View
228
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
lari jarak jauh
Citation preview
ACARA TREK : LARI JARAK JAUH
Acara jarak jauh ialah acara yang merangkumi acara 5000m hingga 10 000m. Contoh
acara ialah Marathon, lumba jalan kaki, merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m
dan 3000m lari berhalangan.
Namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4x800m dan 4x1600m amat jarang
dilakukan dimana-mana kejohanan.
SEJARAH
Sejarah lari jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia
mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu, terdapat versi yang
mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda
peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani.
Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi
perang tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa
pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4
batu) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si
pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk
mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan untuk menghormati si
pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari
dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga. Disebabkan prestasi
atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terpecah menjadi berbagai
cabang larian.
Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali
dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi
oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari
Filipina. Setelah mengalami pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang,
perlumbaan ini berubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang
berikutnya, perlumbaan ini mendapat julukan olimpik moden.
TEMPAT ACARA LARI JARAK JAUH DILANGSUNGKAN GELANGGANG
Larian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000m, 2000m,
3000m, 5000m, 10000m perlumbaan lebuhraya dan merentas desa.Bagi acara 1000 m,
tempat atau arena yang akan digunakan ialah di gelanggang balapan. Gelanggang
balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput, asphalt atau bahan
synthetic dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang
menggunakan peraturan IAAF, acara seperti acara 800 m dan ke atas, lari berganti-
ganti yang lebih daripada 4x400m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan
dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan
undian.
LEBUHRAYA ATAU JALAN RAYA
Larian jarak jauh lebuhraya pula diadakan di sepanjang jalan raya yang telah ditetapkan
dan dipersetujui oleh semua ahli IAAF. Jarak standard bagi acara ini untuk atlit lelaki
dan wanita ialah 10km, 15km, 20km, separuh marathon, 25km, 30km, marathon
(42.195km), 100km dan lari berganti-ganti jalan raya. Perlumbaan hendaklah diadakan
di atas jalan yang berturap. Walau bagaimana pun, sekiranya ketiadaan lalu lintas atau
wujudnya keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai dijalankan, acara ini boleh
dijalankan di laluan pejalan kaki atau laluan basikal di tepi jalan tersebut tetapi bukan di
atas rumput atau di bahu jalan yang lembut.
CONTOH ACARA JARAK JAUH
Merentas desa
Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan Berpasukan
Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah : kategori jarak larian:
Kategori jarak larian :
LELAKI 12KM
LELAKI JUNIOR 8KM
WANITA 8KM
WANITA JUNIOR 6KM
Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan hutan
kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi agar boleh
digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik.
Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan
haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.
Marathon
Jarak untuk marathon ialah 10km,15 km dan 20km untuk lelaki dan perempuan. Jarak
marathon utama ialah 42.195km.
Lari berhalangan
Lari berhalangan memerlukan atlit untuk berlari dengan jarak 3000m yang memerlukan
atlit untuk melepasi 4 halangan dan 1 air terjun. Penghalang mempunyai ketinggian
914mm (36 in) untuk lelaki dan 762mm (30 in) untuk wanita- IAAF.
Lumba jalan kaki
Acara yang memerlukan langkah yang berterusan supaya langkah sentiasa mencecah
bumi dan tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi yang boleh kelihatan dengan mata
kasar. Jarak bagi lumba jalan kaki ialah 5km, 10km, 20km dan 50km. lumba jalan kaki
dijalankan di balapan atau jalan raya.
Medley Relay
Acara ini sama seperti acara 4x100m atau 4x400m yang memerlukan 4 orang atlit
sebagai pelari. Jarak larian untuk setiap pelari ialah sama ada 100m,200m,300m &
400m atau sebaliknya mengikut kehendak penganjur. Peraturan larian dalam acara ini
juga sama seperti 4x100m dan 4x400m.
Teknik larian
PERMULAAN
1. Teknik permulaan standing start adalah sesuai digunakan dalam acara jarak jauh
dan sederhana. Standing start digunakan untuk meningkatkan tahap konsentrasi
dan respon semasa berlepas.
Gambar diatas menunjukkan contoh lain bagi standing start iaitu falling start dan
3 or 4 point stances.
Gerakan larian sejak permulaan lebih rileks dan tidak dilakukan secara
maksimum. Kedudukan mata ialah fokus kehadapan dalam jarak 10-20m.
2. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja
permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri
daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar
serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain
semasa berlari.
2. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada
kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di
hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping
menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian.
SEMASA BERLARI
Kedudukan badan
Kedudukan badan untuk acara jarak sederhana dan jarak jauh adalah sangat
berbeza dengan cara larian acara pecut.
Gambar diatas menunjukkan beza Ketika berlari dan mendekati garis penamat,
kedudukan badan agak condong kehadapan. Ketika membuat dip, badan akan
ke hadapan sedikit namun tidak seconding seperti pada larian pecut. Pergerakan
lutut juga tidak tinggi, sekadar untuk memastikan keseluruhan tapak kaki tidak
mencecah trek.
Pergerakan tangan
Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis tengah badan. Tangan
dibengkokkan disiku kurang daripada 90° dan dihayun ke atas setinggi dagu dan
kebawah separas pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang 120°.
Pergerakan kaki
Gambar diatas menunjukkan kedudukan tumit kaki belakang dan hujung tapak
kaki ketika tapak kaki mencecah tanah. Ketika kaki mencecah tanah, tumit
belakang tapak kaki akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak
kaki kemudian hujung tapak kaki hadapan. Setiap langkahan rapat dan berubah
mengikut kelajuan
1. Atlit digalakkan untuk menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan
sehingga ke peringkat akhir larian. Hal ini kerana, Walaupun kederasan larian
bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi
dalam acara jarak jauh ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan
sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan
dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Pelari
hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri untuk tidak menjejaskan larian
sendiri.
2. Berlari di lorong yang paling dalam. Ini bertujuan untuk mengurangkan jarak
sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih
jauh jika dia menggunakan lorong luar.
3. Mengekalkan kepantasan. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-
mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam
kumpulan.Tujuannya untuk bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada
jarak terakhir larian.
4. Meningkatkan kepantasan pada akhir larian. Walaupun kebanyakan pelari tidak
terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-
tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan
dalam mencapai garisan penamat.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH
PERMULAAN
- Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol.
- Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan.
- Bagi perlumbaan antarabangsa, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit
hendaklah diberikan.
- Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-
peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.
STESEN PERSEGARAN
- Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan
penamat perlumbaan.
- Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika
keadaan cuaca memerlukan ia di sediakan.
PENSKORAN
- Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukan-
kedudukan muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding,
mencampurkannya dan mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah
yang terendah sebagai pemenang.
- Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di berikan kepada pasukan
yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada
peserta terakhir pasukan yang seri dengannya.
Recommended