View
229
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
AGENDA 12 :
MELULUSKAN CADANGAN TAMBAHAN AKTIVITI KOPERASI
i) CADANGAN PENUKARAN OPERATOR CAFÉ 24 ii) CADANGAN MENGGANTIKAN PINJAMAN KONTIGENSI RM2 RIBU
DENGAN PINJAMAN KEBAJIKAN RM1 RIBU iii) CADANGAN PEMBERIAN PINJAMAN KOPERASI RM2 RIBU HINGGA
RM200 RIBU iv) CADANGAN PEMBELIAN SISTEM PENGURUSAN BERKOMPUTER
KOPERASI (SPBK) v) CADANGAN PERLAKSANAAN PERNIAGAAN SECARA DALAM TALIAN
(E-DAGANG) v) CADANGAN PERLAKSANAAN TABUNG SIMPANAN KHAS (TSK) vi) CADANGAN ATURAN AKTIVITI KOPERASI
a. ATURAN PENGURUSAN CAFÉ 24 b. ATURAN KEANGGOTAAN KOPERASI c. ATURAN SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL KENDERAAN
PERBAHARUI CUKAI JALAN d. ATURAN PINJAMAN BERSAMA BANK RAKYAT e. ATURAN PINJAMAN BERSAMA MBSB f. ATURAN SIMPANAN KHAS g. ATURAN SKIM TABUNG SIMPANAN KHAS h. ATURAN SKIM PINJAMAN PERIBADI KOPERASI i. ATURAN PINJAMAN KEBAJIKAN RM 1 RIBU
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.1 CADANGAN PENUKARAN OPERATOR BARU BAGI OPERASI CAFE 24
1. Pendahuluan
1.1 Cafe 24 yang terletak di Tingkat 24 Menara KOMTAR milik
KOPJCORP telah diuruskan oleh operator Puan Zaleha Mohd Salleh.
1.2 Pada 22 Jun 2016, Puan Zaleha telah menghantar surat berhenti
menjadi operator Cafe 24 berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.
1.3 Pihak pengurusan telah mendapat tawaran dari RedTro Services Sdn
Bhd (RedTro) untuk menguruskan Cafe 24 ini.
2. LATARBELAKANG REDTRO SERVICES SDN BHD
2.1 RedTro adalah perniagaan keluarga dalam bidang makanan yang telah
menceburi industri ini 25 tahun yang lepas. Perniagaan RedTro bermula
sebagai sebuah warong dibelakang Bangunan KOMTAR. Kini bisnes
RedTro telah berkembang di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
2.2 Outlet di Johor Bahru adalah di Galleria@Kotaraya (3), Jalan Trus dan
@Mart Kempas manakala di Puteri Iskandar terdapat 2 outlet di
Pinewood Iskandar Malaysia Studios dan Medini 6. Pada suku tahun
ketiga, RedTro akan buka lagi satu outlet di Seri Alam dan pada 2017 di
PCP Rapid.
2.3 Team RedTro adalah terdiri dari En K Hisham Baginda (Pengurus
Besar), En Azraie A Shukor (Pengarah Operasi), En Shuhaizee A
Shukor (Pengarah Perkhidmatan Sokongan), En Mohd Yunos
Mohamed Bakri (Pengarah Perancangan & Pembangunan), Cik Rosalin
Yusof (Pengarah Pengangkutan Operasi), En Md Fahmi Ali (Ketua
Operasi ‘Front Service’), En Mohd Feiroz Abd Rahman (Ketua Operasi
Katering) dan Eksekutif Chef Azmi Hj Abd Ghani (Ketua Operasi
‘Kitchen Operations & Production).
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
2.4 Carta Organisasi RedTro adalah seperti berikut:
3. Cadangan Menu Minuman dan Makanan
Antara menu-menu yang dicadangkan adalah:
3.1 Minuman
Minuman Panas - Kopi, Teh, Milo, horlicks
Minuman Sejuk seperti kopi Ais, Teh Ais, Milo Ais, Horlicks Ais,
Sirap, Jus buah-buahan, Bandung Soda, dll
Minuman Spesial/Premium seperti Espresso, Long Black, Cafe
Latte, Cafe Mocha, Ceylon Tea
3.2 Makanan
Sarapan – Kuih-kuih Melayu, Roti Jala
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
Menu seharian – Nasi Lemak Berlauk, Laksa (Johor, Penang,
Serawak), Mee Celup, Mee Goreng, Nasi Goreng
Makanan Ringan – Prata dengan Kari, Peanut Butter & Chips,
Choc & Banana, Choc & Ice-Cream, Sosej & telor, Nuget, Kentang
Goreng, Keropok Lekor, Otak-otak, Goreng Pisang, Roti Bakar dgn
pelbagai sapuan
Tengahari – secara buffet
4. CADANGAN REDTRO MENGURUSKAN CAFE 24
Berikut adalah cadangan dari RedTro untuk menguruskan operasi Cafe 24
4.1 Waktu operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang;
4.2 RedTro diberi keutamaan menyediakan tempahan makanan dalam
Menara KOMTAR;
4.3 Perbelanjaan modal – ditanggung oleh KOPJCORP
Peralatan dapur seperti microwave, air deep fryer dan lain-lain
peralatan yang akan dikenalpasti kelak;
Perabot ie meja, kerusi, hiasan;
Point-of-Sales System ie Slurp! POS System bernilai RM8,000
- 1 ipad;
- 2 printer resit;
- 1 cash register;
- route dan cabling
- latihan
4.4 Sewa, utiliti, caj-caj berkaitan ditanggung oleh KOPJCORP;
4.5 Perkongsian keuntungan sebanyak 10% kepada KOPJCORP
berdasarkan keuntungan bersih apabila jualan bulanan mencecah
RM30,000;
4.6 Tempoh percubaan 3 bulan, dengan kontrak 2 tahun + 1 tahun jika
berpuashati dengan perkhidmatan RedTro.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 4
