View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
TALKING POINTS
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR INFAQ
LIL-WAQF ANGKASA PERINGKAT
NEGERI PULAU PINANG
2
10 MAC 2019 (AHAD)
10.00 PAGI
HOTEL EASTIN PENANG, BAYAN
LEPAS, PULAU PINANG
Bismillahhirrahmanirrahim
3
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
4
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
1. Alhamdulilah bersyukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana masih lagi
memberi peluang untuk kita hadir
dalam majlis ilmu yang barakah ini,
5
untuk kita sama-sama menjayakan
Seminar Infaq Lil-Waqf Peringkat
Negeri Pulau Pinang yang
dianjurkan buat julung kali ini.
2. Saya mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada
JPAN Pulau Pinang yang memberi
6
sokongan padu dalam menjayakan
acara ini, begitu juga penghargaan
yang tidak terhingga kepada para
peserta yang turut serta dalam
program ini.
3. Saya juga mengucapkan
tahniah dan syabas kepada
7
Bahagian Pembangunan dan
Pengurusan Syariah yang
mengambil inisiatif menganjurkan
seminar ini untuk gerakan koperasi.
Ini bagi meningkatkan
pengetahuan mereka mengenai
kelebihan berinfaq, seterusnya
menggalakkan mereka berinfaq
8
sebagai satu budaya dan amalan
dalam kehidupan.
4. Saya percaya warga koperasi
mempunyai kemampuan dan
kemulian hati yang tinggi dalam hal
ini.
9
5. Ini kerana peningkatan
tabung ini memberi impak yang
besar ke arah kita
mempertingkatkan ekonomi, sosial
dan taraf hidup ummah dan
golongan yang memerlukan.
10
6. Alhamdulillah, program ini
mendapat sokongan para
penyumbang yang terdiri dari - JTK,
JPAN, kakitangan dan Pengurusan
ANGKASA, pelanggan BPA dan
koperasi. ANGKASA menyediakan
pelbagai kaedah untuk
memastikan amalan berwakaf
11
dipermudahkan seperti melalui
sumbangan tunai dan potongan
gaji, serta secara online melalui
CIMB Click.
7. Sehingga Januari 2019,
sumbangan terkumpul berjumlah
RM 13.51 juta termasuk RM 1 juta
12
sumbangan ANGKASA setiap
tahun.
8. Kita juga telah menyalurkan
sumbangan ini kepada keperluan-
keperluan yang bermanfaat dan
memerlukan, sebagai contoh bagi
agihan tahun 2018 sahaja:
13
❖ Perbelanjaan operasi Pusat
Jagaan Darul Sakinah = RM60,000
❖ Pembangunan Koperasi Kariah
Masjid di Kemboja = RM10,000
❖ Sumbangan Tafsir Al-Quran
Bahasa Kemboja = RM21,000 (300
naskah)
14
❖ Pembinaan Laluan
Keselamatan, Pusat Jagaan
Mahmudah Malaysia, Semenyih =
RM15,840
❖ Kos Rawatan Pesakit Buah
Pinggang = RM13,140 (1 pesakit)
❖ Mesin Hemodialisis=RM77,600 (2
mesin)
15
❖ Mesin Hemodialisis=RM117,000
(3 mesin) (Serahan kepada
COOPUSMA, Kelantan pada
18 Mac 2019
9. Melalui program ini, saya
menyeru agar semua kita dapat
mempertingkatkan sumbangan
16
supaya lebih banyak program
kebajikan dan pembangunan
kemasyarakatan dapat kita
salurkan kepada mereka yang
memerlukan sama ada di peringkat
dalam negara atau antarabangsa.
17
10. Dalam amalan berwakaf
ini, amalannya sangat mulia di sisi
Allah SWT. Selagi,
orang/masyarakat menggunakan
apa yang kita wakafkan itu, selagi
itulah pahala mengalir untuk kita
atau keluarga, jika kita
mewakafkan untuk mereka.
18
11. Justeru marilah kita
mencontohi kemuliaan sahabat-
sahabat Nabi dalam berwakaf
seperti Saidina Umar yang
mewakafkan hasil kebunnya yang
terbaik di Khaibar kepada fakir,
kaum kerabat, hamba sahaya dan
masyarakat secara
19
keseluruhannya. Wakaf Saidina
Uthman yang dermawan
menyumbang Telaga Rummah
(punca bekalan air) yang dibeli
dengan harga yang mahal
daripada seorang Yahudi untuk
kegunaan penduduk Madinah.
20
12. Kalau kita baca sejarah
sahabat-sahabat Nabi, mereka
bersedekah dan berwakaf dengan
harta yang terbaik dan paling
mereka sayang demi mendapat
redha dan keberkatan Allah SWT.
Semoga kita mampu mencontohi
kemulian mereka ini dan menjadi
21
umat yang beriman dan bertakwa
kepada Allah SWT di dunia dan
akhirat.
13. Sebagai umat Islam yang
sejati, selalu ingatkan dalam
sanubari yang wakaf adalah antara
sumbangan terbesar tamadun
22
Islam dalam sejarah kemanusiaan.
Semangat mengekalkan harta
untuk manfaat dunia yang lebih
lama dan akhirat yang kekal abadi
harus menjadi amalan sepanjang
zaman kita.
23
14. Akhir kata, saya dengan
lafaz suci bismillahirrahmanirrahim
MERASMIKAN SEMINAR INFAQ LIL-
WAQF PERINGKAT PULAU PINANG.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t.
Recommended