kelas II.
Rajah 5.2.3: Bacaan DO di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
5.97 7.12 7.012
3
4
5
6
7
8
9
10
Sungai Kelantan Sungai Kerilla I Sungai Kerilla II
NWQS Class II for DO = 5.0 mg/l - 7.0 mg/l
Sumber: ASMA, 2010
iii. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
Nilai BOD bagi keseluruhan sungai-sungai berada dalam Kelas IIdengan bacaan yang
dicatatkan adalah 1-2 mg/l(Rajah 5.2.4). Secara umumnya, tren bacaan yang ditunjukkan oleh
BOD adalah rendah pada bahagian hulu lembangan sungai berbanding dengan hilir
lembangan sungai. Pada kebiasaannya, kepekatan BOD dan Keperluan Oksigen Kimia
(COD) adalah berkadar secara langsung. Sekiranya BOD di sesuatu tempat adalah tinggi,
bacaan untuk COD juga adalah tinggi.
Rajah 5.2.4: Bacaan BOD di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
2 1 20
1
2
3
Sungai Kelantan Sungai Kerilla I Sungai Kerilla II
Ke
pe
rlu
an
Ok
sig
en
Bio
kim
ia
(BO
D)
mg
/l
Lokasi Stesen Pengawasan Air
NWQS Class II for BOD = 1.0 mg/l - 3.0 mg/l
Sumber: ASMA, 2010
Kelas III
Kelas I
Kelas III
Kelas I
AlamSekitar 5.2-7
iv. Keperluan Oksigen Kimia(COD)
Bagi tahun 2009, bacaan nilai COD yang tertinggi adalah 15 mg/l di Sungai Kelantan (Rajah
5.2.5).Manakala bacaan terendah pula dicatatkan di stesen 4KE03 sebanyak 9 mg/l.
Kepekatan nilai COD yang tinggi ini disebabkan oleh kesan kumbahan dari bengkel-bengkel
kenderaan yang terletak berhampiran dengan Sungai Kelantan dan juga sisa kumbahan
penduduk setempat yang mengandungi banyak bahan organik. Terdapat beberapa aktiviti
perindustrian yang berpotensi mencemarkan kualiti air sungai sekiranya operasinya tidak
diselenggara dengan baik.
Rajah 5.2.5: Bacaan COD di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
15 6 90
5
10
15
20
25
Sungai Kelantan Sungai Kerilla I Sungai Kerilla IIKe
pe
rlu
an
Ok
sig
en
Kim
ia
(CO
D)
mg
/l
Lokasi Stesen Pengawasan Air
NWQS Class II for COD = 10.0 mg/l - 25.0 mg/l
Sumber: ASMA, 2010
v. Ammoniacal Nitrogen (NH3)
Bacaan NH3 merekodkan julat kepekatan di antara 0.08 hingga 0.09 mg/ (Rajah 5.2.6).
Berbanding dengan standard NWQS, bacaan bagi stesen-stesen yang mempunyai rekod NH3
berada di Kelas I. Ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat aktiviti bengkel-bengkel yang
berpotensi sebagai punca pencemar, namun kesannya terhadap kualiti air sungai masih lagi
berada jauh di bawah paras piawaiaan JAS.
Rajah 5.2.6: Bacaan NH3 di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
Sumber: ASMA, 2010
Kelas III
Kelas I
Kelas I
AlamSekitar 5.2-8
vi. Pepejal Terampai (Total Suspended Solid, TSS)
Rekod untuk bacaan TSS bagi stesen di Jajahan Machang mendapati ianya di antara 33 mg/l
hingga 120 mg/l (Rajah 5.2.7). Bacaan tertinggi dicatatkan di stesen 4KE01 memandangkan
lokasinya yang berdekatan dengan aktiviti melombong pasir. Berdasarkan standard NWQS,
nilai untuk TSS berada di lingkungan Kelas I hingga Kelas II. Keadaan ini dipengaruhi oleh
faktor pembukaan tanah di kawasan hulu sungai yang mengumpulkan mendapan di dalam air
sungai dan juga aktiviti kuari terutama di Pulai Chondong.
Rajah 5.2.7: Bacaan TSS di Stesen Terpilih di Jajahan Machang, 2009
120 33 400
102030405060708090
100110120
Sungai Kelantan Sungai Kerilla I Sungai Kerilla II
Pe
pe
jal
tera
mp
ai
(TS
S)
mg
/l
Lokasi Stesen Pengawasan Air
NWQS Class II for TSS = 25 mg/l - 50 mg/l
Sumber: ASMA, 2010
Secara umumnya, punca-punca pencemaran air sungai di Jajahan Machang dipengaruhi oleh
aktiviti bengkel-bengkel kenderaan yang berselerak seperti yang terdapat di kawasan pusat
Bandar Machang dan lain-lain pusat petempatan di Pulai Chondong, Temangan dan Banggol
Judah. Aktiviti bengkel ini mengeluarkan sisa minyak dan gris selain lain-lain sisa organik
yang tidak dirawat. Sisa domestik yang tidak dirawat dari kawasan pembangunan perumahan
dan perniagaan turut menyumbang kepada kualiti yang rendah bagi sumber air sungai di
Jajahan Machang. Walau bagaimanapun, keadaan semasa mendapati kesan aktiviti
sedemikian terhadap kualiti air sungai masih lagi berada dalam tahap yang tidak
membimbangkan.
5.2.3 Kualiti Udara
Pihak Jabatan Alam Sekitar dan Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (ASMA) tidak meletakkan
sebarang stesen pemantauan kualiti udara di Jajahan Machang kerana tiada sebarang aktiviti
pencemar yang berskala besar dan berupaya mencemarkan kualiti udara di jajahan tersebut.
Selain daripada itu, kawasan ini juga tidak mempunyai kilang memproses getah, kilang kelapa
sawit ataupun kawasan perindustrian berat yang berpotensi mencemarkan kualiti udara
setempat. Data bagi kualiti udara merupakan data sekunder yang diambil dari Jabatan Alam
Sekitar dan tiada kajian lapangan dijalankan. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) diambil
dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu iaitu lebih kurang 40 kilometer ke utara dari Jajahan
Machang. Secara keseluruhannya, nilai IPU di kawasan kajian masih lagi berada pada tahap
baik.
Hampir keseluruhan bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) masih berada di dalam kategori baik,
di mana nilainya adalah di antara 0-50 terutama pada waktu pagi dan lewat petang (Jadual
Kelas III
Kelas I
AlamSekitar 5.2-9
5.2.5 dan Rajah 5.2.8). Beberapa bacaan terutamanya pada April 2010, menunjukkan bacaan
IPU yang sederhana iaitu di antara 51-100, sepanjang masa. Keadaan ini adalah normal
terutama pada musim cuaca panas dan kering. Daripada data yang diperolehi, didapati tiada
pencemaran udara yang serius berlaku di kawasan kajian dan boleh mengancam penduduk.
Jadual 5.2.5: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, 2010
Tarikh 7:00 am 11:00 am 5:00 pm
15 Januari 2010 51* 50 48
15 Februari 2010 49 50 50
15 Mac 2010 40 42 45
15 April 2010 53* 53* 54*
15 Mei 2010 33 31 32
15 Jun 2010 35 37 36
15 Julai 2010 26 28 39
15 Ogos 2010 31 31 29
15 September 2010 34 35 36
15 Oktober 2010 44 42 42
15 November 2010 42 43 45
2 Disember 2010 27 27 29 Sumber: ASMA, 2010
Nota: IPU 0-50 (baik); 51-100 (sederhana)*; 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat); >300 (merbahaya).
Rajah 5.2.8: Indeks Pencemaran Udara (Air Pollutant Index) di Maktab Sultan Ismail, Kota
Bharu, 2010
Sumber: ASMA, 2010
5.2.4 Kualiti Aras Hingar
Beberapa aktiviti di kawasan Jajahan Machang didapati telah melebihi bacaan aras hingar
siang hari yang dibenarkan bagi kawasan kediaman yang ditetapkan oleh Jabatan Alam
Sekitar iaitu melebihi 65 dB(A). Pergerakan lalu lintas kenderaan merupakan punca utama
bunyi, manakala punca punca bunyi lain yang memberi kesan kepada kawasan setempat
adalah daripada aktiviti perindustrian, perniagaan, dan kuari. Kajian lapangan untuk
mendapatkan tahap bacaan aras hingar telah dijalankan pada 10 November 2010 di beberapa
Sta
tus I
PU
=b
aik
AlamSekitar 5.2-10
lokasi terpilih yang mempunyai aktiviti persekitaran yang berbeza (Jadual 5.2.6 dan Rajah
5.2.9 dan 5.2.10). Bacaan aras hingar yang tertinggi dicatatkan di kawasan operasi kuari di
Pulai Chondong iaitu 77.4 dBA yang diambil pada jarak 20 meter dari puncanya. Pada waktu
tersebut, aktiviti mesin pemecah batu peringkat kedua dan ketiga (secondary dan tertiary
crusher machine) sedang beroperasi yang menghasil bunyi bising tetapi bersifat sementara.
Selain daripada itu, kesemua lokasi persampelan bagi aras hingar setempat menunjukkan
kawasan yang mempunyai aktiviti perbandaran seperti komersial dan industri mempunyai
bacaan aras hingar melebihi standard JAS pada waktu siang.
Jadual 5.2.6: Aras Hingar di Jajahan Machang
Lokasi Persampelan
Aktiviti Masa Aras Hingar
(dBA)
AH01
Pusat Bandar Machang: aktiviti perniagaan
1.30 pm 69.4
AH02
Persimpangan Jalan Grik-Pasir Puteh (Persekutuan 4) dan Jalan Kota Bharu-Machang (Persekutuan 8): laluan trafik
1.00 pm 73.9
AH03 Bandar Machang: pasar malam
8.30 pm 73.6
AH04
Kawasan rumah kedai (perniagaan) di Jalan Hilir Pasar: penternakan burung walit.
6.30 pm 74.3
AH05
Pulai Chondong: operasi kuari
3.00 pm 77.4
AH06 Pulai Chondong: aktiviti membeli-belah di Pasar Pagi 9.30 am 69.3
AlamSekitar 5.2-14
5.2.5 Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Kawasan sensitif alam sekitar didefinisikan sebagai satu kawasan yang perlu diberi perhatian
khusus atau pertimbangan yang sewajarnya sebelum sesuatu pembangunan dibenarkan
dalam kawasan berkenaan atau kawasan berdekatan. Kawasan sensitif alam sekitar adalah
kawasan yang terdedah kepada hakisan, banjir, cerun curam, tanah jerlus, pencemaran
udara, air dan bunyi serta kawasan hutan dan warisan tidak didokumentasikan dengan baik.