5. CADANGAN KOPJCORP
5.1 Bersetuju dengan cadangan RedTro kecuali item 4.3, 4.4 dan 4.5.
Item 4.3 – masih dalam perbincangan
5.2 Perlantikan RedTro Services Sdn Bhd
RedTro selaku operator Cafe 24 perlu menyediakan perkara-perkara
seperti berikut:
1) Setiap transaksi jualan perlu menggunakan sistem POS;
2) Menyediakan rekod jualan harian;
3) Merekod dan menjaga stok-stok barangan dalam Cafe 24;
4) Menjaga dan menguruskan pembayaran melalui Mobility One;
6. Kelulusan
6.1 Kelulusan Mesyuarat Agung adalah dipohon mempertimbang dan
meluluskan perkara-perkara berikut:-
i) Melantik RedTro Services Sdn Bhd menguruskan operasi Cafe
24 di Menara KOMTAR, JBCC
ii) Menerima bayaran komisyen sebanyak 5%-15% atas jualan.
iii) Perbelanjaan Modal sebanyak RM8,000 untuk pembelian Slurp!
POS System.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.2 CADANGAN MENGGANTIKAN PINJAMAN KONTIGENSI RM2 RIBU
KEPADA PINJAMAN KEBAJIKAN RM1 RIBU
1. Pendahuluan
1.1 KOPJCORP telah menawarkan permohonan pinjaman kontigensi
RM2,000.00 kepada semua anggotanya. Pinjaman kontigensi yang
ditawarkan KOPJCORP ini telah menarik minat anggota pekerja untuk
menjadi anggota KOPJCORP.
1.2 Sehingga 31 Mei 2016, seramai 270 anggota telah membuat pinjaman
kontigensi RM2 ribu memandangkan kemudahan bayaran pinjaman
adalah melalui potongan gaji dan yuran pengurusan yang rendah tanpa
mengenakan sebarang caj keuntungan.
1.3 Konsep yang digunakan oleh KOPJCORP bagi menggantikan Pinjaman
Kontigensi dengan pinjaman kebajikan ini adalah ‘Al Qardhul Hassan
Kecemasan’ ertinya memberikan pinjaman wang kepada seseorang
anggota dengan perjanjian yang ia akan membayar balik dengan nilai
yang sama.
1.4 “Al Qardhul Hassan ertinya hutang tanpa faedah atau tiada bayaran
lebih atau manfaat material semasa ‘aqad’ akan tetapi semasa
menjelaskan hutang, penghutang amat digalakkan memberi saguhati/
hadiah kepada Koperasi sebagai tanda terima kasih .
2. Justifikasi cadangan
2.1 Skim ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-
anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal
seperti berikut:
a) Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mentua, anak dan adik-
beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai
surat akuan yang sah;
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
b) Sakit- anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak dan adik-beradik
kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat
akuan yang sah;
c) Bersalin – anggota atau isterinya;
d) Bencana alam – kebakaran, banjir, rebut taufan atau sebab-sebab
lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.
e) Mereka yang berada dalam kesusahan mengikut budi bicara
Pengurusan KOPJCORP yang telah diamanahkan.
f) Pinjaman ini juga boleh dipertimbangkan bagi mereka yang
memerlukan bagi tujuan percutian, memperbaharui cukai jalan
serta pembelian barang-barang yang disediakan oleh Koperasi.
2.2 Pinjaman ini juga tidak memerlukan penjamin dan kelonggaran syarat
yang diberikan adalah bergantung kepada keperluan anggota pekerja
yang memohon.
2.3 Peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman, KOPJCORP
berhak untuk menolak baki pinjaman dari wang anggota yang berkaitan
iaitu Modal syer, yuran bulanan dan baki akhir gaji bulan terakhir.
