36
1 UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-35 KOPERASI KOSPETA MALAYSIA BERHAD

ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG …angkasa.coop/.../teksucapanpresiden/JUN/Mesy.-Agung... · menjalani ibadah puasa dan terima kasih kepada Pengerusi YBhg. Datuk Azih bin

  • Upload
    letuong

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN

TAHUNAN KE-35 KOPERASI KOSPETA

MALAYSIA BERHAD

2

17 JUN 2016 (SABTU)

_________________________________

Bismillah-hirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabaraktuh...

Salam Sejahtera

Salam 1 Malaysia

3

Salam 1 Koperasi

YBhg. Datuk Hj Azih bin Muda

Pengerusi Koperasi KOSPETA

Malaysia Berhad

YBrs. Tuan Hj. Pissal bin Abu

Setiausaha Koperasi KOSPETA

4

Malaysia Berhad

YBrs. Encik Ramli bin Kalil

Bendahari Koperasi KOSPETA

Malaysia Berhad

Para Jemputan Khas, Anggota-

anggota Lembaga dan

5

Jawatankuasa Audit Dalaman,

Para Perwakilan, Tuan-tuan dan

puan-puan yang saya hormati

sekalian…

_________________________________

1. Pertama sekali marilah kita

panjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T kerana dengan limpah

6

kurnia serta izin NYA, kita dapat

bersama-sama hadir pada majlis ini.

Saya mengambil kesempatan ini,

untuk mengucapkan selamat

menjalani ibadah puasa dan terima

kasih kepada Pengerusi YBhg.

Datuk Azih bin Muda dan barisan

Anggota Lembaga kerana telah

7

menjemput saya untuk merasmikan

Mesyuarat Agung Perwakilan

KOSPETA kali yang ke-35 ini.

2. Saya juga ingin merakamkan

ucapan tahniah dan syabas

kepada Anggota Lembaga, pihak

pengurusan dan seluruh anggota

8

kerana telah berjaya meletakkan

KOSPETA di kedudukan 31 dalam

profil 100 koperasi terbaik di negara

ini pada 2016 dan berjaya

mengekal pencapaian ini selama 5

tahun berturut-turut.

3. Di samping memiliki jumlah

9

keanggotaan yang agak ramai

iaitu melebihi 8,000 anggota serta

jumlah yuran dan syer melebihi

RM73.28 juta, koperasi juga telah

berjaya menghasilkan prestasi

kewangan yang sangat baik dan

konsisten serta mampu memberi

pulangan dividen yuran dan syer

10

berterusan berjumlah 16.1 %

setahun sejak 2008 lagi. Pada tahun

lepas koperasi ini telah membayar

dividen sebanyak 16.1% dan pada

tahun ini saya difahamkan bahawa

kadar dividen dicadangkan juga

kekal pada kadar yang sama

(16.1%). Sekali lagi syabas saya

11

ucapkan.

4. Pencapaian ini boleh

dibanggakan memandangkan

keadaan ekonomi negara yang

kurang stabil, kesan daripada

kejatuhan ekonomi dunia. Saya

percaya pencapaian ini adalah

12

hasil daripada sokongan padu

yang telah diberikan oleh seluruh

anggota kepada koperasi

terutamanya di dalam melanggani

produk-produk yang disediakan

oleh koperasi. Adalah menjadi

harapan saya agar sokongan ini

dapat diteruskan demi menjamin

13

kejayaan dan keunggulan koperasi.

Para Hadirin Yang Dihormati

Sekalian

5. Menyedari akan pentingnya

perniagaan dalam koperasi,

meningkatkan pendapatan

14

anggota-anggotanya adalah

agenda utama yang harus diberi

keutamaan, ANGKASA sebagai

badan apex tidak pernah jemu

menggerakkan usaha ini selaras

dengan tanggungjawab yang

diamanahkan oleh Kerajaan

melalui Deklarasi Putrajaya yang

15

menyerahkan tanggungjawab

kepada ANGKASA untuk

menggerakkan ekonomi koperasi

di negara ini.

6. Selaras dengan itu juga,

ANGKASA telah mengambil

beberapa langkah strategik

16

dengan mewujudkan beberapa

sektor peneraju yang

membolehkan setiap bidang

keberhasilan utama koperasi dapat

memberi fokus kepada

pembangunan dan kemajuan

koperasi secara menyeluruh. Ianya

dapat dilakukan melalui

17

penglibatan pakar-pakar dalam

koperasi, koperasi-koperasi yang

telah berjaya dan institusi-institusi

yang terlibat secara langsung.

7. Terdapat 8 sektor yang diberi

tumpuan berdasarkan Dasar

Koperasi Negara (2011-2020).

18

Perkara pokok yang difokuskan

penggalakkan koperasi-koperasi

menceburi perniagaan/bidang

berimpak tinggi, dengan ANGKASA

menjadi pemangkin ke arah itu.

Misalnya, ANGKASA menggalakkan

koperasi terlibat dalam

perkhidmatan dialisis

19

menggunakan ‘model dialisis’ yang

berjaya dibangunkan ANGKASA di

Temerloh.