Bagi Jajahan Machang, terdapat empat kawasan yang termasuk di dalam jenis-jenis Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS), iaitu kawasan hutan simpan kekal, kawasan tanah tinggi,
dataran banjir serta kawasan simpanan mineral dan agregat (Rujuk Lampiran 5.2.3 bagi jenis-
jenis kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)).
i. Hutan Simpan Kekal (kategori no. 2 KSAS)
Hutan Simpan Kekal Ulu Sat, Chabang Tongkat dan Temangan di Jajahan Machang kaya
dengan sumber semulajadi berbagai flora dan fauna (Rajah 5.2.11). Menurut Jabatan
Perhutanan, Hutan Simpan Kekal Ulu Sat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu hutan lipur
Bukit Bakar, Lata Tujuh dan Jeram Linang (seluas 3,042 hektar); hutan dara di Temangan
(seluas 302 hektar); hutan pelajaran di Ulu Sat (seluas 6,327 hektar); hutan tadahan air di
Chabang Tongkat (seluas 2,100 hektar); dan hutan pengeluaran (2,400 hektar). Merujuk
kepada kawasan yang telah dikenalpasti sebagai Central Forest Spine (CFS) oleh kajian
Rancangan Fizikal Negara (RFN), kawasan Hutan Simpan Kekal yang terletak di Jajahan
Machang adalah merupakan CFS dalam kategori Rangkaian Sekunder 10 (Secondary
Linkage, SL 10) iaitu di peringkat kedua dan terletak di jajaran hijau Taman Negara-Banjaran
Timur. Ianya merupakan Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat-Ulu Sat-Temangan (SL10).
Maka ini menguatkan lagi kepentingan kawasan ini untuk tujuan pengekalan pembangunan
lestari. Terdapat cadangan projek penyimpanan minyak dan gas di bawah tanah
(underground storage) yang akan melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat. Projek
sedemikian perlu menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang terperinci
mengikut Jadual 12(e).
ii. Kawasan Tanah Tinggi (kategori no. 4 KSAS)
Selari dengan perletakan kawasan hutan simpan kekal, kebanyakan kawasan yang
dikategorikan sebagai kawasan tanah tinggi iaitu melebihi 300 meter dari paras laut juga
terletak di sebelah timur Jajahan Machang. Selain daripada itu, kawasan ini juga mempunyai
taburan kawasan yang mempunyai kecerunan yang curam iaitu melebihi 35 darjah. Kawasan
tanah tinggi ini kaya dengan berbagai sumber hutan seperti kayu balak.
AlamSekitar 5.2-16
Dataran Banjir (kategori no. 7 KSAS)-Kawasan Mudah Banjir
Aspek lain yang mempengaruhi kualiti persekitaran ialah masalah banjir. Di Jajahan Machang,
kawasan bandar baru Sri Aman merupakan kawasan yang telah dikenalpasti mudah
mengalami banjir (flood prone area) di musim tengkujuh. Ini adalah kerana kedudukannya
yang terletak di kawasan tanah rendah (kurang 60 meter) dan amat berhampiran dengan
tebing Sungai Kelantan. Faktor yang menyebabkan kawasan ini mudah banjir adalah kerana
air Sungai Kelantan tidak dapat mengalir ke laut dengan sempurna (iaitu muatan air yang
banyak tetapi mengalir ke laut dengan kadar yang perlahan) kerana air pasang laut yang
tinggi (di kuala) menyebabkan muatan air sungai yang tidak dapat ditampung ini melimpah
dari tebing Sungai Kelantan dan mengalir ke daratan. Fenomena ini menyebabkan masalah
banjir di mana ia memerlukan kos yang tinggi jika sebarang projek Rancangan Tebatan Banjir
(RTB) hendak dilaksanakan.
Kawasan perumahan Bandar Sri Aman. Banyak unit perumahan yang ditinggalkan kosong ekoran masalah banjir.
iii. Kawasan Simpanan Mineral dan Agregat (kategori no. 12 KSAS)-Perlombongan
Kuari, Bijih Besi dan Ignimbrite
Terdapat beberapa pengusaha yang menjalankan operasi kuari di Jajahan Machang yang
telah menjalankan aktiviti tersebut lebih daripada 10 tahun. Kebanyakkannya terletak di
Kampung Bukit Buloh, Pulai Chondong, iaitu di utara Jajahan Machang. Pengusaha terbabit
ialah:
a. Timur Barat Batu Sdn Bhd di Pulai
Chondong
b. Seri Barat Mixed Sdn Bhd di Pulai
Chondong
c. Pantai Timor Kuari Sdn Bhd di Pulai
Chondong
d. Bukit Buloh Premix Sdn Bhd di Pulai
Chondong
e. Kuari JKR di Pulai Chondong
f. Damai Setia Sdn Bhd di Ulu Sat
Salah sebuah syarikat kuari yang beroperasi di Pulai Chondong.
AlamSekitar 5.2-17
Menurut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Laporan Penilaian Kesan Alam Sekililing 1987),
aktiviti kuari dikelasifikasikan sebagai aktiviti Jadual 14 yang memerlukan kelulusan
pembangunan dari Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan operasi yang dipohon. Aktiviti
kuari di Jajahan Machang mengeluarkan batu granit untuk memenuhi permintaan batu
agregat bagi tujuan pembangunan.
Kawasan kuari secara amnya akan
menggunakan hampir 90% daripada
keluasan kawasannya untuk tujuan
memecahkan sumber batuan, manakala
baki kawasannya digunakan untuk
meletakkan bangunan sokongan seperti
pejabat, peralatan mekanikal seperti
‘rock crusher plant’, kawasan ‘stockpile’,
stor penyimpanan dan lain-lain
infrastruktur berkaitan kuari.
Kesan terhadap alam sekitar setempat adalah dalam bentuk gangguan aras hingar dan debu
yang berterbangan. Operasi meletupkan batuan dan memecahkan batuan untuk
menghasilkan agregat yang berbeza saiz seperti 50mm, 22mm dan 10 mm. Pengeluaran
batuan dalam tempoh sebulan dianggarkan sebanyak 80,000 tan jika ianya beroperasi selama
10 jam di dalam jangkamasa 26 hari bekerja. Kajian lapangan yang dijalan mendapati aras
hingar kawasan setempat adalah sebanyak 77.4 dBA (diambil pada jarak 15 meter).
Memandangkan lokasi kuari ini terletak di kawasan pedalaman dan merupakan kawasan
pertanian/petempatan kampung, paras bunyi ini dianggap sederhana bagi aktiviti memecah
batu yang bersifat sementara (di waktu siang sahaja). Kawasan hijau di persekitarannya
merupakan zon penampan semulajadi yang menyerap bunyi bising dan debu halus yang
menyebabkan gangguan bunyi dan habuk ini tidak ketara.
Selain daripada itu, terdapat sumber batuan hijau “ignimbrite’ yang telah ditemui di kawasan
Temangan. Kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Malaya dan
Universiti Kebangsaan Malaysia serta penyelidik luar negara mendapati batuan hijau ini tidak
Mesin pemecah peringkat ketiga (tertiary crusher) di lombong kuari JKR.
Kawasan stockpile yang menyimpan agregat mengikut saiz, sedia untuk dihantar ke lokasi pembinaan.
AlamSekitar 5.2-18
ditemui di tempat lain di Malaysia dan hanya terdapat di kawasan Temangan di mana ianya
perlulah dipelihara dari gangguan sebarang pembangunan. Selain daripada itu juga,
Temangan juga mempunyai aktiviti perlombongan bijih besi. Aktiviti melombong hasil bumi ini
merupakan salah satu punca pendapatan ekonomi kepada Jajahan Machang.
Jaluran batu ignimbrite yang dijumpai di Temangan.
Kawasan melombong bijih besi di Temangan.
AlamSekitar 5.2-20
5.2.6 Penilaian dan Pengurusan Tahap Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Menurut garispanduan pengkelasan tahap KSAS, ianya meliputi perkara-perkara berikut:
KSAS tahap I: kawasan perlindungan dan pengekalan dengan kawalan penuh
Tidak dibenarkan sebarang pembangunan yang bersifat perbandaran, pertanian dan
pembalakan kecuali bagi kerja-kerja melibatkan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan,
aktiviti eko-lancong yang terhad dan terkawal serta aktiviti penyelidikan dan pendidikan sahaja
yang dibenarkan. Tiada sebarang pembinaan struktur bangunan dibenarkan.
KSAS tahap II: kawasan pengekalan
Tidak dibenarkan sebarang pembangunan yang bersifat perbandaran termasuk aktiviti
pertanian dibenarkan kecuali aktiviti pembalakan yang dijalankan secara mampan dan aktiviti
rekreasi yang memberi impak yang minima iaitu di kawasan sungai dan kawasan sisa hutan.
KSAS tahap III: kawasan pembangunan terkawal
Pembangunan yang bersifat perbandaran dibenarkan (bergantung kepada jenis dan intensiti)
dalam keadaan yang terkawal dan tertakluk kepada pematuhan keperluan khusus yang
terkandung di dalam garispanduan khusus yang ditetapkan, seperti Garispanduan Kawalan
Hakisan dan Kelodakan (1996), MASMA (2000), EIA di bawah Seksyen 34A Akta 127 dan
sebagainya.
Luar KSAS: Kawasan yang di luar KSAS (tahap I hingga III) merupakan kawasan yang sesuai
untuk pembangunan kerana tiada halangan fizikal dan tiada kepentingan alam sekitar, namun
pembangunan perlu mengambilkira ketetapan zon gunatanah dan mematuhi syarat dan
garispanduan perancangan yang ditetapkan
Jadual 5.2.7 menunjukkan perincian terhadap penilaian tahap KSAS bagi Jajahan Machang.
Berdasarkan kepada kategori dan tahap KSAS, terdapat beberapa kawasan di Jajahan
Machang yang perlu dielakkan daripada sebarang projek yang bersifat pembangunan
berskala besar, berkepadatan tinggi dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi punca
pencemar. Keadaan semasa taburan pembangunan tepubina di Jajahan Machang
menunjukkan terdapat beberapa pembangunan yang terletak di dalam KSAS. Sebagai
contoh, terdapat pembangunan bandar baru Sri Aman yang terletak di kawasan dataran
banjir. Menurut analisis KSAS, kawasan ini merupakan kawasan berpotensi banjir dan
mempunyai masalah perparitan untuk mengalirkan air larian ke alur sungai semulajadi. Maka,
suatu pelan pengurusan KSAS adalah perlu untuk memastikan suatu pembangunan mampan
dapat dicapai yang mampu menyeimbangkan di antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi
dan alam sekitar di Jajahan Machang.
AlamSekitar 5.2-22
Jadual 5.2.7: Tahap KSAS bagi Jajahan Machang, 2010
Tahap KSAS Kriteria Garispanduan pengurusan
KSAS tahap I:
kawasan
perlindungan dan
pengekalan
dengan kawalan
penuh
1. Semua kawasan hutan simpan
kekal bagi kategori:
Hutan perlindungan di Hutan
Simpan Kekal Ulu Sat
Hutan kawasan tadahan air di
Hutan Simpan Kekal Chabang
Tongkat
2. Kawasan melebihi ketinggian 300
meter dan kecerunan melebihi 35
darjah.
Tiada sebarang aktiviti
pembangunan bersifat perbandaran,
pertanian atau pembalakan yang
dibenarkan kecuali aktiviti yang
mempunyai impak yang minima
seperti eko-lancong, penyelidikan
dan pendidikan di dalam lingkungan
‘carrying capacity’ setempat.
KSAS tahap II:
kawasan
pengekalan
1. Kawasan hutan simpan kekal di
bawah Selective Management
System (SMS):
Hutan pengeluaran di Hutan
Simpan Kekal Ulu Sat
Tiada sebarang aktiviti
pembangunan bersifat perbandaran
dan pertanian yang dibenarkan.
Hanya pembalakan mampan dan
‘low impact tourism’ yang dibenarkan
tetapi tertakluk kepada halangan
fizikal dan ‘carrying capacity’
setempat.
KSAS tahap III:
kawasan
pembangunan
terkawal
1. Kawasan dataran banjir: Bandar
Sri Aman
2. Kawasan simpanan mineral dan
agregat:
Pengeluaran batu kuari di Pulai
Chondong
Batu ignimbrite di Temangan
Aktiviti pembangunan bersifat
perbandaran dan pertanian
dibenarkan tetapi haruslah mematuhi
kawalan pembangunan di mana
pembangunan tersebut hendaklah
dikawal bergantung kepada
halangan fizikal setempat. Faktor
yang perlu diambilkira: jenis,
intensiti, skala pembangunan,
kepadatan, dan ‘outcome’ dari
pembangunan yang mungkin
menjadi pencemar alam sekitar.
5.2.7 Semakan Cadangan RT Machang 2010
Berbanding dengan Rancangan Tempatan sedia ada, terdapat beberapa perkara yang telah
mengalami perubahan status pembangunan yang memberi pengaruh terhadap kualiti
persekitaran di Jajahan Machang.
Cadangan Alam Sekitar RT Machang 2010 Status Pembangunan
Blok Perancangan Pusat Bandar Machang
Menyediakan zon penampan 20m bagi BPK1.5 dan BPK1.11 di antara kawasan industri dengan kawasan perumahan. Menyediakan zon penampan 30m di BPK1.2 sekitar cadangan kawasan pasar borong.
Masih belum dilaksanakan.
Menyediakan perangkap sampah, perangkap minyak dan perangkap kelodak di BPK 1.1, BPK 1.2 dan BPK 1.4.
Agak sukar dikawal selia kerana terdapat banyak projek berskala kecil.
Tapak pelupusan sisa kulit dan bahan dalaman haiwan dan litar elektrik automatik penjerat serangga (24 jam), dicadangkan dii Mini Kompleks Pasar Borong (BPK 1.2.)
Masih belum dilaksanakan.
AlamSekitar 5.2-23
Blok Perancangan Pulai Chondong
Mengadakan zon penampan 20m antara kawasan perumahan dan industri di BPK 2.4.
Masih belum dilaksanakan.
Cadangan kotak kawalan habuk (Dedusting columns) melibatkan BPK 2.4 (kawasan kuari granit).
Ada pengusaha kuari mematuhi ini dengan menyerahkan laporan Environmental Management Exercise kepada JAS.
Cadangan pemantauan kualiti air sungai meliputi sungai-sungai di BPK 2.4 sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Pihak ASMA memantau kualiti air sungai 4 kali setahun.
Blok Perancangan Temangan
Memperuntukkan rizab sungai (50m) dari jarak air pasang tertinggi (Mean high water level) di BPK 3.1. rizab sungai selebar 50 m perlu ditanami tumbuhan semulajadi.
Pihak JPS ada membuat sistem tebatan banjir di kawasan Bandar Sri Aman.
Cadangan tembok penahan banjir (bund) di BPK 3.1 pada ketinggian maksimum 15 kaki.
Belum diusahakan lagi.