3. Cadangan Perlaksanaan Pinjaman Kebajikan RM1 Ribu
3.1 Ciri-ciri pinjaman adalah seperti yang dibawah:
Perkara Ciri-ciri
Kadar maksimum pinjaman dikeluarkan
(dari dana modal syer anggota)
RM50,000.00
Jumlah pinjaman kali pertama dikeluarkan 50 orang
Tempoh bayaran balik 10 bulan
Caj keuntungan Tiada
Bayaran pinjaman 100%
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
Minimum bayaran balik pinjaman RM100.00 sebulan
Kos pentadbiran RM50.00
Caruman ahli sekurang-kurangnya yang
perlu ada
Sekurang-kurangnya
telah mencarum selama
6 bulan
3.2 Syarat kelayakan kepada peminjam
3.2.1 Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota KOPJCORP
dengan segera (kecemasan) tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
a) Telah menjadi anggota KOPJCORP tidak kurang
daripada enam bulan berterusan;
b) Telah mencarum dalam yuran di KOPJCORP sebanyak
RM250 atau sekurang-kurangnya enam bulan;
c) Mempunyai jumlah syer yang telah ditetapkan (RM 100)
d) Tidak mempunyai baki pinjaman Al-Qard (Kebajikan )
yang dahulu.
3.3 Proses kelulusan yang dicadangkan hanya di peringkat pengurusan
KOPJCORP sahaja. Melalui cara ini proses kelulusan dapat
disingkatkan dan pengeluaran bayaran pinjaman kepada pemohon
adalah lebih pendek.
3.4 Borang permohonan berkenaan maklumat terperinci pemohon perlu
disertakan dengan maklumat seperti di bawah;
i. Borang potongan gaji
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 4
ii. Borang senarai semak
iii. Borang aku janji bayaran balik
iv. Salinan Kad Pengenalan
v. Salinan Slip Gaji terkini dan;
4. Kelulusan
3.1 Kelulusan Mesyuarat Agung adalah dipohon bagi mendapatkan
pertimbangan dan kelulusan bagi :
1. Menggantikan pinjaman kontigensi RM2 ribu kepada pinjaman
kebajikan RM1 seribu
2. Mengenakan caj pentadbiran KOPJCORP sebanyak RM50 bagi
setiap transaksi.
3. Cadangan ciri-ciri dan syarat baru yang ditetapkan oleh
KOPJCORP.
4. Memberikan kuasa kelulusan pinjaman kepada Pengurusan
KOPJCORP.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.3 CADANGAN MENINGKATKAN PINJAMAN KOPERASI RM2 RIBU
KEPADA JUMLAH MAKSIMUM RM200 RIBU.
1. Pendahuluan
1.1 KopJCorp telah menawarkan permohonan pinjaman kontigensi
RM2,000.00 kepada semua anggotanya. Pinjaman kontigensi yang
ditawarkan KopJCorp ini telah menarik minat anggota pekerja untuk
menjadi anggota KopJCorp.
1.2 Sehingga Jun 2016, seramai 240 anggota telah membuat pinjaman
kontigensi RM2 ribu memandangkan kemudahan bayaran pinjaman
adalah melalui potongan gaji dan yuran pengurusan yang rendah tanpa
mengenakan sebarang caj keuntungan.
1.3 Cadangan meningkatkan kadar pinjaman telah dipersetujui oleh
Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga kali ke 170 pada 10 Disember 2013,
sekiranya KopJCorp mampu menyediakan dana kepada anggotanya.
2. Justifikasi cadangan
2.1 Cadangan meningkatkan pinjaman ini disebabkan oleh beberapa factor
iaitu:
1) Membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk
membuat pinjaman
2) Memberi peluang kepada anggota pekerja yang mempunyai
rekod buruk dengan bank disebabkan menjadi penjamin ataupun
yang tidak berpunca dari diri peminjam sendiri untuk
mendapatkan peluang membuat pinjaman peribadi.
3) Membantu anggota pekerja untuk tujuan kecemasan seperti
rawatan hospital dan perbelanjaan ubat-ubatan
4) Pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan sebagai bayaran
pendahuluan pembelian kereta atau motor.
5) Membantu anggota pekerja yang baru berkahwin untuk membeli
peralatan rumah
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
6) Bantuan kewangan untuk anak-anak belajar dan perbelanjaan
kos pelancongan.
3. Cadangan Perlaksanaan Peningkatan Kadar Pinjaman RM2 Ribu
Kepada Jumlah Maksimum RM200 ribu.
3.1 Ciri-ciri pinjaman adalah seperti yang dibawah:
i. Amaun pembiayaan serendah RM2ribu hingga RM200ribu
ii. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
iii. Tiada jaminan diperlukan
iv. Tiada semakan rekod CTOS, CCRIS
4. Kawalan Risiko dan Efisiensi
4.1 Aturan-aturan aktiviti KopJCorp yang dijalankan
4.2 Standard Operation Procedure (SOP)
4.3 Kalkulator Pinjaman
4.4 Sistem Pengurusan Tabung (Secara atas talian)
4.5 Meningkatkan minimum modal syer sebanyak RM1,000 untuk
Peminjam
4.6 Menyediakan perlindungan Takaful keatas jumlah pinjaman
4.7 Fii dan caj duti setem bagi jumlah pinjaman
4.8 Penubuhan Jawatankuasa Pinjaman Koperasi
4.9 Penubuhan Unit Pinjaman
5. Cadangan perlaksanaan pinjaman Koperasi ini adalah seperti berikut:
5.1 Menubuhkan satu jawatankuasa pinjaman bagi koperasi yang terdiri
daripada
i. Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
ii. Wakil Bank Rakyat atau mana-mana wakil koperasi Kredit
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
iii. Puan Normala Binti Bujang sebagai penasihat syariah
iv. Wakil Ahli Lembaga Koperasi
v. Penasihat Skim Tabung Simpanan Khas Profesor Tn Hj. Abdull
Halim
6. Kelulusan
Kelulusan Mesyuarat Agung adalah dipohon untuk meluluskan modus
operandi dan Aturan Aktiviti bagi perlaksanaan pinjaman peribadi ini
berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Pinjaman Koperasi yang
ditubuhkan seperti senarai dia atas.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.4 CADANGAN PEMBELIAN SISTEM PENGURUSAN BERKOMPUTER
KOPERASI (SPBK)
1. Pendahuluan
Sistem Pengurusan Berkomputer Koperasi (SPBK) adalah sistem yang
komprehensif dan dibangunkan khusus untuk pengurusan Koperasi
Perbadanan Johor Berhad (KOPJcorp).
