View
222
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
SEMINAR MEMPERKASA INTEGRITI
KOPERASI: KEPERLUAN STANDARD
2
DAN PEMATUHAN PERINGKAT
KEBANGSAAN 2018 DAN
MAJLIS PERTUKARAN PERJANJIAN
PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA
ANGKASA DENGAN JABATAN
STANDARD MALAYSIA DAN
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
3
23 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
2.15 PETANG
HOTEL TENERA, BANGI, SELANGOR
__________________________________
Bismillahirrahmanirrahim
4
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia
Terima Kasih Pengacara Majlis
Tuan – Tuan, Puan-Puan, Para
Hadirin Sekalian.
5
1. Syukur Alhamdulillah ke
hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan
limpah kurnia dan keizinan-NYA
dapat kita bersama-sama
menghadiri Majlis Seminar
‘Memperkasa Integriti Koperasi:
Keperluan Standard & Pematuhan’
pada petang ini.
6
2. Tujuan diadakan seminar ini
adalah bagi meningkatkan
kesedaran, kepercayaan dan
keyakinan terhadap penggunaan
produk koperasi melalui Standard
Malaysia. Di samping itu juga, ia
bagi menggalakkan amalan
integriti, kebertanggungjawaban
7
dan pengurusan program anti-
rasuah yang bersesuaian yang
boleh diguna pakai oleh komuniti
koperasi dan korporat. Tujuan lain
adalah bagi mengukuhkan lagi
tahap tadbir urus korporat, integriti,
ketelusan dan
kebertanggungjawaban dalam
8
urusan operasi harian bagi proses
dan prosedur perniagaan koperasi.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. Selama 47 tahun ANGKASA
telah berkhidmat kepada koperasi
bermula dari bidang pendidikan
9
sehingga ke pembangunan
perniagaan koperasi. Ini
berdasarkan kepada Deklarasi
Putrajaya yang ditandatangani
pada 13 Julai 2012 yang
menyelaras fungsi dan peranan tiga
agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi
10
Malaysia, Maktab Koperasi
Malaysia dan ANGKASA sendiri.
4. Bagi memastikan koperasi
dapat menjadi penyumbang
secara berkesan kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan
11
menjadi salah satu tonggak
pembangunan sosio-ekonomi
negara, koperasi perlu
memperkemaskan tadbir urusnya
selaras dengan standard ISO tanpa
mengabaikan Garis Panduan tadbir
urus yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
12
5. Mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia sehingga 30 Jun
2018, koperasi yang telah
didaftarkan adalah sebanyak
14,094 buah. Daripada jumlah
tersebut sektor koperasi telah
menjana perolehan hampir
13
sebanyak 22.53 bilion dan aset
melebihi 140.39 bilion.
6. Berdasarkan kepada
pencapaian ini, ANGKASA
memikirkan perlu diwujudkan satu
mekanisma untuk memastikan
14
kesinambungan perkembangan ini
selari dengan pembangunan
negara tanpa menjejaskan
kepercayaan masyarakat
terhadap tadbir urus koperasi.
7. Oleh yang demikian,
ANGKASA berhasrat dan telah pun
15
mendapatkan akreditasi daripada
Jabatan Standard Malaysia untuk
membolehkan ANGKASA menjadi
badan persijilan bagi sektor
koperasi di Malaysia. Ini bertujuan
memudahkan proses bimbingan
penggunaan standard kepada
koperasi dapat dibuat. Ia juga
16
menjamin kos bimbingan pada
kadar yang berpatutan
memandangkan kos industri
pembangunan standard adalah
tinggi untuk dibiayai oleh sektor
koperasi.
17
8. Selain itu, Seminar pada hari
ini juga adalah hasil usaha
ANGKASA dengan kerjasama
Jabatan Standard Malaysia (JSM)
secara pro-aktifnya membolehkan
pembangunan standard tadbir urus
18
di peringkat koperasi dapat
dilaksanakan dengan lebih baik.
Yang Dihormati Sekalian
9. Bagi menjayakan kerjasama
ini beberapa bidang utama telah
19
dikenalpasti dan salah satunya
ialah mempromosikan
penggunaan standard yang
berkaitan dengan Standard
Malaysia kepada gerakan koperasi.
Perkara ini perlu dilaksanakan bagi
memberi pendedahan kepada
sektor koperasi tentang standard-
20
standard yang boleh digunapakai
oleh koperasi mengikut aktiviti atau
fungsi koperasi itu sendiri.
10. Penggunaan standard
dalam tadbir urus membolehkan
koperasi dapat meningkatkan
keyakinan anggota dan
21
masyarakat tentang perkhidmatan
yang ditawarkan oleh koperasi. Ini
selaras dengan Teras Stategik
Keempat dalam Dasar Koperasi
Negara iaitu 'Meningkatkan
Keyakinan Masyarakat Terhadap
Gerakan Koperasi.'
22
11. Untuk menjadi pelopor
kepada perkembangan standard
dalam sektor koperasi, ANGKASA
sendiri telah pun menggabungkan
beberapa standard untuk
membentuk satu set sistem kawalan
dalaman yang berkesan bagi
menyerap isu-isu dalaman dan
23
luaran yang boleh menyebabkan
ketidakcapaian Visi dan Misi yang
telah ditetapkan.
12. ANGKASA telah
menggunapakai Standard ISO 9001
dalam pengurusan bermula pada
tahun 1999 dan standard tersebut
24
berubah dari semasa ke semasa.
Pada tahun 2017, ANGKASA telah
diiktiraf sebagai pengguna
standard ISO yang baru iaitu
9001:2015 (Sistem Pengurusan
Kualiti) oleh SIRIM.
25
13. Bagi menghadapi
cabaran besar pada masa kini,
ANGKASA memperkukuhkan lagi
tadbir urusnya dengan menambah
2 lagi standardnya iaitu ISO
27001:2013 (Sistem Pengurusan
Keselamatan Maklumat) dan ISO
37001:2016 (Sistem Pengurusan Anti
26
Rasuah). Bagi Standard ISO Sistem
Pengurusan Anti Rasuah, ANGKASA
adalah antara 12 organisasi di
Malaysia yang pertama mendapat
pengiktirafan sedemikian daripada
SIRIM.
27
14. Diharapkan agar dengan
adanya usaha sebegini ia akan
dapat memberi manfaat yang
besar kepada warga koperasi dan
yang paling penting manfaat
kepada gerakan koperasi di
negara ini.
Recommended