Blok Perancangan Labok
Cadangan zon penampan selebar 20m di antara kawasan perumahan (BPK 4.4) dengan Taman Bengkel dan IKS (BPK 4.2)
Masih belum dilaksanakan.
Cadangan susunatur industri berhadapan sungai bagi mengurangkan potensi pencemaran sungai.
Masih belum dilaksanakan.
Blok Perancangan Banggol Judah
Cadangan pemantauan kualiti air Sungai Merah dan Sungai Anjing di BPK 6.2.
Masih belum dilaksanakan.
Blok Perancangan Bukit Tiu
Cadangan zon penampan (250m) dari kawasan
perumahan di BPK 7.3, BPK 7.4 dan BPK 7.6.
Masih belum dilaksanakan.
Cadangan zon pengekalan hutan dara dan hutan
simpan kekal di BPK 7.5.
Dengan kerjasama pihak Jabatan
Perhutanan.
Cadangan pengekalan zon curam (20 darjah ke atas)
di BPK 7.5.
Masih belum dilaksanakan.
Blok Perancangan Bt 30
Cadangan zon penampan (20m) antara kawasan
perumahan dan zon industri di BPK 8.2 dan BPK 8.6
Masih belum dilaksanakan.
5.2.8 Isu dan Potensi
Antara isu alam sekitar, pemeliharaan dan pemuliharaan yang dikenalpasti di dalam kawasan
kajian adalah:
i. Walaupun aktiviti kuari dan bijih besi memberi pulangan ekonomi, aktiviti ini sedikit
sebanyak mempengaruhi kualiti persekitaran udara dan bunyi setempat.
ii. Masalah banjir yang sentiasa terjadi di bandar baru Sri Aman pada musim tengkujuh
kerana kedudukannya yang terletak berhampiran lembangan Sungai Kelantan dan
juga faktor geografinya di kawasan rendah.
iii. Terdapat banyak kilang dan bengkel-bengkel kenderaan yang beroperasi secara
kurang teratur di Bandar Machang dan Pulai Chondong yang berpotensi menjadi
punca pencemar kepada kualiti air dan udara.
AlamSekitar 5.2-24
Sementara itu, terdapat juga beberapa potensi yang patut digunakan sebaik mungkin bagi
mencapai hasrat pembangunan lestari di Jajahan Machang isitu:
i. Kawasan Air Panas Tok Bok dan Hutan Simpan Bukit Bakar berpotensi untuk
dimajukan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula jadi (ecotourism)
dan berteraskan pendidikan (edutourism) di mana ia juga menjadi zon penampan
semulajadi.
ii. Kedapatan penawaran kawasan pertanian yang dapat berfungsi sebagai kawasan
mampan semulajadi bagi mengurangkan kesan bunyi bising dan mengurangkan
masalah debu halus.
iii. Penemuan batuan hijau ‘ignimbrite’ di Daerah Temangan merupakan khazanah alam
semulajadi yang bernilai.
5.2.9 Cadangan Awal
Berikut adalalah cadangan awal yang bersifat perancangan guna tanah dan pengurusan yang
dapat dikemukakan bagi menghadapi isu dan masalah serta potensi alam sekitar yang ada di
Jajahan Machang:
i. Menyediakan zon penampan 20m di antara kawasan industri berkelompok dengan
kawasan perumahan yang merupakan kawasan hijau atau pun meletakkan guna
tanah yang sepadan dengan kawasan industri.
ii. Bagi aktiviti industri yang berskala kecil dan kurang teratur, langkah-langkah kawal
selia terhadap operasi harian haruslah dijalankan selain daripada menyediakan
perangkap sampah, perangkap minyak dan perangkap kelodak.
iii. Menyediakan langkah-langkah kawalan terhadap aktiviti yang berpotensi
mencemarkan alam sekitar seperti tapak pelupusan sisa kulit dan bahan dalaman
haiwan, perangkap sampah dan kelodak di lokasi yang bersesuaian.
iv. Memastikan tiada projek perumahan dibenarkan berhampiran dengan kawasan kuari
dan bijih besi sedia ada.
v. Memastikan tiada pembangunan dibenarkan di kawasan pelantar batuan hijau
‘ignimbrite’ bagi memelihara sumber batuan tersebut.
vi. Menyediakan zon-zon penampan atau pun guna tanah yang sepadan di kawasan
berhampiran dengan KSAS untuk memelihara kualiti persekitaran sedia ada.
vii. Menyediakan sistem rawatan kumbahan yang bersesuaian dengan jenis
pembangunan, seperti sistem rawatan efluen bagi semua industri, dan kawasan
perumahan juga mempunyai sistem rawatan kumbahan domestik sendiri.
viii. Memastikan tiada pembangunan di kawasan rezab sungai di bawah penyelenggaraan
JPS.
AlamSekitar 5.2-25
Lampiran 5.2.1: Standard Kualiti Air Menurut Jabatan Alam Sekitar Pengkelasan Air dan Kegunaan
Kelas IKA Kegunaan Air
I >92.7 Dalam keadaan semulajadi, tidak memerlukan rawatan
IIA 85.0-92.7 Air memerlukan rawatan konvensional
IIB 76.5-85.0 Air boleh digunakan untuk rekreasi
III 51.9-76.5 Air memerlukan rawatan intensif
IV 31.0-51.9 Hanya untuk tujuan pengairan.
