View
1.057
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
MISS NURHAFIZAH MOHD ZIZISCHOOL OF COMPULSORY STUDIES
MPW 1133MALAYSIAN STUDIES
MINGGU KE-9KULIAH X
Perlembagaan :
satu bentuk dokumen rasmi atauperlembagaan bertulis yang mengandungi peraturan & undang2 menentukan corak pemerintahan sesebuah
negara demi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan amai.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai:- 183 perkara- 15 bahagian- 13 jadual
dirasmikan pada 16 Sept 1963 sama dengan hari Malaysia diisytiharkan @ ditubuhkan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM)
• 1948 (Perlembagaan Malayan Union)
PPM dengan pembentukan Persekutuan Malaya
(Negeri2 Selat + Negeri2 Melayu Tak Bersekutu)
• 1957 (Perlembagaan Persekutuan 1957)
PPM dengan pencapaian kemerdekaan daripada
Kerajaan British
• 1963 (Perlembagaan Malaysia)
PPM dengan pembentukan Malaysia (negeri Singapura+Sabah+Sarawak bergabung dengan Malaya)
Latar Belakang
Ditubuhkan selepas Perlembagaan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
MU PTM (1 Feb 1948)
Pemerintah tertinggi di bawah PTM Pesuruhjaya Tinggi British.
Rakyat tempatan menyertai kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan
Dalam perjanjian 1948 itu, Kerajaan British ada menyuarakan hasrat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Justeru itu, pilihan raya telah diadakan pada bulan Julai 1955.
Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Kemenangan parti berbilang kaum ini telah memberi petunjuk bahawa sudah ada persefahaman antara kaum dalam perkongsian politik.
Sebagai persediaan untuk kemerdekaan, Suruhanjaya Reid telah dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan itu telah dirasmikan pada hari merdeka sebagai Perlembagaan Persekutuan 1957.
• Berikutan kemasukan negeri Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia, maka satu perlembagaan baru diperlukan.
• Perlembagaan PTM yang sedia ada tidak lagi sesuai bagi kegunaan Malaysia yang lebih besar dan lebih kompleks.
• Penggubalan Perlembagaan Malaysia yang baru
telah dipertanggungjawabkan kepada
Suruhanjaya Cobbold.
• Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Julai 1962
• Ia menggunakan Perlembagaan PTM 1957
sebagai asas.
• Perlembagaan Malaysia dirasmikan pada
16 September 1963 iaitu hari pengisytiharan Malaysia.
Tujuan Perlembagaan Diwujudkan
lambang negara berdaulat & merdeka
menjadi sumber rujukan bagi semua hal ehwal negara
sistem pemerintahan menjadi lebih teratur,
licin dan adil
memastikan pengasingan kuasa di kalangan badan-badan pemerintah terjamin
menjamin kedaulatan undang-undang
keamanan rakyat & negara akan terjamin
Ketinggian Perlembagaan
• Perlembagaan merupakan sumber perundangan yang tertinggi.
• Lebih tinggi daripada parlimen mahupun Yang di-Pertuan Agong.
• Sekiranya Parlimen membuat satu undang-undang yang melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan, maka undang-undang tersebut akan dibatalkan.
• Perlembagaan Malaysia membahagikan kuasa
Persekutuan & Negeri kepada 3 cabang:
Kuasa Perundangan
Kuasa Eksekutif
Kuasa Kehakiman• Kuasa kerajaan terletak pada badan2 berikut:
Badan Perundangan
- kerajaan persekutuan + negeri
Badan Eksekutif
- kerajaan persekutuan + negeri
Badan Kehakiman
- mahkamah atasan + bawahan
Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia tidak beku
dan tetap.
Perlembagaan boleh dipinda berdasarkan keperluan semasa melalui proses Parlimen.
Tindakan pindaan perlembagaan dibuat bagi tujuan melicinkan pemerintahan, mengawal
ketenteraman awam dan memberi perlindungan kepada rakyat.
Peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia ada 5 perkara:-
. Isu-isu tersebut ialah:• Bahasa• Agama• Kewarganegaraan• Hak Asasi• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak
Perkara-perkara ini menjadi faktor penting untuk mewujudkan persefahaman ke arah perpaduan.
Bahasa
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa
pertuturan umum adalah penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan bahasa pertuturan.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai
Bahasa Kebangsaan.
Dalam Perlembagaan Malaysia peruntukanBahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaandimaktubkan dalam Perkara 152.
Mengapa Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa Kebangsaan?
• Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di rantau ini sejak berabad-abad lamanya.
• Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa-bahasa lain.
• Bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi dan jawi.
• Bahasa Melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara.
• Struktur Bahasa Melayu mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang mudah dieja dengan prinsip yang tetap dan tekal
Agama• Agama Islam telah dipilih sebagai
agama rasmi.
• Di negeri beraja, Sultan atau Raja sebagai - ketua negeri, - ketua agama Islam di negeri berkenaan.
• Bagi negeri-negeri tidak beraja @ tanpa Sultan (Sabah, Sarawak, Melaka, P. Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) ketua agama Islam ialah
- Yang di-Pertuan Agong.
Kewarganegaraan
• Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara.