2. Objektif sistem
Mewujudkan satu sistem perakaunan bersepadu yang lebih efisyen secara
berelektronik dan sistematik kepada KOPJcorp. Dengan sistem inin, proses
pengurusan kewangan KOPJcorp dapat berjalan dengan lebih teratur dan
efisyen serta sebarang maklumat pertanyaan dan laporan dapat dikeluarkan
dengan lebih cepat, tepat dan terkini.
3. Justifikasi cadangan
3.1 Cadangan Pakej Sistem SPBK ditawarkan pada harga RM42,400.00
serta merangkumi seperti yang berikut :
i) Peralatan (Set Komputer dan pencetak)
ii) Latihan dan manual user
iii) Data migration – Excel ke SPBK
iv) Perisian (Software) : SPBK mempunyai empat (4) modul
utama iaitu:
a) Modul Keanggotaan
b) Modul Pembiayaan Anggota
c) Modul Pengurusan Tunai
d) Modul Lejer Am / akaun
Nota : - 4 perisian percuma untuk 4 lagi pengguna
tetapi set komputer dan rangkaian /network
disediakan oleh KOPJcorp
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
- Sebutharga bagi penambahan pengguna ialah
RM100/pengguna.
3.2 Lain-lain modul tambahan ditawarkan iualah RM10,000.00 setiap
modul bagaimanapun sebutharga tambahan tertakluk kepada
customization mengikut keperluan KOPJcorp dan perkakasan
tambahan.
i) Modul portal (interactive portal)
ii) Modul Sumber manusia (human resource)
iii) Modul Peruncitan (Point of sales & stock)
iv) Modul Mesyuarat Agung Tahunan (RM6,000.00)
3.3 SPBK adalah berkonsepkan online/realtime dan penggunaan secara
multi user yang boleh digunakan secara serentak, berkongsi aplikasi
serta data tertentu.
3.4 Cadangan pembayaran
i) Menerima Surat Aku Terima Jualbeli Sistem SPBK
(Perkakasan & perisian) (20%)
ii) Penghantaran Perkakasan & Perisian (Sistem SPBK)
KOPJcorp diminta mengesahkan penerimaan serta menerima
tatacara pengguna SPBK. (60%)
iii) Selesai ‘Data Migration’ dan latihan, KOPJcorp perlu menyemak /
mengesahkan laporan yang dikeluarkan selepas ‘Data Migration’
adalah betul. Sebarang pembetulan hendaklan dinyatakan secara
bertulis. (20%)
3.5 KOPJcorp bertanggungjawab menyedia dan melengkapkan data
keanggotaan, data pembiayaan dan data Akaun sehingga mana data
tersebut boleh digunapakai untuk tujuan ‘Data Migration’ oleh pihak
MOCCIS
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
3.6 MOCCIS akan memberi tempoh jaminan selama enam bulan (6),
manakala jaminan bagi perkakasan komputer ialah selama satu (1)
tahun dari tarikh pembelian.
3.7 Selepas Tempoh Jaminan enam bulan tamat, KOPJcorp boleh memilih
samada membayar Perkhidmatan Penyelenggaraan Tahunan atau caj
mengikut lawatan sahaja jika perlu.
3.8 Jika KOPJcorp memilih untuk mendapatkan Perkhidmatan
Penyelenggaraan Tahunan, caj Perkhidmatan adalah mengikut bilangan
anggota KOPJcorp seperti berikut:
3.9 Caj perkhidmatan Penyelenggaraan Tahunan bagi tiga (3) lawatan
setahun :
Bilangan Anggota Bayaran Penyelenggaraan Tahunan
1 hingga 1,999 RM1,000.00
2,000 hingga 5,000 RM2,000.00
Lebih dari 5,000 RM3,000.00
4. Ciri-ciri dan kelebihan SPBK
i) SPBK dibangunkan khusus untuk KOPJcorp
ii) Sistem yang komprehensif untuk menguruskan data keanggotaan,
Pembiayaan anggota, Pengurusan tunai dan Lejer Am/Akaun
iii) Berkonsepkan Online / Realtime dan pengunaan secara Multi user
serta capaian data yang centralized.