V <31.0 Air yang tercemar teruk
Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2010 Kelasifikasi Indeks Kualiti Air, Jabatan Alam Sekitar
Parameter Unit Class
I II III IV V
Ammoniacal Nitrogen mg/l < 0.1 0.1 - 0.3 0.3 - 0.9 0.9 - 2.7 > 2.7
Biochemical Oxygen
Demand mg/l < 1 1 - 3 3 - 6 6 - 12 > 12
Chemical Oxygen
Demand mg/l < 10 10 - 25 25 - 50 50 - 100 > 100
Dissolved Oxygen mg/l > 7 5 - 7 3 - 5 1 - 3 < 1
pH - > 7 6 - 7 5 - 6 < 5 > 5
Total Suspended Solid mg/l < 25 25 - 50 50 - 150 150 - 300 > 300
Water Quality Index (WQI) - < 92.7 76.5 - 92.7 51.9 - 76.5 31.0 - 51.9 > 31.0
Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2010
AlamSekitar 5.2-26
Lampiran 5.2.2: WQI bagiStesen 4KE01, 4KE02 dan 4KE03, bagi tahun 2009
State Basin Latitude Longtitude Colour Sta_No Sungai Smp_Date Time Water_Level Weather WQI
KELANTAN KELANTAN 05 46 537 102 09 013 L.Brown 4KE01 KELANTAN 20071122 1800 Normal Drizzling 74
KELANTAN KELANTAN 05 46 537 102 09 013 Brown 4KE01 KELANTAN 20081125 1053 High Cloudy 84
KELANTAN KELANTAN 05 46 549 102 08 867 Brown 4KE01 KELANTAN 20091123 1832 High Drizzle 82.4
KELANTAN KELANTAN 05 41162 102 05 885 L.Brown 4KE02 KERILLA 20071122 1640 Normal Drizzling 87
KELANTAN KELANTAN 05 41 162 102 05 885 L.Brown 4KE02 KERILLA 20081125 1011 High Cloudy 94
KELANTAN KELANTAN 05 41 014 102 05 253 L.Brown 4KE02 KERILLA 20091215 1535 High Clear 91.9
KELANTAN KELANTAN 05 41 473 102 06 083 L.Brown 4KE03 KERILLA 20071122 1700 Normal Drizzling 88
KELANTAN KELANTAN 05 41 473 102 06 083 L.Brown 4KE03 KERILLA 20081125 1025 High Cloudy 90
KELANTAN KELANTAN 05 41 453 102 06 062 L.Brown 4KE03 KERILLA 20091215 1550 High Clear 89.9
Sumber: ASMA, 2010
AlamSekitar 5.2-27
Lampiran 5.2.3: Jenis-Jenis Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 1. Kawasan Hidupan Liar
Kawasan perlindungan hidupan liar samada yang telah diwartakan di bawah Akta Perlindung
Hidupan Liar 1972, atau di bawah Akta Taman Negara 1984, atau kawasan-kawasan lain yang
penting untuk hidupan liar adalah tergolong dalam kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Sebagai
satu komponen kawasan sensitif alam sekitar (KSAS), kawasan perlindungan hidupan liar (dan
hidup liarnya) mempunyai ciri-ciri penting dalam usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi
negara. Ini meletakkannya dalam kategori kawasan sensitif alam sekitar bernilai warisan.
Kawasan hidupan liar juga mempunyai fungsi sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)
bernilai sokongan hidup yang perlu diurus dengan baik.
2. Kawasan Hutan Simpan Kekal
Kawasan hutan simpan kekal juga dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
Kawasan hutan simpanan kekal yang mencukupi diperlukan khususnya di kawasan-kawasan
yang strategik di seluruh Negara bersesuaian dengan konsep penggunaan tanah yang rasional.
Hutan simpan kekal perlu diurus dan dikelaskan di bawah empat fungsi seperti berikut :
• Hutan perlindungan untuk memastikan kesesuaian keadaan cuaca dan fizikal negara,
perlindungan sumber air, kesuburan tanah, kualiti alam, pemeliharaan kepelbagaian
biologi dan pengurangan kerosakan oleh banjir dan hakisan kepada sungai dan
tanah-tanah pertanian.
• Hutan pengeluaran untuk bekalan yang berpanjangan dengan kadar yang sesuai bagi
semua bentuk keluaran hutan yang dapat dihasilkan secara ekonomik untuk
memenuhi kehendak domestik serta eksport.
• Hutan lipur yang mencukupi bagi pemeliharaan kawasan rekreasi eko-pelancongan
dan menggalakkan pengetahuan awam mengenai kepentingan perhutanan.
• Hutan penyelidikan dan pendidikan untuk kajian-kajian, pendidikan dan pemeliharaan
kepelbagaian hayat
3. Kawasan Tadahan air dan Sumber Air Tanah
Tadahan air merupakan kawasan utama untuk menakung air dan mengalirkannya kepada sungai
di mana ia akan ekstrak untuk bekalan air mentah. Kawasan tadahan air dikategorikan sebagai
kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup yang tinggi.
Sekiranya kawasan tadahan air tidak dipulihara atau dilindungi maka kualiti bekalan air mentah
negara mungkin terjejas.
