Analisis Dan Penilaian Buku Teks

Preview:

Citation preview

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

• SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

• TINGKATAN : SATU• PENULIS : IDRIS BIN MOHAMAD,

SHAHARUDIN BIN ABD AZIZ DAN ZAMRY BIN AHMAD

• PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

• TEMPAT TERBIT : SELANGOR DARUL EHSAN• TAHUN TERBIT : CETAKAN PERTAMA 2002

1. KETEPATAN KANDUNGAN

A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN C. KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAND. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN

PELAJARE. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATANF. FOKUS KANDUNGAN

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP

• Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya.

• 1. Kelengkapan isi kandungan• 2. Keluasan isi kandungan• 3. Kedalaman isi kandungan• Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka,

kesesuaian isi kandungan adalah selaras dengan tahap perkembangan pelajar Tingkatan 1.

KETEPATAN ISI KANDUNGAN

• Ketepatan keseluruhan dalam isi kandungan ini bersesuaian dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

• Ia dapat dikukuhkan dengan adanya buku teks PJK Tingkatan 1 yang meliputi kepada Tunjang Pendidikan Jasmani (Bab 1,2,3) dan Tunjang Pendidikan Kesihatan (Bab 4,5,6).

KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAN

• Kesesuaian kandungan dengan perkembanganilmu dan teknologi adalah sangat baik untuk melahirkan generasi yang sihat dengan melibatkan penggunaan istilah sains sukan.

• Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.

• Kemutakhiran daftar ejaan juga sesuai dengan tahap perkembangan pelajar iaitu pelajar mudah faham.

KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR

• Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai digunakan dalam PJK berdasrkan buku teks ini.

• Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

• Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) juga sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.

KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN

• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan melibatkan domain afektif seperti berkerjasama, hormat menghormati dan banyak lagi telah diperjelaskan dalam Bab 4 iaitu Kesihatan Diri dan Kekeluargaan.

• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat berpasukan serta menanamkan keyakinan dalam diri pelajar.

FOKUS KANDUNGAN

• Fokus kandungan dalam buku teks Tingkatan 1 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan lebih mendorong perasaan pelajar ingin tahu serta memperkembang dan meningkatkan daya kreativiti pelajar.

• Selain itu, dalam mengembangkan daya kritikal dan kemahiran hidup juga diterapkan dalam diri pelajar berdasarkan pembelajaran berdasarkan kandungan buku teks ini. Secara tidak langsung, pelajar yang dlam proses ke arah lebih matang ini akan terus berusaha memperbaiki diri dan belajar untuk berdikari.

2. PAPARAN

A. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGANB. PEMAPARAN KANDUNGAN

PEMBELAJARANC. KELENGKAPAN DOKUMENTASI

TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN• Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang

kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal.

• Oleh itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta serta sifat konstekstual, keseimbangan, kesinambungan dan Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik keseluruhannya merangkumi kepada pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi (Bucher 1979).

PEMAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN

• Kandungan pembelajaran bagi PJK lebih banyak berpusatkan kepada guru dan hanya sesetengah kaedah digunakan berpusatkan kepada pelajar.

• Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Hal ini kerana dalam kandungan buku teks ini terdapat beberapa gambar ansur maju dalam beberapa aktiviti seperti lontar peluru dan kemahiran dalam lari pecut.

• Ia juga bervariasi kerana banyak aktiviti yang dijalankan dipaparkan dengan variasi pergerakan dan gambar yang menarik.

Sambungan…• Keadilan & demokrasi tidak menimbulkan bias

dalam pembikinan buku teks. Ia menggambarkan konsep 1 Malaysia.

• Mengembangkan kemahiran proses amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang ditunjukkan banyak meletakkan lukisan berbanding gambar.

• Mencipta komunikasi interaktif amat kurang dalam pembikinan buku teks ini.

• Aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini bagi mengelakkan pelajar melakukan sesuatu aktiviti tanpa pengawasan guru.

KELENGKAPAN DOKUMENTASI• Pengantar telah disediakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Bin Mahat yang menyatakan bahawa buku teks ini dibina semula berdasarkan KBSR dan KBSM semakan semula.

• Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.

• Advance organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info berkaitan dengan sukan.

• Sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya boleh digunapakai kerana ia dirujuk pada sumber-sumber yang terbaru iaitu antara tahun 1990an dan 2000.

Sambungan…• Rumusan dalam buku teks ini adalah mengikut setiap bab. • Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab tidak

cukup untuk pengukuhan minda pelajar kerana dari Bab 1 hingga 6 latihan yang disediakan terlalu sedikit dan banyak lebih kepada soalan subjektif.

• Daftar pustaka dalam buku teks ini telah mendapat keizinan daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks.

• Lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melampirkan kepada 4 lampiran iaitu nama-nama otot, prosedur Ujian lompat Squat menegak, Prosedur Ujian Lari Pecut 40 meter dan Jenis vitamin, sumber dan fungsinya.

Recommended