iv) Menyediakan perkiraan Dividen Anggota
v) Menyelenggara maklumat anggota dan perakaunan dengan lebih cepat
dan efisien. Penutupan akaun secara harian. (Real time)
vi) Penyediaan laporan keanggotaan, pembiayaan, pengurusan tunai dan
perakaunan yang lengkap dan terkini.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 4
vii) Penyediaan laporan KOPJcorp secara piawai (Standard) bagi semua
KOPJcorp.
viii) Penyediaan data perakaunan yang lengkap dan tepat bagi tujuan
pengauditan.
ix) Pemantauan yang lebih cepat dan dapat dilaksanakan.
x) Memindahkan Data Potongan Gaji Majikan dan Sistem Online
Angkasa (SOLA) secara Autodeduction.
xi) Transaksi secara single entry dapat mengurangkan bebanan kerja
pengguna.
xii) Integrated Sistem yang tidak memerlukan perlarasan tahunan.
Perlarasan di antara Akaun Anggota dan Akaun Lejer Am tidak
diperlukan.
xiii) Pengguna Menu Perlarasan Bank yang mudah.
xiv) Surat Tawaran menjadi Ahli, pembiayaan dan lain-lain surat dapat
dicetak (format secara auto)
xv) Mesra pengguna dan sistematik
xvi) Laporan untung rugi KOPJcorp boleh dikeluarkan mengikut cost
centre
xvii) Mempunyai portal sistem – anggota boleh akses data dan akaun
anggota secara online. Penjimatan untuk cetakan dan penghantaran
Penyata Anggota.
xviii) Kemudahan Data Migrasi bagi data KOPJcorp sedia ada.
xix) Setiap pengguna juga dapat mencapai maklumat yang dikemaskini
pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
xx) Peningkatan tahap kecekapan pengurusan kewangan dan
perakaunan KOPJcorp secara menyeluruh.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 5
5. Kelulusan
5.1 Kelulusan Mesyuarat Agung adalah dipohon untuk cadangan pembelian
Sistem Pengurusan Berkomputer Koperasi SPBK dengan jumlah kos
serta syarat yang dinyatakan.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.6 CADANGAN PERLAKSANAAN SKIM TABUNG SIMPANAN KHAS (TSK)
1. Pendahuluan
1.1 Cadangan Perlaksanaan Skim Tabung Simpanan Khas (TSK) telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi yang ke 177 pada 28
Mac 2016. Mesyuarat sebulat suara bersetuju projek ini di ketuai oleh
ALK En Mohd Bahrin Bin Bakri dan dibantu oleh Tn Hj Abdul Ghaffar
Bin Md Yunos untuk menkaji lebih terperinci perlaksanaan Skim ini.
1.2 Pada 7 April 2016, En Mohd Bahrin bersama Tn Hj Shahruni Bin Hj
Aslam dan Pn Hjh Roziyati Bin Hj Othman telah membuat lawatan ke
Koperasi UTM Berhad (KopUTM). Tn Hj Muslim Bin Jonid, Pengerusi
KopUTM, telah menerangkan dengan terperinci konsep dan
perlaksanaan Skim ini serta berkongsi pencapaian KopUTM setelah
melaksanakan Skim ini. En Mohd Bahrin menyokong KOPJCORP
melibat dalam aktiviti Skim TSK.
1.3 Pada 1 Mei 2016, Pengurusan KOPJCORP telah beralih daripada Tn Hj
Shahruni kepada Pn Maziah Binti Mahmod. Sekali lagi pada
perjumpaan dengan Tn Hj Muslim diadakan pada 30 Mei 2016 dengan
dihadiri oleh Pn Maziah dan Pn Hjh Normala Binti Bujang yang
bertanggungjawab mengkaji dari segi syariah.
1.4 Pada 3 Jun, 2016 satu perjumpaan dengan Azmi & Associates telah
diadakan untuk membincangkan tentang Skim TSK ini dari sudut
perundangan Islam dan Syariah.
2. MEKANISMA TSK
2.1 Skim Pelaburan simpanan Khas ini adalah sebagai platform bagi
anggota membuat tabungan simpanan serta mendapat keuntungan dari
pelaburan dan pembiayaan kepada anggota yang dijalankan oleh
KopJCorp.
2.2 Skim ini adalah diuruskan oleh Tabung Simpanan Khas untuk
Pembiayaan Pinjaman Anggota.
2.3 Proses Skim ini adalah sebagaimana Carta dibawah:
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
Carta 1: Proses Tabung Simpanan Khas (Model KopUTM)
2.3.1 Proses TSK ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Pelabur TSK
Akaun Tabung Simpanan Khas
Peminjam
2.3.2 Pelabur TSK
Pelabur TSK adalah terdiri dari anggota KOPJCORP yang boleh
melabur secara tunai atau belian sijil melalui pinjaman. anggota
digalakkan untuk menyimpan dan melabur berdasarkan syarat-syarat
seperti dibawah:
i) Minima pelaburan adalah sebanyak RM1,000.00
ii) Maksima pelaburan RM100,000 atau 20% daripada modal
tabung yang mana rendah.
iii) Tempoh matang pelaburan ialah satu (1)* tahun.
* Ditentukan oleh KopJCorp
PELABUR TSK
AKAUN TABUNG SIMPANAN KHAS
(TSK)
PEMINJAM
TUNAI
BELIAN SIJIL melalui
pinjaman
ANSURAN
(Pokok + Keuntungan)
I Sijil = RM50k Ansuran awal 12
bulan sebanyak RM7,056
Ansuran tahun berikut sehingga 9 tahun melalui pemotongan dari keuntungan pelaburan
Rizab – 15% Disbursement – 85% Bayaran Keuntungan
setahun 18% setelah tolak rizab dan perbelanjaan
Pembahagian keuntungan bersih - 70% Pelabur : 30% KOPJCORP
Rule 78 Multiplier
Effect Rolling
Factor
Jumlah pinjaman dari RM5,000 – RM200,000
Kadar pinjaman 4.5% - 5.0%
Tempoh 10 tahun
Minima RM1,000
Maksima RM100,000 atau 20% dari jumlah modal tabung, yang mana rendah
Tempoh matang 1 tahun
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
Pelaburan Tunai – Pelaburan tunai boleh dibuat sekurang-kurangnya
RM1.000. Tunai RM1,000 ini akan dimasukkan dalam Akaun TSK
dan akan dikeluarkan sebagai pinjaman kepada anggota yang ingin
membuat pinjaman peribadi.
Pelaburan dari Belian Sijil melalui pinjaman – Satu sijil bernilai
RM50,000. Pelabur meminjam RM50,000 untuk belian 1 sijil
dengan bayaran ansuran tahunan sebanyak RM7,056 selama 10
tahun. Bayaran ansuran tahunan ini perlu dibayar pada awal tempoh
pinjaman secara tunai. Tunai RM7,056 ini akan dimasukkan dalam
Akaun TSK dan akan dikeluarkan sebagai pinjaman kepada anggota
yang ingin membuat pinjaman peribadi.
Walau bagaimanapun, pendekatan ini ditangguhkan kerana terdapat
keraguan dari segi syariah.
2.3.3 Akaun TSK
Akaun Tabung Simpanan Khas ini akan diuruskan oleh sebuah unit
dalam KopJCorp dan digunakan untuk pembiayaan aktiviti berikut:
a) Pelaburan Simpanan Khas
b) Pembiayaan Peribadi
c) Pembiayaan Belian Kenderaan
d) Pembiayaan Belian Rumah
e) Dan lain-lain pembiayaan yang difikirkan boleh memberikan
keuntungan kepada KopJCorp.
Untuk permulaan, pembiayaan hanya tettumpu kepada Pembiayaan
Peribadi.
Pembahagian penggunaan TSK adalah seperti berikut:
10% - 15% dari TSK akan ditolak sebagai rizab;
Baki 85% akan digunakan sebagai pembiayaan pinjaman.
Keuntungan akan dibahagi 70%:30% kepada Pelabur:Koperasi
setelah ditolak perbelanjaan pengurusan dan rizab;
Dijangka pelaburan TSK dapat memberi 18% keuntungan setahun.
Berikut adalah simulasi pulangan pelaburan kepada pelabur TSK
melabur RM1,000. Pada tahun ke10 pelaburan akan meningkat kepada
RM5,233.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 4
Keuntungan 18%
Bayaran mula Pelaburan Tunai RM1,000
Tahun 1 1,180.00
Tahun 2 1,392.40
Tahun 3 1,643.03
Tahun 4 1,938.78
Tahun 5 2,287.78
Tahun 6 2,699.55
Tahun 7 3,185.47
Tahun 8 3,758.86
Tahun 9 4,435.45
Tahun 10 5,233.84
Jadual 1 Simulasi Kesan Pelaburan TSK kepada Pelabur TSK
Bagi menjayakan aktiviti ini, TSK mengguna pakai konsep „Rules 78‟
sebagaimana di Jadual 2 dan mengguna pakai konsep „Multiple Effect
on Re-Payment of Loan‟ atau „Rolling Factor‟ sebagaimana di Carta 2.
Berikut adalah simulasi pinjaman RM50,000 untuk dengan ansuran
bayaran balik dalam tempoh 10 tahun. Ansuran bulanan dibahgi kepada
bayaran prinsipal dan keuntungan. Untuk tahun permulaan, bayaran
prinsipal adalah lebih kecil dari keuntungan.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 5
Jadual 2 : Contoh Pengiraan menggunakan Konsep Rule 78 ke atas
Pinjaman RM50,000 dalam tempoh 10 tahun dengan kadar 4.1%
Jumlah Ansuran : RM70,560
Jumlah Keuntungan : RM20,560
Jumlah Prinsipal : RM50,000
Carta 2 pula menunjukkan konsep “Rolling Factor” dan “Multiplier
Effect” dimana ansuran bulanan ini digunakan semula supaya boleh
dijadikan modal pembiayaan dan dapat memberikan keuntungan
berterusan.
Carta 2: Carta menunjukkan Konsep Rolling Factor di mana bayaran
ansuran di bahagi kepada keuntungan dan prinsipal mengikut konsep ‘Rule
78’ dan dijadikan modal untuk memberi pinjaman pada yang lain
2.3.4 Peminjam
Pembiayaan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Peminjam mestilah terdiri daripada anggota KOPJCORP yang telah
membayar modal syer minima RM100 dan telah mencarum minima
RM30 sebulan sekurang-kurangnya 6 bulan.
Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM5,000 minimum hingga
RM200,000 tertakluk kepada kemampuan membayar ansuran
bulanan tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah
pendapatan.
Kadar pinjaman antara 4.5% - 5% bergantung kepada tempoh
pinjaman antara 1 tahun hingga 10 tahun.
Ansuran melalui potong gaji. Jadual bayaran bulanan mengikut
jumlah pinjaman akan disediakan.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 6
2.3.5 Sistem pengawalan yang bersistematik adalah diperlukan bertujuan
untuk mengalakkan keberkesanan, mengurangkan risiko kehilangan
tabungan anggota dan memastikan halatuju skim in berada dilandasan
yang betul untuk mencapai misinya. Antara cadangan yang boleh
dilaksanakan oleh Pengurusan KopJCorp adalah:
i) Aturan-aturan aktiviti KopJCorp yang dijalankan
ii) Standard Operation Procedure (SOP)
iii) Kalkulator Pinjaman
iv) Sistem Pengurusan Tabung (Secara atas talian)
3. PEMATUHAN SYARIAH
3.1 Langkah-langkah dan perbincangan dengan pihak terlibat telah dibuat
dan diputuskan hanya pelaburan tunai sahaja diterima setelah
berbincang dan mendapatkan pandangan dari Azmi & Associates;
3.2 Konsep pinjaman adalah menggunakan konsep Tawaruk iaitu jual beli
berdasarkan komoditi;
3.3 Pihak yang akan membuat jual beli komoditi adalah Able Ace dengan
kos setiap transaksi adalah sebanyak RM30. Walau bagaimanapun,
berdasarkan perbincangan dengan Bank Islam, kos ini dapat
dikurangkan kepada RM1 per transaksi mengikut jumlah transaksi;
3.4 Azmi & Associates juga telah menawar perkhidmatan Penasihat
Perundangan Syariah dan Pematuhan Pelaburan mengikut Syariah.
Bersama-sama ini dilampirkan Kertas cadangan serta fii yang
dikenakan sebanyak RM60,000 sebagaimana dibawah:
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 7
3.5 KOPJCORP juga dalam perbincangan dengan Bank Islam sebagai
Panel Syariah.
4. KESIMPULAN
4.1 Terdapat 4 buah koperasi yang telah mencebur dalam aktiviti ini dan
telah terbukti TSK ini dapat mencatatkan prestasi yang amat
menggalakkan;
4.2 TSK juga dapat menawarkan satu pelaburan yang memberi keuntungan
yang tinggi kepada pelaburnya;
4.3 Ia juga bolehh dianggap sebagai pendapatan masa depan pelabur
terutama bagi mereka yang telah pencen.
5. CADANGAN KOPJCORP
5.1 Bisnes Model TSK
KOPJCORP mengambil pakai model TSK yang ditawarkan oleh
Korunding sebagaimana diatas;
5.2 Perlantikan Korunding Sdn Bhd
Berdasarkan perbincangan yang diadakan pada 15 Jun 2016 bersama
wakil Korunding Sdn Bhd, Tn Hj Abdull Halim, perlantikan sebagai
konsultan bagi Skim Tabung Simpanan Khas adalah seperti perkara-
perkara berikut:
1) Bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengurusan bagi
keanggotaan, perakaunan, pinjaman, pelaburan dan sumber
manusia (HRMS).
2) Menyediakan laporan kewangan dan pinjaman secara terperinci.
3) Bersetuju meletakkan „hosting‟ di Jabatan Teknologi Maklumat
JCorp.
4) Menempatkan sekurang-kurangnya seorang „pembantu teknikal‟ di
pejabat pengurusan KOPJCORP.
5) Memberikan latihan sistem kepada anggota pekerja pengurusan
KOPJCORP secara konsisten dan ketika diperlukan.
6) Menyediakan perkhidmatan kepada KOPJCORP dari masa ke masa
bergantung kepada pembaharuan sistem yang dilaksanakan oleh
Korunding Sdn Bhd.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 8
6. KELULUSAN
6.1 Kelulusan Mesyuarat Agung adalah dipohon mempertimbang dan
meluluskan perkara-perkara berikut
i) Melantik Khidmat Perunding
TUAN HAJI ABDULL HALIM BIN ABDUL
Perunding Kewangan Koperasi
KORUNDING INOVATIF SDN. BHD.
No 1A, Lot 984, Tingkat Atas Km 2, Mukim Repoh,
01000 Kangar, Perlis
E-mel : tadbir@korunding.com
ii) Menjalankan Skim Tabung Simpanan Khas dengan syarat-
syarat dan yuran bayaran yang ditetapkan selepas melihat
kepada prestasi KOPJCORP memberikan pembiayaan pinjaman
tunai kepada anggota dalam tempoh enam (6) bulan.
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 1
12.7 CADANGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI KOPERASI SECARA PATUH
SYARIAH
1. Pendahuluan
1.1 Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran saintifik bagi
menentukan usaha kerajaan dalam aspek berkaitan dasar serta program
yang dilaksanakan menepati prinsip maqasid syariah iaitu pemeliharaan
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
1.2 Sehubungan dengan itu, KOPJCORP dalam usaha mengenal pasti ruang
pembaikan yang perlu diberi fokus oleh KOJCORP supaya hasil
daripada penerapan nilai sejagat dalam Islam itu dapat meningkatkan
tahap patuh syariah pada setiap aktviti yang dijalankan Koperasi.
3. Skop Pematuhan Syariah
3.1 Skop pematuhan syariah terdiri daripada
a) fungsi perbankan
b) fungsi kredit
c) pembiayaan
d) Ar-Rahnu
3.2 Pembentukan Jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 orang ) dalam 3
keadaan:
i. jawatankuasa syariah dalaman
ii. jawatankuasa syariah bagi suatu kumpulan koperasi
iii. Pelantikan jawatankuasa syariah luaran yang diiktiraf seperti
Islamic Banking and Finance Istitute Malaysia (IBFIM),
Internatioanal Shari’ah Research Academy of Islamic Finance
(ISRA) dan Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF)
3.3 Kelayakan
i. seorang Muslim
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 2
ii. Majoriti sekurang-kurangnya memilik Ijazah Sarjana Muda
Syariah, termasuk pengajian Usul al-Fiqh atau Fiqh al-
Mua’malat dari Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
iii. Majoriti mempunyai tahap pengetahuan dan fasih dalam Bahasa
Arab secara lisan dan bertulis serta mempunyai kefahaman yang
baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
iv. Boleh terdiri daripada pakar dari pelbagai latarberlakang
berkaitan kewangan dan perundangan sebagai penyokong
perbincangan namun bukan majoriti.
3.4 Komposisi
i. sekurang-kurangnya 3 orang
ii. Terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi kelayakan,
pengalaman dan pengetahuan
3.5 Tempoh
i. 3 tahun
ii. setelah tiga tahun samada dilantik semula atau perlantikan ahli
baharu (tertakluk kepada kelulusan SKM)
4. Cadangan Pembentukan
4.1 Majoriti Jawatankuasa dilantik daripada “scholars” daripada Institusi
Islamic seperti IBFIM, IIiBF dan ISRA atau yang didiaftarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti (SC) supaya dapat memberi keyakinan kepada
pelabur serta ahli-ahli KOPJCorp.
4.2 Perlantikan dilaksanakan segera bagi memenuhi syarat SKM untuk
mendapatkan khidmat nasihat bagi struktur keseluruhan KOPJCorp:
i. Modus operandi
ii. Dokumen-dokumen berkaitan
4.3 Antara cadangan ahli-ahli penasihat syariah:
K o p e r a s i P e r b a d a n a n J o h o r B e r h a d
Halaman 3
NAMA INSTITUSI PENGALAMAN LAIN-LAIN
Ass. Prof Dr.
Aznan Bin
Hasan
IIUM, IIiBF Shariah Advisory
Council (SAC) SC
Panel KopSha
Berdaftar
dengan SC
Ass. Prof Dr.
Rusni Binti
Hassan
IIUM Institute
of Islamic
Banking
Berdaftar
dengan SC
Dato’ Haji Mohd
Bakir Bin Hj
Mansor
IBFIM Ahli SAC BIMB ,
Takaful
Panel AIM, EPF
BIMB Sec
Berdaftar
dengan SC
Nota – Pernah Brkhidmat dengan JCorp IDSB (Dana “Shariah Compliant Venture Capita Fund”
NAMA INSTITUSI PENGALAMAN LAIN-LAIN
Ass. Prof Dr.
Aznan Bin Hasan
IIUM, IIiBF Shariah Advisory
Council (SAC) SC
Panel KopSha
Berdaftar dengan
SC
Ass. Prof Dr.
Rusni Binti
Hassan
IIUM Institute
of Islamic
Banking
Berdaftar dengan
SC
Dato’ Haji Mohd
Bakir Bin Hj
Mansor
IBFIM Ahli SAC BIMB ,
Takaful
Panel AIM, EPF
BIMB Sec
Berdaftar dengan
SC
Nota – Pernah Brkhidmat dengan JCorp IDSB (Dana “Shariah Compliant Venture
Capita Fund” )
NAMA INSTITUSI PENGALAMAN LAIN-LAIN
Mohd Nasir Bin
Ismail
IBFIM (Islamic
Finacial Planner)
Penasihat bagi
konsultant dan kajian
bagi perbankan Islam,
Takaful, Islamic Cap
Market Amanah
Saham
Institut
Pengajian Ilmu-
Ilmu Islam,
Kelantan
Ahmad
Zulkarnain Bin
Mohamed
Shaarani
IBFIM Penasihat bagi
konsultant dan kajian
bagi perbankan Islam,
Takaful, Islamic Cap
Market Amanah
Saham
Master In
Islamic Revelaed
Knowledge and
Human Sciences
dari Islamic
University
Malaysia
Recommended