• Sesiapa yang menjadi rakyat, berhak untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu
• Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang warganegara ialah:
Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya
Layak mengambil bahagian aktif dalam politik
• Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk warganegara sahaja
Bebas memiliki hartanah
Bebas bergerak dalam seluruh negeri
• Tidak boleh dibuang negeri
• Berhak menerima pelbagai faedah
dan kemudahan dalam negerinya
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan
• Seseorang itu boleh hilang kewarganegaraan dengan 2 cara:-
Pertama dia sendiri yang menolak kewarganegaraannya
Kedua dia telah menyalahi undang-undang dengan melakukan perkara-perkara berikut:
- Menjadi warganegara lain- Berniaga @ berhubung dengan negara musuh- Menggunakan segala hak & kemudahan
dalam negera lain, sedangkan hak2 itu diberikan kepada warganegara sahaja
• Wanita yang menjadi warganegara negara asing melalui perkahwinan dengan lelaki negara berkenaan
• Bertindak negatif yang menunjukkan dia tidak lagi taat setia kepada negara Malaysia
• Dihukum di mana2 negara dalam tempoh 5 tahun setelah dia menjadi warganegara dengan hukuman penjara
tidak kurang 12 bulan @ denda tidak kurang RM 5 ribu.
• Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran
• Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali untuk berkhidmat dengan @ bagi kerajaan Malaysia
• Memperolehi kewarganegaraan dengan cara penipuan
• Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui
perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali
dia bercerai mati.
Cara Mendapatkan Kewarganegaraan
Terdapat 4 cara yang membolehkan seseorang itu mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia iaitu melalui:-
Prinsip Jus Soli (undang2 tempat lahir)
Prinsip Jus Sanguinis (undang2 keturunan darah
Perkahwinan (bermastautin)
Naturalisasi (masukan)
Jus Soli
• Ia adalah berdasarkan undang-undang tempat lahir• Sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari
Merdeka dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf warganegara.
• Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya:- ibu @ bapanya warganegara- ibu @ bapanya masih lagi bermastautin di
negara ini- dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan
daripada mana2 negara lain
Jus Sanguinis
• Konsep ini merujuk kepada undang-undang mengikut keturunan darah.
• Menekankan kedudukan warganegara bapa seseorang yang dilahirkan.
• Sekiranya seseorang itu dilahirkan diluar negara, dia tetap menjadi warganegara jika bapanya adalah warganegara.
Perkahwinan
• Khusus untuk wanita asing yang berkahwin dgn warganegara Malaysia
• Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:- Si suami telah pun menjadi warganegara pada
bulan Okt 1962 @ sebelumnya & perkahwinan itu masih kekal; @
- Wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan itu dibuat- Berniat hendak tinggal kekal - Berkelakuan baik
Naturalisasi
• Untuk pemastautin yang tidak lahir di Persekutuan.
• Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:- Berumur 21 tahun @ lebih- Telah bermastautin di Persekutuan tidak
kurang 10 tahun- Berniat hendak kekal bermastautin dlm
negara ini- Berkelakuan baik- Mempunyai pengetahuan BM yang cukup
Kebebasan Hak Asasi
Hak asasi dalam Perlembagaan Malaysia ditulis sebagai kebebasan asasi.
Hak individu dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan dalam Bahagian 2
Hak asasi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
kebebasan beragama
kebebasan diri
kebebasan ekonomi.
Kebebasan asasi memberi peruntukan kepada 9 hak asasi iaitu:
• Perkara 5 Kebebasan diri• Perkara 6 Keabdian & kerja paksa dilarang• Perkara 7 Perlindungan kepada UU jenayah• Perkara 8 Hak sama rata• Perkara 9 Larangan bungan negeri &
kebebasan bergerak• Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun
&menubuh persatuan
• Perkara 11 Kebebasan beragama• Perkara 12 Hak2 berkenaan dengan pelajaran• Perkara 13 Hak terhadap harta
Kebebasan Beragama• Perlembagaan Malaysia menjelaskan beberapa perkara
penting tentang kebebasan agama antaranya:- Setiap orang berhak mengamalkan agamanya- Seseorang di bawah umur 18 tahun tidak boleh diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain daripada agamanya.- Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika hasil pengutan itu digunakan untuk kepentingan agama lain daripada agamanya.- Kelompok seagama berhak mengurus hal2
agamnya termasuk menubuh yayasan dan memiliki harta.- Semua aspek kebebasan beragama hendaklah tidak mengganggu keamanan awam.
Kebebasan diri
• Seseorang tidak boleh diambil nyawanya @ dihapuskan kebebasannya melainkan dikehendaki oleh undang-undang.
• Seseorang itu bebas bercakap, berkumpul, menubuhkan persatuan dan sebagainya
• Walau bagaimanapun kebebasan tersebut boleh dihadkan demi menjaga kepentingan orang ramai dan negara. Contoh: Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA)
Kebebasan Ekonomi
• Rakyat Malaysia berhak memiliki harta @ diberikan pampasan yang sewajarnya.
• Boleh menubuhkan persatuan yang memperjuangkan kepentingan pekerja-pekerja.
• Boleh berpakat untuk mengadakan mogok bagi tujuan mendapatkan layanan yang lebih adil daripada majikan.
Peruntukan Khas Perkara 153
• Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah perkara 153 bertujuan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Peruntukan ini melibatkan simpanan khas bagi orang Melayu dan bumiputera,beberapa kuota dalam biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam, lesen berniaga dan perusahaan serta tanah simpanan.
Bagaimana hak asasi, kebebasan, keselamatan,
keperkasaan manusia terlindung & terjamin?
Recommended