4. Kawasan Tanah Tinggi dan Pergunungan
Kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 300 meter. Kawasan tanah tinggi
mempunyai fungsi kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang menyeluruh iaitu nilai warisan,
sokongan hidup dan berisiko bencana. Maka adalah sesuai supaya kawasan tanah tinggi
dipelihara sebaik mungkin.
5. Kawasan Khazanah Landskap Tabii
Meliputi kawasan semula jadi seperti Taman Negara dan Taman Negeri, Hutan Simpan dan lain-
lain kawasan semulajadi yang mempunyai nilai estetik, geologi dan ekologi yang mana akan
dikekalkan pada keadaan asal dengan membiarkan ianya melalui proses fizikal dan biologi
semulajadi tanpa campur tangan manusia. Kawasan ini biasanya dijaga dan dikekalkan untuk
AlamSekitar 5.2-28
tujuan penyelidikan yang dibuat untuk memelihara dan melindungi tumbuhan serta hidupan liar
yang terancam.
6. Kawasan Khazanah Geologi
Kawasan khazanah geologi merupakan sumber geologi yang mempunyai nilai yang tinggi dan
penting dari segi geologi intrinsic dan mempunyai nilai warisan kuno semulajadi yang
menunjukkan keindahan, keunikan, jarang dijumpai atau luar biasa. Pemuliharaan adalah penting
untuk mengekalkan tapak-tapak khazanah geologi ini.
7. Kawasan Tanah Lembap, Dataran Banjir dan Bekas Lombong
Tanah lembap sebagai habitat yang penting dalam signifikan kepada pelbagai hidupan flora dan
fauna. Tanah lembap seperti Tanah Ramsar yang mempunyai kepetingan antarabangsa
mempunyai nilai warusan yang tinggi. Malaysia kini mempunyai empat kawasan tanah lembap
yang dikenal pasti sebagai Tapak Ramsar. Tanah lembap seperti tanah gambut juga mempunyai
risiko bencana alam sekitar akibat pemendapan, kebakaran atau kejadian banjir sekiranya ia
dibangunkan tanpa kawalan. Penukaran guna tanah lembap boleh menyebabkan kehilangan
suatu fungsi sokongan hidup terutamanya dari segi kepelbagaian biologi atau kehilangan suatu
kawasan yang mempunyai nilai warisan tinggi. Justeru itu, kawasan tanah lembap dikategorikan
sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup,
fungsi nilai warisan dan berpotensi sebagai kawasan risiko bencana.
8. Kawasan Persisiran Pantai dan Pulau
Merangkumi kawasan pesisiran pantai, kawasan perikanan dan taman laut merupakan kawasan
akuatik yang sensitif. Ini kerana ianya berada di kawasan pinggiran antara sistem darat dengan
sistem perairan. Kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)
berdasarkan kepada ciri-ciri kawasan yang mudah menerima kesan negatif akibat daripada aktiviti
pembangunan.
9. Kawasan Bencana Geologi
Ia melibatkan beberapa kawasan seperti lubang benam (sinkholes), tanah curam (steep-lands),
amblesan tanah (land subsidence), hakisan (erosion). Kawasan ini dikategorikan sebagai
kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
10. Kawasan Tanah Tercemar dan Tapak Pelupusan Sisa
Kawasan tanah tercemar adalah tanah yang tercemar dikategorikan sebagai kawasan sensitif
alam sekitar (KSAS). Kawasan ini merangkumi kawasan yang telah digunakan sebelumnya dan
mengandungi bahan-bahan pencemar bukan semulajadi dalam kandungan yang boleh
membahayakan hidupan dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Bahan-bahan pencemaran
tersebut wujud bukan secara semulajadi di sesuatu kawasan tetapi adalah hasil daripada
pencemaran penggunaan tanah sebelum itu. Seperti contoh tapak pelupusan sisa, kawasan
industri berat, bengkel motor dan stesen minyak.
11. Kawasan Pertanian Makanan
Kawasan-kawasan pertanian makanan di Semenanjung Malaysia adalah berkaitan dengan
kawasan sensitif alam sekitar (KSAS). Oleh yang demikian, tumpuan diberi kepada kawasan
tanaman pertanian (kawasan padi, buah-buahan dan sayur-sayuran), kawasan akuakultur (air
tawar, air payau dan air laut di pesisiran pantai, bekas lombong dan lain-lain) dan kawasan
penternakan haiwan (khasnya ternakan khinzir dan ayam).
AlamSekitar 5.2-29
12. Simpanan Mineral dan Agregat
Meliputi mineral dan batuan (agregat) yang mempunyai nilai sokongan hidup. Sumber mineral dan
agregat ini perlu diberi perhatian kerana sumber ini adalah terhad dan hanya boleh dijumpai di
kawasan tertentu sahaja dan ia tidak boleh diganti. Pengekalan sumber mineral kegunaan
pembinaan bertujuan supaya sumber ini boleh digunakan pada masa hadapan. Pemuliharaan
sumber ini adalah lebih bersesuaian jika dibandingkan dengan pemeliharaan (preservation).
13. Kawasan Warisan Sejarah dan Antikuiti
Kawasan-kawasan ini dilindungi di bawah Akta Benda Purba 1976 dan juga Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976.
Recommended