8. Sejak ditubuhkan pusat dialisis

ini telah berjaya merawat dan

memberi perkhidmatan kepada

lebih 60 orang pesakit dan menjana

20

perolehan RM1.357 juta pada 2016.

Untuk makluman, model dialisis

ANGKASA telah berjaya membantu

Koperasi Pekebun Kecil Wilayah

Johor Selatan membuka pusat

dialisis dan ANGKASA telah

menjalinkan kerjasama perniagaan

dengan Koperasi Guru-Guru

21

Melayu Kedah membuka pusat

dialisis di Alor Setar, Kedah.

ANGKASA bersedia membimbing

dan menjadi ‘mentor’ kepada

koperasi yang berminat menceburi

perniagaan ini. ANGKASA berharap

kerjasama dengan KOSPETA dalam

hal ini dapat direalisasikan.

22

9. Menerusi Sektor

Pembangunan Hartanah dan

Industri Binaan, ANGKASA amat

menggalakkan koperasi membuat

pelaburan dalam sektor hartanah.

Ini kerana sektor ini mempunyai

prospek yang baik dan menjanjikan

pulangan yang lumayan. Lebih dari

23

itu, kita mahu menjadikan koperasi

pemaju alternatif perumahan

mampu milik khususnya untuk ahli-

ahli koperasi. Dalam memenuhi

hasrat ini, kita amat menggalakkan

koperasi menjalinkan kerjasama

strategik sama ada sesama

koperasi atau dengan syarikat-

24

syarikat pemaju swasta yang

berjaya dalam bidang ini. Koperasi

mempunyai banyak hartanah yang

boleh dibangunkan.

10. Dalam memenuhi hasrat ini,

ANGKASA amat menggalakkan

koperasi menjalinkan kerjasama

25

strategik sama ada sesama

koperasi atau dengan syarikat-

syarikat pemaju swasta yang

berjaya dalam bidang ini. Koperasi

mempunyai banyak hartanah yang

boleh dibangunkan. Ini bagi

mendapatkan suntikan modal yang

lebih besar dan kepakaran yang

26

menjadi kekangan kepada

koperasi untuk menjayakan hasrat

itu.

Para Hadirin Yang Dihormati

Sekalian

11. Melalui MyANGKASA

27

Amanah, ANGKASA menawarkan

perkhidmatan pentadbiran harta

pusaka, pembahagian harta

sepencarian dan urusniaga yang

berkaitan dengannya. Koperasi

boleh mendapatkan perkhidmatan

ini dengan kos yang berpatutan

atau menjadi agen. Sehingga kini,

28

MyANGKASA Amanah mempunyai

24 Rakan Strategik/Agen di seluruh

Malaysia terdiri daripada 6 buah

koperasi, 2 institusi kewangan dan

GLC (PUNB, Pos Malaysia Berhad,

Tekun Nasional dn FELCRA).

12. Dalam memberikan

29

perkhidmatan pengurusan jenazah,

ANGKASA memperkenalkan

MyANGKASA Mukmin – produk

pertama menggabungkan 3

perkhidmatan iaitu pengurusan

jenazah tanpa tunai, pengurusan

harta pusaka serta perlindungan

takaful kepada ahli dan waris.

30

Berbeza dengan pengurusan

khairat kematian sedia ada,

MyANGKASA Mukmin turut

menguruskan kematian ahlinya di

luar kawasan kariah, termasuk di

luar negara yang membabitkan

urusan membawa pulang jenazah

ke Malaysia.

31

13. Melalui usahasama

MyANGKASA Services, KOPETRO

Travel dan Tours dan Rakyat Travel

telah berjaya melaksanakan

program umrah. Pada tahun ini

(2017) disasarkan 500 jemaah

menyertai program ini. Sebelum itu,

155 jemaah telah mengikuti

32

program ini.

14. Saya mengambil

kesempatan ini memaklumkan

pada 22 Julai 2017 akan

berlangsung Persidangan

Kebangsaan Tahunan ANGKASA

dan November tahun ini, ANGKASA

33

menjadi tuan rumah Perhimpunan

Agung dan Persidangan Koperasi

Global yang akan diadakan di

Sunway City & Resort yang bakal

dihadiri lebih 1500 perwakilan dari

103 negara seluruh dunia. Saya

menjemput koperasi turut serta

menjayakan persidangan besar

34

yang julung-julung kali diadakan ini.

15. Akhir kata, saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk

sekali lagi mengucapkan syabas

dan setinggi-tinggi tahniah kepada

semua Anggota Lembaga, pihak

pengurusan dan kakitangan di atas

35

perkhidmatan yang telah diberikan

sepanjang tempoh ini. Anggaplah

kejayaan hari ini sebagai satu

cabaran untuk kita lebih cemerlang

di masa hadapan.

15. Dengan lafaz bismillah-

hirrahmanirrahim saya merasmikan

36

Mesyuarat Agung Perwakilan

Tahunan Koperasi KOSPETA kali

yang ke 35.

“SELAMAT BERSIDANG”

Sekian. Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabaraktuh.